>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Friday, April 12, 2013

Membina Rumahtangga Bahagia

Assalammualaikum w.b.t..

Seringkali, pasangan yang ingin berkahwin, hanya memikirkan tentang majis perkahwinan mereka sahaja. Baju apa yang mahu dipakai? Apakah tema majlis perkahwinan mereka? Berapa kad jemputan yang akan diedarkan? Pelamin bentuk bagaimana yang mahu dipasangkan? Dan pelbagai lagi perkara berkaitan majlis perkahwinan yang akan diadakan menjadi isu utama di dalam fikiran mereka. Seolah-olah, majlis perkahwinan yang akan diadakan kelak, adalah kemuncak dan penghujung bagi kisah cinta mereka. Sedangkan, majils tersebut, adalah merupakan satu titik permulaan kepada satu lagi perjalanan kehidupan yang lebih mencabar.... iaitu, Alam Rumahtangga! Alam dimana, si lelaki akan bergelar "suami" dan si gadis pula akan bergelar "isteri"....

Gelaran "suami" atau "isteri", membawa maksud dan tanggungjawab yang lebih besar. Apatah lagi apabila pasangan tersebut dikurniakan cahayamata, satu lagi gelaran dan tanggungjawab besar akan dipikul, iaitu sebagai "ibu" dan "bapa"...

Jadi, mahu atau tidak.. anda perlu bersedia! Bersedia memikul tanggungjawab-tanggungjawab tersebut kelak... kegagalan memikul tanggungjawab sebagai seorang suami / isteri.. menyebabkan pelbagai masalah di dalam rumahtangga muncul... berikut adalah antara beberapa keluhan SEBENAR pasangan suami isteri mengenai situasi rumahtangga mereka....


JOM BACA APA KATA MEREKA YANG SUDAH BERUMAHTANGGA:

1. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

2. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa-rasanya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain...

3. Setiap kali saya mahu keluar rumah, dia akan marah-marah dan kata saya nak pergi berdating dengan betina lain.

4. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

5. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya

6. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

7. Sudah lebih 2 tahun saya tidak melakukan hubungan intim bersama isteri saya. Saya sudah tidak tahu lagi apa yang harus saya lakukan untuk mengembalikan semula kemesraan hidup kami semula.

8. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar

Itulah antara beberapa keluhan mereka yang sudah bergelar suami/isteri. Alam rumahtangga yang pada mulanya disangkakan penuh dengan keindahan, bertukar menjadi hambar dan penuh dengan perasaan marah, dendam, geram dan menyakitkan hati.

Sehingga pada satu tahap, apabila perasaan dendam dan amarah ini tidak dapat dibendung lagi, maka berlakulah kes-kes penceraian yang acapkali kita dengar.


FAHAMI TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SEBAGAI SUAMI ATAU ISTERI

Wahai sahabatku.....

Usah biarkan rumahtangga yang dibina kelak , menjadi sebuah institusi yang porak-peranda. Perkara ini tidak mungkin akan berlaku jika si suami dan juga isteri, faham mengenai tanggungjawab serta peranan mereka.

Sedarilah wahai bakal suami :
Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepada-Nya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya"

Sedarilah juga wahai bakal isteri :
Rasulullah SAW bersabda : “Wanita, apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya,maka masuklah ia dari mana saja pintu syurga yang ia kehendaki.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)


INGAT!
Maka, sedarilah wahai bakal suami soleh dan isteri solehah :

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula."
(An Nur: 26)


BINALAH RUMAHTANGGA YANG BAHAGIA :

Ya sahabatku..!

Untuk membina rumahtangga yang bahagia.. kita perlukan ilmu. Alam rumahtangga sebenarnya adalah alam yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Hanya dengan ilmu, segala cabaran dan dugaan itu akan dapat ditangani dengan baik dan bijaksana.

Bayangkan, dua individu yang berbeza jantina, juga dengan sifat dan sikap yang berbeza, serta latarbelakang kehidupan yang berbeza, kini tinggal serumah untuk menjalani kehidupan yang baru.. pastinya, akan ada perselisihan dan salah faham yang akan berlaku.. Tetapi, jika kedua-dua pihak mempunyai ilmu serta sikap yang baik, pasti segala perselisihan dapat di selesaikan.

Firman Allah S.W.T maksudnya:

“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan, bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)




DARI ADMIN :
SEMOGA KITA SEMUA YANG TELAH BERUMAHTANGGA, SENTIASA MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ALLAH S.W.T DAN MEMPEROLEHI HIDUP YANG SEMPURNA DALAM MENITI BAHAGIA BERUMAHTANGGA SEHINGGA KE JANNAH...

Monday, April 8, 2013

Mengapa Ada Cinta

EPILOG CERITA

Di sisiran tepian pantai inilah terjalinnya satu nada suara termaktub dengan kata-kata perjanjian yang terpatri oleh sepasang kekasih yang begitu saling cinta mencintai dan kasih mengasihani di antara satu sama yang lain. Kemampuan akal dan batas perhubungan yang terjalin antara mereka membuatkan ramai orang-orang di luar sana begitu cemburu sehinggakan terjadinya perbalahan dan kehancuran hati oleh kedua-dua pihak. Telah banyak tutur kata yang permulaannya boleh di terima akal, dan akhirnya menjadi sebuah kehancuran pada sang hati yang benar-benar inginkan kepastian. Tercurah kemarahan demi kemarahan yang teramat sangat sehinggakan meninggalkan kesan yang begitu perit dan mendalam oleh sang hati yang bernyawa. Andai dapat di kawal emosi, pasti segalanya akan baik-baik belaka, dan tidak akan memberikan kesan yang mendalam pada pasangan yang di pilih oleh Allah s.w.t ini. Dan akhirnya perpisahan juga jalan penyelesaian mereka. Kemudian, titip cinta yang sebenarnya hadir dalam hidup mereka bila masing-masing membawa haluan sendiri dan akhirnya bertembung dalam satu hubungan yang amat tidak disangkakan, dan tersoallah oleh hati mereka apabila seruan hati membentak dengan soalan “Mengapa Ada Cinta Dihati ini seandainya Hadirnya Cinta itu Hanya Sekadar Untuk Mengecewakan Hati ini dan Harapan Ini, Bukan Lebih Baik Andai Cinta Itu Tidak Pernah Singgah di Lubuk Hati Ini. Sesungguhnya Cinta nan suci itu Mengapa perlu hadir Cuma seketika?..Adakah aku tidak berhak miliki cinta yang sempurna?..”

BAB 1 –
Ring..ring….ring..…

Jam di meja berbunyi tepat sekali pukul 6.00pagi. Segera Nila bangun untuk mandi dan menunaikan solat subuh sebelum ke sekolah. Hari ini juga Nila harus pergi sekolah lebih awal kerana ingin menjalankan tanggungjawab yang telah di tugaskan oleh guru kelas Nila. Selesai Solat, Nila terus ke dapur, terlihat ibunya sudah siap menguruskan urusan dapur dan di meja terlihat hidangan sarapan pagi telah tersedia untuk di jamah bersama-sama ahli keluarga Nila. “..Assalamualaikum bu…”… sambil tersenyum Nila merapatkan diri dengan Ibunya yang tengah sibuk mengoreng sesuatu di atas dapur. “ Waalaikumusalam Nila..Eh…cepat Nila bangun hari ni..biasanya lepas solat subuh je, Nila sambung tidur kan?..Ibu Nila cuba mengusik Nila di pagi itu. “Erm..Nila kan dah bagi tahu dengan ibu malam tadi, Sekolah Nila ada membuat Hari Kantin Sekolah..” Nila cuba menjelaskan pada ibunya yang mungkin sudah lupa apa yang sudah Nila bagi tahu padanya malam tadi.

“…Laaa…ya ke?..ibu lupa la Nila…ibu tak gerakkan Nila dari tidur subuh tadi..” sambil memegang dahi, ibunya melabuhkan punggung duduk di meja makan sambil berkata-kata pada anaknya itu. “Alaa bu…tak apa la..kan Nila dah bangun ni..ermm…tapi, hari ni Nila nak kena pergi cepat tau bu..” sambil menjamah sarapan pagi itu Nila cuba menjelaskan pada ibunya. “Nak ibu hantar ke?..” ibunya mempelawa diri untuk menghantar Nila.. “ Tak pa la bu, Nila pergi dengan Ayu.”.. Ayu adalah kawan sekelas dengan Nila, yang tinggal hanya bersebelahan dengan rumah Nila. Mereka memang kerab pergi bersama menunggu bas di perhentian yang tidak jauh dari kediaman mereka berdua.
“Ermm..kalau macam tu, baiklah, Makan cepat, nanti tertinggal pulak bas kan. “ ..Ibu Nila cuba mengingatkan Nila. Nila hanya menganggukkan kepala saja tanda setuju dengan kata-kata ibunya itu.

Setiba di perkarangan sekolah, Nila dan Ayu terus menuju ke kelas mereka dan terpandang Nila pada seseorang yang sedang melakukan sesuatu tugasan di tepi bangunan sekolah bersebelahan dengan kantin. Nila dan Ayu berlalu sambil tersenyum pada seseorang itu. Dan seseorang itupun membalas senyuman Nila dan Ayu. Kemudian mereka terus berjalan tanpa menoleh lagi kebelakang. Tapi seseorang itu tetap memandang Ayu dan Nila berlalu sehinggalah tidak nampak kelibat mereka, barulah disambungnya kerja yang telah di pertanggungjawabkan itu.

Zaman sekolah yang begitu menyeronokkan membuatkan Nila termenung melihat gelagat rakan-rakannya yang sibuk berlari-lari ke sana dan ke mari bagi tujuan resepsi untuk Hari Kantin bagi tahun 1996 di tingkatan lima. Nila adalah salah satu ahli jawatankuasa bagi kerja-kerja kesinambungan hiasan dalaman untuk kelas dan podok jualan mereka.
“Nila!...jerit salah seorang kawan Nila, dan tersentap sekejap Nila dari lamunan tadi. “Iskh kau ni… sakit telinga aku la Yan..” Nila meluahkan rasa geram sedikit pada kawanya itu, dan membuatkan kawanya itu ketawa terbahak-bahak, mana tidaknya, bila Yan sergah Nila dari dekat, apa yang Nila pegang di tangannya tercampak dengan serta merta.
“Hahahaha…..ermm….sorry la Nila..aku bergurau je..” terlihat oleh Yan muka Nila yang sudahpun menjadi merah padam, dan segera Yan memeluk bahu Nila tanda memohon maaf dan mengangkat barang yang jatuh tadi bersama-sama. “hmm..ok, aku maafkan…”kemudian mereka tersenyum kembali. Yan memang suka mengusik Nila, sebab Nila secara spontan, suka melatah, itu yang membuatkan ramai kawan-kawan di sekolah Nila, amat gemar mengacau dan mencuit-cuit Nila. Tapi semuanya itu, Nila anggap biasa saja.

