>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Thursday, June 7, 2012

Hatiku Tertutup Buatmu (dari diari Kau Bukan Milikku)

“Jauh di sudut hatiku untuk jatuh cinta lagi. Kerna terpahat lagi dibenak fikiran ini pergolakkan perasaan antara ku dan dia..pedih, duka, kecewa, semua dapat ku rasakan selama aku bersama denganya.” Apapun yang terjadi diantara aku dan dia mungkin ada hikmah yang bakal menjelma. Aku akan sentiasa nantikan apa yang bakal ku terima kelak. Bila ku teringatkan dirinya, airmata ini pasti berderai. Aku tak mampu menipu diriku dengan “perpisahan” ini adalah satu kepayahan untuk ku hadapi kini. Tapi ku yakin, Allah itu maha mengetahui segalanya. Aku hanya mampu berserah dan bermohon padaNya agar aku akan dapat terus tabah menjalani kehidupan ini walaupun aku tidak terdaya, tapi jauh disudut hati ini, aku akan terus cuba demi anak-anak yang masih lagi tidak mengenal apa itu erti kehidupan.” Aku akan pastikan cahaya akan singgah di hadapanku, hanya semata-mata ku inginkan kebahagia dari seseorang insan yang benar-benar ingin mencintaiku seadanya bukan kerna raut wajahku atau kerna nafsu semata. Tapi yang ku harapkan hanyalah CINTA yang hakiki yang datang dari satu perasaan yang benar-benar Iklas ingin menyayangiku sejujur-jujur kata. ~~~”

cerita…,

‘Mama, esok mama kerja?’ Tersentak Ozie seketika apabila selesai tangannya mengakhiri diari hati yang baginya telah lama tidak diisi. ‘Ermm…mama kerja sayang..kenapa boy tak tidur lagi?’ Tanya Ozie pada anak sulungnya yang kini telahpun berusia 4 tahun 6 bulan. Semenjak perpisahan diantara Ozie dan Sha, membuatkan Ozie sekarang begitu tekun dengan kerjaya dan aktiviti harian anak-anaknya. Setiapkali hari cuti, pasti Ozie akan membawa anak-anaknya pergi bercuti kemana-mana saja. Bagi Ozie, dia tidak mahu anak-anaknya berasa begitu sunyi dan merasakan sesuatu kehilangan. Biarkan Ozie saja yang merasakan kepayahan itu. “Boy, pergilah tidur sayang, nanti adik cari.” Selembut kata-kata suara yang terkeluar di bibir Ozie. Tapi dalam hati Ozie begitu meritih. Payah untuk Ozie memikirkan keadaan yang tanpa “suami” disisi. Tapi bagi Ozie, anak-anaklah penyeri hidupnya kini, dan tongkat untuk Ozie meneruskan kehidupannya sebagai seorang Ibu dan sekaligus menjadi seorang bapa. Syukur Ozie kehadrat Illahi, mempunyai Ibu Bapanya yang sentiasa menguatkan semangatnya. Biarlah orang melihat Ozie ceria didepan mata, tapi hakikatnya perasaan yang bergelodak dengan perasaan dan airmata yang sentiasa mengalir bila malam menjelma, Ozie hadapinya sendiri. Apapun, ini dugaan dari Allah. Ozie sentiasa akur.

“Mama, bila mama nak bawa boy dengan adik ke taman?” peletah mulut anaknya bersuara dengan mata pun masih terkebil-kebil menahan mengantuk yang teramat sangat. Mungkin Ozie telah berjanji ingin membawa anak-anaknya bercuti kalau ada kelapangan. “Ermm…hari mama cuti la sayang. Esok mama kerja, kenalah tunggu mama cuti.”..anaknya mampu menganggukkan kepala saja tanda setuju. Kemudian Ozie menghantar anaknya tadi ke kamar. Dilihatnya anak ke-2 nya tidur, dengan sentuhan kasih sayang, Ozie cuba mendekati anaknya tadi, diciumnya satu persatu, sambil berkata “mama sayang kalian. Mama harap, mama boleh menjaga kalian sehingga nafas mama yang terakhir.” Tanpa Ozie sedar, matanya berkaca, sekaligus mengalir dengan perlahan, seolah-olah airmata itu, merasakan sesuatu yang terbuku dihati tuannya.

