>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Wednesday, June 6, 2012

Hadirmu Cuma Seketika

Tut..tut..tut.. segera aku mencapai talipon bimbit aku yang ku letakkan disebelah katil ku. "Hello..assalamualaikum sayang..." Sha terseyum seketika bila mendengar satu suara yang teramat sha rindu. Seorang lelaki yang sha rasakan hanya tempat mengadu setiap inci masalah yang sha hadapi. Yuz..itulah namanya yang kini sedang bekerja di luar negara (Australia),tapi apa kan daya. Jauhan membuatkan mereka berdua saling rindu yang teramat sangat. "Sha sihat?", suara dinada phone didengar lagi oleh sha.

Tak mampu untuk sha berkata-kata, tanpa disedarkan airmata berlinang di pipi sha yang gebu putih itu. Perlahan-lahan sha menarik nafas.."sha sihat..Yuz..sihat ke? Alhamdulillah, Yuz sihat, cuma letih sikit sebab Yuz banyak research nak di buat. Tapi sha, Yuz rindu sangat kat Sha". Perlahan-lahan tangan yang lembut itu, mengilap airmata yang berlinangan tanpa pengetahuan Yuz. Dengan nada yang kurang jelas..sha berkata "Yuz..Sha terlalu rindu sangat dekat Yuz, bila Yuz nak balik?, sabar la Sha. Mungkin, raya tahun ni, Yuz tak dapat nak beraya dengan Sha di Pulau Pinang. Bos Yuz, nak kami duduk lagi di Australia. Banyak perkara nak di buat.

Sekali lagi airmata berlinangan di pipi Sha. Tapi kali ini suara yang sedih tadi, dapat di dengar jelas oleh Yuz. "Maafkan Yuz. Yuz tahu Sha tengah sedih sekarang. Tapi Yuz tak boleh nak buat apa Sha. Yuz harap Sha faham."......diam..... Yuz, Sha faham. Tapi...tak apa la Yuz, jaga diri yuz baik-baik. Sha faham situasi Yuz. Apa lagi yang mampu Sha cakapkan lagi. Ini kerja Yuz kan?, jadi Sha harap jangan la sampai Yuz lupakan Sha di Kuala Lumpur. "Yuz tahu Sha. Yuz tak akan lupakan Sha, Yuz selalu ingatkan Sha. Dalam tidur, Yuz berharap sangat dapat jumpa dengan Sha."..senyuman kembali terukir di raut wajah Sha."Sha, jaga diri juga tau. Tunggu Yuz pulang ke Kuala Lumpur. Yuz akan jumpa Sha, lepas Yuz balik dari Australia dan Yuz akan balik rumah dekat Pulang Pinang dulu, dan barulah Yuz akan pergi ke Kuala Lumpur jumpa Sha ok sayang.." ..ermmm..ok Yuz, Sha akan tunggu Yuz.

"Ok lah Sha, Yuz terpaksa berhenti di sini dulu. Insya’allah, kalau ada rezeki lagi, Yuz call Sha lagi ya. Jaga diri baik-baik. Jangan main-main mata dengan lelaki lain tau." Sha hanya mampu tersenyum saja. "Nanti Yuz, jangan lupa email Sha ok. Ok sayang..." talipon pun di letakkan kembali di sisi katil tadi. Hai Sha, apa khabar? satu suara datang depan rumah Sha, bila Sha tengah sibuk menyiram bunga di depan rumahnya. Sha sihat. Eh! nak kemana sofia? Laa..Sha ni, nak jumpa dengan Sha la ni. Bukan apa Sha, Sofia dengar, Hairi ada cerita tentang Yuz.

Hairi adalah kawan kepada Yuz. Hairi pun sekali bekerja di Australia dengan Yuz. - cerita apa sofia?. Hati Sha tertanya-tanya kenapa....diam... Sha, kau masih lagi ada hubungan dengan Yuz ke? Kenapa kau tanya aku soalan ni sofia? Ada yang tak kena ke? Cuba kau bagi tau perkara yang sebenarnya pada aku sofia. Ya la, aku sekadar nak bertanya saja pada kau. Aku dengar Yuz tu sudah kawin. Ah!! bertapa terbakar hati Sha bila mendengar kata-kata Sofia. Hatinya benar-benar terluka sekejap. Tak tahu apa nak dikatakan lagi, bila Sofia berkata begitu pada Sha. Dengan nada yang tenang, Sha menjawab,.- ye ke? mana kau tahu cerita ni? Aku dengar dari Hairi la Sha. Takkan Hairi nak tipu pula kat aku. Takpa la sofia, terima kasih la sebab kau bagi tahu kat aku tentang hal ni. Aku akan siasat dulu. hmmm...terpulanglah pada kau Sha. Aku cuma tak mahu kau tu, terluka buat kali yang kedua. Hati-hati Sha. Ini adalah masa depan kau dan anak-anak kau. Aku simpati dengan kehidupan kau Sha. ..terdiam..terima kasih Sofia. Kemudian, Sofia pun berlalu pergi meninggalkan Sha bersendiri duduk di tengah-tengah ruang bunga-bunga yang terdapat meja batu dan kerusi batu di situ. Sha berlalu dari kamar bilik setelah selesai menunaikan solat Isyak. Dia terus ke kamar bacaan, dimana terletaknya sudut membaca untuk dia dan anak-anaknya. Di situ juga terdapat, sebuah set komputer. Perlahan-lahan tangan Sha membuka email.