Selain dari aktif dalam bidang hiasan dalaman untuk sekolah Nila, dia juga aktif dalam kesukanan sekolah. Nila memang aktif dalam sukan merentas desa dan berlari. Tiap-tiap tahun cikgu sukan pasti memilih Nila sebagai Wakil untuk rumah sukan. Sudah tentunya Nila tidak pernah menghampakan rakan-rakan lain yang seangkatan dengan rumah pilihan mereka iaitu rumah “Kuning”. Setelah siap semua iluntrasi dari kelas Nila, mereka semua terus berarak ke pondok yang tersedia, untuk memulakan tugasan dan mengakhirkan hiasan di setiap sudut pondok mereka yang di beri nama “Pilihan Persona” yang telahpun di cadangkan oleh Nila sendiri dan mendapat persetujuan rakan-rakan yang lain. Di pondok Nila dan rakan-rakannya, mereka menjual barang-barang terpakai, yang mereka perolehi daripada koleksi mereka sendiri dan menjualkan kembali sempena hari kantin tersebut. Banyak koleksi seperti, gelang bling-bling, dompet cristal, beg bimbit kecil dan besar, buku-buku diari yang direka khas dari mereka untuk dijualkan juga dan juga barang-barang seperti kelengkapan perempuan iaitu pewangi, dan juga hiasan bunga-bunga yang digubah sendiri oleh Nila yang beralaskan pembalut kon dan tiga kuntum bunga yang diletakkan dalam pembalut khas tersebut dengan harga RM1 saja.

Sedang asyik Nila dan rakan-rakannya mempermosikan barang-barang mereka, datanglah seseorang di hadapan pondok kedai Nila. “ermm…harga bunga ni berapa?”..Nila hanya mampu tersenyum dan terus menjawab dengan sekali saja. “RM1 .. “ .. hanya itu saja yang mampu Nila luahkan. “Ok, nak satu.. ambil yang ini ya..” kemudian seseorang itu keluarkan duit dari dompet dan memberikan RM1 kepada Nila, kemudian, Nila mengambilnya dan membalas bagi bunga tersebut pada seseorang itu. “..ermm..tak pa la, bunga ni saya hadiahkan pada awak, sebab decoration pondok awak nampak cantik dan berseri-seri. Mesti cikgu akan pilih pondok awak sebagai pemenang pondok paling kreatif untuk tahun ni.” kemudian seseorang itu pun berlalu pergi meninggalkan pondok Nila. Sambil tersenyum, dari jauh, seseorang itu tersenyum dan membuat isyarat bagus di ibu jarinya. Nila yang dari tadi di lihat oleh Yan, terus di serpa kejutan lagi sekali. “ Wah!...dapat bunga nampak…hihihi….terujanya aku tengok kau ni Nila… Taufiq tu memang kacak kan Nila?”.. Yan cuba memperli Nila terus menerus, membuatkan Nila bangun meninggalkan Yan yang kerab mengusik mindanya. Yan pun terus bangun kerana ada pengunjung datang membeli barangan mereka untuk di layan.

Ramai juga yang datang berkunjung ke pondok Nila dan rakan-rakan, membuatkan barang-barang yang di jual oleh mereka, nampak berkurangan. Cikgu-cikgu juga sempat bergambar di depan pondok mereka yang memang nampak unik sekali. Sedang Nila membelek-belek bunga hiasan yang terhias rapi di pondok mereka, tiba-tiba.. .”Hi Nila…” terkejut Nila dengan satu suara yang amat di kenalinya. “Eh!...Awak..ermm..awak datang bila?” Nila cuba bertanya pada seorang lelaki yang berdepan dengannya. “Saya dah datang dari pagi tadi, kawan-kawan bekas kelas saya call, kata hari ni ada Hari Kantin, jadi saya pun datanglah..kenapa?, awak macam tak suka je saya datang ni..” itu lah lelaki yang menjadi pasangan hidup Nila sejak awal persekolah sehinggalah ke tingkatan lima. Cuma, semasa tingkatan tiga, teman lelaki Nila itu dapat tawaran masuk ke Vokisional membuatkan mereka jarang berjumpa. Kalau berjumpa pun bila ada cuti sekolah. Itupun Nila sendiri yang pergi ke rumah temannya itu bersembang-sembang kosong dan melayan karenah keluarga temannya itu. Kadang-kadang, dalam perhubungan mereka, Nila sendiri keliru, apakah status Nila di hati temannya itu yang senang dipanggil oleh kawan-kawan sebagai “Q”. Kerana setiap kali mereka berdua, Nila cuba menjelaskan tentang perasaan masing-masing. Tapi Q lebih senang kata, “saya memang sayang awak”. Tapi ungkapan cinta dan sikap prihatin Q tidak pernah nampak selama perhubungan mereka.

Hanya Nila saja yang berasakan dirinya di cintai. Setianya Nila, bila ada lelaki lain ingin memiliki hatinya dan dengan sejujur kata, Nila hanya boleh menerangkan yang dia adalah milik orang. Itulah sebabnya ramai lelaki di sekolah Nila, hanya mampu membisukan hati untuk meluahkan kata-kata cinta, kerana Q adalah paling dikenali ramai disekitar kawan-kawan mereka. Apapun Nila hanya mampu bertahan selagi kasih dalam hati masih ada. Nila sendiripun malas untuk memikirkan sangat hubungan mereka setelah Q bertukar sekolah, bagi Nila, banyak sungguh alasan demi alasan yang di berikan oleh Q bila setiap kali Nila cuba hubunginya. Sekaligus membuatkan Nila rasa seolah-olah, hubungan mereka ibarat bertepuk sebelah tangan.

Bukan senang untuk memiliki hati Nila. Banyak helah dan cubaan demi cubaan yang Q lalui untuk mendapatkan Nila. Sehinggakan ramai lelaki atau perempuan di sekolah Nila, hanya mampu mengalah dan ada segelitir wanita yang amat cemburu bila Q memilih Nila sebagai kekasih hatinya. Tapi itu sikitpun tidak memberi kesan yang tidak baik kepada Nila. Baginya hanya fikiran yang postif saja ada dalam fikiran Nila, sekaligus membuatkannya tidak ambil kisah dengan kecemburuan gadis-gadis di sekolah mereka atau luar sekolah mereka. Kadang-kadang Nila banyak menerima surat layang dari gadis-gadis yang tidak dikenali, yang menyatakan pelbagai fitnah terhadap Q. Tapi sidikitpun Nila tidak ambil peduli. Bagi Nila, dia percaya pada Q akan sentiasa setia dengan janji-janji yang pernah dilafazkan dari awal hubungan mereka.

~~cerita~~

“Laa…tak adalah, cuma saya terkejut je, awak tiba-tiba je muncul.”..Nila cuba menjelaskan dengan muka yang meragukan dan nampak gelisah sedikit. Sambil menundukkan kepalanya memandang lantai, dan bersembang dengan Q, terpandang Nila pula pada Taufiq yang masih tersenyum, walaupun Q ada di sisi Nila. Itu lagi membuatkan Nila gelisah, entah kenapa, Nila sendiri tidak tahu. Taufiq memang tahu sangat tentang hubungan Nila dengan Q. Apapun segalanya Taufiq serahkan pada yang Maha Berkuasa. Memang, pernah Taufiq berbicara dengan Nila, dari hati ke hati, yang Taufiq suka berkawan dengan Nila, tapi Nila macam tidak setuju, itu yang membuatkan Taufiq nampak tidak begitu serius dengan Nila. Kerana bagi Taufiq, biarlah takdir dan masa yang akan menentukan segalanya. Taufiq tidak mahu memikirkan kesemuanya itu, kerana baginya, tahun itu adalah tahun yang begitu penting baginya iaitu focus tentang SPM.

Tepat jam 6.00 petang, selesai semua tugasan mereka di setiap pondok dan bila banyak rakan-rakan sekolah yang sudahpun pulang dengan kebenaran pihak sekolah, yang tinggal hanyalah mereka-mereka yang diberikan tugasan saja yang tengah sibuk membersihkan kawasan masing-masing. Kerana, hari kantin kali ini, pihak sekolah menjemput ibu dan bapa turut serta dalam sambutan sekolah mereka. Memang ramai ibu bapa yang hadir, termasuklah ibu Nila sendiri. Apapun, ramai juga kawan-kawan sekolah yang tidak di berikan tugasan di pondok jualan juga begitu prihatin dan bersama-sama bertungkus lumus membersihkan kawasan sekolah yang nampak bersepah, termasuklah Q yang juga bekas sekolah mereka turut bertungkus lumus mengemas kawasan persekitaran yang bersepah.
Selesai semua tugas, Nila dan rakan-rakannya yang lain melabuhkan punggung di tepi padang sekolah mereka, dan tiba-tiba didatangi oleh Q. Dan bila terlihat Q melulu datang kearah Nila, segera kawan-kawan yang duduk tadi, bangun meninggalkan Nila sendirian. “Hai Q” ..tegur salah seorang dari kawan Nila tadi sambil berlalu.

