>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Thursday, June 14, 2012

Bisikan Janji Kita

EDITING UNTUK SEHARUM CINTA SYURGA

Tersedar Hidayah dari tertidur di kamar bacaan bila terdengar laungan Azan ke udara. Tersentak seketika hatinya dan termenung dalam seketika sambil memerhati sekeliling dan hati mula tertanya-tanya “mengapa”. Bingkas Hidayah bangun terus melangkah menuju ke kamar tempat dimana beradunya sepasang hati yang saling mencintai dengan penuh kemesraan dek kasih sayang yang mendalam di antara satu sama yang lain. Pintu yang agak renggang sedikit di buka perlahan-lahan sambil kakinya perlahan melangkah terus ke penjuru katil di mana terlihat suaminya yang mesra di panggil dengan panggilan ‘sayang’. Sambil menekup mulutnya terlihat mata Hidayah berkaca-kaca mungkin menahan sebak mengenangkan perselisihan faham di antara mereka berdua. Hanya Allah s.w.t saja yang tahu bertapa di waktu subuh yang begitu hening dan damai itu menyentapkan perasaan yang berkecamuk dengan perubahan suaminya iaitu Ilham. Sambil membongkokkan badannya, Hidayah cuba perlahan-lahan menyentuh kaki suaminya sambil hati kecilnya yang sarat dengan tangisan mengatakan sesuatu “abang….maafkan Dayah, sesungguhnya Dayah terlalu cintakan abang lebih dari apa yang Dayah perolehi sekarang ini, Dayah Sayang abang lebih dari segalanya di dunia ini. Dayah mengasihani abang lebih dari nyawa Dayah sendiri..”… tersedu Hidayah dalam diam dengan linangan airmata yang perlahan mengalir seolah-olah mengerti keseksaan jiwa si tuannya.
Hidayah bangun dengan perlahan sambil memerhati gelagat Ilham yang masih tidak sedar dari nyenyaknya tidur. Hidayah tidak mahu mengganggu. Dibiarkan sendiri suaminya tersedar nanti. Kemudian Hidayah menuju ke bilik mandi untuk mensucikan diri untuk mengadap Allah s.w.t.
~~
Selesai dari solat..

Assalamualaikum..warahmatullah….assalamualaikum warahmatullah..salam solat perakhiran dari Hidayah subuh tu membuatkan suaminya terjaga dari tidur. Bingkas Ilham bangun dari tidur dan mencapai tuala mandi yang sentiasa di letakkan bersebelahan dengan meja solekan. Ilham berlalu sambil memandang sekilas pandang isterinya yang masih duduk bersimpuh di sejadah.
Bagi Hidayah, apapun yang terlintas di fikiran Hidayah tentang pergolakkan antara Hidayah dan Ilham sejak beberapa bulan itu, membuatkan Hidayah lagi tabah dan terus mengadap Allah yang Esa untuk mencari ketenangan jiwa dan hati pada yang berkuasa. Kerana baginya hanya pada Allah saja yangmaha mendengar rintihan hati dan kepayahannya selama hati di sakiti. Sekaligus membuatkan tekanan yang di tanggung dek kesilapan sendiri mahupun Ilham menjadi tenang selepas menghambakan diri pada yang Esa.

Selesai saja solat, Hidayah terus ke dapur untuk menyiapkan hidangan pagi buat Ilham dan anak-anaknya yang masih kecil. Begitu teliti Hidayah menyiapkan hidangan pagi tu, walaupun hati semalam masih sebak terasa, tetapi tanggungjawabnya sebagai isteri tidak pernah di abaikan walaupun Hidayah seorang yang berkejaya. Runtin harian yang bagi Hidayah adalah amat penting untuknya dan keluarga tercinta. Perlahan kaki Hidayah melangkah menuju ke kamar tidurnya untuk melihat Ilahm yang tercinta. “Abang..sarapan saya dah siapakan,”..Ilham hanya mampu diam seribu biasa.

Tiada satu balasan kata darinya untuk dijawab. Tapi Hidayah faham dengan setulus hati. Seeratnya matanya dipenjamkan di sebalik pintu kamarnya, sebak yang teramat sangat mula bersarang di dada Hidayah bila memperlihatkan kelakuan Ilham yang kian berubah. Hidayah tidak berdaya tapi dia hanya mampu katakannya sendiri dilubuk hatinya tentang kesabaran melayan setiap masalah mereka berdua.

Hidayah cuba cekalkan hati, walaupun terlihat matanya berkaca dia gagahkan hati berlalu mendapatkan Ilham. “Abang, andai Hidayah bersalah, Hidayah mohon ampun dan maaf andai apa yang berlaku dari sikap Hidayah tutur kata Hidayah yang membuatkan abang diam seribu bahasa. Hidayah tahu, abang marahkan Hidayah. Tapi berikanlah Hidayah kata dari hati abang sendiri mengapa kita jadi begini, mengapa abang senang saja dah berubah.

Hidayah rindukan saat-saat kita bersama bang..” Hidayah memegang erat tangan suaminya untuk memohon kemaafan. Tetapi reaksi Ilham, tidak mahu mengalah, lalu bangun dan meninggalkan Hidayah terpinga-pinga dalam kesedihan yang teramat sangat. “Ya Allah…..apa lagilah silapku Ya Allah…andai ini ketentuan MU Ya Allah, aku redha sekali lagi”… sesungguhnya perit buat Hidayah jalani lagi dugaan yang pernah di lalui suatu ketika dahulu. Dengan mengilap airmata di pipi, Hidayah bingkas bangun keluar dan menuju ke dapur. Hidayah cuba kuatkan hati menahan kalau-kalau ada air yang jernih mengalirkan.

Dengan menarik nafas yang panjang Hidayah terus menuju ke dapur dan terlihat Hidayah pada Ilham yang sedang duduk sambil membaca sesuatu yang berada di talipon bimbitnya. Tanpa bersuara, Hidayah terus hulurkan air minuman pada suaminya. Mereka menikmati minuman pagi itu tanpa berkata-kata dan senyuman. Tidak lama kemudian, Ilham bangun dari tempat duduk, Hidayah pun mengikut sekali. Seperti biasa, Hidayah menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Ilham tetapi tidak disambut oleh Ilham membuatkan setitis airmata jernih jatuh membasahi pipi Hidayah di muka pintu itu dengan menundukkan kepala.

Terpandang seketika Ilham di saat Hidayah tundukkan kepala tanpa berkata-kata saat itu Ilham memandang pada raut wajah Hidayah yang putih bersih itu tanpa berkata-kata. Lalu Ilham berlalu pergi meniggalkan Hidayah sendirian dalam keadaan yang bersalah. Apalah dayanya lagi. Hanya yang mampu Hidayah lakukan, berdoa dan terus berdoa di dalam hati, agar segalanya akan berakhir dengan baik, kerana cintanya pada Ilham begitu mendalam dan tidak mungkin ada pengganti kelak, kerana itulah janji mereka sewaktu mula-mula mereka mengenali hati budi masing-masing.