Di periksanya satu persatu senarai email yang berada di Inbox. Ada email dari Yuz di Australia. Yuz ada menghantarkan gambar-gambar terkini pada Sha. Dan ada coretan di perakhiran gambar tersebut. Yang tertulis, "I LOVE YOU SHA "..AND I MISS YOU SO MUCH. Yuz harap kita akan dapat berjumpa. Sha tunggu Yuz tau. Lepas ni, Sha mesti emailkan gambar terbaru Sha pada Yuz ok. Yuz rindu sangat dekat Sha. Oh ye, jangan lupa gambar anak-anak Sha sekali ok. Sha, jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan dan jangan terlalu kuat bekerja sangat. Yuz akan selalu ingatkan Sha. Ok la Sha.

Assalamualaikum sayang. Selamat Malam. Muuuuaah!." Sha terseyum sendirian. Itu lah coretan yang di baca oleh Sha dengan hati yang benar-benar mengharapkan kasih sayang dari Yuz. Sebab Sha tahu, setiap apa yang tersemat di hati Sha, Yuz pasti boleh meneka. Sebab bagi Sha, tiada siapa yang boleh faham hati dan perasaannya, kecuali ada seseorang yang benar-benar faham dan dengan tingkah laku dan sifat yang ada pada Sha. Sha adalah seorang yang cepat memahami, manja, sopan santun bila bertutur, dan cantik. Itu lah sebabnya Yuz benar-benar tertarik dengan Sha, pada mula Yuz meneliti profile Sha di FaceBook.com. Dan teringin rasanya Yuz berjumpa dengan Sha. Tarikh 03.10.2007, itulah kali pertama mereka berjumpa. Dan selang beberapa bulan mereka tak berhubung, kerna Yuz mendapat tawaran bekerja di Australia. Baru berkenalan, sudah berjauhan. Inilah dikatakan takdir.

Tapi Sha bersyukur, kerna dari mula sampai ke saat ini Yuz tak pernah lupakan Sha. Biarpun hanya beberapa minit mereka bercakap melalui talipon, tapi cukuplah sekadar ingin melepaskan rindu dendam masing-masing. Mama...buat apa sorang-sorang ni?. tersentak Sha dari lamunan bila mendengar suara yang lembut bercampur serak-serak iaitu anak pertama Sha yang berusia empat tahun. Anak yang juga semacam memahami perasaan Sha semenjak Sha ada salah faham dengan bekas suami nye dulu.

Airmata Sha sentiasa di perhatikan oleh anak Sha yang sulong. Sha dapat merasakan anaknya yang senang di panggil dengan panggilan ‘abang’ itu memahami setiap kepahitan, kecewa, sedih dengan perbuatan bekas suaminya dulu. Sudah genap usia anaknya empat tahun, dan sudah genap dua tahun perpisahan yang tak dirancang, telah terlerai di sebabkan oleh sikap tidak pernah ingin memahami. Dan mereka berpisah bila Sha melahirkan anak kedua mereka.

Sayang...mama tengah buat kerja sikit. Mama nak lihat, kalau ada kawan mama hantar pesanan dalam komputer ni. Sha tersenyum melihat anaknya itu yang tergeliat di riba Sha. Satu ciuman seorang Ibu yang benar-benar menyayangi anak-anaknya. Bagi Sha merekalah penawar sakit Sha yang setiap kali Sha kesedihan. Dan bila Sha bersembang atau bawa mereka bersiar-siar, Sha merasakan terhibur.

Walaupun hakikatnya mereka masih kecil, tapi Sha tetap anggap mereka itu teman, kawan di saat Sha memerlukan perhibur hati. Sayang..bangun. Anaknya tertidur seketika di riba Sha, dan perlahan-lahan Sha mendukungnya pergi ke kamarnya. Sambil tu Sha pun duduk bersebelahan Anak-anaknya.

Ringggg..........05:45 pagi, Sha tersedar, di lihat anak-anaknya yang tertidur di pelukkan Sha. Perlahan-lahan Sha mengalihkan tangan kedua-dua anak lelakinya itu. Sha bangun perlahan-lahan, dan terus ke bilik mandi, untuk membersihkan diri dan terus menunaikan solat Subuh.. ~~~ Selesai sudah Solat Subuh, sha menyiapkan sarapan buat anak-anaknya. Sementera menunggu waktu mencecah pukul 08.30pagi, Sha ingin terus ke pejabat, dan sebelum itu nak menghantar anak-anaknya yang di jaga oleh Ibu Sha sendiri. Antara rumah Sha dan ibunya hanya beberapa meter saja.

Mama..hari ni abang nak beli mainan baru yang mama kata nak beli tu. Sha hanya mampu tersenyum saja sambil memakaikan baju pada anak nya yang pertama yang dia sendiri menggelarkan dirinya "abang”. Ok la sayang..nanti mama balik kerja, mama belikan ok. Anaknya pun diam saja mendengar kata-kata ibunya itu. Sha memandu kereta menghala ke rumah ibunya. Anak-anaknya diletakkan di depan pintu rumah ibunya yang tidak lagi kelihatan walaupun telah di beri salam. Ermm..Sha mengeluh seketika,..Arr Sha tak masuk dulu ke? ibu Sha mengajak ke dalam rumah untuk bersarapan sama. Tak apa la bu, Sha dah lambat ni. Sha pergi dulu.