Terlihat Q hanya tersenyum saja. “Hai Nila…” tegur Q pada Nila yang sedang berehat sebentar sementara menunggu ibunya datang mengambilnya. “Hai..” sambil tersenyum sedikit Nila pada Q. “Saya tengok, awak macam ada masalah je?.. ataupun awak tak suka kehadiran saya hari ni?.. Q cuba meneka apa yang ada di fikiran Nila sejak tadi lagi. “Tak ada apa-apa la awak, saya penat je sikit hari ni..banyak tugasan yang ditugaskan pada saya hari ni.” Nila menjelaskan keadaan, padahal, ada seperkara yang Nila ingin bertanya pada Q, tapi belum masanya lagi. “Nila, jom temankan saya pergi minum?”..pelawa Q pada Nila. “ermm..sekejap, Nila nak call ibu dulu.” Terlihat Nila sedang bercakap-cakap dengan ibunya ditalian, selesai bercakap dengan ibunya, mereka pun beredar dari tempat berehat tadi. Sedang mereka berjalan-jalan di tepi bukit sekolah menuju ke gerai berhampiran luar sekolah, Q terserempak dan berselisihan dengan Taufiq dan rakan-rakan lain. “Hai Fiq!..wah..dah maintain badan kau sekarang ye?..kemudian mereka ketawa bersama, sambil jelingan mata Taufiq tertumpu pada Nila yang berada bersebelahan dengan Q. “Wei, jom minum sama-sama kami?.. Q cuba mempelawa rakan-rakannya dan juga bekas kawan dalam satu kelas yang sama dulu. “ Tak apa la Q, kau pergi je la dengan Nila, kan dah lama kau tak jumpa Nila…” salah seorang kawan Q mengusik mereka berdua, membuatkan Taufiq yang mendengar kata-kata itupun turut tersenyum juga. Kemudian mereka bersalaman dan meninggalkan kawasan tersebut.

~~dikedai minum~~

“Nila, saya tengok awak dan susut sedikit?..awak tak makan ke?”.. Q cuba bertanya pada Nila yang baginya telah beberapa bulan tidak berjumpa dengannya. “Ermm..ye ke?, biasa saja saya rasa. Awak tu je, yang dah lama tak jumpa saya. Macam dah tak nak jumpa saya kan?..bila ada masa-masa macam ni je awak nak jumpa saya, itupun di jemput kan?.. terlihat Q hanya tersenyum saja sambil menyedut air Teh O ais limau kegemaranya. “Talipon saya pun awak tak mahu kan? Nila menyambung balik kata-kata yang tiba-tiba terhenti dalam beberapa minit berlalu, yang hanya menunggu balasan jawapan daripada Q. “Nila, saya sibuk, macam awak juga, banyak aktiviti di sekolah yang harus saya buat. Dan sekolah saya kerap menghantar saya ke semi pratikal di sekolah-sekolah daerah lembah kelang.” Q menjelaskan seadanya pada Nila. Saya minta maaf ye, kalau membuatkan awak tertunggu-tunggu panggilan dari saya, bukan saya tak mahu talipon awak, Cuma saya tak ada masa.” Terlihat Nila hanya berpalingkan muka saja di setiap penjelasan Q itu. Tapi Q tetap menjelaskan tentang itu dan ini pada Nila. Bagi Nila itulah alasan yang kerap kali Nila dengar bila di minta beri penjelasan. Semua jawapan tu, macam Nila sudahpun menghafalnya.

“Q, saya nak tanya iklas lagi sekali dalam hati awak, adakah awak masih menganggap saya sebagai teman istimewa awak sepertimana yang pernah awak katakana dulu?” Nila inginkan penjelasan, sebab Nila tahu, selepas ini Q tidak akan ada masa dengan semuanya ini. “Nila, janganlah banyak berfikir tentang hubungan kita, selagi awak setia pada saya selagi itulah saya bersama awak..”..ternampak Nila hanya terdiam dan sesekali ternampak di muka Nila merah, mungkin menahan tangisan. “Nila, saya harap awak boleh faham hubungan kita ini. Kita dah lama berkawan kan?” berkawan?..” Nila mencelah disebalik kata-kata Q tadi. Q jelas menerangkan kekusutan di antara mereka. “huh?..kawan?..apa maksud awak?..adakah, saya sebahagian kawan-kawan perempuan awak juga?”.. Nila bertubi-tubi bertanya. Terlihat Q hanya diam seribu bahasa. “Q, dengar sini, awak ingat tak apa yang pernah awak lafazkan pada saya?. Banyak orang kata, Cinta awak dan saya hanya cinta monyet. Tapi saya tak pernah mengendahkan semua kata-kata itu, bagi saya, umur kita dalam lingkungan belasan ini, berhak juga mengecapi satu perasaan setia dan bahagia kan?. Kita memang dah lama berkawan, dan saya sedar awak melayan saya tak sama macam mana yang saya melayani awak.

Saya bukan mahukan apa-apa dari awak, sekurang-kurangnya perhatian awak pada saya. Saya rindu, saat-saat kita berkunjung ke perpustakaan dulu, belajar bersama-sama. Masa itupun awak kata awak sibuk, tapi awak luangkan masa juga dengan saya. Awak kerap datang rumah saya, makan bersama, belajar bersama, tapi sekarang?. Awak marah pada saya kalau saya kata, benci dengan awak. Dan saya tak mahu melukakan hati awak, dan tak mahu menyusahkan awak. Saya sanggup turun dan naik bas, semata-mata ingin berjumpa dengan awak di rumah awak sendiri. Tapi riaksi awak mula berubah bila kita sudah meningkat dewasa dan awak bertukar sekolah.” Dengan panjang lebar Nila menjelaskan apa yang tersimpan di benak fikirannya. “Q…awak tahu tak, bertapa saya rindukan awak, hanya rantai leher ini dan surat-surat awak menjadikan saya bersemangat untuk terus setia bersama awak. Tapi saya tak tahu, adakah awak berfikir yang sama macam mana yang saya fikirkan selama awak dah tidak ambil tahu hubungan kita. Sedar tak sedar, awak banyak mengelak setiap kali saya ingin berjumpa dengan awak, banyak alasan yang awak berikan pada saya. Q, terpulanglah pada awak untuk memikirkannya. Bagi saya, kata-kata awak, dan janji-janji awak pada saya tak pernah sedikitpun saya lupakan.

“Nila..maafkan saya. Saya tahu, awak banyak memikirkan hal saya. Saya tak tahu mengapa dan kenapa. Sejak akhir-akhir ini, banyak perkara hendak saya fikirkan. “Nila, baik kita tumpukan perhatian kita pada pelajaran kita dulu. Tahun ni kan kita nak menduduki peperiksaan SPM?. Kan lagi elok kita sama-sama focus dulu perkara yang lebih penting.” Terlihat di raut wajah Nila, kepasrahan, kekecewaan yang begitu nyata, bila jawapan yang di harapkan, dari insan yang benar-benar di kasihi itu, hanya menjawab soalan di luar pemikiran Nila. Lantas Nila bangun, dan terus meninggalkan Q dalam keadaan yang terpinga-pinga dan cuba memanggil Nila di kejauhan. Nila berlalu pergi dan secara kebetulan bas berhenti di laluannya, dan segera Nila menaiki bas tersebut dengan meninggalkan sebuah hati yang begitu tebal sebak menahan segalanya. Ternyata, memang Q dah banyak berubah. Nila bukan mahukan itu jawapannya, dan Nila akui, pelajaran memang penting dalam sebuah kehidupan dan tidak boleh dipertikaikan, tapi sekurang-kurangnya, persefahaman yang pernah terjalin antara mereka, untuk terus kekal, itulah harapan Nila, bagi Nila, Q cukup segalanya. Tapi masa dan keadaan merubah segalanya. Di sebalik selindungan kata-kata Q tadi, Nila tahu hanya ingin menyedapkan hatinya saja, tapi ternyata tidak. Bila Q berada di sekolah Vokisional itu, banyak cerita-cerita yang Nila dapat tahu dari mulut kawan-kawannya juga. Tapi Nila tidak ambil kisah, dan mungkin sekarang ini Nila akan ambil kisah dengan semuanya itu.

~~Hari Penting~~

Telah masuk bulan yang begitu penting untuk di dahului oleh Nila dan rakan-rakan sebaya dengannya. Hari itu adalah hari harapan Nila dan rakan sebaya dengan nya, untuk menduduki Peperiksaan yang paling penting iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kisah Nila dan Q, telah lama terdiam buat seketika, kerna mungkin hati yang terasa dan terkilan dengan perubahan Q, yang kadang-kadang membuatkan Nila terguris hati. Kerana baginya, setiap kali Q dan Nila ingin menduduki apa saja ujian atau peperiksaan di sekolah, awalannya pasti mereka akan berdua, mengulangkaji bersama, semuanya tinggal kenangan yang tergantung baginya, tapi semuanya itu tidak melemahkan Nila untuk menjawab setiap soalan. Di dalam dewan peperiksaan, terlihat Nila begitu serius menjawab sehelai demi sehelai kertas yang telah diedarkan oleh pengawas yang menjaga dewan tersebut.

Tamat sesi pertama peperiksaan, terlihat Nila dan rakan-rakan, keluar dari dewan peperiksaan, menuju ke kantin sekolah, untuk menjamah juadah yang telah terhidang untuk dinikmati bersama, sebelum pulang ke rumah masing-masing. Banyak cerita itu dan ini mengenai soalan yang meraka jawab sebentar tadi. Terlihat sekejap mereka ketawa bersama dan ada yang memegang kepala, mungkin ada yang tersilap menjawab soalan. Apapun, Nila kelihatan terdiam seketika, mungkin mengenangkan Q yang juga tengah sibuk dengan peperiksaan yang di ambil. Malas Nila nak menghubunginya. Kerana bagi Nila, hanya dia saja yang beria-ia bertanyakan itu dan ini, tapi Q?. Ternohtah seketika pemikiran Nila tentang Q. Biarlah takdir yang akan menentukan hubungan mereka berdua setakat mana. Tiba-tiba dalam gelak tawa Nila dengan rakan-rakan, pemikiran Nila terus mengenangkan kata-kata yang pernah Q lafazkan pada Nila masa mereka di tingkatan empat. “Awak, saya janji, nanti lepas habis kita duduki peperiksaan SPM, saya akan datang merisik awak”. Kata-kata Q membuatkan Nila hanya tersenyum, tanpa mengulang kata-kata itu kembali. “Ermm..ok, saya akan tunggu”.. hanya itu saja yang mampu Nila katakan.

