>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Sunday, March 17, 2013

Cara Menghormati Suami

Assalamualaikum Semua dan Salam Sejahtera juga kepada kawan2 yang melayari blog admin ni..

Ok...hari ini admin nak berkongsi cerita berhubung dengan sikap kita sebagai seorang Isteri iaitu cara yang baik menghormati suami kita...

So....jom baca cara-cara ini...Dan si suami juga kenalah adil dalam tafsiran ini ok...

Tak adil la kan kalau isteri je nak kena hormat suami.tp bila tiba turn isteri...suami wat tak endah.yang lagi teruk ada yg buat isteri ni mcm orang gaji je.so...admin tak nak la sebelah pihak je...jadi kita berkongsi la cara nak hormat kedua2 nya.


Daripada apa yang telah admin baca dan buat kajian(walau pun x sampai sehari pun kajian admin tu...ahakss)...semua yang admin rungkaikan di bawah nanti juga berdasarkan pengalaman aku dalam rumah tangga sendiri.Semua ni aku search kat internet dan dari buku2 ilmiah.

1.Semasa suami bercakap,hendaklah isteri diam dan mendengarnya.Jangan menyampuk atau memotong cakapnya.
>> Semasa isteri bercakap,beri perhatian.pandang muka isteri.mungkin si isteri ada cerita yang nak dikongsi bersama atau masalah yang nak diluahkan.
> Dari Kajian Admin plak : Kebiasaan suami nak isteri dengar ketika dia bercakap tapi bila isteri nak citer apa2...dia wat derk je.adil ke tu?

2.Bila suami berhajatkan sesuatu,segeralah tunaikan.Jangan berlengah2 kerana khuatir akan menimbulkan kemarahan suami.
>> Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.
> Dari Kajian Admin plak : Kepada suami isteri yang bekerja,harap2 suami tu faham la keadaan isteri yg juga penat.Jangan la asyik nak menyuruhh je.Setakat nak minum air segelas kan boleh bgn gi ambil sdri.Tp kalau isteri nak pahala lebih rajin2 la sket.

3.Prihatin keadaan suami.sihat ke dia,ada masalah ke,penat ke....rajin2 la urut2 badan suami.mungkin urutan si isteri boleh meredakan diri suami.
>> Ambil berat kesihatan isteri.jika isteri sakit segera lah bawa ke klinik.
Dari Kajian Admin : Maaf...ni pandangan admin je...selalunya kalau suami sakit,isteri sanggup ambil cuti nak merawat suami.apa suami nak mkn akan disediakan.tp kalau isteri yang sakit jarang sangat suami nak peduli.isteri kata teringin nak mkn bubur pun susah betul nak ditunaikan.bkn mta masak pun...beli bubur McD pun ok dah.Apatah lg nk urut2 badan isteri.

4.Isteri kena la peka dalam kebersihan pakaian suami.Kalau baju suami koyak jahitkan dengan kemas.Baju kerja suami gosok biar kemas dan cantik.
>> Sebagai suami haruslah menyediakan pakaian yang elok untuk isteri.sebaiknya yang Kajian Admin : Kebiasaannya suami ni suka sgt biarkan isteri dia gi shopping sendiri.lebih2 lagi kalau isteri yg bekerja.bila isteri beli baju yg ikut trend terkini mula lah si suami nak panas bontot.

So...admin ni bukan la ustazah yg serba tahu dalam hal ehwal dan selok belok persoalan rumah tangga ni.Tapi,bagi admin tahu berdasarkan pengalaman,seorang suami tak seharusnya meletakkan 100% tugas menjaga rumah kepada isteri apatah lagi jika isteri itu juga bekerja.Sedarlah bahawa isteri yg bekerja telah banyak membantu suami dalam pendapatan keluarga.


Jangan lah si suami terlalu mencurigai seorang isteri sehingga melarang dia berkawan.Jika si isteri ada melakukan salah tegur lah dengan baik.cari puncanya.mungkin tanpa si suami sedar sebenarnya dia telah membiarkan isteri mencorakkan kehidupannya sendiri kerana si suami sibuk dengan minat nya sendiri.


Dan ini ada sedikit yang admin copy paste dari internet:


‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti
bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalamkesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

SEMOGA MENCAPAI KEBAHAGIAN SEHINGGA KE JANNAH!....

Assalamualaikum Semua...