Assalamualaikum bu. Anak-anaknya di ciumnya sekali lagi. Mama jangan lupa tau..” anaknya mengingatkan lagi mamanya. Ermm..ok sayang. Laju juga Sha memandu keretanya. Walaupun laju, Sha sentiasa berhati-hati dijalan raya. Tut!tut! kereta di tutupnya. Dan Sha pun telah selamat sampai ke pejabat. Masuknya saja Sha di biliknya, talipon bimbitnya berbunyi..Segera Sha menjawab talian tersebut tanpa memerhatikan nombor yang tertera di talian tersebut. "Hello," sha memulakan ~~

"Assalamualaikum sayang..." tersentak seketika Sha dibuatnya. senyuman tidak pernah Sha lupakan setiap kali mendengar suara itu. Tapi bila terfikir sekejap hal yang diberitahu oleh sofia dua hari lepas, senyuman tadi menjadi tawar seketika. "Sha..nape diam?, Sha tak sihat ke? " Yuz menanti balasan salam Sha yang tidak dijawab lagi. "Waalaikumusalam Yuz. Sha sihat je". Cuma letih sikit je ni. Sha, jangan la terlalu sibuk bekerja sangat. Nanti memudaratkan kesihatan."Tak apa, Sha dah biasa.." Tu la jawapan yang selalu saja Yuz dengar bila setiap kali Yuz berkata-kata bergitu.

Semacam Sha tak mahu orang lain merasakan kepayahan Sha dalam membina masa depan, dan mengumpul duit untuk anak-anaknya.."Ermm...Sha ni, ye la, memang la Sha dah biasa, tapi nanti kalau dah sakit, siapa nak tengok anak-anak?..Sha terdiam mendengar kata-kata dari Yuz. "Erm..Sha faham Yuz." Terima kasih. Yuz, Sha ada perkara nak bercakap dengan Yuz. Tapi sekarang Sha nak buat kerja dulu, sebab sekejap lagi Sha ada meeting dengan Bos Sha." ~~ Yuz terdiam seketika,terasa ada seperkara yang mungkin dari fikirannya tidak memuaskan hatinya." Ok sayang. Nanti Yuz call semula lepas lunch ok." Yuz selalu mengikut time Malaysia, bila ingin menghubungi Sha. Dia tak mahu mengganggu Sha, bila malam. Cuma email saja yang akan dihantarkan pada Sha. Menandakan Yuz sentiasa mengingati Sha. Yuz benar-benar mencintai Sha. Sha sentiasa jujur bila berkata-kata. Banyak kata-kata nasihat. Itu yang membuatkan Yuz tertarik pada sifat Sha.

~~ Cepat sungguh masa berlalu..'hati Sha berkata-kata, bila mengakhiri sidang mesyuarat. 'Baiklah semuanya. Mesyuarat kita setakat ini sahaja.' ~~bersurai~~ Perlahan-lahan Sha melangkahkan kakinya menuju ke ruang biliknya sendiri.'Sha, kenapa aku lihat muka kau ni semacam je?', ada masalah ke?'.Sha tersentak mendengar kata-kata itu..'Oh Sufian..engkau ni, terperanjat aku. Ermm..tak ada apa. Aku ok je sufian.' Apa lah yang mampu Sha beritahu pada Sufian rakan sekerjanya itu mengenai perasaan yang bercelaru, bila Sha terfikir tentang Yuz. 'Ermm...tak apa la Sha, kiranya kau tak mahu berkongsi masalah dengan aku...lalu Sufian pun berlalu. Apa lah daya Sha untuk menceritakan hal tentang perasaannya itu.

Bagi Sha, hanya Yuz saja yang mengerti. Sambil dari jauh Sha memerhatikan gelagat Sufian, semacam kurang senang dan raut wajahnya menampakkan kurang memuaskan hati Sha..'biarlah..' dalam hati Sha berkata-kata. Nada dering Sha berbunyi. 'Assalamualaikum Sha'..sedalam-dalam nafas Sha di tariknya. 'Waalaikumusalam Yuz..'Sha, dan habis meeting ke? Dah Yuz. Baru saja selesai. Sha, sekarang ni dah pukul 12:30 tengahari kan?. Ermm..betul..kenapa Yuz? Sha tak pergi lunch ke?. Sha tak ada selera la Yuz. Kenape?'~diam~ Dalam hati Sha, patut ke Sha menceritakan hal yang didengar oleh Sofia mengenai status Yuz.

Dan mulalah di mata Sha berkaca...'Sha, kenapa diam? Tak Yuz, Sha tak rasa lapar. Lagipun Sha dah sarapan tadi. Masih kenyang lagi. Ermm...bagus la camtu Sha. Sarapan tu pun penting juga. Janji Sha makan ok. Ok Yuz..' 'Sha, pagi tadi, Sha ada kata pada Yuz, tentang ada seperkara yang Sha nak ceritakan pada Yuz, apa dia?'Ermm..dalam hati Sha mengatakan"haruskah aku mencerikannya?"..

