>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Monday, December 17, 2012

Kemelut Hati..

Wahai hati..
Kemelut ini semakin deras mengalir di benak hati.
Sikap kamu yang tahu itu mengelirukan seluruh jiwa ini.
Kadangkala kamu buat ku senyum bahagia.
Kadangkala kamu membuat ku menjadi gundah gelana..
Bagai kamu terlalu memahami apa yang ku rasa.
Ada kala kamu bagai hilang dalam kabus pagi yang tebal.
Hanyut bersama hujan lebat yang bagai punyai kefahaman.
Membuatkan ku berasa sungguh pedih menahannya...

Wahai Hati..
Ku masih mahu mempercayai kamu..
Mahu yakin sedalamnya membahawa diri ini,
Yang suatu waktu hari pasti kesenangan 'hati' akan hadir.
Dalam menyambut rasa ini.
Meredakan kemelut di 'hati' yang sentiasa sebak dilalui.
Mewarnakan kanvas yang semakin pucat lesi.

Dan ku masih menanti.
Saat itu bakal datang nanti.
Kasihi hati ini dalam kepastian yang panjang.
Dengan doa yang sentiasa ku tadahkan pada-NYA Illahi..
Untuk kamu, dan untuk ku.
Serta CINTA kita. (khas buat yang dicinta)

Wahai Hati..
Andai dapat mengutuskan hati ini pada kesengsaraan,
ingin sekali ku pesan....
bahawa, aku akan sentiasa tenang dengan hati yang pedih
yang masih mengharapkan kebahagian CINTA dunia dan di akhirat..

Semoga Allah satukan HATI kita selamanya..

Nukilan diri, > mamaezzie.blogspot.com

Sudut Agama

Malaikat Maut Mengintai Kita 70 Kali Sehari



MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)


Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.


Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.


Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya ataumiskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yangamat menyeksakan. Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.


“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”


Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.


“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”


Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam
a.s.Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit,

tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu. Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.
~~~~~~>>>>
SELAMAT BERAMAL ..


Antara malaikat yang wajib kita ketahui adalah:

1. Malaikat Jibril -

Dia ialah penghulu segala malaikat. Tugasnya menyampaikan wahyu kepada rasul dan Nabi. Malaikat Jibril adalah satu dari tiga malaikat yang namanya disebut dalam al-Quran. Nama Malaikat Jibril disebut dua kali dalam al-Quran iaitu pada surat 2 ayat 97 dan 98. Malaikat Jibril juga sering disebut dalam hadis dan kisah para nabi memandangkan Jibril sering turun ke bumi dan berubah menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk mudah bertemu dengan para nabi.

Antaranya adalah peristiwa ketika Jibril bertanyakan Nabi Muhammad s.a.w. tentang iman, islam dan ihsan serta tanda hari kiamat. Jibril juga pernah mengiringi Nabi Muhammad s.a.w. dalam Isra' dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Makkah ke Baitul Maqdis lalu naik ke langit sebelum Nabi Muhammad sendiri menemui Allah di Sidratul Muntaha.


2. Malaikat Mikail -

Tugasnya ialah menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi, bintang-bintang, pokok-pokok, dan tumbuh-tumbuhan yang lain.

3. Malaikat Izrail -

Tugasnya ialah mengambil nyawa sekalian makhluk. Izrail juga dipanggil malaikat maut.

Malaikat Izrail diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang serupa dengan malaikat Mikail baik wajahnya, saiznya, kekuatannya, lisannya dan sayapnya. Semuanya tidak kurang dan tidak lebih. Dari kepala hingga kedua telapak kakinya berbulu Za'faran dan di setiap bulu ada satu juta muka dan setiap satu juta muka mempunyai satu juta mata dan satu juta mulut. Setiap mulut ada satu juta lidah, setiap lidah boleh berbicara satu juta bahasa. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.


4. Malaikat Israfil -

Tugasnya ialah meniup sangkakala jikalau tiba masa hari Kiamat nanti.

5. Malaikat Raqib dan Atid

Malaikat berada di kiri dan kanan setiap manusia.

Malaikat Raqib di sebelah kiri mencatat amalan jahat sementara Malaikat Atid di sebelah kanan mencatat amalan baik. Tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebajikan manakala satu kejahatan ditulis dengan satu kejahatan sahaja.

•Kesimpulannya segala tingkah laku manusia tidak akan terlepas dari catatan kedua-dua malaikat ini.



6. Malaikat Munkar dan Nakir -

Kedua-dua malaikat ini bertugas menyeksa dan mengemukakan soalan-soalan kepada orang yang telah meninggal dunia di dalam kubur. Tidak ada seorang pun yang dapat melepaskan dirinya daripada kedua-dua malaikat ini walaupun di mana pun mereka mati.

7. Malaikat Malek -

Tugasnya menjaga neraka.


8. Malaikat Ridhwan -

Tugasnya ialah menjaga syurga.

~~~~~~~~.... SELAMAT BERAMAL..

Rukun Iman.


