>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Monday, July 1, 2013

Tiada Lagi Senyuman.

Sesungguhnya aku tidak sanggup menahan lagi butiran-butiran bening itu mengalir halus dipipiku. Terus mengalir bagaikan aliran-aliran anak sungai, terus mengalir membasahi telepon bimbitku yang aku genggami. Aku menangis bukanlah kerana aku putus cinta, tetapi aku menangis kerana aku telah merasakan sebuah kehilangan seorang sahabatku yang terbaik untukku. Tiba-tiba aku dikejutkan bila bahuku di tepuk oleh seseorang yang mungkin dari tadi memerhatikanku. “Jue, kenapa dengan kamu?” tanya Zie agak kebinggungan dengan sikap aku yang agak ganjil hari itu. “Ohh..tak ada apa-apa la Zie…sorry aku nak ke tandas sebentar..” aku pergi tanpa melihat wajah Zie. Terdengar suara Zie memanggil-manggil namaku tapi sedikit pun aku tak menghiraukannya. Pulang dari sekolah petang ini, aku melangkah longlai, panasnya matahari petang ini, tidak langsung menyengat kulitku, kalau dibandingkan dengan kesedihan yang aku rasakan saat ini. Aku kembali membelek semula telipon bimbitku dan aku masih berharap ada panggilan dari seseorang, tapi tiada yang ingin menelefonku saat ini. Suara nada teliponku yang begitu menghiburkan aku apatah lagi yang tertera nombor sahabatku yang begitu terbaik dalam hidupku. Kini dia Fahmi telah banyak berubah, hanya disebabkan cinta.

Dahulu, dialah yang selalu ada untukku, dia selalu menghiburkanku, dia selalu mengambil berat tentang aku, dan tali persahabatan antara aku dan dia telahpun kami merantai dengan satu janji yang teguh. Walau sesibuk pun dia, tidak pernah ada keluhan untuk menemaniku di saat aku dalam kesedihan ataupun aku punyai masalah. Dia sedia mendengar luahan aku, menyapu airmata yang mengalir laju di pipiku dan banyak memberi aku kata-kata semangat agar aku harus bangun tanpa kekesalan. Tapi kini, semuanya hanya tinggal kenangan saja. Fahmi telah berubah, setelah dia mulai jatuh cinta dengan Zie sahabatku jua. Fahmi tidak lagi banyak waktu untukku, mendengar bicaraku, apatah lagi bila aku katakana aku mahu berjumpa dengannya, ada saja alasan yang akan diberikannya. Fahmi sudah tidak lagi menghubungiku seperti hari-hari yang sudah.
Saat terakhir Fahmi menghubungiku, hanya satu ucapan yang keluar di mulutnya yang sekaligus membuatkan aku tidak mampu menahan tangisan dalam diam kerana hati begitu sebak dan terkilan. “Jangan kau ganggu lagi hubungan aku dan Zie” Aku benar-benar tidak sangka Fahmi begitu sampai hati menyuarakan kata-kata itu terhadapku sekaligus sahabatnya sendiri. Apa yang ada di dalam fikiranku saat itu adalah, adakah aku suka menganggu kehidupan Fahmi, sehinggakan dia tega berkata begitu terhadapku. Adakah dia fikir aku ini terlalu ingin mengganggu hidupnya?..dan untuk mengganggu hubungan sahabat-sahabatku sendiri?...

Adakah selama ini Fahmi menganggap aku ini seperti anak patung badut yang hidup. Kejam memang kejam.. Kini, aku sudah mula berubah, tidak seperti sikapku yang sebelum ini menghiburkan pada sesiapa yang mendekatiku. Kini aku sudah menjadi seorang yang pendiam, yang lebih banyak menghabiskan masa sendirian, membaca dan menulis apa saja yang ingin aku khabarkan apa yang ada dalam hati ini. Memang terkadang aku benar-benar sunyi tanpa sahabat-sahabatku. Tapi aku begitu tidak menyangka, kehadiranku dikalangan sahabat-sahabatku, cuma membuatkan mereka bosan dengan sikapku. Sekarang, hidup aku begitu sunyi dan sepi dan tiada siapa lagi yang dapat menghiburkan aku. “Jue, kenapa dengan kau ni, aku lihat kau sekarang sering mengelamun sendiri”. ujar Sofea yang juga sahabatku. “Tak ada apa-apa la Sof!., aku biasa-biasa saja.” Aku cuba berselindung di sebalik hati yang sebak, hampir air jernih dikelopak mataku ingin jatuh, tapi aku bingkas bangun meninggalkan Sofea sendirian. Sofea terus mengekoriku. “Jue, ceritalah dengan aku, kanapa dengan kau, ada masalah ke?”.. “ Sof, aku ingin tanyakan pada kau andai kau punyai sahabat yang benar-benar kau sayangi, tiba-tiba suatu waktu, kau dicampak ketepi oleh sahabat kau sendiri?..” “Mestilah aku begitu terasa, dan aku benar-benar terkilan dan sedih. Dan mungkin aku mengambil keputusan, tidak lagi ingin berjumpa lagi dengan dia.” Kata Sofea, benar-benar membuatkan aku terus diam dan airmata yang aku tahan tadi, terus laju mengalir di pipiku. Sofea turut kebingungan dengan sikap aku petang itu. “Jue, kau bergaduh dengan Fahmi ke?” ..ujar Sofea ingin tahu. “Sorry aku nak ketandas sebentar”. Aku terus berlalu meninggalkan Sofea yang terpinga-pinga dengan sikapku yang mungkin baginya begitu aneh sekali.

