>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Thursday, June 7, 2012

Hadiah Buat Mama

“Zaman persekolahan memang penuh keseronokan. Apatah lagi melihat telatah kawan-kawan yang sering mengganggu diantara satu sama yang lain. Terkadang bila dikenangkan airmata pasti bercucuran dengan tidak sengaja. Terasa rindu dengan zaman itu mula terasa dalam hati. Saat yang paling menyeronokkan adalah sewaktu ibu bapa yang sibuk mengantar anak-anak mereka ke sekolah. Ciuman di dahi dan salam bersalam menampakkan kecerian dalam diri seorang anak. Dan harapan kedua orang tua pada anak-anak supaya melihat anak-anak Berjaya dalam pelajaran amat diharapkan. Dan beginilah kisah sebuah keluarga yang penuh dengan kegembiraan di bibir dan berakhir dengan situasi yang agak memilukan..” Mona adalah seorang anak kepada seorang jutawan yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur.

Mona adalah anak tunggal dari pasangan yang lebih dikenali sebagai Datin Sarah dan Dato’Mahmud. Datin Sarah dan Dato Mahmud adalah seorang pasangan ibu bapa yang sentiasa mengambil berat tentang harian anak mereka. Walaupun sibuk dengan urusan perniagaan mereka, tapi keperluan anak mereka dan masa percutian banyak di habiskan bersama-sama. Terkadang bila musim cuti persekolahan, Mona sering mengajak bapa dan ibunya ke tempat-tempat peranginan. Manja dan peramah Mona, membuatkan ramai kawan-kawan dan kenalan ibu bapanya menyukainya. Mona adalah seorang anak yang menghormati status orang yang lebih dewasa darinya.

“Mama…cepat la..Mona dah lambat ni..” suara Mona kedengaran di tangga ruang tamu rumahnya. “Sekejap sayang, mama tengah pakai tudung ni. Sekejap je…” suara Datin Sarah yang lembut, walaupun agak tinggi bunyinya, tapi terserlah kasih sayang seorang ibu. “Mama…”…sekali lagi Mona memanggil. Terlihat ibu Mona bergegas turun mendapatkan anaknya yang terlalu disayanginya itu. “Mona ni….biasa tak ada pun macam ni..” pujuk lembut ibunya bila terlihat raut muka Mona yang berkerut-kerut. “Ye la…kan semalam Mona ada cakap dengan mama, Mona ada seminar pagi ni??”,..Mona cuba mengingatkan kembali pada ibunya. “Oh ye!...mama lupa sayang…sorry…”, terlihat di taut wajah ibu Mona dengan kegelisahan seketika. Lantas bingkas mereka beredar. Dalam perjalanan, Mona banyak bercerita dengan ibunya tentang hal-hal di sekolah.

Di sekolah Mona memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas. Di sekolah juga Mona di senangi oleh kawan-kawan yang tidak kira usia termasuklah guru-guru. Peramah dan mesra Mona, membuatkan Mona banyak kawan. Tidak salah lah kalau kedua ibu bapa nya pun bersikap yang sama. Dalam perjalanan, Mona ada bersuarakan tentang sesuatu, “Mama, cuti penggal dah nak mula. Ermm…apa kata kalau kita pergi bercuti, nak tak mama?” sambil beria-ia Mona memulakan cerita dengan gaya memek muka yang selamba, membuatkan ibunya tertawa kecil.

Melihat anaknya yang baginya belum cukup matang dengan kata-kata..apapun, Datin Sarah tidak mengeluh dengan situasi itu. Datin terlalu memahami situasi anak tunggalnya itu. “Ermm…ok, tapi mama kenalah tanya dengan papa dulu..mama nak pastikan papa betul-betul tak sibuk..ok?” ibu Mona memberikan harapan pada permintaan Mona itu. Sambil tersenyum, tangan Mona di kucupnya. “Ok mama…tapi pastikan lah ianya jadi tau mama..” Mona kelihatan benar-benar seronok dengan perharapan yang di berikan padanya pagi itu. Harapan Mona agar Mona dapat pergi bercuti.