Apapun, Ozie sentiasa kuat jalani kehidupan harianya. Kerna Ozie sedar, keputusan perpisahan Ozie sendiri yang buat. Dan biarlah itu menjadi satu cabaran untuk Ozie meneruskan liku-liku kehidupannya. Apa yang Ozie mahukan adalah Kebahagian. Kebahagian yang bagaimana?...hanya Ozie sendiri saja yang tahu. Biarlah keputusan yang dibuat membuatkan Ozie menjadi seorang perindu, tapi Ozie berharap kerinduan itu, akan terbalas dengan hadirnya seseorang dalam hidupnya kelak, yang suci menerima dirinya sebagai seorang Kekasih.

2008, 13 June Diari- 5:45pagi
“Ya Allah yang Tuhanku, Ampuni dosaku, berikan lah padaku nur hidayah mu, sebagai mana Engkau menyinari Bumi ini dengan cahaya mataharimu. Berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi dugaanmu ini Ya Allah., Hiaskan raut wajahku dengan senyuman selalu agar mereka-mereka diluar sana tidak boleh dapat melihat kesayuan hatiku ini Ya Allah. Dan hanya kepada MU Ya Allah ku pohon, tunjukki la padaku erti sebenar benarnya Kebahagian yang ku harapkan padaMU, dan pertemukan lah aku pada ketentuanmu untuk ku hiasi hidup berpasangan seperti insan-insan yang telah Engkau anugerahkan pada mereka pasangan yang Engkau redhai..”aminn..

Selesai solat, seperti biasa Ozie mengemas rumah, membasuh kain, menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anaknya. Kemudian, Ozie akan ke kamar bilik anak-anaknya untuk membangunkan mereka dari tidur. Perlahan-lahan Ozie membuka pintu kamar anak-anaknya. Tersenyum sendiri Ozie melihat gelagat anak-anaknya tidur. Kemudian Ozie menghampiri anak-anak. Diusapnya rambut anak-anaknya. Melihat mereka masih nyenyak tidur, Ozie tidak mahu mengganggu, Ozie hanya mampu melihat dan tersenyum sendiri. Sambil terlihat Ozie, diruangan sudut bacaan anaknya yang pertama, gambar yang terpapar bekas suami Ozie, dan anak-anaknya. Diambilnya gambar itu yang terletak diatas meja, berkaca lagi airmata Ozie melihat gambar itu. Sekaligus teringat Ozie saat-saat sewaktu waktu itu, bekas suaminya begitu gembira disisi anak-anaknya. Lemah Ozie dibangku itu, bila melihat telatah dan keakraban bekas suaminya dengan anak-anaknya.

Tapi itu bukan lah bermakna hari yang selalu bekas suaminya lakukan. Semuanya Ozie dapat rasakan kebahagianya bersama suami selama lapan (8) bulan, kemudian, Ozie dan suaminya sering bermasam muka, sehinggakan duduk dalam satu bumbung tidak bertegur sapa, hanya di sebabkan oleh perasaan. Perasaan yang tidak mahu lagi difahami. Dan tanggungjawab yang sebenar-benarnya. Tapi semua nya itu Ozie simpan dalam hati. Sehingga selama 6 tahun berkahwin, kemudian 4 tahun menahan sebak didada seorang diri, dengan sikap ketidakprihatinan bekas suaminya dulu.

Hanya pada Tuhan tempat Ozie meluahkan segala-galanya. Semuanya ketentuan dari yang Esa. Airmata tadi mengalir sederas-derasnya dalam heningan pagi itu. Sesak nafas Ozie menahannya, sehinggakan tersekat-sekat nafasnya menahan tangisan itu. Dan tanpa Ozie sedar, anaknya yang pertama sedang memerhatikan Mamanya dari jauh sambil duduk bersila di atas katilnya. Dan berjalan lah anaknya perlahan-lahan menghampiri mamanya “Mama, kenapa mama menanggis lagi?” sambil tangan anaknya yang halus itu, mengilap airmata Ozie kiri dan kanan. Ozie memandang tepat pada raut wajah anaknya tadi. Dipeluknya seerat-eratnya anaknya itu. Sambil hati berkata-kata “mama sayang kamu”.. “Sayang, mata mama masuk habuk,” sambil tersenyum Ozie berkata-kata. Kalau boleh Ozie tidak mahu anaknya tahu apa yang sedang dirasakan Ozie itu. Kerna, Ozie telah berjanji dengan dirinya sendiri, tidak akan berlaku pada anak-anaknya.