“Mama..mama…” anak-anaknya yang sudah bangun dari tidur mendapatkan ibunya. “Mama, babah dah pergi ke?..soal anaknya yang pertama dengan suara yang serak-serak sebab baru bangun. “Babah dah pergi la sayang…” hanya itu saja yang mampu Hidayah luahkan jawapan yang ringkas, kerna sebak didadanya masih sarat terasa. Kedengaran suara anaknya yang ke tiga menangis, terus Hidayah masuk mendapatkan anaknya itu.

Jam di dinding telah menunjukan pukul 8.15 pagi, Hidayah mencapai beg anak-anaknya untuk di masukkan ke dalam kereta. Setelah siap segalanya, anak-anaknya pun telah berada dalam kereta, Hidayah pun terus menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi meninggalkan halaman rumahnya. Dalam perjalanan, hati Hidayah masih teringatkan suaminya yang makin hari makin dingin terhadapnya. Puas hati Hidayah bertanya dimanakah silapnya. Ada saja yang tidak kena acapkali Hidayah membuka bicara. Berbanding dengan sebelum ini, mereka lebih banyak berbual tidak kira waktu makan ataupun kemana-mana saja..ada saja cerita yang hendak dibualkan baik yang peribadi ataupun jenaka kecil oleh si suami.

Walaupun setiap kali salah faham antara Hidayah dan Ilham berlaku, Hidayah banyak mengalah dan menelan apa saja kata-kata yang dilafazkan oleh Ilham hanya tidak mahu perkara yang di tafsirkan dalam kemelut hati mereka berpanjangan. Kerana bagi Hidayah, cinta yang iklas dari dalam hati dan perasaanya hanya pada Ilahm yang tersayang. Tidak mungkin akan dilafazkan pada mana-mana lelaki walaupun ajal menjemput nanti.

Sesampai saja di laman rumah taman asuhan Nur-Islam di sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur, Hidayah meninggalkan anak-anaknya dengan kucupan dan pelukkan yang amat mesra. Lalu Hidayah kembali memandu kenderaanya menuju ke tempat kerjanya. Dalam perjalanan, Hidayah terpadang sebuah kenderaan yang memang sekali Hidayah mengenalinya. Hidayah cuba perlahankan kenderaan di sekitar kawasan yang agak sesak dengan orang-orang yang lalu lalang dan kenderaan yang kesana sini pagi itu. Hidayah seolah-olah ternampak sesuatu yang membuatkannya terfikir sebentar dan terasa jantung sesekali berkencang kuat saat itu.

Lalu Hidayah pun pakir keretanya di celah pohon di tepi jalan untuk mengetahui yang lebih nyata. Sampai di suatu tempat mata Hidayah meleret terus pada sesuatu. "Subhana'allah"...hanya itu yang mampu Hidayah luahkan dalam hati. Luluh hati Hidayah bila terlihatkan sebentuk tubuh bersama dengan seseorang yang bagi Hidayah terlalu mengenalinya. Mereka nampak begitu mesra bergurau dan gelak ketawa. Sedangkan hati Hidayah remuk hanya Allah saja yang tahu.

Tidak semena-mena airmata Hidayah yang di tahan sejak tadi, berderai juga membasahi pipinya pagi itu di sebalik kedai-kedai makan tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang yang sedang memerhatikannya. Nyata difikiran Hidayah tubuh itu adalah Ilham iaitu suami yang teramat dicintainya. Dada Hidayah menjadi makin sesak menahan sebak yang teramat sangat. Hidayah berlari menuju ke arah kereta yang ditinggalkan sebentar tadi. Setiba di dalam kereta, Hidayah duduk seketika di tempat duduk keretanya.

Mengenang kembali sewaktu seminggu mereka mendirikan rumahtangga~~“Abang, Hidayah lebih rela kalau abang pergi disisi Hidayah bertemu Allah dulu sebab….” belum sempat Hidayah untuk menghabiskan bicara, Ilham mencelah di sebalik kata-kata Hidayah yang tergangtung itu. “Sampai hati Hidayah cakap macam tu kat abang. Hidayah suka ye, kalau abang yang pergi dulu?... masa itu, Hidayah hanya mampu tersenyum melihat raut wajah suami yang tercinta. Perlahan tangan Ilham di gapainya dan di genggam erat, kemudian Hidayah duduk mengadap Ilham di atas katil mereka. “Abang.., kalau diizinkan Tuhan, Hidayah nak mati bersama abang dan nak sentiasa bersama abang, sebab Hidayah tak mahu abang menduakan Hidayah, kerna abang terlalu penting buat Hidayah sehinggalah alam ini akan musnah bang.

Hidayah sayang dan cintakan abang dari hujung rambut sehingga hujung kaki Hidayah. Andai abang pergi dulu, Hidayah akan pastikan senyuman abang sentiasa bersama Hidayah, kerana Hidayah akan selalu jumpa abang dan menghadiahkan abang dengan potongan ayat-ayat suci Al-Quran buat abang. Sebab, Hidayah tak mahu abang lupakan Hidayah. Hidayah nak abang aman di sana tunggu Hidayah di pintu Syurga. Kalaulah Hidayah di berikan Kuasa, Hidayah nak pergi jumpa dengan Allah, agar Hidayah dapat katakan pada-NYA yang Hidayah terlalu cintakan Abang dunia dan akhirat. Ini lah janji Hidayah pada abang”.

Tidak semena-mena mata Ilham berkaca-kaca, lalu dahi Hidayah di kucupnya berkali untuk mengubati sebak yang ada di dalam hati isterinya. Di dalam hati Ilham berbisik, “Sungguh murni cintamu sayang”.. “Hidayah..terima kasih kerana menerima abang seadanya. Abang akan pastikan Hidayah akan sentiasa bahagia bersama abang dan dapat melahirkan anak-anak abang yang sihat, abang tidak akan biarkan lagi Hidayah sendiri walau apa saja yang berlaku antara kita sekalipun ajal datang menjemput abang tetap sayang dan cintakan Dayah dan abang akan pastikan Hidayah tidak menangis begini lagi, ok sayang..”.. lalu Hidayah dan Ilham tersenyum dalam sebak masing-masing.

ALLAHU AKBAR…ALLAH…..HU AKBAR….. terdiam seketika Ilham dan Hidayah dalam berkata-kata bila mendengar laungan azan berkumandang, pantas mereka bangun dari katil dan segera menuju ke bilik mandi, untuk mengambil wuduk bersama. Setelah solat jemaah antara Ilham dan Hidayah sudah berakhir, mereka kembali duduk di hujung katil sambil tersenyum Ilham membelai raut wajah Hidayah yang putih gebu itu dengan sepenuh kasih dan sayang.

“Dayah…abang harap sepanjang hubungan kita ini, kita akan sentiasa berkongsi apa saja masalah antara kita ok..” Ilham mangatur kata-kata dalam bisikan janji dengan harapan pada Hidayah untuk hubungan mereka. “Insya’allah abang. Dayah akan taat dengan abang dan akan tetap bersama abang walaupun apa saja yang berlaku antara kita berdua. Dan setiap bisikan kata-kata abang, akan hidayah simpan hingga hujung nyawa Dayah bang.. “Terima kasih sayang”….Ilham mengukir senyuman dan sekali lagi dahi Hidayah di kucupnya.Sambil terlihat Hidayah mata Ilham berkaca-kaca. Dalam hati Hidayah berdoa agar, andai Allah mengizinkan, ingin Hidayah ada sentiasa di sisi Ilham untuk selama-lamanya walaupun di dunia Allah s.w.t.