“Mona nak pergi mana kali ni?” ibu Mona cuba bertanya, terasa permintaan Mona tu di kabulkan. “ Ermm…Mona nak pergi Langkawi la ma…” dengan jelas Mona memberikan tempat dimana percutian mereka. “Kan kita dah pergi sana..?..” Ibu Mona cuba membantah sikit pendapat Mona itu. “Tapi ma.., ada tempat yang belum lagi Mona pergi, lagipun masa pergi dulu tu, papa cuti sekejap je. So, tak banyak tempat kita nak jelajah..” Mona menjelaskan pada ibunya. “Ok lah..nanti Mama cuba tanya dengan papa dulu ok?...” .. “ok mama…”..balas Mona. Setibanya Mona dan Ibunya di hadapan pintu pagar sekolahnya, kelihatan kawan-kawan Mona sedang menunggu Mona di situ.

Ternampak kereta ibu Mona, bergegas mereka berlari anak, untuk mendapatkan kawan mereka tu. “Hai untie …” salah seorang dari kawan Mona cuba menegur ibu Mona. “Hai…” ringkas balasan Datini Sarah pagi tu. Tak seperti hari-hari biasa, mungkin kerana Datin Sarah dah terlewat nak ke tempat kerja. Walaupun perniagaannya sendiri, tapi disiplin tetap ada dalam diri Datin Sarah. Itulah selalu di pesankan oleh suaminya Dato’Mahmod pada isterinya. Didikkan itulah juga, menjadikan hubungan kekeluargaan Dato’Mahmod sentiasa bahagia dan senyuman dalam keluarga itu, tidak pernah sunyi. Termasuklah dalam didikan anak tunggal mereka. Kesempatan bersolat bersama, tidak pernah dipertikaikan. Bagi Dato’Mahmud, Urusan Akhirat juga adalah tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah. Itulah setiap kali Mona terleka dengan urusan itu, pasti bisikan pesanan papanya sentiasa terngiang-ngiang di telinga.

Bagi Mona, papanya segala-galanya. Dan Ibunya adalah peneman Mona disetiap Mona perlukan sesuatu pada ibunya, pasti tidak dikecewakan oleh Datin Sarah. “Ok Mona…hati-hati tau sayang..jangan nakal-nakal…” ibunya cuba berpesan pada Mona. “Mama ni…….” Mona kelihatan malu dengan teman-temannya. Terlihat didalam kereta, Ibunya tersenyum kecil melihat telatah anak kesayangannya itu. “Bye sayang….”.. “Bye mama…” lalu Datin Sarah pun, memecut sederhana, dikawasan sekolah itu.

Mona masih didepan pintu pagar melihat dikejauhan kereta ibunya sehinggalah jelas tidak kelihatan, barulah Mona beredar. Di dalam hati Mona, hanya berdoa pada Allah, agar Ibunya selamat tiba di tempat kerja. Mona tak tahu mengapa tiba-tiba di dalam hatinya berasa bimbang. Tapi Mona sendiri tidak tahu mengapa. “Ah!..malas aku nak fikirkan”..itulah yang terkeluar di benak fikiran Mona seketika. Bagi Mona tiada apa-apa yang akan berlaku. Hanya berserah pada Allah agar semuanya baik-baik sahaja. Di sekolah, habis seminar pagi itu, Mona membelek- belek nota yang ditulisnya pada helaian kertas nota.

Tahun ini, Mona di tingkatan 4, banyak perkara-perkara yang difikirkan tentang jadual-jadual yang padat di sekolah. Tapi, disebabkan Mona adalah seorang yang berfikiran pintar dan cepat bertindak dengan sesuatu masalah disekolah, membuatkan Mona senang menyelesaikan kekusutan yang terbelenggu di benak fikirannya tentang pelajaran dan jawatan yang di sandang. Sedang Mona berjalan-jalan memerhatikan kawan-kawan yang berada di sekitar padang sekolah mereka, Mona di kejutkan oleh panggilan dari speaker sekolah, yang menyebut namanya agar datang ke pejabat dengan segera. Kelihatan Mona bergegas bila mendengar namanya disebut.