Apapun yang difikirkan Ozie sekarang, Cuma mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. “Sayang, jom pergi mandi..lepas mandi kita sarapan macam biasa. Kejap lagi biar mama bangunkan adik dulu ok?..” lembut suara Ozie bertutur dengan anaknya. Sambil tersenyum melihat anaknya dikucupnya lagi dahi anak pertamanya itu. Kemudian mereka menghampiri adiknya pula. Belum sempat dikejutkan dari tidur, anaknya yang kedua yang lebih senang dipanggil Adik, terjaga sendiri. “Mama…”sambil tersenyum membuka mata yang masih lagi samara-samar. Kemudian diciumnya anaknya itu. Ozie terus membawa anak-anaknya pergi ke bilik mandi.

Dah selesai bersiap, mereka pun turun kebawah, untuk bersarapan bersama. Mereka menikmati sarapan pagi bersama. Ozie melayan karenah anak-anaknya pagi itu, memang kebiasaanya begitu. Bagi Ozie, melayan anak-anaknya sebelum pergi kerja adalah perkara biasa bermain-main dulu dengan anak-anaknya.Bekas suaminya lebih selesa berehat dirumah. Tapi adakah itu yang Ozie perlukan?...Ozielah yang sibuk membawa anak-anaknya berjalan kemana saja. Pernah, sekali Ozie dan anak-anaknya bercuti, Ozie menanggis sendiri dalam kereta, bila Ozie terlihat sebelah keretanya yang terhenti di lampu isyarat, melihat pasangan keluarga yang bahagia bergurau bersama. Hanya keluhan saja yang mampu Ozie keluarkan. Dia tetap dan masih bagi peluang pada suaminya sebelum terjadinya perpisahan, untuk mencari perubahan dalam hidup mereka. Tapi, sehingga perpisah berlaku, Ozie tidak dapat menahan lagi kesabaran itu, dan Ozie mohon agar berpisah saja andainya keadaan yang sama masih berulang. Tapi sedikitpun diraut wajah suaminya penuh dengan lakonan semata. Tapi bukanlah kesungguhan yang terpapar dimukanya. Ozie meninggalkan rumah bersama anak-anaknya. Saat akhir perpisahan, Ozie hanya berpesan pada suaminya “Carilah kesungguhan dalam hidup”..suaminya hanya merelakan Ozie berlalu pergi, tanpa berkata-kata kekesalan yang mendalam dalam diri. Hati Ozie menanggis melihat sikap suaminya itu. Ozie mampu lagi memberi peluang buat kali yang terakhir, selama Ozie menetap dirumah Ibunya. Tiga bulan Ozie dirumah Ibunya, Bekas suaminya langsung tidak mahu merayu atau memohon agar pulang kerumah. Sekaligus membuatkan hati Ozie benar-benar tercabar.