Dengan satu keluhan yang kurang menyenangkan hati Yuz, dengan nada yang membimbangkan, Yuz cuba bertanya lagi,"Sha, please...tolong bagi tahu pada Yuz..apa sebenarnya yang sedang Sha fikirkan. Adakah ini mengenai kita? Atau ada perkara lain?..Sha, tolong jangan buat Yuz tertunggu-tunggu.'dengan hati yang berdebar-debar, terus Sha menanyakan soalan yang pertama pada Yuz."Yuz sayang Sha?"..Sayang Sha..kenapa Sha? Sha tak mampu menjawab soalan Yuz tu. "Adakah Yuz ada pilihan yang lain?"..terdiam seketika.."Yuz..Sha bertanya ni..tolong jawab jujur dengan Sha. Selama ni, bagi Sha hanya Yuz segalanya yang ada dalam hati Sha. Dan tolong beritahu dengan sejujur hati Yuz. Lagipun kita baru tujuh (7) bulan mengenali, tapi bagi Sha, semacam telah bertahun-tahun Sha mengenali Yuz. Sedikitpun Sha tak pernah berkata tidak jujur pada Yuz.' Sekejap mata Sha berkaca..tak mampu Sha meneruskan kata-kata itu lagi.. 'Sha, pertama sekali bila Yuz melihat Sha di laman web FB, Yuz rasa Yuz mempu berkongsi suka dan duka dengan Sha. Dari penglihatan Yuz, dan perasaan Yuz mengatakan yang Sha adalah milik Yuz seadanya. Sha, selama tujuh bulan perhubungan kita, Sha tak pernah menanyakan pada Yuz tentang status Yuz. Dan silap Yuz, tak pernah menceritakan latar belakang Yuz pada Sha. Yuz tak menyalahkan Sha. Yuz tahu Sha jujur pada Yuz, dan menceritakan status Sha pada Yuz. Maafkan Yuz. Sha, Jodoh dan pertemuan Allah yang menentukan.

'Airmata Sha mulai jatuh membasahi pipinya. Sha hanya mampu diam mendengar penjelasan satu persatu dari Yuz. 'Sha, mungkin Allah tu menemukan kita dengan seseorang yang salah. Tapi kita tak boleh menghalang kehendaknya menemukan jodoh diantara kita. Allah tahu dan Allah maha menguji diri kita, kejujuran kita. Dan tanpa disedar, dalam perhubungan suami isteri, seseorang itu menemui cinta sebenarnya cinta atas nama Allah dan kerestuan olehNYa. 'Sha, maafkan Yuz. Yuz tahu, Sha seorang yang tabah. Sebenarnya memang Yuz telah berumahtangga'..Airmata Sha yang perlahan tadi, dengan begitu deras mengalir tanpa sebarang kata. Sebak yang begitu sangat didada Sha membuatkan dia terdiam seribu bahasa. 'Sha, dengar sini sayang..Yuz rasa gembira bila dapat mengenali diri Sha. Sha punyai sifat seorang wanita yang selama ini Yuz cari. Tapi ketentuan Allah menguji seadanya. Yuz pasrah dan bersyukur seadanya. Yang mampu Yuz katakan pada Sha, Yuz kurang bahagia bersama sidia(isteri yuz)"..kami berkahwin tanpa cinta Sha. Antara keluarga, dan ini adalah pilihan keluarga. Yuz terpaksa turuti kehendak kedua-dua ibubapa Yuz.

Maafkan Yuz. Yuz tahu, Sha benar-benar terluka sekarang. Sha, Yuz sayang dan cintakan Sha. Berilah Yuz peluang Sha. 'Yuz...' dengan suara yang sekejap-kejap kurang jelas, Sha berkata "Yuz, memang Sha sayang dan cintakan Yuz, kiranya Yuz adalah Yuz.' Apa maksud Sha?, Sha terdiam sambil mengilap airmatanya yang tanpa dia sedar, Sufian tengah memerhatikanya dari jauh. 'Yuz, mungkin Cinta dan sayang Sha pada Yuz, hanya setakat ini saja. Yuz, Sha tak mahu mengecewakan hati seorang insan yang setaraf dan sejantina dengan Sha. Sha faham perasaan seorang wanita, bila kekasihnya tak setia. Yuz, biarlah sekali lagi Sha korbankan kasih dan sayang Sha pada insan yang bergelar 'Lelaki'. Sha tak mampu lagi mendengar penjelasan Yuz.

Yuz, Cinta memerlukan pengorbanan. Insya\'Allah, kalau Allah berkehendakkan seseorang insan yang sentiasa bersyukur dengan kurniannya, Sha yakin kita akan bertemu. Yuz, terima lah dia seadanya. Lupakan Sha dimata Yuz. Sha tak mampu lagi menyintai diri Yuz. Sha mengalah bukan kerana Sha kecewa dengan Yuz. Sha redha dengan ketentuan Allah. Sha yakin, mungkin ini takdirnya dan yakin ada hikmah disebalik semua perkara. Yuz, belajarlah setia pada yang satu.

Walaupun bukan itu cinta yang Yuz perlukan, tapi hakikatnya itulah Jodoh Yuz dengan dia (isteri yuz). 'Jaga dirimu baik-baik Yuz.' Kalau dipanjangkan umur, dan ada jodoh diantara kita, Insya'Allah kita akan dipertemukan juga.' Sha menamatkan panggilan dari Yuz itu. Walaupun terdengar suara Yuz memanggil nama Sha. Tapi Sha terus mematikan talian tersebut. Tak ada gunakan Sha ingin menyakiti hati orang lain hanya kerna Cintanya pada seorang yang telahpun berpunya."maafkan Sha Yuz..." tertunduk Sha dimejanya, menanggis tanpa hentinya. Sambil yang memerhatikan tadi tanpa menghiraukan pekerja yang lain, terus masuk ke dalam bilik Sha. "Sha, are you ok?" ..tanpa berpatah perkataan, Sha hanya mampu tertunduk dan berkata pada sufian, "Biarkan Sha sendiri".. tanpa balasan, Sufian terus keluar dan perlahan-lahan kakinya melangkah pergi, dan memerhatikan Sha.