Sedang sibuk mengelamun, mengenangkan kata-kata Q, Nila di sergah lagi oleh Yan. “Beb!...hihiihi…kau ni Nila, mengelamun tak tentu hala, apa kes?”… Yan cuba membaca fikiran Nila dari tadi. “Eh kau ni Yan, aku ok la, cuma letih sikit je,”kawan-kawan Nila yang juga mendengar penjelasan Nila tadi, hanya mememekkan muka saja. Mereka semua tahu, Nila memikirkan Q. Tapi mereka tidak mahu masuk campur dalam masalah yang Nila lalui, kecuali Yan. Yan memang tak suka, kalau Q saja-saja membuatkan Nila terluka. Yan pernah bertikam lindah dengan Q, dalam talipon, pada masa itu, Yan melihat Nila menangis tanpa bunyi bila berbicara dengan Q dalam talian hanya airmata dan sendu yang ditahan sehingga sesak dadanya, kemudian Yan tanpa minta keizinan, terus merampas talipon dan bermacam-macam kata Yan keluarkan pada Q. Walaupun Nila dan Yan tidak berapa rapat berbanding dengan Ayu kawan yang selalu ke hulu dan ke hilir, tapi jiwa memberontak Yan, bila melihat kawan-kawan yang dia sayangi punyai masalah, pasti dia akan masuk campur. Yan memang seorang yang tegas, dan memang Nila langsung tidak boleh berkata-kata apa, sekiranya Yan akan menasihatinya itu dan ini. Nila hanya mampu diam dan memikirkan kembali setiap pendapat dan nasihat yang Yan utarakan padanya.

Dalam masa yang sama, di fikiran Nila, dan dihatinya berasa begitu bersyukur mempunyai kawan-kawan yang begitu prihatin tentang apa saja masalah yang di hadapi di antara satu sama yang lain. Bukan setakat Nila saja yang ada masalah, tapi seandainya ada kawan-kawan di antara mereka punyai masalah, pasti mereka akan berbincang bersama. Itulah yang membuatkan hubungan mereka semua begitu akrab sekali. Cikgu-cikgu disekolah mereka begitu senang melihat keakraban mereka, kerana keakraban mereka juga kerap cikgu jadikan contoh pada sidang perhimpunan setiap hari Isnin.

~~ akhir peperiksaan~~

Terlihat semua yang menduduki peperiksaan SPM di dewan yang telah tersedia, begitu memberikan sepenuh perhatian untuk menjawab kertas soalan yang terakhir. Pengawas yang diberi tugas, sentiasa berlegar di setiap barisan murid-murid, mengintai satu persatu setiap calon SPM yang begitu tekun menjawab setiap soalan. Apa pun yang di fikirkan oleh Nila, tidak sekali melemahkan akal dan fikiranya untuk terus menjawab setiap soalan. Baginya, pelajaran lagi utama dalam hidupnya kini. Itulah juga yang Q harapkan bersama. Nila hanya mampu berserah pada Illahi, menentukan hubungan mereka seterusnya. Tapi Nila tetap akan menantikan kehadiran Q bersama dengan janji-janji yang pernah Q lafazkan sewaktu mereka bersama.

Masa menjawab soalan kertas terakhir untuk Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah telah berakhir, terdengar bunyi sorakan dari semua murid-murid yang begitu bergaung di dalam dewan peperiksaan. Masing-masing ada yang terlihat menadah tangan, tanda kesyukuran pada Allah s.w.t, kerana selamat menjawab soalan dari awal peperiksaan dan pengakhiran soalan. Masing-masing ada yang berpelukan sesama kawan-kawan dan bersalaman dengan guru penguasa yang bertugas pada detik peperiksaan tersebut. Terlihat juga ada yang menangis tanda kesyukuran dan berpisah sesama sendiri.

Tengah Nila dan kawan-kawannya berjalan menuju ke gerbang pintu keluar sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing, tiba-tiba Nila di serpa oleh Taufiq. “Hi Nila, ermmm..boleh kita sembang sekejap?” Nila terkejut dan memandang-mandang pada kawan-kawannya yang sama berjalan tadi. Yan hanya memberikan isyarat mata, tanda setuju dengan pelawaan Taufiq. “Ermm…kalau Nila tak ada masa, tak apa la, saya tak nak ganggu korang, ye la kan, hari ni kan hari terakhir perjumpaan kalian, mesti korang ada plan nak pergi mana-mana kan?.” Taufiq cuba mengalah, dalam masa yang sama mengharapkan agar Nila sudi berjumpa dengannya sebentar saja. “Err…tak adalah…kami ok je..” Yan cuba memintas kata-kata Taufiq. “Nila, pergilah, apa-apa hal nanti kau call la aku ok dan kita plan esok lusa la ok”..kawan-kawan Nila yang lain pun bersetuju dengan cadangan Yan tadi. “Err…Ayu, nanti kalau ibu aku tanya pada kau aku mana, nanti kau tolong bagi tahu aku jumpa Taufiq ok”.. Ayu Cuma senyum dan menjawab selamba saja bila Nila meminta tolong untuk beritahu ibunya. Kemudian mereka berlalu pergi.

Sedang asyik Nila dan Taufiq bercerita itu dan ini yang mungkin tentang plan seterusnya selepas ini, Nila terus memandang tanjam pada satu lorong yang terlihat seseorang yang betul-betul dia kenal. Nila memejamkan mata sekali sekala, dan memandang lagi. Sambil menyedut air, Nila menarik nafas yang panjang. Gelak yang tadi bersama Taufiq sebentar tadi tiba-tiba terdiam seketika. “Nila, awak ok?”.. Taufiq tiba-tiba hairan, kenapa Nila tiba-tiba terdiam. “Ermm…ok, saya ok. Awak, saya nak balik dulu la, pasal perkara untuk sambung belajar tu nanti, kita bincangkan balik bila kita dapat keputusan SPM nanti ok.” Nila cuba mengelak celahan hatinya yang terguris seketika, bila seraut wajah yang di pandang sebentar tadi adalah kekasih hatinya sendiri, bersama dengan seorang perempuan yang juga adik angkatnya sendiri iaitu Mira. Mira yang sama-sama belajar di sekolah yang sama dengan Nila. Mira juga baru selesai menduduki peperiksaan PMR di sekolah tersebut.

“Ermm…ok Nila, awak hati-hati tau, keputusan SPM tu, nanti kalau awak perlukan bantuan saya tentang permohonan kemasukan mana-mana Kolej ke, awak talifon saya ok. Lagipun keputusan SPM akan keluar selepas raya haji ni tau. Nanti apa-apa hal, awak bagi tahu saya okey Nila?.” Nila hanya menganggukkn kepala tanda setuju dengan pelawaan Taufiq tadi dan plan Nila selepas dapat keputusan SPM nanti. Sebenarnya ada perkara lain yang Taufiq ingin jelaskan, tapi keadaan dan masa tidak mengizinkannya untuk berterus terang. Hanya senyum dalam hati yang mampu Taufiq ukirkan. Kemudian, mereka berpisah.
Di dalam bas, sekali sekala, terlihat mata Nila jauh memandang di setiap sudut padangan di luar bas. Terlihat juga di kelopak matanya berkaca-kaca, sambil memegang dada yang sarat dengan sendu dan sebak. Hanya di dalam hati saja berkata-kata apa yang di lihat tadi, tidak benar. Mereka begitu mesra, duduk bersama sambil memegang tangan bersama.
“Ya Allah…….apalah yang ingin KAU tunjukkan padaku ini Ya Tuhan ku…” dalam hati kecil Nila terus berkata-kata dengan tangisan yang orang lain langsung tidak tahu kelukaan hati yang sedang Nila rasakan.

Patutlah bila Nila ajak berjumpa untuk hari terakhir peperiksaan, pelbagai alasan yang sama yang Q berikan pada Nila, tapi sedikit pun Nila tak mahu fikir yang bukan-bukan. Kerana, baginya, hubungan mereka berdua, berlandaskan kesucian dan kejujuran. Tengah-tengah Nila berkhayal mengenangkan dengan sikap Q yang begitu banyak berubah, terdengar pula Nila lagu yang di putarkan oleh stesen radio KLFM, yang didendangkan oleh Fauziah Latif yang bertajuk Kau Merubah Segalanya,. Nila cuba pejamkan mata dalam sendu, mendengar setiap lirik-lirik lagu itu, umpama masa itu dan situasi itu tahu tentang apa yang terjadi di ruang kamar hati Nila. Tersentap hati Nila, bila satu barisan lirik itu, membuatkan dia membuka mata dan menakup mulutnya seketika yang terdendang liriknya “atau mungkinkah ku terpesona pada kejujuran yang engkau berikan”..

Terasa memang begitu sebak bila dengar lirik-lirik lagu yang didendangkan oleh kak Gie tu. Nila tak mampu lagi mengawal emosi yang berkecamuk dalam hati. “Aku mesti tanya dengan Q, aku kena berani. Aku tak boleh selalu pecayakan dia.” Hati Nila cuba memberikan kata-kata semangat. Kerana bagi Nila di hatinya cuma ada Q saja. Tak mungkin Q curang dengan hubungan mereka. Setibanya di rumah, Nila memberikan salam pada penghuni di rumahnya. “Eh!..Nila, macam mana kertas akhir hari ini?..ok?, Nila boleh jawab semuanya?” ibu Nila cuba bertanyakan pada Nila, tentang peperiksaan akhir yang di hadapinya tadi. “Alhamdulillah bu, Nila boleh jawab”..sambil berlalu pelahan, dan hanya senyum selamba, membuatkan ibunya pelik sangat petang itu. “Nila, kenapa ni?..penat ye?..tak apa la, Nila dah solat asar ke?” ibunya cuba meneka apa yang ada di benak fikiran anak tunggalnya itu. “Belum bu”..dengan selamba Nila menjawab. “Nanti lepas solat, Nila turun minum petang ye, ibu dan siapkan juadah petang ni, kejap lagi Ayah balik”. Hanya terlihat Nila menanggukkan kepala tanda setuju.

Di kamar bila Nila, selesai solat tadi, Nila masih di atas tikar sejadah sambil memegang sesuatu di tangannya, seutas ratai emas, yang Nila perolehi sewaktu mula-mula Nila bersetuju untuk dijadikan kekasih hati Q. Bersaksikan tiupan angin dan sisiran air di tepi pantai, dengan kata-kata harapan dan perjanjian, Nila terus menangis teresak-esak dengan hubungan mereka yang baginya semakin renggang. Kemudian, Nila mencapai buku dairi yang sentiasa menjadi teman hatinya di kala hati tengah gelisah. Kemudian, dia mencoretkan luahan rasa setiap perbuatan Q dan hanya merakamkannya melalui tulisan agar Nila berasa lega seketika, dan sambil menadah tangan berdoa pada Allah, agar di berikan petunjuk kea rah yang benar.