Tiba-tiba dalam hatinya berasa tiba-tiba berdebar-debar. Kerna biasa, panggilan dari speaker hanya menyuruh Mona berjumpa Ketua Disiplin sekolah untuk mesyuarat sahaja. Tapi pagi itu…Mona berasa lain sekali. Apapun yang difikirkan Mona pagi itu, Mona tidak menghiraukanya. Setibanya Mona di depan pintu pejabat sekolah tersebut, Mona dilambai oleh salah seorang kakitangan pejabat yang duduk dibahagian pendaftaran. Dikejauhan, kerani sekolah berkenaan, menunjukkan ada talian. Sekejap perlahan, sekejap laju, Mona nak mendapatkan talian tersebut.

“Hello..” Mona cuba bersuara dahulu. Di talian “Mona..” “Eh!..papa…kenapa papa?..” Di talian- “Mona, mama…..mama…..” tersekat-sekat suara papa Mona ditalian. “Pa!.. kenapa dengan mama pa…??..” Mona kelihatan sudah tidak senang duduk lagi. Di talian - “Mona, mama kemalangan..” ringkas papa Mona bersuara. “tidak……!!...jeritan Mona ditalian dipejabat tersebut, didengar oleh semua kakitangan di dalam perjabat sekolah tersebut.. “ Pa….betul ke ni pa….” Mona umpama macam tidak mampu mendengar kata-kata dari papanya. Di talian – “Mona…sabar sayang…mama masih dalam rawatan lagi..mama tengah di periksa oleh doctor pakar. Papa sendiri tak tahu lagi keputusan.” Bapa Mona cuba mententeramkan keadaan anaknya itu. Baru sebentar pagi tadi, Mona bergurau dengan ibunya. “Papa..Mona nak tengok mama. Mona nak tengok mama. Mona nak datang. Mona datang dengan pengetua ye pa…” kedengaran suara Mona tersedu-sedu ditalian. “Papa tunggu Mona…Papa pesan dengan mama, tunggu Mona ye pa…” Mona kelihatan sungguh lemah sangat tengahari itu. Di talian – “Ye sayang..” - hanya bisikan sahaja yang terdengar di telinga Mona ketika itu. Talian di letakkan perlahan, sambil Mona bergegas berjumpa dengan pengetua sekolah memohon perlepasan menjenguk ibunya di hospital. Tanpa membuang banyak masa, Pengetua membenarkan Mona pergi. Dan pengetua sendiri yang menghantar Mona ke Hospital.

Di dalam perjalanan ke Hospital, kelihatan Mona tidak berhenti-henti mengalirkan airmata. Mona tak sangka semua ni akan berlaku. Mona tak mampu menerima hakikat andai terjadi sesuatu pada ibunya. Dalam hati Mona berkata, “Mama…Mona terlalu sayangkan mama..mama jangan tinggalkan Mona…” airmata tidak mampu Mona menahannya lagi, sehinggakan dua orang rakan sekelas Mona yang rapat dengan Mona, mengikutnya ke Hospital. “Mona, sabar ye..insya’allah mak kau tak ada apa-apa..” Kawan Mona turut simpati dan tak mampu juga melihat situasi Mona ketika itu, kerna salah satu rakan Mona itu, pun turut kehilangan ibunya, kerna mengidap kanser payu dara 2 tahun lepas. Apa pun, rakan Mona sentiasa memberikan semangat pada Mona.

Setibanya Mona di hospital tersebut, belum sempat pengetua mereka meletakkan kereta di tempat yang baik, Mona dah bergegas membuka pintu kereta. Tanpa pengetuanya melarang, diberhentikan kereta tersebut, di depan pintu besar hospital tersebut. Mona berlari ke kawasan kecemasan. Melihat keadaan itu, Mona terjerit-jerit memanggil nama mamanya, membuatkan salah seorang kawannya pun mengalirkan airmata. Terasa sungguh kehilangan seorang ibu. Memang sukar untuk menerima hakikat yang ibunya telah pergi buat selama-lama. Dikejauhan Mona ternampak bapanya yang sedang menunggu di bilik pembedahan. “Papa!...” terus Mona memeluk bapanya dengan erat, sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir.