Percaya kepada Allah


Percaya kepada Malaikat


Percaya kepada Rasul-Rasul


Percaya kepada Kitab


Percaya Kepada Hari Akhirat


Percaya Kepada Qada’ dan Qadar

Sunday, December 16, 2012

Cerpen | Koleksi Cerpen & Novel Online

Cerpen | Koleksi Cerpen & Novel Online - Part 7

About Memories

“I've apparently been the victim of growing up, which apparently happens to all of us at one point or another. It's been going on for quite some time now, without me knowing it. I've found that growing up can mean a lot of things. For me, it doesn't mean I should become somebody completely new and stop loving the things I used to love. It means I've just added more things to my list. Like for example, I'm still beyond obsessed with the winter season and I still start putting up strings of lights in September. I still love sparkles and grocery shopping and really old cats that are only nice to you half the time. I still love writing in my journal and wearing dresses all the time and staring at chandeliers. But some new things I've fallen in love with -- mismatched everything. Mismatched chairs, mismatched colors, mismatched personalities. I love spraying perfumes I used to wear when I was in high school. It brings me back to the days of trying to get a close parking spot at school, trying to get noticed by soccer players, and trying to figure out how to avoid doing or saying anything uncool, and wishing every minute of every day that one day maybe I'd get a chance to win a Grammy. Or something crazy and out of reach like that. ;) I love old buildings with the paint chipping off the walls and my dad's stories about college. I love the freedom of living alone, but I also love things that make me feel seven again. Back then naivety was the norm and skepticism was a foreign language, and I just think every once in a while you need fries and a chocolate milkshake and your mom. I love picking up a cookbook and closing my eyes and opening it to a random page, then attempting to make that recipe. I've loved my fans from the very first day, but they've said things and done things recently that make me feel like they're my friends -- more now than ever before. I'll never go a day without thinking about our memories together.”
― Taylor Swift, Taylor Swift


“Think of two people, living together day after day, year after year, in this small space, standing elbow to elbow cooking at the same small stove, squeezing past each other on the narrow stairs, shaving in front of the same small bathroom mirror, constantly jogging, jostling, bumping against each other’s bodies by mistake or on purpose, sensually, aggressively, awkwardly, impatiently, in rage or in love – think what deep though invisible tracks they must leave, everywhere, behind them!”
― Christopher Isherwood, A Single Man

“We’re so caught up in our everyday lives that events of the past, like ancient stars that have burned out, are no longer in orbit around our minds. There are just too many things we have to think about every day, too many new things we have to learn. New styles, new information, new technology, new terminology … But still, no matter how much time passes, no matter what takes place in the interim, there are some things we can never assign to oblivion, memories we can never rub away. They remain with us forever, like a touchstone.”
― Haruki Murakami, Kafka on the Shore

“There is so little to remember of anyone - an anecdote, a conversation at a table. But every memory is turned over and over again, every word, however chance, written in the heart in the hope that memory will fulfill itself, and become flesh, and that the wanderers will find a way home, and the perished, whose lack we always feel, will step through the door finally and stroke our hair with dreaming habitual fondness not having meant to keep us waiting long.”
― Marilynne Robinson, Housekeeping

“Images flicker, each one bringing its own sorrow or its own smile. Sometimes both. At the very worst, an impenetrable and sightless black and at best, a happiness so bright that it hurts the eyes to see, coming and going on some unseen projector perpetually turned by an invisible hand. One, then another. The hollow click of the shutter. Now stop. Freeze this frame. Pluck it down and hold it close and be damned by what you see. Henri always said: the price of a memory is the memory if the sorrow it brings.”
― Pittacus Lore, I Am Number Four

“Remember that you own what happened to you. If your childhood was less than ideal, you may have been raised thinking that if you told the truth about what really went on in your family, a long bony white finger would emerge from a cloud and point to you, while a chilling voice thundered, "We *told* you not to tell." But that was then. Just put down on paper everything you can remember now about your parents and siblings and relatives and neighbors, and we will deal with libel later on.”
― Anne Lamott, Bird by Bird: Some Instructions on Writing and Life

“memories were tricky things…they weren’t stable. they changed with perception over time. …they shifted, and [she] understood how the passage of time affected them. the hard working striver might recall his childhood as one filled with misery and hardship marred by the cat calls and mae calling of playground bullies, but later, have a much more forgiving understanding of past injustices. the handmade clothes he had been forced to wear, became a testament to his mother’s love. each patch and stitch a sign of her diligence, instead of a brand of poverty. he would remember father staying up late to help him with his homework – the old old man’s patience and dedication, instead of the sharpness of his temper when he returned home – late- from the factory. it went the other way as well.

[she] had scanned thousands of memories of spurned women, whose handsome lovers turned ugly and rude. roman noses, perhaps too pointed. eyes growing small and mean. while the oridnary looking boys who had become their husbands, grew in attractiveness as the years passed, so that when asked if it was love at first site, the women cheerfully answered yes. memories were moving pictures in which meaning was constantly in flux. they were stories people told themselves.”
― Melissa de la Cruz, The Van Alen Legacy