Berbuku-buku diari yang Nila telah coretkan, baginya, biarlah suatu hari nanti, andai Allah tidak dapat menemukan jodohnya dengan Q, Nekat Nila adalah akan membuatkan buku-buku ini sebagai hadiah di hari jadi Q nanti. Siap Nila menulis, kemudian, seutas ratai emas juga di simpan di dalam helaian buku diari tersebut. Kemudian, dia keluar, untuk menikmati hidangan petang bersama Ayah dan ibunya. Sedang Nila dan ahli keluarganya menikmati juadah petang, tiba-tiba talipon rumah Nila bordering-dering. Ibunya terus melangkah mengankat talipon tersebut.

“di talian~~
“Assalamualaikum…Nila ada?”
“Q ke ni?..sekejap ye”
“Nila, Q talipon ni.” Nila terus berpaling memandang ibunya tanpa senyuman. Biasanya,
Nila akan tersenyum bila Q meneleponnya. Tapi hari itu tidak terlihat langsung senyuman itu. Kadang-kadang membuatkan ibunya berkerut dahi melihat perubahan Nila. Biasanya kalau Nila ada masalah dengan Q, Nila pasti berjumpa ibunya, menanyakan pendapat. Itulah juga membuatkan ibunya tidak mahu bertanya apa-apa tentang hubungan mereka.

“di talian~~”
(Nila) - “Hello..! ermm.. kenapa?..”
(Q) - “ Nila, kenapa tadi awak naik bas, tak tunggu saya”..
(Nila) – “Ermm.. ye la kan, buat apa saya nak ganggu, orang tengah berdating!..”

Di talian, terdengar Q ketawa seolah-olah apa yang di buat pada Nila itu satu perkara yang biasa baginya.
(Q) – “Eh!..berdating?..saya?..
(Nila) – Dah la awak, tak payahlah awak nak berdolak dalih dengan saya, saya nampak awak duduk bersama dengan Mira tadi. Kenapa awak nak selendung dari saya?. Apa hubungan awak dengan Mira. Awak sendiri tahukan, Mira tu adik angkat saya? Dan kenapa awak terlalu mesra dengan dia?!..
(Q) – Laaaa….itupun awak nak cemburu?.. saya sembang biasa je,
(Nila) – Biasa awak kata?..pegang-pegang tangan, itu awak kata biasa?..saya ada talipon awak petang semalam, nak jumpa dengan awak, tapi awak kata, awak ada hal lain, jadi itulah hal awak kan?..
Sekali sekala, terlihat mata Nila berkaca-kaca. Nila cuba menahan sebak, tapi tak berjaya, akhirnya, airmata yang bertakung tadi, meleleh juga di pipi gebu Nila itu.
(Q) – Nila, dengar sini, saya bukan sengaja buat macam tu, awak tahukan Mira tu orangnya macam mana..
(Nila) – Sudahlah awak…saya malas nak fikir semua ni. Kalau awak rasa, itu lebih terbaik, awak fikirlah apa yang patut awak buat. Kita dah kenal separuh abad, tapi saya lihat awak banyak berubah.
(Q) – Nila, saya minta maaf, boleh tak kita jumpa hari ahad ni? biar saya jelaskan pada awak nanti. Kita jumpa di tempat biasa ok.
(Nila) – Errmm.. ok!

Talipon di letakan semula dengan terhempas sedikit, membuatkan ibunya tadi yang asyik meneka-neka hati Nila terkejut mendengar. Sambil Nila berlalu pergi untuk ke kamarnya, Nila di tegur ibunya supaya menjelaskan perkara yang sebenar apa yang terjadi pada hubungan Nila dan Q. Bagi ibu Nila, restunya dan juga Ayahnya dalam hubungan mereka adalah satu kewajipan. Kerana, Nila tidak pernah menyembunyikan apa-apa masalah tentang apa yang terjadi pada Q dan Nila.
Telihat di suatu sudut di ruang tamu, ibu dan ayah Nila, turut mendengar penjelasan yang Nila beritahu pada kedua orang tuanya. Hanya kata-kata nasihat dan semangat yang di berikan pada Nila. Ibu dan Ayah Nila tidak mahu, kerana di sebabkan cinta, Nila hilang hala tuju tentang masa depan. Biarlah Allah saja yang menentukan dengan siapa jodoh anak mereka. Q memang budak yang baik di mata keluarga Nila. Dan begitu juga dengan Nila, begitu mesra dengan keluarga Q.

BAB 2 –

Masa belalu sungguh pantas, dan hubungan Nila dan Q kembali pulih dari kesilapan Q sendiri. Mungkin kerana telah di nasihati oleh kedua orang tua Nila, apa yang harus mereka lakukan. Hari raya Haji pun telah menjelma. Telihat pagi itu, Nila dan rakan-rakan nya turut berada di rumah Q untuk menikmati hidangan raya. Kecuali halnya dengan Taufiq, dengar khabar, Taufiq dah berpindah ke Pulau Pinang mengikut keluarganya. Dan mungkin akan berjumpa bila keputusan SPM nanti. Melihat kegembiraan Nila dan Q, masih lagi ada yang membuatkan hati seseorang yang sarat sakit cemburu dengan kemesraan mereka. Mira, adik angkat Nila, turut di jemput pagi itu, untuk bersama dengan mereka. Mira hanya mampu diam dengan kawan-kawannya sambil mata tertumpu pada Q dan sekali sekala pada Nila. “Macam manapun mereka bahagia, aku mesti bagi tahu pada kak Nila, tentang hubungan aku dan abang Q!.” hati kecil Nila memberontak geram melihat kemesraan mereka.

Keesokkannya, hari kedua dan hari raya haji, Mira bersemuka dengan Nila dan Q di suatu tempat yang bagi Nila tidak pernah di kunjunginya. Berbagai helah Mira untuk bertemu dengan Q dan Nila. Dalam suka-suka mereka di tempat itu, Mira terus meneruskan hajatnya yang sudah lama di simpan, bila Q ingin memutuskan hubungannya dengan Mira, itu yang telah membuatkan hati Mira begitu sakit pada Q. Kerana Q ingin meneruskan hubungannya dengan Nila. “Kak Nila, ada satu perkara yang Mira nak jelaskan pada akak.”.. terlihat Nila hanya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju. Tapi terlihat Q macam gelisah saja petang itu. Sambil Mira bangun, terus memandang jauh di celahan bukit bukau yang ada di sekeliling Mira terus menjelaskan apa yang terbuku di dalam hatinya selama hubungannya dengan Q dulu.

“Mira, ceritalah..” Nila cuba ingin tahu. Tiba-tiba Q mencelah, mengatakan, mereka harus pulang, kerana cuaca tidak baik petang itu, macam nak hujan. Tapi Mira tidak endahkan kata-kata Q itu. “Awak..nantilah, kita dengar apa yang Mira nak ceritakan pada saya ni.” Sebab Mira tahu, selepas ini Mira tidak aka nada lagi di sekolah yang sama dengan Nila dulu, kerana, dia akan masuk asrama penuh di tingkatan empat nanti.
“Akak, pertama sekali, Mira minta maaf, sebab Mira banyak buatkan akak marah dengan sikap Mira, akak tak pernah nak marah Mira dengan apa saja kesilapan Mira kan?.. Mira begitu hirmat pada akak, tapi seperkara akak perlu tahu.” Mira terdiam..
Lantas, Nila cuba bangun dan terus memegang bahu Mira, supaya teruskan apa yang ingin di jelaskanya. Kerana, Mira tidak pernah merahsiakan sesuatu perkara pada Nila selama, Mira menjadi adik angkatnya. Mira begitu manja dengan Nila. “Mira, kenapa ni?..Mira janganlah ungkit lagi perkara yang sudah berlaku, akak dah lama maafkan Mira. Tak apa, akak terima semua ini dengan hati yang terbuka. “Tapi kak!....” Mira cuba ingin lagi berterus terang pada Nila, tapi umpama hati tak mengizinkan. Terlihat Q mundar mandir kesana dan kesini, macam gelisah.

“Akak…..Mira dah terlanjur!....” bertapa terkejutnya Nila petang itu dengan penjelasan selamba Mira yang agak ringkas itu. Sehinggakan mata Nila dan Mira berkaca-kaca. Suasana petang itu umpama tahu mengenai hati mereka berdua. Hujan mula turut dengan rintik-rintik, samar-samar angin meniup wajah Nila dan Mira. Q hanya berteduh di bawah pokok yang rendang, di sebalik bangku yang tersergam indah di celah-celah bukit tersebut. “Ya Allah……Mira, sedar tak apa yang sudah Mira lakukan ini?..mengapa Mira sanggup gadaikan maruah Mira pada seseorang yang tak mungkin Mira akan memilikinya seratus peratus!”. Terlihat raut wajah Nila dalam samar-samar mendung itu, merah padam juga. “Mira, dengan siapa Mira?..kenapa Mira?..” Nila umpama macam kecewa dengan sikap adik angkatnya itu. “Sambil menangis, Mira hanya mampu menjawab soalan Nila itu, sambil menunjuk jarinya ke arah Q. Macam terpinga-pinga, Q terus menoleh ke kanan dan ke kiri, umpama macam ada orang lain yang Mira tunjukkan itu.

Sambil berjalan laju Nila menuju ke arah Q. “Awak, betul ke apa yang saya dengar ini? tolong awak jelaskan pada saya.” Dengan deraian airmata Nila yang tak tertanggung it uterus mengalir sambil meminta Q menjelaskan padanya. Q hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata dan untuk menjelaskan perkara sebenar. “Kenapa awak tipu saya lagi? Kenapa?..apa salah saya pada awak Q!?, apa sebenarnya saya dalam hidup awak?! Sampai hati awak buat ini pada saya?., sedangkan saya iklas terima awak dalam hidup saya, dan setiap perubahan pada awak saya banyak maafkan. Tapi kenapa awak buat saya macam tak pernah wujud!?..Ya Allah…………” terduduk Nila di lantai bumi itu, dengan hujan yang semakin laju turun dan membasahi seluruh tubuh Nila dan mereka berdua. Q hanya mampu kaku diam dengan seribu bahasa dan hanya mampu memujuk kembali hati Nila sambil memegang bahu Nila, dan Nila hanya menepisnya berkali-kali. “Nila…..” belum sempat Q menjelaskannya pada Nila, lantas Nila bangun dan terus berlari menuju ke arah jalan. Dan Q cuba menjerit memanggil nama Nila berkali-kali, tapi sedikitpun Nila tidak menolehnya. Mira juga hanya kaku berdiri melihat situasi itu. Sekali-sekala, Mira merasakan benar-benar bersalah dengan penjelasannya itu. Mira fikir, Nila akan menyelesaikannya dengan cara baik dan harapanya, akan memiliki Q, tapi dia tidak sangka, akhirannya begini. Mira menjadi kaku, melihat Nila begitu marah. Tidak pernah Mira melihat kemarahan yang Nila tunjuk petang itu. Kerana, Mira tahu, kakak angkatnya itu adalah seorang yang “open minded” dan akan menyelesaikan masalah dengan positif. Tapi yang berlaku sebaliknya.