Jiwa dan Kesabarannya pada suaminya telah hilang sekelip mata. Membuatkan Ozie berani membuat keputusan Perpisahan. Apapun semuanya telah berakhir dengan mudah. Kini Ozie memulakan kehidupannya yang baru bersama dengan azam yang baru dengan anak-anaknya. “Ok….boy pergi masuk kereta dulu ok. Mama nak pergi ambil beg baju boy dengan adik.” Sambil berjalan ke dalam rumah, tiba-tiba….. “Assalamualaikum…”.. “waalaikumuss…salam…..” terhenti mulut Ozie, dan mengakhiri perlahan ayat balasan itu dalam hati.. “mama, ..papa datang….” Berlari anaknya yang pertama mendapatkan bapanya. Didukungnya anak-anaknya tadi yang sibuk berlari mendapatkan bapanya di luar pintu pangar rumah Ozie. “Ozie, sihat?” pertanyaan ringkas keluar dimulut bekas suaminya. Sambil menundukkan kepala, Ozie hanya menjawab “Sihat..” walaupun pedih itu masih terasa, tidak nampak langsung di raut wajah Ozie sikap berdendam dengan bekas suaminya. “Ozie, ni masih awal lagi kan nak pergi kerja?” Ozie hanya mampu menundukkan kepala saja, tanda setuju. “Apa kata, saya belanja awak dengan anak-anak sarapan pagi”..ozie diam dan sambil berkata, “Kami dah sarapan pun tadi…” “Ozie, biarlah hanya sekali ni saja..please…” suara suaminya tersekat-sekat, seolah-olah terasa begitu rindu dia dengan raut wajah bekas isterinya dan telatah anak-anaknya.

Apapun yang dikatakan oleh bekas suaminya, Ozie hanya mampu diam saja. Bukan kerna benci atau sebaliknya. Tapi kesal yang tidak sudah dalam jiwa dan perasaan Ozie, begitu terasa sangat. “Mama..mama..jom la…” pujuk anaknya yang pertama yang masih didukungan bekas suaminya. Ozie hanya melihat anaknya berkata-kata. Tanpa bantahan dengan permintaan anaknya itu, Ozie segera masuk kedalam rumah, untuk mengambil beg pakaian anak-anaknya. “Ermm…saya naik kereta saya saja, nanti kita jumpa kat kedai yang biasa tu.”..Bekas suaminya tersenyum sambil berkata “ok”.

Sedang asyik bersarapan pagi bersama, bekas suami Ozie berkata sesuatu dengan nada yang penuh bermakna.. “Ozie, dalam beberapa hari ni, saya terlalu rindu dengan keluarga kita, saat-saat bahagia kita..dan kemanjaan Ozie pada saya.” Ozie hanya mampu diam, dan meneguk air saja, sambil mata Ozie memandang jauh diluar melihat orang yang lalu lalang saja, tanpa sebarang kata. “Ozie, saya masih lagi inginkan perhubungan ini. Saya dah kesal dengan diri saya sendiri. Saya akui, dalam perhubungan kita, saya tidak pernah ingin memahami kehendak Ozie. Kebanyakkan hanya Ozie yang mengikut kehendak saya. Ozie, maafkan saya?”…diraut wajah Ozie, masih lagi tidak terkata-kata. Bagi Ozie, tidak ada lagi apa yang ingin dibicarakan. Selama ini, Ozie banyak bagi peluang pada bekas suaminya untuk berubah. Sehinggakan hati Ozie dah tak mampu berkata-kata.

Walaupun didalam hati Ozie merintih kesakitan menahan setiap panahan kata-kata yang dikeluarkan oleh bekas suaminya dulu, tapi sedikitpun bekas suaminya tidak mahu tahu apa sebenarnya yang Ozie perlukan. Setiap bicara yang dikeluarkan oleh bekas suaminya dulu, begitu pedih. Tapi masih lagi Ozie memaafkan diri bekas suaminya. Masih lagi peluang diberikan pada bekas suaminya. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Itulah kata-kata yang sering Ozie ucapkan pada bekas suaminya bila Ozie menerima panggilan talipon dari bekas suaminya. “Awak, bagi saya apa yang terjadi antara kita adalah dugaan dari Ya berkuasa.

Hati saya dah tak mampu menerima diri awak kembali. Pedih, kecewa selama saya bersama dengan awak, hanya saya sendiri saja yang tahu. Saat akhir-akhir saya berikan peluang yang tipis pada awak, agar awak menahan saya dari berpisah, tapi awak tidak menunjukkan kesungguhan awak pada saya, sehinggakan hati saya benar-benar tertutup untuk insan seperti awak. Saya harap awak mengerti.” Begitu panjang dan tersusun kata-kata yang Ozie lafazkan. “Boy, adik, jom..mama dah lambat. Salam papa.” Hanya itu saja yang mampu Ozie katakan. Bekas suami Ozie, hanya mampu tunduk dan diam, sambil tangannya disalam oleh anaknya pun, dia tak menyedari. “Bye papa”…anak-anaknya serentak melambai kepada papanya. “Ozie!..sekejap, saya belum habis nak bercerita lagi…” bekas suaminya menjerit memanggil nama Ozie sambil berlari ke kereta Ozie. “Maafkan saya.