“Papa…macam mana keadaan mama pa….?” bersungguh-sungguh Mona ingin tahu perkembangan ibunya. “ Papa tak tahu lagi, dah 2 jam doctor dekat dalam, tak keluar lagi.” Bapanya cuba menjelaskan. Suasana menjadi sunyi seketika, terlihat Mona di dakapan bapanya sabar menanti ibunya yang masih dirawat. Tersentak Dato’Mahmud bila di panggil oleh suara doctor yang merawat isterinya tadi. “En, ermm..kami minta maaf..isteri encik tak dapat kami selamatkan lagi, kerna pendarahan di dalam kepalanya dan retak di tengkorak belah belakang kepalanya membuatkan kami sukar nak berbuat apa-apa. Maafkan kami..sabar ye encik..” lalu memdengar kata-kata dari doctor tersebut, tersandar Dato Mahmud sehinggakan membuatkan Mona menjerit sekuat hati menyebut nama ibunya. Tak dihiraukan orang sekeliling yang ada disitu.

Terduduk Mona di hadapan pintu pembedahan. Bapanya cuba memujuk, tapi ditepis kuat oleh Mona. “tak pa…….mama tak boleh pergi…mama dah janji nak pergi bercuti dengan Mona pa….”…ratapan Mona tu terdiam seketika, bila pintu bilik pembedahan di buka, dan lalu sekujur tubuh yang dah tidak bernyawa lagi, menyelimuti dengan kain putih berlalu di hadapan Mona. Bingkas Mona bangun, untuk mendapatkan mamanya itu. Lantas di tarik kuat oleh Dato Mahmod. Mona terjatuh sedikit bila bapanya menahan. “Berhenti!!..berhenti!!...” jerit Mona memanggil petugas hospital tu, menolak katil yang membawa mayat ibunya itu. Bila mendengar jeritan itu, doctor tersebut, cuba memberi peluang seketika untuk Mona melihat ibunya buat kali yang terakhir itu. Perlahan Mona berjalan dan terus berlalu mendapatkan mamanya itu. Diselaknya kain putih yang menutupi muka arwah ibunya itu.

Terlihat di raut wajah ibunya yang menampakkan kesakitan yang teramat sangat. “Mama……..!!” sekali lagi Mona menjerit memanggil mamanya. Tersedulah Mona di dada arwah ibunya itu. “Mona…janganlah macam ni..papa tak terdaya sayang…lantas, Monapun memeluk papanya sambil menangis. Lantas, Dato Mahmod pun melihat wajah terakhir isteri yang paling dicintai itu dan mengucupi dahinya buat kali yang terakhir. “Semoga kau ditempatkan di tempat orang-orang yang solehah sayang… abang izinkan sarah pergi..” hanya didalam hati Dato’Mahmod yang mampu berkata-kata. Dato Mahmod tidak mahu, anaknya melihat dia pun begitu dalam kesedihan. “Papa….mama dah tinggalkan kita pa…” hanya suara sayu Mona kedengaran..Dato Mahmod hanya mampu menganggukkan kepala sahaja, kerna tak terdaya untuk berkata-kata. Arwah isterinya mengalami kemalangan sewaktu mengelak sebuah motosikal yang cuba menghimpit kereta yang dipandunya dan bertembung dengan kereta lain sewaktu baru lepas menghantar Mona ke sekolah dan ingin menghala ke tempat kerja.