Sedang Nila berlari-lari menuruni bukit dalam tangisan, dengan meninggalkan Q dan Mira, tiba-tiba, Q dan Mira terdengar satu bunyi dentuman yang kuat di jalan raya tersebut. Berlari mereka melihat apa yang berlaku, ternampak kaki Nila berada di depan kereta Volvo lama. Tiba-tiba ramai yang datang menyaksikan kejadian tersebut. Tanpa membuang masa, Q terus memapah Nila dan meraung seraungnya memanggil nama Nila berkali-kali dan begitu juga dengan Mira. Dengan keyakinan, Q terus mengangkat Nila dalam keadaan Nila yang berlumuran darah penuh di kepala dan kaki, terus masuk ke dalam kereta yang melanggar Nila tadi. Kemudian, pemandu kereta Volvo tersebut, terus menghantar Nila ke Hospital yang berhampiran. Dalam perjalanan, terdengar suara Nila memanggil nama Q berkali-kali, dengan sedar tak sedar, Q mengucup dahi Nila dengan seribu penyesalan yang di lakukan pada Nila berhubung dengan hubungannya bersama dengan Mira.

“Akak….Mira minta maaf kak….Mira minta maaf…” Mira menangis semahu-mahunya di tepi jalan raya yang di saksikan ramai orang. Penyesalan yang tidak dapat di tanggung oleh Mira hari itu. Kalau inilah yang Allah tentukan pada Nila, kenapa Nila yang menjadi pilihan Allah dalam ujian ini. Kenapa tidak pada Mira ataupun Q sendiri. Dalam hati Mira berkata-kata sedemikian. Tiada sebarang kata yang mampu di ungkapkan pada petang itu. Hanya airmata saja yang mengalir di sebalik penyesalan yang tidak tertanggung sendiri dek kelakuan yang di lakukan oleh diri sendiri. Mira melangkah kaki dengan lesu menuju ke kenderaan yang di bawa tadi ingin terus menghala ke Hospital untuk melihat Kakak yang di anggap kakak sendiri. Entah bila Nila akan sedar, ataupun bencikah Nila pada Mira?, hanya terletak pada diri Nila sendiri nanti. Itulah yang berlegar-legar di kepala Mira sewaktu memandu kereta kancil milik abang sulongnya yang di pinjamnya sebentar.

~~di hospital~~

Terlihat ibu dan Ayah Nila dan juga keluarga Q turut ada di depan wad kecemasan menunggu Nila di rawat. “Siapa keluarga gadis di dalam?” kemudian, terlihat Ayah dan ibu Nila bangun sambil menangis bila doctor yang merawat Nila keluar ingin berjumpa mereka. “Ye doctor, kami ibu dan ayah nya.” “Puan, Encik saya rasa amat tipis harapan untuk menyelamatkan anak encik, tapi kami akan sedaya upaya melakukan yang terbaik.” Kemudian doctor tersebut terus masuk kembali ke dalam bilik kecemasan tersebut. Terlihat ibu Nila menangis sambil memeluk suaminya dan terus mengintai di sebalik jendela pintu tersebut. Tidak lalu hati ibunya melihat Nila terkaku baring di atas katil itu dengan luka yang begitu parah. “Ya Allah….. permudahkanlah urusan kami Ya Allah..Aku terlalu sayangkan dia anak kami ya Allah, berikanlah Nila peluang ke dua Ya Allah..” ibunya terus berdoa dalam hati, agar di berikan peluang pada anaknya kembali pulih.

Hampir dua jam Nila di rawat oleh sebilangan doctor yang bertugas petang itu, sekali lagi ibu Nila mengintai di jendela pintu itu. Masih terkaku lagi anaknya. Sebentar tadi doctor ada menjelaskan pada kedua ibubapa Nila, kecederaan yang di hadapinya. Bahagian mata dan otaknya terluka dalam, kemungkinan Nila akan hilang ingatan dalam jangka masa yang tidak begitu lama, itupun kalau doctor dapat merawatnya. Dengan nada yang sebak, ibu Nila merayu pada doctor, supaya anaknya dapat diselamatkan. Dengan deraian airmata yang tidak putus-putus, ibunya terus berdoa pada Allah supaya anaknya sedar dan bernafas. Satu keajaipan yang berlaku petang itu, terlihat oleh doctor yang merawat Nila, tengah sibuk menganalisa kecederaan Nila, tiba-tiba bangun dan terbatuk-batuk dengan memuntahkah darah beku di mulutnya.

Kemudian, doctor yang bertugas, berlari mendapatkan Nila dan terus memasang oksigen penafasan di mulut Nila dan pelbagai wayar di letakkan pada bahgian kepala dan dada Nila dan doctor menjelaskan pada keluarga Nila, tentang perubahan Nila, “Encik, kami kena pindahkan pesakit ke wad ICU kemudian, pesakit perlu menjalani pembedahan secepat mungkin”. Tanpa membuat masa dan berfikir panjang, Ayah Nila terus menandatangi surat kebenaran tersebut dan terus Nila di bawa ke Wad ICU. Tengah Nila di tolak keluar, terlihat Q menitiskan airmata kesalan. “terlalu berat derita kau Nila, maafkan aku”..hati kecilnya menyuarakan kesilapan yang besar yang telah di lakukan pada Nila. Mira turut berada di bangku hanya mampu menangis tidak berhenti-henti. Q tak mampu nak berkata-kata pada Mira petang itu. Mungkin kerana hatinya benar-benar sakit bila Mira menjelaskan tentang hubungan mereka pada Nila. terasa amat benci Q melihat Mira hari itu.

Di perkarangan Hospital tersebut, terlihat, ramai kawan-kawan Mira yang datang, ada yang menangis dan bertanyakan pada ibu Nila berkenaan keadaan Nila dan ada juga yang marahkan Mira dan Q. Sehinggakan Yan, guna berbagai bahasa memarahi Q dan Mira. Sehinggakan Yan memberikan amaran pada Mira dan Q, jikalau jadi apa-apa pada kawan baiknya itu, tak mungkin Yan akan maafkan Mira dan Q sampai bila-bila. Q hanya mampu diam dengan kata-kata Yan itu. Ikutkan rasa hati Yan, ingin sekali dia menampar muka Mira, bila desas desus ada kawan-kawan kepada Mira, berkata yang Mira bercinta dengan Q kekasih Nila. Sekaligus membuatkan Yan naik angin petang itu, melihat muka Mira. “Hey Mira!..kau ni memang tak pernah menghargai Nila kan?. Kalau boleh apa yang Nila ada, kau mesti nak rampas juga kan?. Macam tak ada jantan lain yang kau nak rampas!” Yan cuba memarahi Mira yang duduk tercerut di tepi bangku di depan wad kecemasan tersebut. Mira hanya mendiamkan diri saja. Mungkin menyesal dengan sikapnya yang keterlaluan pada Nila. Kemudian sambil menjeling Q dan Mira, Yan terus berlalu meninggalkan mereka berdua.

Sehingga malam, barulah Nila selamat menjalani pembedahan yang di lakukan bersama dengan pakar doctor bahagian otak dan saraf. Dan bila pembedahan telah berjaya di lakukan, Nila di tempatkan di Wad khas, yang hanya boleh di lawat dua orang berselang seli saja. Termasuklah kawan-kawan Nila yang setia menunggu sehingga tamat Nila menjalani pembedahan kecil di raut wajah Nila. Ada yang keluar dengan tangisan dan Yan tidak terlepas dalam tangisan itu juga. Sebak melihat kawan baiknya itu, yang dulunya ceria, kini terkaku dengan seribu duka di dalam hatinya. “Sabarlah Nila”…itulah kata-kata semangat kawan-kawanya yang mampu dibisikkan di telingan Nila.

Di dalam bilik doctor, kedua ibu dan bapa Nila, dijelaskan tentang kecederaan Nila. “Encik, kemungkinan nanti, anak encik akan hilang penglihatan sebelah mata kiri saja dan di bahagia otak anak encik, ada keretakan sedikit, dan mungkin akan berlakunya kekejangan bila dia akan mengingatkan sesuatu perkara yang tidak bagus. Saya hanya boleh memberikan ubat penahan sakit yang sekaligus akan mengembalikan kelukaan di garisan luka itu dan berharap agar encik dan puan, dapat memberikan kehidupanya yang baik dan gembira dalam pemulihannya untuk ketahap yang setabil. Mungkin dalam beberapa bulan ini, dia akan mendiamkan diri kerana emosi dalam lingkaran saraf otaknya masih terluka. Jangan sesekali bertanyakan padanya tentang apa saja yang boleh membuatkannya berfikir. Ini hanya untuk seketika saja, dalam beberapa bulan atau beberapa tahun. Dan anak encik perlu menjalani setiap bulan pemeriksaan susulan dengan kami, supaya kami dapat merawatnya sehingga pesakit pulih sebaiknya.”jelas doctor yang merawat Nila tadi.
“Habis doctor, adakah anak saya akan cacat dari segi penglihatan dan kecacatan otak?” Ayah Nila cuba ingin tahu selanjutnya. Doctor menjelaskannya, secara terbuka, bahawa anaknya mungkin akan mengalami kecacatan kekal pada matanya, sebab pihak doctor terpaksa memutuskan urat mata yang berhubung dengan saraf otak anaknya kerana urat mata itu telah terputus dan terpaksa membuangnya. Tidak pada saraf otaknya.