Tiada apa lagi yang hendak saya ceritakan lagi pada saya. Hati saya sudah tertutup untuk awak. Dan mungkin tertutup dan tak mungkin akan kembali lagi pada awak. Saya doakan agar awak dapat memiliki wanita yang setanding dengan diri awak..Assalamualaikum..”…Ozie terus memandu kereta. Didalam perjalanan, airmata Ozie berlinangan. Sesak lagi dada ozie bila ucapan-ucapan suaminya kedengaran ditelinganya. “Maafkan Ozie abang..”. Ozie tak mampu berkata-kata. Hatinya benar-benar hancur.

Terhenti Ozie seketika dibahu jalan. Tak mampu Ozie meneruskan perjalanannya lagi. Menangislah Ozie semahu-mahunya. Sesungguhnya Ozie memang terlalu rindu dengan situasi itu. Tapi hatinya tak mungkin menerima lagi cinta bekas suaminya. Kerna bagi Ozie, setiap tahun Ozie memberikan peluang pada suaminya, dan kata-katanya sama dengan yang sekarang. Dan kali ini tak mungkin Ozie berpaling lagi. Biarlah Ozie keraskan hatinya kali ini, hanya kerna ingin membahagiakan anak-anaknya.

Ozie menghantar SMS pada bekas suaminya yang tertulis “mengapa sekarang kau inginkan ku lagi agar kau toleh luka yang kedua kali? tak mungkin aku mampu lagi menyayangimu sewaktu sakitmu masih membayangi diri ini lagi, dengan tingkah lakumu dulu. Andai aku diberikan peluang untuk bercinta lagi, yang pasti bukan dengan dirimu.” Ozie teruskan perjalanan untuk menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya.

Setiba dimuka pintu depan rumah ibunya, “Assalamualaikum mak…” laungan Ozie memberi salam. “Waalaikumusalam..” Ayah Ozie yang keluar membuka pintu. “Erm..kenapa dengan muka kau ni Ozie?” Tanya ayahnya. “Eh! Kanapa apa lak ayah ni. Ozie ok je.” Ozie cuba selindungkan keadaan dari pengetahuan ayahnya. “Kau tak sihat ke Ozie?” Tanya lagi ayahnya. “ Ozie ok la ayah. Ermm…tanpa ozie sedar, matanya berkaca. Lantas jatuh juga akhirnya ke pipi. Ozie, cuba bagi tahu pada ayah, kenapa?..” desak ayahnya dengan suara yang sederhana. Anaknya-anaknya sudahpun masuk kedalam rumah. Sambil menyerahkan beg pakaian, Ozie memberi tahu, “Ozie jumpa dengan Zul tadi. Dia kata, dia masih mahukan perhubungan ini lagi. Tapi yah..ozie dah tak mampu menerimanya kembali. Ozie dah fobia yah…Ozie tak mampu hidup dengan lakonan nya dengan kata-kata yang sama. Kemudian, dia buat lagi perangai yang sama. “ ayahnya hanya mampu mendengar kata-kata itu. Hanya nasihat kecil yang mampu ayahnya sampaikan.”Ozie, fikirkan mana yang terbaik. Bagi ayah, apa yang terjadi ada hikmahnya. Kau anak ayah, jadi ayah lebih faham apa kehendak kau.

Jangan banyak fikirkan semua ini. Kerna Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar. Berserah pada Allah, dan cuba tenangkan jiwa dan serahkan perasaan yang resah itu pada Allah. Insya’Allah, hati kau akan reda.”..Ozie hanya menganggukkan kepala saja. Tanda setuju. Kemudian mereka bersalaman. “Terima kasih Ayah”..ermmm…sama-sama, hati-hati bawa kereta..” “Insya’Allah.” Di kejauhan anak-anaknya melambaikan tangan melihat mamanya pergi. Lantas senyuman terpancar di bibir Ozie untuk Ayahnya dan anak-anaknya. Dalam perjalanan, Ozie memandu kereta dengan penuh berhati-hati. Sambil tangan kanannya meletakkan ke atas tepi kepalanya. Ozie masih teringat-ingat akan kata-kata ayahnya. Supaya dia memikirkan mana yang terbaik. Ozie berkata-kata sendirian didalam hati.