Petang itu juga, arwah ibu Mona disemadikan. Di tanah perkuburan kelihatan Mona dan papanya yang masih belum beredar. Kelihatan hari makin larut petang, bapa Mona cuba memegang bahu Mona dan mengajak pulang. Dalam perjalanan pulang, Mona kelihatan masih menitiskan airmata. Terasa sungguh kehilangan mamanya. Pada hal, esok hari paling bermakna dalam hidup Mona untuk ibunya. Iaitu, Mona dah bersiap-siap untuk meraikan “Hari Ibu” dengan papanya. Tapi semuanya telah ternoktah. Allah lebih mengasihani mamanya. “Papa, boleh tak hari-hari kita lawat mama di kubur?..” keluhan sedih berbenak didada Dato Mahmod bila mendengar luahan hati anaknya itu. “Boleh sayang…” Papa, mama terlalu baik buat Mona. Mona terlalu rindu sangat dengan mama.” Sayang…dah la ok…mudahan mama ditempatkan di tempat yang solehah.”..kelihatan Mona hanya menganggukkan kepala. Dato Mahmud cuba menyelindungi diri yang terlalu sedih dengan pemergian arwah isterinya. Bagi Dato Mahmud, isterinya adalah seorang wanita yang benar-benar memahami dan menjadi teman bila Dato Mahmud dalam kegelisahan. Tapi kini hanya tinggal kenangan. Hanya doa dalam hati agar roh buat arwah isterinya tenteram dan aman damai disana. “Pa….maafkan Mona…” tiba-tiba Mona terasa semacam dia terlalu terbawa-bawa perasaan itu, sedangkan bapanya lebih merasakan kehilangan itu.

Setibanya di rumah, perlahan-lahan, Mona melihat gambar ibunya yang terletak di sudut bacaan di ruang biliknya. “Mama, Mona akan sentiasa sematkan nama mama dalam lipatan ingatan Mona. Mama, esok hari ibu. Mona akan hadiahkan mama doa-doa buat mama di alam sana. Semoga mama bersemadi dengan damai.”..kemudian airmatanya perlahan-lahan Mona tahan dengan jari-jarinya. Kemudian Mona memeluk gambar ibunya itu sambil terbaring di katil. “Mona…buka pintu sekejap sayang..” perlahan suara Dato Mahmud diluar pintu bilik Mona memanggil anaknya itu. Dato Mahmud cuba membuka pintu bilik anaknya itu. Bilik di buka, terlihat Mona terbaring sambil memeluk gambar arwah ibunya. Perlahan-lahan Dato Mahmud menghampiri anaknya itu. Dan Dato Mahmud duduk disisi anaknya itu sambil menarik gambar arwah isterinya itu. Dan di usap rambut anaknya dengan belaian kasih sayang dari seorang bapa, yang kini mengambil alih tugasan arwah isterinya. Dato’Mahmud tidak mahu melihat Mona merasakan sesuatu kehilangan.

“Eh…papa…”..mona tersedar, bila airmata papanya tiba-tiba jatuh ke pipi Mona. Bingkas Mona bangun, dan segera Dato Mahmud mengilap airmatanya. “Pa….janganlah menangis…” sambil di peluknya papanya seeratnya. “tak sayang…Cuma papa rindukan mama.”…kemudian mereka pun berpelukkan kesedihan. Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan petang itu yang begitu menyentuh hati. “Pa..esok “Hari Ibu”..kita buat kenduri untuk mama ye pa…” ye sayang…” ringkas suara Dato Mahmud. “Mona, jangan sedih lagi tau sayang.

Makcik Munah dah buatkan minum petang tu, jom kita pergi minum sayang. Kalau Mona macam ni, mama mesti sedih…” Dato Mahmud cuba memberi semangat pada anaknya itu, walaupun didalam hati Dato’Mahmud benar-benar sedih, tapi dia redha dengan apa yang terjadi. Ujian dari Allah.

************keesokkanya…(10.05.2008)-

“Hari Ibu” Di dalam bilik Mona menulis senaskah surat buat ibunya sempena hari ibu. Surat itu dituliskan dengan di iringi doa yang tak terhingga buat mamanya. “WARKAH BUAT MAMA...” Mama..... Terlalu perit hati ini untuk Mona tahankan. Rasanya baru sebentar tadi kita bergurau bersama, mama telah pergi buat selama-lamanya. Rsaanya baru tadi mama memeluk mona. Sejuk syahdu masih lagi Mona terasa.