“Abang, cuma satu pinta Dayah..andai antara kita nanti ada berselisihan faham, Dayah harap abang tidak akan meninggalkan Dayah sendirian ye bang..” harapan Hidayah begitu mendalam, kerana Hidayah tidak mahu ada orang lain bertahta di hati Ilham. Sebab, Hidayah sudah melalui derita itu sendiri suatu ketika dulu dengan seseorang. “ Ilham hanya anggukkan kepala sambil tersenyum dan di usapnya pipi Hidayah, kerna terlihat oleh Ilham mata Hidayah berkaca-kaca. Sesungguhnya Ilham tidak salah memilih suri dalam hidupnya.

~~terjaga dari lamunan~~

Tersentak seketika Hidayah dari lamunan teringatkan bisiskan janji-janji yang pernah dilafazkan oleh mereka berdua bila bicara dari hati ke hati mereka berdua. Berderai-derai airmata Hidayah mengalir tanpa henti, sengaja dibiarkan dan sesekali meraung pedih hati Hidayah terpancar saat itu. Tidak semena-mena dada Hidayah merasakan tiba-tiba sakit yang teramat sangat. Segera Hidayah menggapai bag tangannya untuk mengambil sesuatu didalamnya. Ubat penahan sakit. Hidayah menelan ubat itu tanpa meminum setitik air pun, dan tersandar Hidayah di kusyen kereta itu. Sambil mengilap airmata dan menahan sakit di dada, Hidayah beristiqfar dalam hati sedalam-dalam yang mahu. Cuba menarik nafas yang panjang, kemudian Hidayah mencapai pula talipon bimbitnya yang diletakkan di atas dash box .

“Hello, assalamualaikum bang…” terdengar suara Ilham yang seumpama penat berlari, kerna Hidayah berkali-kali mendail nombor Ilham, tapi tidak di jawabnya.

“waalakumusalam..hmm, ada apa?” tanya Ilham dengan nada yang spontan dan bersahaja.
Terpejam mata Hidayah bila lantunan suara Ilham yang amat memberikan hati Hidayah hancur seketika, tapi Hidayah cuba gagahkan hati untuk meneruskan kata-kata.

Dengan linangan airmata Hidayah mengawal suara dan Hidayah terus bertanya, “Abang dah sampai tempat kerja ke?” Hidayah cuma ingin melihat sejauh mana kejujuran di dalam hati Ilham. Kerana sebenarnya topik perbalahan mereka berdua adalah tentang kejujuran. Bagi Hidayah, kejujuran terlalu penting dalam hidupnya, dan Hidayah amat benci pada orang yang menipunya. Ternyata, terjadi dalam perjalanan hidup Hidayah sendiri. Berkali-kali Hidayah cuba tegah agar perasaan syakwasangka pada Ilham tidak singgah di benak fikirannya. Kerna Hidayah percaya dan yakin Ilham jujur dengannya.

Disebabkan kejujuran itulah Hidayah akur dan iklas menerima Ilham sebagai teman dalam hidupnya walaupun suatu kita dulu, Hidayah pernah berjanji pada diri sendiri, tidak akan ada lagi CINTA yang akan di terimanya melainkan Allah akan pertemukannya dengan seseorang yang benar-benar Iklas menerimanya sebagai seorang kekasih. Dan sekian lama Hidayah nantikan, akhirnya Ilhamlah jodohnya yang pertama dan terakhir dalam dirinya. Adapun sebelum itu, Hidayah banyak dikecewakan oleh insan yang bergelar Lelaki, tetapi bagi Hidayah, bila mengenali Ilham, Hidayah dapat rasakan separuh hatinya ada di hati Ilham, cuma Hidayah hanya mampu berdoa dan terus berdoa, agar pertemuan yang Allah berkan padanya mendapat redha dari-Nya ..

~~masih ditalian~~

“Saya dah sampai tempat kerja tadi, lepas tu kawan saya ajak pergi minum,” ringkas, tapi padat keterangan Ilham pada Hidayah. Akhirnya berkata-kata juga Ilham pada Hidayah, yang dari tengah malam semalam Ilham tidak berbicara pada Hidayah dan hanya Hidayah yang terhegeh-hegeh membuka cerita, sehinggakan satu suara yang singgah ke telinga Hidayah yang tidak mampu Hidayah tahannya lagi, sehinggakan Hidayah membuat keputusan mengurungkan diri di kamar bacaan sehingga subuh menjelma.

terkenang lagi...(masa perselisihan faham)

"Abang, boleh Hidayah tanya sedikit?" sambil air kopi yang sudah di bancuh tadi di letakkan di atas meja Ilham yang kelihatan tengah sibuk membaca surat khabar dan terdengar sekali-sekala talipon bimbitnya berbunyi nada peti simpanan. "Erm..ada apa?" Ilham bertanya balik pada Hidayah dengan nada yang ringkas. Sedang asyik Hidayah bertanya tentang perubahan yang amat ketara yang Hidayah nampak pada Ilham tiba-tiba satu suara yang bagi Hidayah ibarat petir yang sambung menyambung terus menusuk dalam dirinya membuatkan Hidayah tersentak dan menarik nafas yang panjang.

“Awak boleh tolang diam tak!..” tegas suara Ilham berkata-kata pada Hidayah yang asyik sedang bercerita tentang itu dan ini, termasuk kesihatannya yang beberapa hari ini tidak baik, tapi reaksi Ilham membuatkan Hidayah berasa sangat sedih, tapi Hidayah tetap mengukirkan senyuman. Sambil Hidayah perlahan-lahan bangun, Hidayah berkata, “Maafkan Hidayah menggaggu abang”..lantas Hidayah pun berlalu pergi dengan menahan sebak di dada, kerna apa yang di lihat dan di dengar jauh berbeza dengan mula-mula perhubungan mereka. Langsung tiada satupun jawapan yang Hidayah harapkan. Hanya kata-kata tengking yang dilontarkan Ilham yang membuatkan Hidayah semakin hairan dan terkejut mendengarnya. “ternyata Ilham dah banyak berubah”…detik hati Hidayah sambil berlalu pergi dan sesekali memandang jauh pada reaksi Ilham yang sedang sibuk membelet-belet talipon bimbitnya tanpa menghiraukan perasaan Hidayah.. ~~

~masih ditalian~

“Err…okla…maaf Hidayah mengganggu abang minum..hmmm, abang…” tanpa sempat Hidayah menghabiskan kata-kata, Ilham pantas meletakkan talipon. Dari jauh, Hidayah memerhatikan gerak laku Ilham. Sekali lagi hati dan perasaanya bergelora. Hidayah tidak tahu apa lagi yang harus Hidayah lakukan untuk mengembalikan keceriaan pada hubungan mereka. Sambil airmatanya mengalir, Hidayah mengangkat tangan dan berdoa pada Allah, agar segala apa yang Allah turunkan padanya akan mendapat keampunan, dan menerima segala Qadaq dan Qodar dari Allah s.w.t. Hidayah juga memohon agar Cintanya pada Ilham tidak akan berubah walaupun saat ajal datang menjemputnya. Itulah bisikan hati Hidayah pada Allah s.w.t.