"Yuz, mengapa kau hadir dalam hidupku..?? mengapa aku tak mampu melupakan mu? Yuz, aku doakan agar kau sejahtera di sana bersama sidia.." itulah suara hati dari Sha untuk Yuz. Sha meluncur laju membawa kereta menuju ke sebuah tempat. Di bawah pokok yang rimbun, dan ada bangku dibawanya pohon itu, Sha duduk sendirian, dimana tempat pertama Sha menemui Yuz. Lama juga Sha duduk disitu. Sekali lagi matanya berkaca. mengingatnya saat-saat indah dan kata-kata yang mencuit hati Sha. Dengan suara yang sayup-sayup kedengaran, Sha mengatakan sendiri..

"Mengapa Hadirmu cuma seketika..?" lalu Sha pun berlalu pergi. Sudah hampir lima (5) bulan Sha menyepikan diri. Yang Sha tahu hanya Kerja dan terus kerja. Dan sekarang Sha cuba sibukkan diri, mengajar kelas malam. Tanpa Sha sedari, ada insan yang sedang tenat dengan Cinta. Bukan niat Sha ingin melukakan hati Yuz. Tapi Sha terpaksa mengalah, hanya kerna Sha tak mahu orang lain kecewa. Apatah lagi ingin merampas kasih sayang dari seseorang.

"Assalamualaikum.. "Waalaikumusalam.. "Adakah ini rumah Sharifah?, ye..tapi boleh saya tahu, ini siapa? perlahan-lahan Sha berjalan kemuka pintu hadapan. "Saya, ibu kepada Yuzri.", terkejut bila Sha mendengar kata-kata itu. Di fikirannya tertanya-tanya, mengapa Yuz menyuruh ibunya datang kerumahnya. "Adakah ini Sha? iye makcik..sila lah masuk dahulu." mereka pun masuk ke dalam rumah Sha. Dan sementara Sha menjamukan minuman petang buat tetamunya itu. " Sha, mari duduk sekejap, suara yang sudah berumur itu memanggil Sha, dengan begitu lembut sekali. Lalu Sha pun tertuduk diam sahaja, tanpa berkata-kata. "Perlahan-lahan tangan ibu Yuz, membelai wajah Sha itu, dan berkata, benar kata Yuz, Sha adalah seorang yang cantik dan berbudi bahasa." Sha, Yuz banyak menceritakan hal Sha pada makcik.

Pada mulanya makcik tidak begitu suka dengan cerita yang tiapkali diceritakan pada makcik, nama Sha tak pernah Yuz lupakan. Tapi makcik sendiri tak tahu, siapa gadis yang diceritakan itu. "Sha, masa Yuz menceritakan hal Sha pada makcik untuk kali yang terkahir....."...ibu Yuz tak mampu untuk meneruskan kata-kata itu. Di hulurkan sesampul kertas buat Sha. dengan hati yang berkata-kata, perlahan-lahan Sha membukanya dan membaca isi nota itu.

"Ibu, Yuz pohon ampun dan maaf dengan apa yang bakal ibu baca nanti akan menguriskan hati ibu. Selama ini Yuz tidak pernah meminta apa-apa dari ibu, melainkan sekarang ini Yuz telahpun berjumpa dengan insan yang benar-benar mulia dipandangan Yuz. Ibu, Yuz terlalu sayangkan "dia" (Sha), Yuz tak mahu siapa-siapa merampasnya dari Yuz. Yuz akan mengahwininya Ibu. Dan ibu tolong beritahu hal ini kepada Sha dialamat yang tertera di bawah ini. Yuz akan mengahwini hanya dia seorang. Dan ibu tolong katakan pada nya yang apa yang telah Yuz, terangkan pada nya dulu mengenai Status Yuz, semuanya dusta. Yuz akan balik dalam tempoh terdekat ini. Yuz nak jumpa dia dan menghantar rombongan pada dia bu. Janji ibu mesti pergi cakapkan pada Sha dulu ok.." Setelah habis Sha membaca surat tersebut, secara tak sengaja, airmatanya jatuh berderai lagi. dalam hatinya berkata, mengapa dia sendiri tidak mahu berterus terang. "Sha, maafkan makcik. Sebenarnya,....sekali lagi ibu Yuz terdiam. Sha, makcik yang bersalah dalam perkara ni, makcik dan bohong padanya yang makcik telahpun berjumpa dengan Sha. Ini kerna, makcik tak mahu dia pilih gadis yang lain.

Sebenar Yuz telahpun bertunang Sha, tapi belum berkahwin lagi. Sha, maafkan makcik. Yuz memang sayangkan Sha. Sekalipun dia tidak pernah menceritakan hal tunangnya.. Sha maafkan makcik. Yuz memang sayangkan Sha. Sekalipun dia tidak pernah menceritakan hal tunangnya pada makcik, apatah lagi hal perkahwinan mereka. Yuz memang akan berkahwin tak lama lagi. Tapi Sha, setiap kali makcik menghubungi Yuz di Australia, dia cuma katakan dia tak akan berkahwin. Sehingga la makcik sendiri ke Australia dengan tunangnya. Setiba saja di sana, Yuz langsung tidak menunjukkan yang dia menyukai tunangnya. Sha, makcik memang kejam!.." menitis-nitis airmata ibu Yuz, apatah lagi diri Sha sendiri.