Mama tahu tak, setiap pelukkan mama tak pernah pun Mona rasa syahdu dan bezanya dengan pelukkan mama pagi itu. Dan itu juga terakhir kalinya Mona dapat rasakan. Rupanya mama dah tahu mama nak pergi jauh meninggalkan Mona dan papa. Mama… Semalam, sebelum kita tidur, Mama ada sapu sampah di ruang tamu, walaupun masa tu makcik munah kata, “Pn, biar saya je yang sapu, tapi mama tetap nak melakukan sendiri.

Sehinggakan papa membantah. Lepas tu mama merajuk, dan duduk diluar rumah, Kemudian papa datang memujuk mama. Kemudian mama dan papa tertawa bersama. Mona bahagia sangat bila dapat melihat kemesraan mama dan papa. Dan…..rupanya di situ juga jenazah mama diletakkan. Mama… Paling Mona tak boleh nak melupakan, bila mama kata pada papa semasa kita tengah sibuk menonton tv, mama kata ..“nanti tolong kemaskan barang-barang kemas saya didalam almari. Sebab mama kata, nak suruh Mona pakai bila Mona dah tamat alam persekolahan nanti. Lalu papa pun setuju. Kemudian papa mengucup dahi mama. Mona rasa terharu sangat. Lalu Monapun duduk dicelah-celah mama dan papa.

Mona nak rasakan kemesraan papa dan mama, singgah di dalam hati Mona juga. Mona bahagia mama.. Kemudian pagi itu, Mama sengaja lambat bersiap-siap sedangkan mona dah bagi tahu dengan mama, Mona ada seminar..lalu mama pun segera menghantar mona bila mona kata mona dah lambat. Papa Cuma memerhatikan gelagat kita berdua. Papa Cuma berpesan hati-hati. Walaupun pagi tu papa ada kata, nak naik satu kereta dengan mama, tapi mama membantah. Mama nak pergi sendiri. Rupa-rupanya mama tak nak papa turut merasakan apa yang mama rasakan sekarang.

Mama… Jam tepat pukul 4.00 petang, Mona dan papa setia tunggu mama di depan pintu pembedahan. Doctor keluar memberitahu pada papa yang mama tak dapat diselamatkan lagi. Papa menanggis dalam hati. Mona dapat rasakan papa benar-benar sedih dengan kehilangan mama. Mona turut merasakan keperitan itu ma…Lalu Mona dan papa hanya mampu melihat nurse tengah balut mama dengan kain putih…mama mesti nampak mona menangis disisi mama… Mama… Ketika tu, mesti mama nampak papa cium dahi mama, dengan tangisan yang tersedu buat mama untuk yang terakhir kalinya.

Mama begitu ayu sangat..dan mesti mama nampak papa baca doa untuk mama. Dan begitu juga dengan Mona. Airmata papa tak henti-henti mengalir bila doa dibacakan buat mama. Mesti mama nampak semua tu kan…kann…kan.. Mama… Tepak pukul 6.00 petang, mama di semadikan..masa tu ramai orang melihat mama di tanah perkuburan.

Mona dan papa duduk hampir disisi mama. Mesti mama nampakkan orang-orang tu dan papa sendiri menggangkat mama untuk diletakkan di liang lahat? Ternampak muka papa dengan penuh kasih sayang menggangkat mama.

Mesti mama nampak kan??.... Mama telah di timbuskan dengan tanah-tanah. Kemudian ustaz membacakan doa-doa buat mama. Papa dan Mona tetap berada di sisi mama. Mama, Mona dan papa akan tetap ingatkan mama dan Mona akan selalu melawat mama. Mudahan roh mama selamat disisi orang-orang yang solehah….semoga mama aman di sana..sekalung doa buat mama dan hadiah dari mona sempena “Hari Ibu” untuk mama.

(Al-Fatihah)….amin…

TAMAT
Penulis : R'Zie Mustafa

No comments:

Post a Comment