Setibanya Hidayah di pejabat, kaki Hidayah tersa begitu lemah untuk melangkah menuju ke gerbang pintu pejabat tempat Hidayah bekerja. Agak lama juga Hidayah bekerja di pejabatnya yang menjalankan projek tender yang terkenal di sekitar Bandar Kuala Lumpur termasuk luar Bandar dan luar Negara. Kaki yang dilangkah perlahan tadi, terhenti seketika, bila di terpa oleh kawan sepejabatnya. Terkejut Hidayah di buatnya, dan ternampak sesekali Hidayah memegang dadanya dan berkali-kali Hidayah cuba menarik nafas. Hisy, kau ni Intan..buat terkejut aku je la!...suara Hidayah yang agak lantang melantunkan kata-kata itu pada Intan, kawan sejawatnya di tempat kerja. “..hmm, kau dah breakfast Dayah?..terpandang Hidayah pada Wajah kawanya itu, kerna wajah itulah yang dinampaknya pagi tadi bersama Ilham.”..err…aku dah sarapan tadi dekat rumah dengan Ilham..”.. sekilas pandang Hidayah pada Intan yang umpama terkial-kial mengelabah sakan bila nama Ilham di sebut oleh Hidayah. “err…hmm…ye ke? So, lewat kau masuk hari ni?..tertanya Intan pada Hidayah macam tiada apa yang berlaku sebentar tadi. “ hmm…kau tu apa kurangnya..kenapa masuk lewat jugak!?..soalan demi soalan antara Hidayah dan Intan bermula…”Oooo…aku..aku.. jumpa client pagi tadi..so, tu yang aku lambat ni..”…pandangan jeling dari Hidayah, membuatkan terkadang Intan berbisik sendiri..” huh!...nasib dia tak tanya aku banyak-banyak..”benak fikiran Intan.

Intan adalah kawan sewaktu Hidayah, Ilham, dan Intan menuntut di UITM dulu. Sebenarnya Intan pernah menaruh hati pada Ilham sewaktu mereka belajar bersama, tetapi, Ilham lebih tertarik pada Hidayah, sebab Ilham jatuh cinta pada gaya aslinya. Sekaligus membuatkan Hidayah menjadi suri dalam hidupnya. Setelah tamat belajar, Ilham meminang Hidayah dan mereka bersatu selama setahun mereka bertunang. Sekali itu juga la, Kelibat Intan tak pernah muncul, ada juga Hidayah berkunjung ke kampung Intan bersama Ilham untuk menjemput hari perkahwinan mereka, tetapi Intan tiada, dari keterangan ibu dan ayah Intan, Intan sambung belajar ke England dan pernah ibunya berkata, masa dia dapat tawaran belajar semula di England, Dia ada memberitahu pada ibunya yang Intan tidak akan balik selagi hatinya reda.

Hidayah dan Ilham hanya mampu pandang memandang antara satu sama yang lain. Kemudian, setelah Hidayah dan Ilham dikurniakan anak ke tiga, kemunculan Intan dengan gaya yang jauh berbeza. Kalau yang dulunya, Intan bertudung, dan kini Intan tampil dengan ala-ala artis. Orang yang pertama dia jumpa adalah Hidayah. Intan memberanikan diri mencari Hidayah di kediaman mereka dengan bantuan Ibu Hidayah agar dapat memberikan alamat tempat mereka tinggal.

~~Mengimbau kembali

~~ Terlihat teksi yang membawa penumpang berhenti di depan rumah Hidayah, ketika itu Hidayah dan Ilham sedang berehat di anjung pondok di mana tempat mereka minum petang dan masa bermain dengan anak-anaknya.. “Assalamualaikum…” Hidayah terdengar satu suara memberi salam di luar rumahnya. Segera Hidayah menyahut salam itu sambil berjalan-jalan anak. Waalaikumusalam…” Hidayah terkejut dan macam tidak percaya apa yang dilihat depan mata. Ya Allah….Intan ke ni…laa…hampir tak cam aku dengan kau..amboi Intan, dah cantik kau sekarang..” usikkan Hidayah dijeling oleh Ilham yang berada disebelah Hidayah sambil memegang anak sulungnya yang telah berusia 5 tahun 6 bulan.” Hidayah menjemput masuk, lalu mereka berjalan beriringan tangan. Sambil-sambil itu Intan memandang pada Ilham yang dulunya lelaki yang amat dia sayang. Tapi Ilham tetap memilih Hidayah. “Err….comelnya anak kau ni Hidayah..siapa nama dia?..belum sempat Hidayah nak menjawab soalan Intan, anaknya yang memberi jawapan. 'Shafiq..“hahaha,…pandai…bijaknya dia..”…sambil menundukkan kepala dan membongkok sedikit, Intan bertanya lagi, “Umur Shafiq berapa tahun?...sambil mata Intan menjeling pada Ilham, mungkin Intan terlalu rindu pada wajah itu, Ilham tidak berkata-kata lagi seawal kedatangan Intan tadi, hanya mampu tersenyum saja. “umur Syafiq 5 tahun….” Balas si anak kecil ni tadi..

Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Terpegun Intan melihat decoration rumah yang baginya romantic sangat dengan rona color yang nampak menarik pada sesiapa yang melihatnya. “..wahh….cantiknya rumah kau Dayah..pandai kau menghiasnya..” Hidayah hanya mampu tersenyum saja melihat teletah Intan yang banyak berbicara dari dulu lagi. Kemudian Intan berjalan menuju ke kawasan dinding yang di hiasi dengan bunga sonata beserta bingkai gambar yang unit dan anggun terlekat sekali dengan gambar-gambar Hidayah dan Ilham serta anak-anak mereka. “Unitnya frame-frame gambar ni ye dayah…”..terpegun Intan seketika melihat susunan potret demi potret yang terlekat di sudut dinding menghala ke dapur rumah Hidayah dan Ilham. ermm..terima kasih Intan, tu adalah hadiah Ilham pada aku sewaktu kami berbulan madu di Jepun." terlihat Intan menganggukkan kepala mendengar penjelasan Hidayah.“hisy, Intan..duduk la dulu, aku pergi buat air sekejap”.. lantas Ilham pun mengekori belakang Hidayah. “Errr…abang..pergilah sembang dengan Intan tu dulu. Takut nanti boring pulak dia kan…”..

Hidayah tersenyum melihat gelagat Ilham. Sambil menggosokkan kepalanya, Ilham pun berlalu pergi melayan tetamu itu. “Amboi Ilham..makin segak kau sekarang ye, dah gemok sikit..”..usikkan Intan membuatkan Ilham tersipu-sipu malu. Sebab sewaktu mereka belajar dulu, Ilham jarang bersembang dengan Intan. Tumpuannya terus ke Hidayah saja. Sekaligus membuatkan hati Intan terbakar seketika. Tapi apakan daya, jodoh mereka berdua sudah ditentukan.

