>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Wednesday, June 12, 2013

EPILOG KEHILANGAN

Epilog Dari Seseorang yang telah kehilangan segalanya dalam hidupnya.....

“Awak, saya tahu awak suka kat saya..awak sayang dekat saya. Awak dah banyak bekorban untuk saya, tapi saya tak pernah nak hargai pengorbanan awak..Awak selalu menemani saya bila saya sunyi.., tapi saya tak pernah ada di sisi awak bila awak rasa sepi..jahatnya saya…  ..

Awak sering tolong saya bila saya ada masalah.., tapi bila awak ada masalah saya buat bodoh je kan?  . kejamnya saya  pada awak. Bila saya tak ada kredit , awak selalu share untuk saya walaupun seringgit.., tapi bila saya ada kredit, saya tak pernah pun nak talipon awak, apatah lagi nak sms awak kan?.. kejinya saya  …. Bila awak tanya pada saya, kenapa saya tak talipon awak, saya beri alasan saya sibuk, padahal saya tak pernah sibuk pun..kejam sangat saya  … saya lebih utamakan kawan saya daripada awak…bila awak ajak saya keluar dating, saya cakap motor saya rosak, roadtax tamat, tayar pancitlah…menipunya saya pada awak ..

Awak tak tahu saya banyak tipu awak, tapi awak tetap sabar dengan sikap saya…baiknya awak … Awak ingat tak masa befday saya hari tu? :-/ awak datang rumah saya nak buat kejutan dekat saya..mase tu jam baru pukul 9.00pagi, saya masih lena tidur. Awak masuk dalam bilik saya, kemudian awak jerit kuat-kuat dekat telinga saya dan awak cakap HAPPY BIRHDAY dekat saya..saya terus terkejut lalu saya marah-marah dekat awak, saya maki-maki dekat awak…saya cakap awak tak reti bahasa ke orang tengah tidur..ganggu je, tak ada otak ke???!!!...  ..melampaunya saya pada awak.. Saya ambil hadiah yang awak nak bagi kat saya tu, terus je saya baling ke dinding sekuat hati saya..awak diam je masa tu, saya tengok kelopak mata awak dah mula terbit titisan mutiara jernih, tapi sata tak hiraukan semua tu..lantak awak lah!.. … saya tetap marah dan maki awak, kemudian saya halau awak keluar dari bila saya…awak terus je balik sambil menangis macam kanak-kanak…

Saya tak tahu kenapa saya bodoh  sangat masa tu…ternyata awak sanggup berjalan kaki sejauh 1km pergi rumah saya, hanya semata-mata untuk berjumpa dengan saya…walaupun ada juga saya terfikir tentang itu. saya sambung tidur tanpa menghiraukan perasaan awak masa tu..tengahari tu, saya dapat panggilan dari kakak awak..kakak awak cakap awak kemalangan, masa awak pulang dari rumah saya pagi tadi..Awak kena langgar dengan kereta, langgar lari…dia cakap keadaan awak sangat kritikal…masa tu saya rasa macam dunia ini berhenti berputar..kaki saya lemah, macam tak terpijak lantai je. Jantung saya berdengup kencang gila..saya terus menanggis, emak suruh saya banyak bersabar…saya terus menanggis sambil mulut tak henti-henti minta maaf pada awak..

Kalau saya tak marah awak tadi, tak maki awak, tak halau awak, mungkin awak tak kena langgar… saya menyesal buat awak macam tu  … dengan mata yang berair, saya pergi hospital, saya naik basikal, sebab tayar motor saya pancit…hampir satu jam baru saya sampai hospital. Saya terus pergi kat wad kecemasan, saya cari awak, saya nampak mak dan ayah awak serta kakak awak mananggis sambil menyebut nama awak berkali-kali…
Saya tak sedap hati, saya terus pergi dekat ayah awak, ayah awak cakap “Tuhan lebih sayangkan awak”… .. Awak tahu tubuh saya rasa menggigil, saya terasa macam nak pitam masa tu, bila mendengar kata-kata dari ayah awak. Dalam keadaan saya yang tidak keruan dan tidak bertenaga, saya lihat awak di usung keluar oleh petugas hospital. Saya terus melangkah longlai menuju ke arah awak yang tengah diusung itu, saya dapat melihat awak. Saya menanggis semahu-mahunya.

Emak awak suruh saya bersabar..Saya tak dapat menahan sedih saya masa tu…saya betul-betul bersalah dan berdosa pada awak. Awak pergi, sebelum sempat saya memohon maaf…  …saya betul-betul bersalah pada awak…. Awak…..maafkan saya…maafkan saya… Masa saya buka kain yang menutupi muka awak, saya lihat awak macam menahan sakit yang teramat sangat, ditambahkan lagi dengan sakitnya hati awak pada saya. Ya Allah…….jahatnya saya … terasa sungguh kesilapan saya pada awak..hari itu memang hari yang benar-benar tak akan saya lupakan. Saya menangis memakan masa yang lama untuk mententeramkan saya saat saya menatap wajah awak. Ayah awak suruh saya banyak-banyak bersabar. Tapi saya katakana pada awak, ini semua berpunca pada keabaian saya pada awak…keji dan kejamnya saya pada awak …

Di pusara awak, saya bawakan bersama dengan hadiah yang awak nak berikan pada saya tu…saya buka hadiah tu dengan tangan saya yang bergetar…airmata saya jatuh lagi bila saya lihat potret awak dan saya di atas basikal dipertemuan kita mula-mula dahulu. Saya menangis dan terus menangis. Awak sertakan jam tangan yang pernah saya lihat dikedai jam tangan bersama dengan awak dulu, dan kini awak membelinya untuk saya jam tangan berjenama adidas..awak memang faham dengan kesukaan saya..baiknya awak….  … kemudian, say abaca satu coretan di dalam kad kecil, awak coretkan Selamat Ulangtahun pada saya, dan awak mendokan agar saya gembira dan bahagia dan kesihatan saya sentiasa baik-baik saja. Awak, saya betul-betul kesal dengan sikap saya sendiri terhadap awak…. Kemudian, saya sedekahkan al-fatihah pada awak, dan berharap agar awak ditempakan di sisi orang-orang yang sollehah dan beriman..

Awak, saya benar-benar bersalah…..maafkan saya…Awak, saya berjanji saya akan menjenguk awak hari-hari di sini, biarpun awak tiada lagi dihadapan saya, tapi kenangan awak dan saya tak mungkin akan saya lupakan, apatah lagi saya yang membuatkan awak jadi begini…Dan saya tahu….Allah lebih sayangkan awak dari saya sayangkan awak..damailah awak disana.. Saya akan tetap bersama dengan awak, biarpun hanya di pusara awak. Semoga Awak tenang disana…..kehilangan awak yang tanpa saya duga, telah membuka minda saya. Saya pergi dulu ya awak…selamat tinggal awak…. …..

NOTA PENULIS :PENGAJARANNYA??... (Fikirkan lah ye)…


LAGU-KEHILANGAN (FIRMAN)

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.