'Tapi makcik, lima bulan lepas, Yuz semacam benar-benar menceritakan statusnya pada Sha. Mana mungkin Yuz berbohong pada Sha makcik. Mengapa sekian lama Yuz tak menghubungi Sha untuk menceritakan perkara yang sebenarnya. Sha tak mahu Yuz menduakan tunangnya makcik. Sha faham perasaan seseorang wanita bila cintanya di rampas oleh insan lain. Tak mungkin perkara ini terjadi lagi dalam hidup Sha makcik. 'Seandainya makcik datang sini untuk meminta supaya saya terima Yuz kembali...Sha minta maaf. Sha tak mampu lagi makcik untuk bersama dengannya. Kalau benar, mengapa dia tidak datang bersama makcik untuk berterus-terang?.'.~~terdiam~~.. sekali lagi mata Sha berkaca. Umpama ingin melepaskan perasaan yang dia simpan. Dihatinya berkata-kata "Yuz, Sha terlalu rindu pada Yuz".. Apalah daya Sha.

Untuk mencintai seseorang yang benar-benar dia sayang, bukanlah senang. Hanya kesabaran dan keyakinan diri yang tersemat di setiap sudut ruangan hati Sha. Hanya doa yang mampu Sha utuskan buat insan yang dia sayang. Tapi, sudahpun dimiliki. Sha telah cuba melupakan diri Yuz seadanya, tapi bila Sha bersendirian, hatinya mula memikirkan hal Yuz. Yang mampu hanya tawakal pada Allah, agar dia dapat melupakan terus Yuz. Sha tidak mahu, melukakan hati sesiapa. Ketabahan Sha di rasai oleh Yuz. Itu la sebabnya Sha sukar melupakannya. 'Sha, dengar sini, bukan lah maksud makcik ke sini untuk mengeruhkan keadaan. Atau ingin memohon simpati pada Sha untuk menerima Yuz kembali. Sha, Yuz satu-satunya harapan makcik dan keluarga.

Yuz seorang lelaki yang bertanggungjawab. Yuz adalah anak yang sentiasa mendengar nasihat dan kata-kata makcik. Yang selama ini, makcik tidak menyedari yang dia sudahpun meningkat dewasa, dan mampu membuat keputusannya sendiri. Makcik tak sepatutnya menghalang dia untuk membuat sesuatu keputusan, apatah lagi masa depannya untuk membina mahligainya sendiri dengan orang yang benar-benar dia cinta. Sha, maafkan makcik. Makcik tahu ini silap makcik. Makcik menyesal Sha.' Sha segera ke sebelah ibu Yuz. Perlahan-lahan tangan Sha yang putih dan lembut itu, menyapa tangan ibu Yuz. Dengan nada yang penuh dengan ketabahan, Sha berkata, 'Makcik, janganlah makcik menyalahkan diri makcik sendiri. Ini adalah ketentuan dari Allah.'Ibu Yuz hanya mampu tunduk dan sambil memerhatikan wajah Sha, seorang perempuan yang memang penuh dengan ketabahan. Sabar menghadapi segala dugaan hidup. 'Makcik, jemputlah minum dulu.' perlahan-lahan Sha menghulurkan segelas air pada ibu Yuz. Di dalam hati ibu Yuz,"bagaimana harus aku perjelaskan pada Sha, apa sebenarnya yang terjadi"..dengan sedikit senyuman pada raut wajah Sha, membuatkan hati ibu Yuz, benar-benar insaf dengan sikapnya dahulu, yang sentiasa mahu didengar, tanpa memikirkan perasaan sesiapa.

Terasa sungguh, bila Sha cuba mengilap airmata ibu Yuz. Di sebalik senyuman Sha tadi, membuatkan Ibunya terasa ingin menyayanginya sebagai seorang anak. 'Sha, mana anak-anak Sha?. ermm..mereka ke rumah ibu Sha. Sebab ibu Sha ada membuat parti harijadi adik Sha yang bongsu. Oh ye ke..' di fikiran ibu Yuz, bertanyakan mengapa Sha tidak langsung ingin menanyakan hal Yuz?. 'Sha, sebenarnya, makcik datang kerumah Sha, ingin menyampaikan hasrat dari seseorang Sha.' Sha hanya mampu terdiam. Tunduk mendengar satu persatu yang akan dijelaskan oleh ibu Yuz. Apa yang terlintas difikiran Sha, adalah hasrat ini mungkin dari Yuz sendiri.

'Makcik, cuba berterus-terang pada Sha. Apa sebenarnya.'dengan hati dan kata-kata yang telah bersedia mendengar setiap penjelasan dari ibu Yuz. Yang tanpa ibu Yuz menyedari, sebenarnya jiwa dan perasaan Sha, dari mula perbualannya tadi, hati Sha begitu tidak selesai. Semacam ada sesuatu yang tak kena. Cuma Sha malas untuk mengikutkan sangat perasaan itu. Yang mampu Sha hanya berdoa pada Allah agar Yuz sejahtera saja.