“iye ke…hish..biasa je aku rasa..yang lainnya mungkin aku dah berkahwin, so mestilah aku happy, apa lagi dengan Hidayah kan..” ..terlihat Intan sedikit tidak senang dengan penjelasan Ilham, lalu mereka terdiam seketika sehinggalah Hidayah datang membawa juadah petang untuk kawan baiknya itu. “Bila kau balik Intan?..Hidayah memulakan kembali percakapan yang dengan beberapa minit terdiam bila Intan mendengar penjelasan dari insan yang teramat dia sayang. “Errr…aku baru sampai 3 hari dah..habis belajar, so terniat pulak aku nak balik kampung halaman aku. Lepas tu, rasa rindu pula aku ngan kau Dayah…” Intan menjawab soalan Hidayah dengan muka yang bersahaja. “

Sekarang ni aku ingat nak duduk dekat Kuala Lumpur ni, sambil tu boleh aku cari kerja. “ terlihat Hidayah tersenyum saja mendengar kata-kata dari kawan baiknya itu. “ Laa…iye ke..so, sekarang ni kau tengah nak cari kerja la?..soal Hidayah sekali lagi. “Macam tu senang la kerja aku!..Hidayah bercakap sedikit kuat membuatkan Intan dan Ilham terkejut..” Kenapa Hidayah?..tanya Intan. “Ok…macam ni, kebetulan syarikat aku nak cari pembantu pentadbiran bahagian arkitek. Kau setuju tak kalau aku kenalkan kau dengan jawatan itu pada bos aku?...Intan hanya mampu tersenyum saja… “ hmmm….nanti aku fikirkan dulu, sebab aku nak cari rumah dulu.” Terlihat Hidayah hanya mampu tersenyum dan menganggukan kepala saja tanda setuju. Ok la..nanti apa-apa hal kau call je aku ok..mereka masing tersenyum dan menikmati juadah yang di hidangkan oleh Hidayah.

Selang seminggu Intan tiada khabar berita, tiba-tiba petang itu sewaktu Hidayah sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja terakhir dipejabatnya sebelum pulang. Ring…ring…talipon bimbit yang bernada agak perlahan itu, dicapai oleh Hidayah tanpa memerhatikan nombor tersebut. “Hello dayah..aku ni..Intan..” tersenyum Hidayah sambil menjawab salam kawannya itu. “Dayah..aku dah puas cari kerja yang selaras dengan study aku la..tapi masih tak dapat. Aku ingat, aku setujulah kalau kau nak kenalkan aku pada jawatan kosong yang ada di syarikat kau tu..”…tersenyum saja Hidayah waktu itu. “Ermm..ok, esok aku ambil kau, opss..sekarang kau duduk mana?..dah dapat ke rumah sewa?..Hidayah bertanya bertalu-talu pada Intan. “Dah…aku duduk dekat Cheras je, apartment..hmm..tak menjadi masalah ke kau nak jemput aku?..tanya Intan spontan. “Alaa…kau ni, taka pa la, lagipun tak susahpun, dekat la juga ngan rumah aku kan, tapi aku harap nanti kau setuju nak kerja dengan aku ye..”

Hidayah mengharapkan agar Intan dapat bekerja dengan syarikat itu, sebab kerja makin bertambah, dan Hidayah semacam tidak cukup tangan untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut. “Ok Dayah..esok aku tunggu dekat bawah je, nanti aku call kau ok..bye Dayah..assalamualaikum…” Intan mengakhiri cerita dan Hidayah menjawab sambil tersenyum sendiri.

Keesokannya…setelah selesai temuduga Intan dengan Lembaga Syarikat tempat Hidayah bekerja, Intan keluar dengan senyum selamba. Di terpa oleh Hidayah dari tepi biliknya. “ So Intan..macam mana?..bos ok ke?.. Hidayah mahukan jawapan segera dengan kerja yang bakal di sandang oleh Intan. “Ermm….dia setuju aku bekerja di sini..” mereka senyum bersama dan terlihat Hidayah mengucap kesyukuran pada kawan baiknya itu.

"masih dipengkarangan pejabati

~~….. Ok la Dayah, aku nak masuk office dulu la, dan Hidayah hanya mampu melihat Intan berlalu pergi meninggalkan Hidayah berjalan sendiri. Hati Hidayah bagai di gores dengan pisau yang tajam. Apa yang mampu, kesabaran yang menjadi temannya di saat amarah bergelora dalam hati dan fikiran. Hidayah tidak mahu ada rasa cemburu yang terlampau pada suaminya Ilham. Senang Hidayah memujuk hatinya supaya cekal dan tabah dan sabar dengan apa saja yang di laluinya.

Dalam pejabat, terlihat Intan tengah asyik sibuk berbual dalam talipon bimbitnya, Hidayah cuba memanggilnya untuk membahagikan kerja yang terbengkalai sejak dari tadi. Hanya bahasa isyarat tangan saja yang mampu Intan tunjukkan. Selang beberapa minit, Intan pergi mendapatkan Hidayah untuk mengambil saki baki kerja-kerja yang terbengkalai tadi. “Intan, tengahari ni kita lunch sesame nak. Lagipun ada perkara nak aku cakapkan dengan kau. Hidayah cuba mengajak kalau-kalau Intan ingin mengikutnya. Errr….aku tengahari ni kena jumpa client la Dayah..tak dapat aku nak lunch dengan kau. Lain kali saja la ye. Sambil berkata-kata, Intan melangkah keluar dari bilik Hidayah, membuatkan Hidayah sekejap tersentap, dan mulalah matanya berkaca-kaca. Hidayah dapat rasakan sesuatu dalam hubungannya dengan Ilham dan mengapa sejak beberapa bulan ni, Ilham dingin dengannya.

Sesungguhnya Hidayah tidak berupaya membuat sesuatu keputusan apalagi keputusan berpisah andai itu yang Ilham mahukan. Tapi Hidayah cuba buang sejauh jauhnya perasaan itu, sebab Hidayah terlalu sayangkan Ilham. Tak mungkin kasih dan sayang Ilham di duakan. Tepat jam 5.00 petang, terlihat Hidayah cepat-cepat mengemas fail-fail yang berselerak di atas meja, kemudian dicapai bag tangannya dan keluar terus tanpa memandang wajah Intan yang dari tadi memerhatikan gerak geri Hidayah.

“Dayah!...jerit Intan. Hmm..cepatnya kau nak balik?..”aku dah lewat la nak jemput anak-anak aku, nanti double charge pulak!.. kemudian, Hidayah terus keluar tanpa berkata-kata lagi, tapi jauh di sudut hati Hidayah masih menanti hubungan antara dia dan Ilham kembali pulih. Sesungguhnya Hidayah terlalu rindu dengan belaian dari Ilham sementara diri masih bernyawa lagi. Tanpa Ilham tahu, sebenarnya Hidayah mengidap kanser paru-paru. Ingin sekali dia memberitahu pada Ilham, tapi Ilham macam acuh tak acuh mendengar penjelasan Hidayah sewaktu hubungan mereka masih baik lagi, sekarang sudah hampir lima bulan, hubungan mereka macam air yang mengalir terus. Hidayah di berikan nasihat daripada doctor agar dapat mengawal emosi dan jangan terlalu tertekan. Itulah sebabnya di setiap perbalahan antara dia dan Ilham, kebanyakkannya Hidayah yang banyak mengalah. Sakit hati ataupun tidak, Hidayah telankan juga. Hidayah pernah dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan hingga keperingkat pembedahan, tapi pakar-pakar dalam bidang perubatan mengatakan, untuk hidup hanya 50-50 saja. Jadi Hidayah tidak mahu membuat, sebaiknya dia mendengar kata-kata nasihat doctor dan cukup waktu makan ubat dan rehat. Yang ada di benak fikirannya, sekiranya Ilham telah dingin terhadapnya, ingin sekali Hidayah mendengar penjelasan dari mulut Ilham sendiri.