Terlalu seketika tenaga dan azam didalam dirinya untuk tidak lagi menangisi perpisahan ini. Semua yang terjadi bukan dirancang. Ini semua kerna ketentuan Allah. Perasaan itu juga Allah yang ciptakan, dan terpulang pada kita manusia untuk mentafsirkan kebaikkan nya pula. Kemudian, Ozie mengesat airmatanya yang dari subuh tadi asyik mengalir saja. Kembali tenaganya datang setelah mendengar nasihat kecil dari ayahnya untuk dijadikan panduan untuk meneruskan kehidupannya yang kini bergelar ibu tunggal. “Ring..ring…..nada deringan handphone Ozie berbunyi..di angkatnya tanpa melihat nombor siapa yang terpapar diskrin. Mungkin kerna sudah lewat masuk pejabat.

Sambil berjalan menuju ke pejabat, Ozie “Hello…hello…ermm, siapa ni?” Ozie terdiam seketika. “Ozie, saya ni.” Ternyata suara itu lagi kedengaran. Ozie memejamkan matanya semahu-mahunya kerna ingin menahan sebak didada. Sekali keluhan Ozie berkata “Ye…ada apa?” soalan ringkas yang Ozie lafazkan. “Ozie, saya nak jumpa dengan awak tengahari ni boleh? Kita lunch bersama nak?” Ozie hanya diam saja. “Tengok la”..kemudian Ozie mematikan talian tersebut.. lima minit kemudian, deringan bunyi msg pun sampai ke handphone ozie. Ozie cuba membaca msg itu yang terungkap kata-kata “Ozie, abg tahu, kebencian dihati ozie pada abg, masih lagi ozie simpan didalam hati ozie. Abg kesali dengan sikap abg sendiri. Abg yang bersalah. Terima lah abg sekali ini saja lagi, untuk abg tebus segala kelukaan dihati ozie. Ozie tidak sama dengan wanita-wanita yang lain abg kenal.

Ozie sering memaafkan abg dengan setiap perbuatan abg pada Ozie. Ozie..demi anak-anak kita, abg ingin bersama membina kembali impian kita. Dan abg akan mengubah kehidupan kita selama ini yang abg persiakan. Maafkan lah abg buat kali ini saja.”.. Apalah daya Ozie untuk berkata-kata lagi disaat itu. Terasa sesak lagi nafas ini, belumpun berakhir lagi. Mengenangkan hati disakiti dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dibicarakan dulu pada Ozie, membuatkan ozie menderita. Batin terseksa dengan kelakuan bekas suaminya. Ozie tak mampu menipu dirinya sendiri, kerna dia sudah bosan dengan bicara bekas suaminya yang masih tiada perubahan. Orang lain mendera isteri dengan perbuatan, tapi ozie diseksa dengan perasaan zahir dan batin. Hancur..luluh…semuanya ozie rasakan saat bersama bekas suaminya.

Apabila mengenang semuanya itu, ozie jadi keliru, dalam situasi. Ozie cuba menarik nafas sedalam-dalamnya. “Tidak akan ada lagi cinta dihatiku untuk dirimu”..itu la kata-kata hatinya. Kemudian, ozie terus membuka fail-fail untuk ditandatangi. Dutt..dutt…”ozie masuk sekejap” ..bos nya memanggil. Sambil berjalan membawa fail-fail untuk diserahkan pada bos nya untuk ditandatangi. Ozie bekerja di salah sebuah syarikat yang bergabung tenaga dengan JKR Malaysia. Ozie memegang jawatan sebagai setiausaha Syarikat Construction Mekanikal. Setelah menyerahkan dokumen-dokument tadi, ozie pun balik ke biliknya kembali. Menyiapkan data-data company adalah harian kerjanya. Selain mengikut bos ke luar Bandar juga adalah kerjanya. Apapun Ozie bersyukur kerna dia ada kerja dan kerjaya. Semuanya untuk anak-anaknya.