Ibu yuz memulakan cerita. Sha hanya terdiam mendengar penjelasan yang bakal Sha dengar dari mulut ibu Yuz sendiri. 'Sha, adakah Sha benar-benar sendiri sekarang?' itulah soalan yang pertama ibu Yuz utarakan pada Sha. Sha hanya mampu anggukkan kepala saja.'Sha, sebenarnya ada sepucuk surat lagi yang Sha belum baca lagi.' sambil bercerita, ibu Yuz menyerahkan surat bersampul merah jambu. Secara tiba-tiba mata Sha berkaca, dan mengingatkan sewaktu bersembang dengan Yuz, tentang warna kesukaan masing-masing. Yuz lebih menyukai warna merah jambu. Tak sangka, Sha pun menyukainya.. masing-masing ketawa sama sendiri.~~

Perlahan-lahan Sha mengambil surat yang bersampul berwarna merah jambu itu yang dihulurkan oleh ibu Yuz tadi. 'Sha, bacalah dulu coretan tu. Ini adalah hasrat Yuz pada Sha untuk kali yang terakhir.' Sambil tunduk memerhatikan surat bersampul merah jambu itu, terdongok Sha dengan situsi yang agak terkejut mendengar penjelasan dari ibu Yuz yang berkata"buat kali terakhir". Melulu Sha ke pangkuan Ibu Yuz. Sambil berkata dengan nada yang mendesak, "Kenapa makcik?, apa yang terjadi pada Yuz?". Ibu Sha tak mampu berkata-kata, hanya airmata yang bercucuran jatuh tanpa hentinya, apatah lagi bila melihat keadaan Sha yang mendesak begitu. 'Sha, bacalah dulu warkah itu, dan akan makcik terangkan nanti.' Surat ini makcik jumpa sewaktu.....ibu Yuz terus diam."Mengapa makcik, tolong la bagi tahu pada Sha makcik." Sha, sabar sayang.." perlahan-lahan suara ibu Yuz kedengaran.

Rasanya tak mampu untuk perhatikan keadaan Sha masa tu. Dengan dipujuk oleh Ibu Yuz, perlahan-lahan Sha membuka warkah itu. Pertama yang Sha jumpa dalam sampul surat itu adalah cincin berbatukan merah jambu. Dengan linangan airmata, Sha membaca warkah itu.

Assalamualaikum Sha, Semoga Sha berada didalam limpahan Allah s.w.t hendaknya. Yuz di sini sihat sejahtera.Sha, sudah hampir 5 bulan kita tak berkirim khabar. Yuz terlalu merindu dirimu sayang.Setiap kali Yuz ingin melelapkan mata, fikiran Yuz terus teringatkan Sha. Tentang hariyang Yuz beritahu pada Sha berkenaan dengan status Yuz. Sha, Yuz benar-benar bersalah. Tidak sepatutnya Yuz melukakan hati Sha, apatah lagi menyakitkan hati Sha. Yuz tahu, hati Sha benar-benar terguris. Untuk pengetahuan Sha,bukan kerna Yuz dah lama tak mengutuskan berita untuk Sha, bermakna Yuz ingin melupakan Sha ataupun ingin menyikirkan Sha dalam ingatan Yuz. Ini kerna Yuz sibuk dalam beberapa bulan. Terkadang, bila tengah tidur pun Yuz terpaksa bangun, bila bos ada buat perjumpaan tergempar mengenai permasalahan syarikat kami.Sha, sebenarnya bukan itu yang ingin Yuz perkatakan. Cuma Yuz mahu Sha tahu, yang diri Yuz serta keadaan Yuz di Australia beberapa bulan ini. Sha, mohon keampunan dari hujung rambut sehingga kehujung kaki, bila Yuz tidak menghantarkan berita..... Sha, tentang penerangan yang Yuz beritahu pada Sha berbulan yang lepas, adalah dusta belaka.Memang Yuz telah dimiliki, tapi bukan sebagai seorang yang bergelar suami. Yuz telah pun bertunang. Tunang Yuz itu adalah kenalan dari ibu Yuz. Yuz cuba untuk menghubungi Sha pada masa tu. Tapi Yuz tak dapat hubungi, bila nada operator menyatakan yang nombor Sha tidak di guna lagi. Yuz jadi hilang haluan. Nasib baik Yuz ada menyimpan gambar dan alamat Sha. Maafkan Yuz buat kali yang terakhir. Sha...Yuz tahu, masa tu bukan niat Yuz ingin menyakitkan hati Sha, sekadar ingin memperlihatkan kejujuran reaksi Sha. Ternyata, Sha memang jujur dengan Yuz. Sha terima kudrat dari Allah. Sha tabah!. Sha langsung tak memarahi Yuz masa tu, cuma Sha menyerah seadanya. Sha cuba korbankan kasih dan sayang Sha untuk orang lain. Tapi kenapa Sha. Sha, selama ini Yuz tak pandai berkata-kata, ibu Yuz saja yang sering memerhatikan tingkah laku Yuz. Tapi bila Yuz mengenali Sha, Yuz rasa selesa sangat. Sha, andainya Sha tidak mahu memaafkan Yuz di atas kesilapan Yuz, sampaikan Sha sanggup menukar no. telepon Sha sendiri hanya untuk melupakan Yuz. Tapi, Yuz yakin ada peluang kan sayang?.. Sha, cukuplah setakat ini saja warkah dari Yuz buat Sha yang teramat Yuz sayang dan cinta. Andai Tuhan tu merestui hubungan ini, kita akan berjumpa lagi walaupun di pintu syurga. Oh ye, Sha, Yuz akan pulang dalam masa sesingkat ini untuk berjumpa dengan keluarga Yuz. Yuz akan balik ke Malaysia. Yuz akan balik untuk beraya dengan Sha ok sayang. Jaga dirimu baik-baik. Jangan lupa selalu doakan untuk Yuz di Australia ok. Tunggu Yuz balik ok. Andai ikatan ini tak kesampaian, akan Yuz nantikan Sha di pintu Syurga. Kerna Bagi Yuz, Sha adalah Impian Yuz. Yuz bahagia dengan Sha walaupun hanya sekali kita berjumpa. Tapi firasat Yuz menyatakan Sha lah pilihan Yuz dunia dan Akhirat. Salam buat Sha yang disayang. Selesai membaca, Sha kelihatan tidak tentu hala.