Apapun yang di jelaskan oleh doctor tadi, makin membuatkan ibunya menangis mengenangkan masa depan anaknya pula. Kemudian, mereka beredar, dan terus ke wad untuk melihat Nila. Bila Ayah Nila membuka pintu di bilik doctor tadi, mereka terlihat Q berada di sisi pintu doctor tersebut. “Makcik…pakcik, betul ke apa yang doctor jelaskan itu?” rupa-rupanya Q juga turut mendengar penjelasan dari doctor itu tadi di sebalik pintu yang renggang sedikit tadi. Ibu dan Ayah Nila, hanya mampu diam dan saling pandang memandang dan terus meninggalkan Q keseorangan. Terlihat Q mendongakkan kepala sambil tangannya menutup muka dan matanya mula berkaca-kaca. Begitu dia tidak menyangka, semua yang Nila hadapi itu berpunca dari sikapnya sendiri.

Di wad tersebut Ayah dan ibu Nila memerhati keadaan Nila yang kaku di atas katil yang sarat dengan pelbagai wayar dan mesin nadi di sebelah katilnya. Sekaligus membuatkan hati seorang ibu yang mana tidak terguris melihat, anak yang di kandung selama Sembilan bulan sepuluh hari dan lahir dalam keadaan yang normal dan comel serta disusui sehingga meningkat remaja, akhirnya begini jalan kehidupannya. Kaku dan berbalut sana dan sini di tubuh kecilnya. Tapi Ibu Nila tetap kuatkan semangat dan berasa bersyukur pada Allah, kerana masih memberikan nyawa untuk kali ke dua pada anaknya itu. Apapun yang berlaku, ada hikmahnya. Ibu Nila, menganggap ini sebagai ujian dari Allah pada mereka sekeluarga. Mereka harus redha dengan ini semua. Dan yakin, Nila akan menerima qada’ dan qodar Allah ini dengan sebaik-baiknya. Kerana, ibu dan ayah Nila tahu, anaknya itu adalah seorang yang cekal dan tabah dalam sesuatu ujian. Dan Nila adalah anak yang baik pada semua orang termasuk ibu dan ayahnya.

~~lapan bulan berikutnya~~

Nila sering di temani oleh Q di setiap masa dan saat. Mulut Q tak pernah padam memohon maaf pada Nila tentang apa yang telah berlaku. Q cuba ingin membuatkan Nila tersenyum di bangku roda tersebut, sambil itu, Q juga ada menunjukkan keputusan SPM Nila yang di ambil oleh ibu Nila sendiri. Nila mendapat keputusan yang begitu memuaskan. Tapi untuk apa itu semua, bila Nila tidak berupaya untuk bangun dan berdikari sendiri. Kerana tangan nya masih berbalut dan raut wajahnya banyak berubah. Nila hanya mempu melihat slip keputusannya itu tanpa banyak berbicara. Ini sekaligus membuatkan Q meratap kesedihan. Melihat keadaan Nila begitu, membuatkan mata Q berkaca-kaca selalu tanpa disedari oleh Nila sendiri.

“Assalamualaikum….” Bila Q berpaling, terlihat Mira sedang melangkah menuju di ruangan rehat Nila. “Ermmm…” hanya suara yang agak garau saja yang hanya mampu Q sahut, dan salam di jawab dalam hatinya saja. “Abg Q, macam mana keadaan kak Nila?, ada perubahan tak? “ mendengar soalan Mira itu, hati Q rasa begitu marah..Q malas untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Mira itu. Baginya itu semua tidak penting. “Sudahlah Mira, baik awak balik je, tak payah awak tanya itu dan ini tentang Nila.” Q seolah-olah telah menyampah dengan kehadiran Mira. Tapi Mira tidak mengendahkan semua kata-kata Q itu, lantas, dia terus menuju ke arah Nila yang sedang asyik memandang jauh di pandangan luar jendela.

“Kak Nila, apa yang berlaku ke atas akak, semuanya silap Mira. Mira dah buat akak jadi begini, Mira minta maaf kak…” airmata Mira tidak memberi apa-apa pada perubahan Nila, Nila tetap memandang di luar jendela. “Kau tak perlu nak jelaskan apa-apa Mira, baik kau balik!..” Q cuba menyuruh Mira balik saja. Sedang Q dan Mira bercerita tentang itu dan ini termasuklah tentang hubungan mereka dahulu, tanpa mereka sedar, ibu Nila sedang memasang telinga di sebalik tangga yang di lindungi dinding.
Lantas, ibu Nila terus melulu mendapatkan mereka berdua. “Huh!...begitu cerita yang sebenarnya kan?” tiba-tiba ibu Nila menyelah di sebalik cerita mereka. Patutlah Q tak habis-habis memohon maaf pada Nila tentang kesilapannya terhadap Nila. Bila ibu Nila bertanyakan pada Q mengapa boleh jadi bebini, tapi satupun Q tak pernah bercerita, Cuma dia hanya menjelaskan, ada perbalahan kecil saja antara dia dan Nila. Itulah sebabnya Ibu Nila tidak mahu bertanyakan apa-apa lagi selama lapan bulan Nila terlantar lumpuh begitu.

“Q!..betul ke apa yang makcik dengar ni?”..terlihat Q dan Mira dalam situasi yang begitu serba salah. “Mira!, kau tahukan bertapa sayangnya kak Nila pada kau!..tergamak kau hancurkan hatinya?..Mira, mengapa Mira..mengapa…” ibu Nila pula yang menangis semahu-mahunya. Sekarang baru ibu Nila tahu apa puncanya sehinggakan Nila jadi begitu. “Baik korang balik, sebelum pakcik balik, makcik benci kalian berdua. Jangan korang jejak lagi kaki ke rumah makcik lagi. Kesilapan yang kalian lakukan ini, benar-benar sudah melampaui batas! Q, makcik begitu terkilan dengan sikap kamu. Kamu tahu, Nila tak henti-henti bercerita itu dan ini tentang kamu sewaktu dia sihat dulu, Nila pernah bertanya pada makcik, mengapa kamu dah tak sama macam dulu? Tapi makcik Cuma boleh kata pada Nila sabar saja dan Nila terima kata-kata makcik tu walaupun makcik tahu, Nila bersedih. Tapi kamu?....” begitu marah ibu Nila petang itu dengan deraian airmata. Tak mampu ibu Nila untuk meneruskan kata-katanya lagi. Dengan nada yang perlahan, ibu Nila memohon agar mereka meninggalkan rumah tersebut. Terlihat kedua-dua mereka melangkah perlahan meninggalkan rumah Nila. Bila salam di hulurkan oleh kedua-dua mereka, tidak di sambut oleh ibu Nila.

Terlihat Nila yang dari tadi diam, terus mengalirkan airmata. Sekali-sekala dia cuba perlahan-lahan memejamkan mata. Kemudian, dipeluknya Nila serapat-serapatnya dan membiarkan saja anaknya menangis agar hati yang begitu sebak dengan kejadian yang menimpa diri anak kesayangannya itu. “Sabarlah sayang…apa yang berlaku ada hikmahnya. Kalau Mira redha dan maafkan mereka, Ibu yakin Mira akan mendapat lebih kebahagian nanti.” Ibu Nila cuba menasihati anaknya disulami dengan kata-kata semangat. Dalam perlahan-lahan, Nila menganggukkan kepala, yang mungkin tanda bersetuju dengan kata-kata ibunya. Kemudian mereka berpelukan kembali.

~~Genap Setahun empat bulan selepas itu….

Antara hubungan Q dan Nila masih dalam bualan kawan-kawan lagi. Kesihatan Nila, makin hari makin pulih sedikit, selepas menjalani pembedahan kecil di bahagian dagunya. Petang itu, Nila meminta agar ibunya menghubungi Q. Tapi ibunya umpama tidak bersetuju dengan permintaan Nila. Dalam rengekkan Nila, ibunya paksakan juga mendail nombor Q. Hampir enam bulan Q dan Nila tidak berhubung, selepas ibu Nila, menghalau mereka. Mira pula, dengar khabar, telah berada di asrama penuh. Langsung tidak berjumpa terus dengan Nila. Tapi bagi Nila, kemaafan buat mereka telah lama Nila maafkan. Dalam hati kecilnya selalu berdoa, agar Mira bahagia. Dan begitu juga dengan Q, yang masih dianggap kekasih. Kata-kata semangat dari ibunya, tidak pernah putus. Pernah ibunya menasihati Nila, bila setiap kali Nila ingin berjumpa dengan Q, tapi dihalang oleh ibunya. Sehinggalah Nila beransur pulih, selama itu, Nila ingin sekali mendengar suara Q. Permintaannya petang itu, dikabulkan oleh ibunya. Dengan kasih seorang ibu terhadap anak kesayangannya itu, dia turutkan juga dan gagahkan juga bercakap dengan Q.

Bila sedang, Nila asyik berbual panjang dengan Q, tiba-tiba, Nila terdiam dan terus menangis. Ibunya yang sekali-sekala mundar mandir, terlihat Nila begitu, terus mendapatkan anaknya itu. Talian di matikan oleh Nila dan talipon di letakkan. “Nila?..kenapa sayang?..ibunya cuba ingin tahu. “Kan ibu dah kata, tapi Nila tetap nak hubungi Q lagi. “Bu…Q minta hubungan Nila dan Q putus bu….” Nila hanya mampu menangis semahu-mahunya. Harapan Nila ingin menjernihkan keadaan, dan mengembalikan kecerian pada hubungan mereka, semuanya hancur dengan penjelasan Q di talian tadi. “Q kata, antara Nila dan dia dah tak sehaluan bu, apa salah Nila bu…Nila sayangkan Q.. Nila dah lama maafkan Q bu., kenapa Q buat Nila macam ini bu…...” terlihat keadaan Nila begitu, ibunya tak mampu berkata-kata apa. Hanya diam seribu bahasa saja yang mampu ibunya lakukan. Sedang asyik memujuk Nila, tiba-tiba diluar rumah Nila, terdengar satu suara yang begitu juga Nila amat mengenalinya. Nila cuba tenangkan hatinya yang hancur dan sebak seketika dan menolak sendiri kerusi rodanya masuk kedalam kamar bilik khas di bawah untuknya.