Aku menanggis sepuas-puasnya didalam tandas, mengenangkan kata-kata Fahmi yang begitu mencengkam sanubariku sebagai sahabat baiknya. Aku ramai sahabat, tapi Fahmi adalah satu-satunya sahabat aku yang benar-benar memahami keadaanku. Sewaktu aku menangis bila ibuku memarahi, tiba-tiba Fahmi meneliponku, seakan-akan Fahmi boleh merasakan apa yang terjadi padaku. Saat aku tersedu-sedu menanggis, Fahmi terus putuskan talian, terus datang kerumahku untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Fahmilah yang banyak menyejukkan hati ibuku. Tapi semuanya hanya tinggal di hujung aris mataku. Teramat sukar untuk aku menolak diri Fahmi dalam hidupku. Keesokkan harinya, aku berjalan sendirian berjalan di perkarangan sekolah. Tidak sengaja aku bertemu dengan Zie dan Fahmi yang sedang berduaan duduk dibangku dibwah pondok bancaan. “Hai Jue, nak kemana? Sapa Zie. “Tandas”, jawabku ringkas tanpa menoleh. Tiba-tiba tanganku di tarik kuat. “Kau ni kenapa Jue? Kenapa sikap kau terus berubah begini?” tanya Zie, dan aku meilhat Fahmi berpaling dan tunduk diam. Entah apa yang sedang difikirnya lagi. “Aku tak ada apa-apa lah. Aku mahu ke tandas dulu.” Sambil aku melepaskan tangan Zie yang menggenggami tanganku.

Kali ini tidak ada lagi airmata yang keluar, tidak ada lagi. Air mataku rasanya sudah habis, dan untuk apa aku ingin menanggis dengan semuanya ini. Kalau ini yang membuatkan mereka bahagia, aku terima. Aku telah putuskan untuk melupakan soal persahabatan ku dengan Fahmi, tidak ada gunanya lagi aku memiliki sahabat seperti mereka semua, dan hatiku berkata, mereka semua tidak layak bergelar sahabat buatku. Aku akan pergi jauh dari hidup mereka, seperti yang Fahmi inginkan aku pergi dalam hidupnya dan jangan mengganggu lagi hidupnya. Kini aku nekad, aku ingin belajar belajar menerima semuanya, mungkin mereka juga sedang cuba ingin melupakanku. Aku kena cekalkan hati menerima apa saja yang telah terjadi pada persahabatan ini, dan belajar mengawal emosi dan aku terima apa saja yang telah mereka lakukan terhadapku. Saat mereka benar-benar mahukan pertolongan, aku tidak peduli sedikitpun tentang masaku ada ataupun tidak, pasti aku cuba untuk menyelesaikan apa saja masalah yang mereka rasa perlu untuk aku bantu. Dan kini, bila mereka sudah dapat apa yang mereka mahukan, senang-senang aku ditolak ketepi dan apa saja yang aku sampaikan idea semuanya bagi mereka hanya sia-sia. Sesungguhnya batiku menjerit…sakit, kecewa dan terkilan dengan sikap mereka terhadapku. Mungkin ini jalan yang Tuhan telah kirimkan untukku. Mungkin mereka bukanlah sahabat yang benar-benar aku cari. Tapi ada satu perkara yang ku rasakan hilang dariku, iaitu senyumanku, kecerianku. Sesungguhnya sukar untuk aku memperolehinya kembali.

Mungkin tidak ada siapa yang tahu tentang apa yang aku rasakan di saat ini. Aku juga ingin hidup bahagia di suatu hari nanti.Aku akan pergi menjauh dari sisi Zie, Sofea dan juga Fahmi. Kini aku memang benar-benar sudah menjadi patung yang dingin dan diam. Tapi suatu saat nanti aku akan cuba mengembalikan senyuman ku sewaktu dulu.



TAMAT.

Penulis :Rozie@Mustafa'13