Perlahan-lahan Sha bangun menuju kepenjuru pintu. Tangisan yang teresak-esak, sambil memegang warkah tersebut. Ibu Yuz turut merasakan apa yang dirasakan oleh Sha itu. Apa yang mampu hanya pujukan yang diberikan untuk Sha. 'Sha, sabar nak....' Sepantas Sha memeluk ibu Sha. tanpa sebarang kata-kata, yang kedengaran hanyalah tangisan kedua-dua insan ini. Perlahan-lahan ibu Sha memeluk bahu Sha, dan mengiringi ke ruang tamu semula. Dengan airmata dilapkan oleh ibu Yuz. 'Makcik, mana Yuz?'. Tak mampu ibu Yuz untuk berkata-kata bila melihat keadaan Sha itu, apatah lagi berita yang akan disampaikan nanti lebih membuatkan hati dan perasaan Sha menderita. Tapi Ibu Yuz yakin sangat, Sha akan mendengarnya dengan hati yang tabah. Sha, sebebarnya surat ini makcik dapat dari kawan Yuz di Hospital, Australia.

Dia mengirimkan pada makcik dari sana beralamatkan rumah makcik, tapi bila makcik buka sampul surat itu, ternyata hanya surat Sha saja didalam."Mengapa makcik, apa dah jadi pada Yuz makcik".. melihat keadaan Sha masa tu, membuatkan ibu Sha tak terdaya nak meneruskan kata-kata. 'Sha, dengar sini apa yang bakal Sha dengar nanti makcik harap Sha tabah menghadapi semua takdir ini nak..ini dari Allah.."insya'allah". sebutan itu saja yang mampu Sha ungkapkan, umpama dia telah bersedia menerima segalanya. Sewaktu Yuz lagi tiga hari nak balik ke Malaysia, dia dan kawannya pergi ke pos office di Australia. Dia menyatakan pada kawannya, ingin mengirimkan surat pada insan yang tersayang. Setiba di tepi bangunan di pejabat pos berkenaan, satu kereta yang laju telah melanggar Yuz yang sewaktu tu, tengah melintas. Tak sempat kawan Yuz menyelamatkannya.

Perkara berlaku begitu pantas. Dan sekelip mata.' Airmata Sha jatuh tanpa henti-henti mendengar cerita dari ibu Yuz tadi.'Habis, macamana keadaanya sekarang makcik?'. Sha, Yuz....Yuz..dah kembali kerahmatullah. Dua hari lepas jenazahnya di hantar ke Malaysia menaiki pesawat khas. Yuz tak dapat diselamatkan kerna pendarahan dalam kepala, akibat hentakkan kuat oleh kereta tersebut.

Tak mampu ibu Yuz melihat keadaan Sha sewaktu itu. Ibu Yuz hanya mampu perlihatkan keadaan Sha yang umpama tak mampu menerima hakikat yang baginya mengejut, tanpa memaafkannya dengan kata-kata. Sha dibiarkan sendiri oleh ibu Yuz. Ibu Yuz tak mampu untuk berkata-kata lagi. Dia pun turut tersentuh dengan apa yang dilihatnya. Terasa bersalah dalam dirinya mula terasa. Tidak sepatutnya dia tak menuruti kehendak anaknya itu. Hati seorang ibu siapa yang tahu...

"Yuz, aku doakan agar kau bersama dengan orang-orang yang beriman." Walaupun kita tidak dapat bersama, tapi aku akan tetap mengingatkan kau walau dimana saja aku berada. Kita akan berjumpa di taman Syurga, kiranya Allah mengizinkan kita bersama." itulah kata hati Sha yang terakhir dilafazkan dalam hati. Hanya Allah saja yang tahu seadanya.

Perlahan-lahan ibu Sha berjalan kearah Sha, dipegangnya tangan Sha, sambil berkata "tabahkan hatimu", diambilnya cicin yang digenggam oleh Sha tadi, di pakaikan nya di jari manis Sha. Kemudian mereka berpelukkan....

'Sha, sentisalah berdoa untuknya (Yuz). Insya'allah makcik..' kemudian, ibu Yuz pun berlalu meninggalkan pengkarangan rumah Sha. Ibu Yuz melambaikan tangan menandakan selamat tinggal buat Sha dikejauhan.

TAMAT.....

"MENGAPA HADIRMU CUMA SEKETIKA?". KU DOAKAN AGAR ROH KAU DICUCURI RAHMAT BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DISISI ALLAH DAN NABI MUHAMMAD S.A.W." amin.. *** semoga mendapat manfaat dan iktibar dari cerpen.


Penulis: R'Zie Mustafa

No comments:

Post a Comment