Apa pun yang difirkan ozie tidak pernah mengabaikan kerjanya. Baginya kini bukanlah masa untuk bermain-main atas membuang masa. Bagi nya sekarang masa adalah penting sangat. Jam telah menunjukkan pukul 12:30tengahari. Ozie masih dipejabat. Salah seorang pekerja dalam pejabatnya, mengetuk pintu, “Ozie, jom la pi makan.Aku tengok hang ni asyik sangat kerja ja..”kawan nya mengusik dengan kata-kata bercampur senyuman..” Ozie pun membalas, “kau nak belanja aku ke ajak aku makan ni?” kemudian ozie tersenyum, sambil mengemas sikit-sikit dimejanya untuk keluar bersama kawan sepejabatnya. “Laa…kau ni ozie, mestilah aku belanja kau. Rugi kalau tak belanja kau ni…” hahahhaa….mereka ketawa kecil. “Rugi tak belanja aku ke, rugi belanja aku ni…” lantas tangan kawannya menepuk sikit bahu ozie. Mereka ketawa lagi. “Erm…ok jom…” Ozie sudah bersedia untuk keluar bersama rakan sepejabatnya.

Sedang asyik berjalan menuju ke anjung pintu office mereka, terhenti seketika ozie dan rakanya, terlihatkan dihadapannya, bekas suaminya. “Ermm….ozie, aku…aku..pergi dulu la..” rakannya terpaksa mengalah. “Erm..ok”.. “Kan saya dah cakap, saya tak tahu lagi nak keluar ataupun tidak dengan awak!, so, kenapa awak datang?. Agak serius kata-kata ozie itu. “Ozie, saya nak bercerita dengan awak sekejap. Salah ke?” suami nya cuba inginkan penjelasan dari Ozie. “Bagi saya memang salah. Saya bukan lagi isteri awak lagi. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Tolong lupakan saya. Antara kita dah tiada apa-apa lagi soalan untuk dikemukakan. Harap awak boleh terima ini seadanya.” Ozie cuba menerangkan lagi keadaan. Seumpama bekas suaminya langsung tidak mahu menerima dan memahami perpisahan itu. “Ozie, masih ada peluang kan saya dihati awak?” Ozie hanya tersenyum paksa saja mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh bekas suaminya itu. “Saya tidak akan dapat menerima awak duduk dihati saya lagi. Bagi saya, kita tidak layak bersama.

Saya tidak mampu menerima awak kembali dalam hidup saya. Saya rasa puas berpisah dengan awak.” Agak tegas juga kata-kata yang dituturkan oleh Ozie itu, bercampur dengan nada-nada geram yang teramat sangat. “Ozie, saya akui…” hanya kata-kata itu saja yang mampu bekas suaminya sampaikan. “Ozie, sehingga kini, saya masih mengharapkan awak kembali kepangkuan saya. Dan saya sudah tidak mampu lagi melawan kehendak awak. Ozie, benar kata awak, pintu hati awak sudah tertutup buat saya. Tapi hakikatnya amat sukar untuk saya melupakan awak..” nada-nada suara suaminya kedengaran agak sayu.. “ Sudah lah awak..awak lupakanlah saya.

Anggap saja kita tak pernah kenal..” “Tidak Ozie!, saya tidak akan pernah melupakan awak dalam hidup saya.”..agak tinggi juga kata-kata bekas suami Ozie itu. “Kenapa baru sekarang awak nak kesal dengan ini semua?, kenapa baru sekarang awak nak menahan perpisahan ini? Mengapa baru sekarang awak nak faham keadaan saya? Kenapa?! Kenapa sebelum ni awak tidak semesra begini??, dulu setiap kata-kata yang awak lafazkan pada saya, pernah awak tapiskannya. Hanya saya yang menerima kata-kata kesat itu..Saya dah tak mampu dengar apa saja kata-kata dari awak.