Selang beberapa Minggu~~

Pergolakkan di antara Hidayah dan Ilham, masih lagi tidak reda dan tidak mendapat kepastian hati dari kedua-dua pihak, sehinggakan Ilham kerap keluar rumah tanpa menghiraukan situasi anak-anak dan isteri.

Hidayah sudah tiga hari tidak pergi kerja, kerna demam yang berpanjangan yang hampir mencecah 40 darjah celcius. Sekali sekala Hidayah kuat memegang dadanya dan menarik nafas dalam-dalam. Tidak kelihatan raut wajah Ilham, walaupun berkali-kali Hidayah cuba menghubunginya, hanya yang diberikan alasan, sibuk. Itu membuatkan lagi Hidayah sakit dan sering mengalirkan airmata. Dibenak fikiran Hidayah, sudah tiba masanya aku mesti minta kepastian. Kerana, selama Hidayah terlantar sakit di hospital, kawan-kawan yang lain selalu melawat Hidayah kecuali Intan. Ilhampun datang sekali sekala itupun hanya duduk dan tanpa bertanyakan apa-apa. Hanti Hidayah yang berkecamuk bertambah sebak melihatkan gelagat Ilham.. dalam hati Hidayah hanya mampu berdoa agar Allah dapat berikannya sedikit waktu, agar Hidayah dapat membuat satu perkara yang terakhir untuk suaminya Ilham.

Selama itu juga sewaktu Hidayah terlantar di hospital, kadang-kadang ada terlepas mulut dari kawan-kawannya yang lain bila tercerita tentang hubungan Ilham dan Intan yang sering kawan-kawannya lihat. Nak di tegur, Ilham senang menjawab “jangan jaga hal orang”.. membuatkan kawan-kawan Hidayah sakit hati melihat Intan di tempat kerja. “Manusia yang tidak tahu di untung!... Sofi bersuara sambil berlalu di meja Intan. Sofi juga adalah kawan sejawatan dengan Hidayah. “Hey pompuan!, mulut kau jaga sikit ye?..” Intan menegangkan lagi keadaan. Kemudian di tenangkan oleh staf-staff yang lain. “Eee…geram betul la aku ngan budak ni!..langsung dia tak kesian dengan Hidayah, padahal kawan baiknya sendiri. Dah la tak pergi melawat, lepas tu dok kuaq-kuaq dengan laki owang!.. sofi berleter sendiri di dalam biliknya dengan dialek utara.

Selama seminggu Hidayah terlantar di hospital, dan keputusan doctor pun telah di dengar, Hidayah mohon merehat saja di rumah, memandangkan dia terlalu rindu dengan anak-anaknya yang kini di jaga oleh Ibu Hidayah. Sofilah yang menghantar Hidayah balik ke rumah Hidayah dengan di temani suami Sofi iaitu Kamal. Bukan Hidayah tidak cuba menelipon Ilham untuk membawanya pulang, tetapi jawapannya hampa kerna, sedikitpun Ilham tidak mahu menjawab panggilan Hidayah, sebak hati Hidayah diperhatikan Sofi. Setibanya di rumah, Hidayah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada Sofi dan Kamal.

“Hidayah, kau kena banyak berehat tau, En Hafiz pun tak mahu kau kerja dulu, dia suruh kau berehat sampai dah betul-betul sihat baru kau datang.” Hidayah hanya mampu tersenyum saja. Sofi tidak tahu, yang kawanya itu mengidap penyakit kanser paru-paru di tahap yang kritikal. Terlihat Hidayah batuk dan terus batuk, Sofi cepat mendapatkan Hidayah, dan di berikan air suam pada Hidayah yang tidak bermaya itu.

“Dayah, aku tengok muka kau pucat sangat. Kau ok ke?..aku risau la tinggalkan kau sorang-sorang begini. “Sambil batuk-batuk itu, Hidayah hanya diam dan tersenyum memandang raut wajah kawannya itu. “Terima kasih Sofi sebab kau banyak membantu aku dan susahkan kau dan Kamal aje.." Terlihat mata Hidayah berkaca-kaca. Dalam hatinya terdetik, mengapa kawan baik aku sanggup buat aku macam ni, dan sampainya hati Intan tak mahu mengjenguk aku walaupun hanya sekali saja. Ya Allah……” sebak sungguh hati Hidayah menerima dugaan yang hebat itu. “Sofi, aku teringin benar nak jumpa Ilham,..”dalam nada yang sangkut-sangkut, membuatkan Sofi yang mendengarnya, mengalirkan airmata. Dalam hati Sofi berbisik, “Ya Allah, sungguh berat dugaan yang kau berikan pada Hidayah, permudahkanlah urusannya Ya-Allah….”..kemudian Sofi menekup mulutnya seketika menahan sebak di bahu Kamal. "Sofi, andai jadi apa-apa pada aku, boleh tak kau kirimkan kata-kata ini pada Intan, yang aku dah maafkan dia.."...terlihat Sofi semakin menahan sebak dan tak mampu berkata-kata apa yang hanya mampu anggukkan kepala tanda setuju.

Dengan suara Sofi yang tersangkut-sangkut dek sebak yang tadi, Sofipun kuatkan hati berkata-kata kepada Hidayah kawan baiknya seperjabat.

“Dayah..aku kesian tengok kau, kau terlalu baik Dayah..kau jangan banyak fikir sangat tau.”..suara Sofi bertukar lain, mungkin menahan sebak di hatinya melihat Hidayah begitu. Tak sangka Ilham sanggup menduakan Hidayah, apalagi saat-saat Hidayah sakit ni, langsung Ilham tak mahu ambil peduli.

“Assalamualaikum…..” terdengar suara kanak-kanak di luar rumah, ternampak pula, ibu Hidayah membuka pintu pagar. Berlari anak-anak Hidayah mendapatkannya.

“Mama….mama…”.. kemudian dipeluk dan dicium kedua-dua anak-anaknya yang akan di lihat hanya beberapa seketika saja nanti sekaligus menambahkan lagi tangisan yang di tahan Sofi tadi bila perilaku anak-anaknya yang masih kecil dan masih memerlukan Hidayah dalam hidup mereka. Entah apa yang akan terjadi andai Allah lebih menyayangi Hidayah nanti...Ya Allah...." berbisik kecik hati Sofi seketika itu, kemudian Sofi, Kamal bersalaman dengan ibu Hidayah.