Setiap malam saya mengalirkan airmata, bila awak tidur berjauhan dengan saya. Salah kah saya sebagai isteri awak, untuk bersama?? Salahkah saya mengadu sakit dan sendu saya, disaat saya memerlukan awak hadir salam diri saya, mana awak menghilangkan diri?? Awak lebih selesa buat hal awak sendiri, tanpa awak menghiraukan kepentingan perasaan saya dan keperluan harian anak-anak kita. Saya lah yang banyak menyelidik hati dan perasaan awak. Disaat awak demam, saya menangis sendiri, kalau boleh saya tak mampu melihat awak terlantar begitu, saya datang menghampiri awak, saya cium kaki awak…pernah awak rasakan semuanya itu.

Walupun masa tu, kita tidak bertegur sapa, tapi saya betul-betul rindu..” panjang lebar Ozie menerangkan perasaan nya yang sebak dan hiba itu sambil airmatanya yang baru terhenti pagi tadi, mengalir lagi sederas-derasnya. Hanya ingin bekas suaminya tahu, bertapa peritnya selama Ozie hidup dengannya. “Dan kini, saya harap awak lupakan saja saya. Saya tak mampu menerima cinta dan perhubungan ini lagi. Ketidakperihanan awak membuatkan saya sesak dalam mencari erti kebahagian.

Tapi saya tidak dapat itu dari awak. Anggaplah perpisahan ini menjadi panduan untuk awak tafsirkan erti sebenar kasih sayang dan kebahagian. Tiada lagi Cinta di hati saya untuk awak. “Ozie, terima kasih dengan penjelasan ini, Penjelasan ini akan saya simpan dibenak fikiran saya selamanya. Cuma yang saya pohon dari awak, janganlah pisahkan saya dengan anak-anak saya. Biarlah mereka besar dimata saya. Saya hormati dengan penjelasan ini. Cuma saya berharap kita akan tetap menjadi kawan selamanya. Seperti dulu sebelum kita mendirikan rumahtangga. Boleh kan?” Ozie hanya mampu diam. “Ozie, andai diberikan peluang, ingin saya mengesat airmata itu.

Tapi….” Bekas suaminya menghentikan kata-kata. “Awak, tak perlu nak kesali apa yang dah terjadi. Ini ketentuan oleh-Nya. Insya’Allah. “Saya harap diakhir ini, saya dapat memohon maaf dari awak, kerna tidak mampu menjadi suami yang baik pada keluarga kita dari awal sehingga kini. Dan andai selepas ini, awak bertemu dengan seseorang, jagalah dia sebaik-baik insan.” Antara kita tidak ada lagi cinta. Cuma saya harap, awak tidak menyimpan lagi dendam perasaan pada saya.” Itulah kata-kata yang terakhir dari bekas suami Ozie. Kemudian, bekas suaminya terus berlalu pergi, tanpa menoleh ke belakang. Dan begitu juga dengan Ozie. Ozie terus masuk balik ke pejabatnya. 2008, 13June Diari Akhir : 11.45malam “sesungguhnya percintaan itu begitu suci andai kata-kata disulamkan dengan perbuatan yang sebenar-benarnya dari hati yang tulus iklas mencintai diri seseorang.”

Antara aku dan dia, telah ditakdirkan hanya terhenti disini. Aku tak mampu menerima cintanya kembali. Kerna hati ini benar-benar telah tertutup untuknya. Maafkan aku selama menjadi isterimu.” Buat kali yang terakhir, ozie menangis sepuas-puasnya…sambil hati berbicara..akan aku halang kata-kata cinta dari isan yang tidak tahu apa itu CINTA DAN PENGORBANAN yang sebenar. Andai selepas ini pintu kunci hatiku diketuk lagi, biarlah insan itu yang sebanr-benar jujur ingin memiliki ku. Dan dapat menerima anak-anakku seadanya.

“Ya Allah, anugerahkan lah padaku, kesabaran dan keimanan yang teguh dalam menjalani ujianmu ini Ya Allah. Dan pertemukan lah padaku Kebahagian yang datang dari-Mu Ya Allah…aminn….

TAMAT.

Penulis : R'Zie Mustafa

No comments:

Post a Comment