“Tadi ibu pergi Hospital, tau-tau doctor kata, Dayah dah keluar Wad, terus je Ibu datang sini.”..Hidayah hanya tersenyum saja. Dayah ok ke ni, mak tengok Dayah pucat je..” ibu Hidayah membelek belek wajah anak kesayangannya itu dan diperhatikan saja Sofi dan Kamal. “Dayah ok la bu,..bu jangan risau..” Hidayah memberikan kata kata semangat pada ibunya sambil tersenyum kecil agar ibunya tidak runsing memikirkan masalah Hidayah. Sebab ibunya tidak tahu perbalahan antara Hidayah dan Ilham. Sekalipun penyakit yang di tanggung itu. Biarlah hanya Hidayah saja yang tahu. ~~~..

...hari yang sama.. (Ilham di Hospital)
Eh..mana pula Hidayah ni..benak fikiran Ilham bila tiba di hospital bila lihat Hidayah tiada dalam biliknya. Kemudian Ilham pun keluar menuju ke bilik doctor untuk bertanyakan kemana Hidayah pergi.

“Tuk..tukk..pintu diketuk perlahan. Selamat petang doctor, boleh saya tahu, mana Hidayah pesakit yang duduk di bilik no 2 tu?..soalan di ajukan pada doctor yang tengah sibuk membuat result tentang penyakit Hidayah. “Hidayah sudah balik, dia kata dia nak berehat di rumah saja..” ringkas jawapan doctor itu yang merawat Hidayah dari awal Hidayah mengidap kanser paru-paru, dan doctor tu juga banyak membantu Hidayah, untuk tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menjejaskan kesihatannya. “Ok doctor..terima kasih!”..selamba saja Ilham melangkah keluar,

“arrr…En Ilham!..tunggu sebentar..” sepantas doctor Fatimah menjerit kecil memanggil Ilham. Ya doctor, kenapa?..” duduk dulu en.Ilham. Sebenarnya ada perkara yang ingin saya terangkan pada En.Ilham. Dan perkara ini juga permintaan terakhir Hidayah. “Terakhir? Apa maksud doctor?..” Ilham terkejut dengan dahi berkerut seribu bila mendengar penjelasan doctor Fatimah tadi. “En.Ilham, sebenarnya Hidayah mengidap kanser paru-paru dan sekarang di tahap kronik. Jadi saya yang merawatnya dari awal hingga sekarang. Sebenarnya Hidayah tidak membenarkan saya untuk bercerita dengan mana-mana ahli keluarga, termasuk En Ilham sendiri. Kemudian Doctor Fatimah menyerahkan salinan keputusan kesihatan pada Ilham untuk Ilham renung dan baca sejenak. “Ya Allah…..why Dayah…why……”..kemudian, Ilham bingkas bangun dari bangku dan menuju ke jendela tingkap yang berada dekat dengan meja Doctor Fatimah. “En. Ilham, pihak hospital, telah sedaya upaya memujuk Pn.Hidayah agar menjalani pembedahan tahap low kronik lagi, tapi Pn Hidayah tidak mahu, dia kata tak mahu En.Ilham susah hati dengan penyakit Pn.Hidayah. Jadi saya terpaksa ikut kemahuannya. Maafkan saya En Ilham. Kami dah berusaha. Satu lagi En. Ilham, saya berharap sangat agar, dalam masa yang terdekat ini, En Ilham tidak membuatkan perasaannya terganggu.” Ilham memandang sejenak pada wajah Doctor Fatimah. "Doctor adakah Hidayah akan pulih atau..."... tak mampu Ilham neruskan kata-kata. Doctor Fatimah hanya mampu menggelengkan kepala saja dengan soalan Ilham tadi.

"En.Ilham..banyak berdoa pada Allah semoga segalanya baik." .. Sebenarnya, sedikit sebanyak Doctor Fatimah juga tahu masalah yang di hadapi Hidayah dalam kemelut rumahtangganya, " En.Ilham..sebelum terlambat, En.Ilham harus berikan Pn.Hidayah semangat agar dia tidak kesunyian, Pn. Hidayah adalah seorang wanita yang cekal En. Ilham."..terlihat mata Doctor Fatimah pun berkaca.

Di hospital itu juga, Doctor Fatimah adalah kaunselor bahagian sakit kronik, sedikit sebanyak Doctor Fatimah mesti ingin tahu masalah yang di hadapi oleh pesakitnya.

“Berikanlah dia ruang untuk berbicara En.Ilham,..kerana masa untuknya bukan begitu banyak.”..kemudian, Ilham tertunduk memandang lantai bilik Doctor Fatimah, sesekali terlihat berkaca kaca mata Ilham seketika. Sesalan demi sesalan mula timbul di dalam dirinya. Mengapalah dia tidak mahu berterus terang dengan aku….Hidayah….” bisik hati kecilnya. Insya’allah Doctor, terima kasih. Lalu Ilham pun keluar meninggalkan bilik doctor tersebut, dan terlihat oleh staff-staff hospital tersebut bila Ilham mengilap matanya, yang mungkin telah jatuh mengalir di pipinya.

Dalam perjalanan menuju ke rumahnya, di hati Ilham berkata-kata. Dayah…maafkan abang..abang yang bersalah sayang…abang tak seharusnya menyakiti hati dayah, dan tak perlu abang bermasam muka dengan Dayah bila kita berbalah, kesilapan Dayah hanya kecil saja, tapi abang!..haaaaaaaaa…!!! menjerit Ilham dalam kereta sambil airmatanya berderai membasahi pipinya. Dayah..mengapa kau sanggup hadapi ini sendiri sayang?..mengapa kau sanggup melalui detik2 disaat aku menyakiti hatimu sayang…Ya..Allah…apa yang dah aku buat ni…Ya..Allah… Setibanya Ilham di depan rumahnya, Ilham lihat banyak kereta berada di luar, ternampak juga kereta Intan. Kelopak matanya mengalirkan airmata sekali lagi, rasanya kakinya berat untuk melangkah masuk. Terdengar sayup-sayup suara orang tengah mengaji, membuatkan Ilham tidak mampu berkata-kata.

Sampai saja di muka pintu, terlihat Hidayah tengah kaku terbaring, masih bernyawa, dan mungkin permintaannya pada Allah untuk melakukan suatu perkara untuk suaminya di makbulkan Allah. Segera Ilham mendapatkan Nur Hidayah.. kemudian terlihat tetamu yang hadir, mengilap airmata masing-masing menyaksikan gelagat Ilham. Sambil tunduk dan duduk, Ilham perlahan-lahan memegang tangan Hidayah yang sejuk itu dalam pelukkan berbaring sekali disebelah Hidayah membuatkan tetamu yang hadir terkedu menyaksikan kejadian itu yang dalam kesejukan itu..dikucupnya dahi hidayah, yang baginya telah lama tidak dikucupnya. Airmata berjurai membasahi pipi Ilham sehingga jatuh terus ke kelopak mata Hidayah. “Errr….abang…abang dah balik…” perlahan suara Hidayah menyebut memanggil namanya. Ilham hanya mampu anggukkan kepala dan tangah hidayah di kucupnya berkali-kali. Didalam suara berbisik sendu Ilham berkata-kata,“Sayang..abang balik ni…sayang, jangan buat abang macam ni..abang menyesal sayang..maafkan abang..abang bersalah sangat, abang dah sedar, abang kecewa dengan diri abang sendiri.Abang dah langgar janji-janji kita dahulu sayang.” …

Ternyata Ilham tidak mampu meluahkan kata-katanya lagi. Yang Ilham tahu, hanya sendu yang teramat sangat. Dalam situasi Hidayah tengah sarat menanggung dan berlawan dengan maut itu, terlihat oleh Ilham, di bibir Hidayah yang pucat itu, mengukir senyuman. “Abang..dayah dah lama maafkan Abang..Abang, halalkan makan dan minum Dayah selama kita bersama. Jaga anak-anak kita dengan baik. Dayah CINTAKAN abang dunia dan akhirat. Dayah SAYANGKAN abang setulus hati Dayah. Abang, berjanjilah pada Dayah, Abang akan setia dengan Dayah. Sebab, Dayah terlalu perlukan abang di sana nanti..”…Ilham hanya mampu anggukkan kepala saja mendengar luahan terakhir dari isterinya. Tetamu yang melihat situasi mereka, tidak dapat menahan sebak, termasuk juga Intan yang hanya duduk di hujung kaki Hidayah, yang dari awal tadi dia dah berjumpa dengan Dayah. Kesilapannya juga telah dikesali. Dan Hidayah telahpun memaafkannya.

Abang, Dayah bersyukur sangat kerna, Allah telah makbulkan permintaan Dayah, untuk menunaikan hajat terakhir dayah. Dayah rasa lega sesangat sekarang. Abang, jaga kesihatan abang baik-baik tau, Dayah akan sentiasa bersama abang setiap masa dan selamanya andai Allah itu mendengar permintaan Dayah ni.”.. Dayah..jangan cakap macam tu sayang, abang benar-benar lemah sangat..tolonglah abang sayang..jangan tinggalkan abang sendiri. Abang sayangkan Dayah, dan hanya Dayah di hati abang.

Terlihat Dayah menarik nafas satu persatu…sehinggakan nyawanya tidak lagi berdenyut..tangan yang digengam erat oleh Ilham tadi tiba-tiba terkulai layu di tepi pembaringan mereka. Perlahan-lahan suara Ilham memanggil nama isterinya. Dalam situasi berpelukkan itu, para tetamu yang hadir di rumah Hidayah itu begitu terkejut dengan apa yang mereka lihat. Terlihat Ilham kaku di sisi Hidayah. Takdir telah membuatkan mereka berdua pergi bersama. Ilham memejamkan matanya serapat-rapatnya di sebelah pembaringan Dayah. Mata yang melihat situasi itu, bingkas bangun melihat keadaan itu, Kuasa Allah mengusai segalanya dan Allah lebih mengasihani umatnya. “Subahana’allah…..semua yang berada di dalam rumah itu, terkejut melihat, dua bujur tubuh yang rapat berpelukan, pergi buat selama-lamanya. Hanya Allah yang tahu segalanya. Intan yang menyaksikan episode itu juga, tidak mampu berkata-kata, disambung pula melihat jeritan dari anak-anak Dayah yang kini hidup dalam yatim piatu. Ibu kepada Hidayah juga tidak dapat menahan tangisan yang teramat sangat. Cuba di tenangkan para tetamu yang hadir, dan sanak saudara.

~~teringat kembali ibu Hidayah~~

"Bu, kalau jadi apa-apa pada Dayah, bu tolong tengokkan anak-anak Dayah ye bu," hish!..Dayah, kamu ni kenapa?" ibu Hidayah cuba menanyakan pada Hidayah. Hidayah adalah anak tunggal dalam keluarga. Apa saja susah dan senang dalam keluarga Dayahlah yang banyak uruskan. Semenjak Ayahnya meninggal beberapa tahun dahulu, Hidayah kerap balik kampung bersama suami dan anak-anak.

"Bu, bolehkan jagakan anak-anak Dayah?"..Hidayah cuba bertanya lagi. "Dayah, ibu akan jaga anak-anak Dayah...insya'allah, selagi kesihatan ibu baik..insya'allah. dah-dah...makan je nasi tu, tak payah nak fikirkan itu dan ini." kemudian mereka menjamah makan dengan senyuman. pemergian Dayah begitu di rasakan si ibu~~~

Hanya sepotong doa yang mampu Ibunya luahkan pada yang maha Esa.. “Semoga Kalian berada di taman Firdausi dan Syurgalah Tempat mu Nurhidayah dan Muhammad Ilham Haiqal. Ibu, akan turutkan amanah menjaga anak-anak Hidayah dengan baik sehingga kemenara gading. Pergilah anakku. ..pergilah….

Setelah selesai upacara mandi jenazah, kemudian keranda di usung masuk ke dalam van jenazah, untuk di semadikan di tanah perkuburan. Selesai semua, Intan menyapa duduk bertempuh di kedua-dua kubur Hidayah dan Ilham, dan penyesalan yang tidak terhingga singgah di fikiran. Kemudian Intan menangis semahu-mahunya tanpa henti di perkuburan itu. “Kawan-kawanku, semoga kalian BAHAGIA DI ALAM SANA….Semoga kalian akan dipertemukan dan sesungguhnya Cinta kalian begitu Suci dan Agung dipenglihatan Allah.

Dengan mengilap airmata, Intan bangun dan memandang buat yang terakhir sekali lagi untuk kawan-kawanya. Di hati kecilnya berkata Semoga Kalian menemui cinta di alam sana dan semadilah kalian bak Seharum Cinta Adam dan Hawa. Kemudian Intan berlalu pergi meninggalkan perkarangan makam dua sahabatnya yang begitu menguji jiwa dan mindanya untuk menjadi seorang yang lebih matang dalam meneliti hak sesebuah kehidupan mahupun di dunia dan di akhirat kelak. Airmata yang tidak henti-henti jatuh dek kekasalan sikap yang dulunya membuatkan Intan bertekat akan cuba perbetulkan diri dari sudut pandangan hati sesama insan.

~~Al-fatihah~~


DI KAMPUNG INTAN

"Mak, apa yang sudah berlaku ini akan membuatkan Intan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan mak..." terlihat ibu Intan mengilap airmata di tepi tangga rumah mereka. Dengan penampilan yang bersederhana dan memegang beg baju yang besar, Intan ingin berhijrah ke tempat lain untuk menenangkan kembali fikiran dan mencari Nur Hidayah dari Allah agar apa yang telah terjadi padanya menjadi dia seorang yang matang dan membuka mata menjadi insan yang tidak mudah merampas hak kasih sayang sepasang pasangan.

Intan begitu kesal dengan sikap yang telah dilakukan dalam hidupnya, tidak mampu Intan menahan lagi sebak di dada, dan sekaligus membuat keputusan berhijrah lagi. Bagi nya CINTA yang Suci adalah cinta yang agung di sisi Allah andai Sabar dipelihara dengan sebaik-baik insan. Kisah Hidayah dan Ilham adalah CONTOH dalam hidupnya untuk terus menikmati Cinta seumpama itu.
"Mak..maafkan Intan, insya'allah seandainya di izinkan Allah, Intan akan balik ye mak. Mak jangan risau. Intan sayangkan mak sepenuh hati Intan. Mak doakan kebahagian Intan ye mak. Kemudian mereka bersalaman dan berpelukkan. "Pergilah anakku" .. hanya kata-kata itu saja yang mampu si Ibu lafazkan di kejauhan.

TAMAT.