Di kamar bilik Nila, terpandang Nila pada sebuah kotak hasil rekaannya sendiri. Perlahan-lahan Nila menggapai kotak itu, dan di buka kotak tersebut yang di dalamnya terisi sebuah buku diari miliknya dan beberapa helaian naskah surat dari Q dan sekotak kecil rantai emas yang pernah di berikan oleh Q padanya. Sekali lagi airmatanya berderai jatuh membasahi pipinya. “Q, aku janji pada diri aku sendiri, lepas ini tiada lagi cinta pertama dalam hidup aku. Aku akan pastikan setiap sudut kehidupan kau akan sentiasa mengingati aku” dan aku akan tunggu hari yang sesuai akan aku serahkan kata-kata hati aku ini di dalam diari aku ini untuk aku serahkan pada kau agar kau memahami segalanya.” Detik kata kecil hati Nila di dalam biliknya mula berputik dendam pada cinta pertamanya.

Di luar rumah, Ibu Nila terus mendapatkan suara itu dan membalas salam. Dalam senyuman, Ibu Nila menjemput masuk pada tetamu tersebut. “Makcik sihat?” tetamu itu terus menanyakan khabar pada ibu Nila. Kemudian, Ibu Nila menjemput tetamu itu masuk. Di dalam bilik Nila, dia cuba meneka suara siapakah itu, dalam deraian airmatanya itu, perlahan-lahan dia mengilapnya dan terus mendengar lagi suara itu yang hampir dia mengingatinya. “Taufiq!..ya…” itulah yang sedang Nila fikirkan tentang suara yang didengar itu. “Ermmm…maafkan saya makcik, boleh saya bertemu dengan Nila?” terlihat ibu Nila menunjukkan wajah yang sayu, bila nama Nila di sebut oleh Taufiq. “Boleh..masuklah dulu, nanti makcik panggil Nila ye.” Sedang asyik Taufiq, melihat di segenap rumah Nila yang begitu damai dipandangannya, tiba-tiba, Taufiq terkejut dengan apa yang dilihat didepan matanya.

“Ya Allah….Nila..apa yang telah terjadi ni?, kenapa saya tidak tahu tentang ini semua Nila? Awak kenapa? Sakit?..” Taufiq begitu terkejut melihat perubahan Nila, yang hanya duduk di bangku roda dengan penuh jahitan dibahagian dagu dan lengan serta berbalut kecil dibahagian kakinya. Nila hanya mampu tunduk dan bisu mendengar setiap kata yang diluahkan oleh Taufiq. “Makcik, kenapa dengan Nila?.. setelah panjang lebar ibu Nila menceritakan apa yang telah berlaku pada Nila, tiba-tiba, tanpa segan silu, Taufiq terus menghampiri Nila dan duduk betul-betul di hadapan Nila. Nila, saya datang ni, bertujuan ingin tahu keputusan peperiksaan awak, saya dapat tahu awak cemerlang. Itupun saya bertanyakan pada Ayu bila berjumpa dia di sekolah untuk mengambil keputusan tersebut. Saya ada tanyakan awak mana, Ayu Cuma kata awak dah ambil keputusan SPM dan terus balik. Tapi dia tak ada bercerita tentang apa yang berlaku pada awak ni Nila…, awak tahu tak, masa di sekolah dulu, saya suka melihat awak ketawa dan senyum, dan saya gembira melihat awak begitu aktif dalam segala bidang yang awak ceburi di sekolah dulu. Awak tak pernah kecewakan kawan-kawan awak dan guru-guru. Awak baik di mata cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang mengenali awak. Salah satu yang saya minati awak, awak seorang yang cekal, sabar. Awak ingat lagi tak, sewaktu terakhir perjumpaan kita, masa itu, saya tahu, kenapa awak tiba-tiba diam. Saya juga perasan yang Q ada bersama adik angkat awak, tapi saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, dan saya sedar siapa saya.

Tapi sekarang, saya benar-benar terkilan dengan sikap Q dan Mira pada awak. Tidak adil sama sekali Nila…” mendengar setiap penjelasan Taufiq, tiba-tiba airmata Nila laju mengalir. Kemudian, Taufiq menjadi serba salah dan memohon maaf dengan penjelasannya tadi. Mungkin di sebabkan Taufiq terlalu marah dengan Q. Taufiq juga tahu perubahan Q benar-benar ketara bila Q sudah bertukar sekolah, dan Taufiq juga tahu Q kerap berjumpa dengan adik angkat Mira. Tapi untuk menghormati hubungan Q dan Nila, Taufiq nekad, tidak mahu campur tangan dalam urusan hubungan mereka. Taufiq hanya sematkan dalam hati, andai jodohnya ada bersama Nila, mereka akan bertemu. Dan kini….Taufiq telah kembali, dan bertemu Nila dalam keadaannya yang begini.

“Nila, saya minta maaf, andai saya ada menyinggung perasaan awak sehinggakan awak menangis. Saya Cuma meluahkan pada awak Nila. Nila, Allah maha mengetahui apa yang DIA berikan pada kita. Allah itu adil Nila. Awak mesti kuatkan semangat ok. Awak tetap cantik Nila di mata saya. Awak sentiasa buat saya berasa tenang bila melihat awak..Awak mesti redha dengan setiap ujian yang Allah berikan ini pada awak ok..” Nila yang dari tadi asyik mengalirkan airmata, hanya tunduk kaku saja. Mungkin dia malu dengan Taufiq ataupun mungkin, Nila berasa sebak dengan setiap kata-kata Taufiq sehinggakan Nila langsung tidak bersuara. “Tak apa lah Nila, awak berehatlah dulu ye, nanti saya datang melawat awak lagi ye. Saya minta diri dulu.” Taufiq menoleh sekali lagi melihat Nila di bangku roda itu, macam ingin memberitahu sesuatu perkara kepada Taufiq. Tapi masih tidak terkata. Kemudian, Taufiq bersalaman pada ibu Nila, dan terus menuju ke pintu untuk pulang. Sebenarnya Taufiq begitu sedih melihat Nila bersituasi begitu, itulah sebabnya juga Taufiq tak mampu berdepan lagi untuk berbicara lebih panjang lebar dengan Nila. Baginya, masih tiada ruang dan waktu untuk Taufiq meneruskan hajat di hatinya.

“Nila….aku doakan agar kau akan temui kebahagian juga nanti”..di dalam keretanya, Taufiq hanya mendoakan di dalam hati agar Nila tabah mengharungi segalanya. Taufiq tidak mahu melepaskan hajat di hatinya yang sudah lama dia pendamkan dari seawal perkenalan mereka berdua. Di sekolah mereka adalah edola bagi setiap rakan-rakan. Dan sekaligus kedua-dua mereka adalah pelajar cemerlang bagi setiap tahun. Taufiq adalah ketua pelajar di sekolahnya dulu. Itulah sebabnya, dia hanya membekukan hati untuk meluahkan yang dia memang menyukai Nila. Tapi dalam masa yang sama, Taufiq tidak mahu merampas milik orang lain. Biarlah hatinya saja yang berkata-kata. Itulah Taufiq.
“Taufiq…maafkan aku..” hanya itu saja yang mampu Nila katakan dalam hati. Kemudian Nila terus ke kamar bilik dan di tolong ibunya untuk menolak bangku rodanya itu. Sambil berjalan, ibunya mengucup kepala Nila dan mengilap airmata Nila yang hampir jatuh. Hanya ibunya saja yang dapat memahami perasaannya ketika itu. Selebihnya Nila serahkan pada Allah untuk menentukan kebahagiannya kelak.

BAB 3 –

Masa begitu cepat berlalu. Kini Nila sudah 85% sihat dan kesyukuran dari Allah s.w.t telah memulihkan semangat keluarga Nila bila melihat Nila kembali ceria dan tersenyum seperti biasa telah Nila kecapi kini. Cuma mungkin raut wajah Nila ada sedikit perubahan. Tapia pa pun Nila berasa bersyukur, kerana Allah masih memberikannya peluang kali ke dua untuk perbaiki segalanya. Mungkin di sebalik apa yang berlaku, ada hikmah yang menanti. “Bu…hari ini Nila rasa nak pergi cari kerja ‘partime’ la bu.” Ibu Nila hanya memandang wajah anaknya itu dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Terdetik hatinya seorang Ibu yang sabar menjaga anaknya ketika Nila sakit dulu membuatkan ibu Nila sebak seketika. “hmmm…Nila nak cari kerja di mana? Tanya ibunya dengan suara yang lembut sambil telapak tangan ibunya membelai rambut Nila yang lembut beralun itu. “hmmm…Nila rasa Nila nak minta kerja jadi cashier kat pasaraya seberang sana la bu.. boleh kan? Pinta Nila pada ibunya membuatkan ibunya tersenyum saja. “Boleh ke Nila kerja ni?..terlihat Nila menyebekkan bibirnya yang berkemungkinan tidak yakin dengan kemampuannya. “Boleh la bu…insya’allah Nila boleh kerja…” kemudian mereka berdua tersenyum. Sementara Nila menunggu panggilan dari Universiti yang di pohon, seeloknya Nila habiskan masa itu dengan bekerja. Terkadang rasa bosan duduk di rumah. Itulah yang terdetik di buah fikiran Nila.

“Tak apa la bu…sementara nak menunggu keputusan permohonan belajar Nila tu, baik Nila kerja, boleh jugak lah, Nila pegang duit sikit-sikit kan bu?”... jelas Nila yang masih mengharapkan kebenaran ibunya untuk bekerja sambilan. “Ok la sayang…terpulanglah pada Nila ok..ibu tak mau lihat Nila berasa bosan pulak bila dah dapat kerja nanti”…Jelas juga ibu Nila memberi pengharapan pada Nila.
Selang beberapa hari, Ibu Nila menemani Nila memohon jawatan juruwang di pasaraya yang berdekatan dengan rumah mereka. Ibu Nila hanya menunggu Nila di luar sementara Nila mengisi borang permohonan kerja. “bu…!” dari jauh Nila menjerit memanggil ibunya sambil tersenyum lebar. “hmm…macam mana? Ok?” Ibu Nila cuba ingin tahu keputusanya. “Mestilah dapat bu, tapi Nila dapat kerja cashier buat sementara dulu, menager tu kata, kalau Nila dapat menguasai semua mengenai perkara yang berkaitan dengan jawatan yang Nila mohon, Nila akan dinaikkan pangkat..” kemudian terlihat ibu Nila hanya mampu tersenyum saja melihat setiap keterangan anaknya itu. “Ok la Nila, jadi bila Nila akan mula bekerja? Soal ibunya ingin tahu. “Habis bulan nib u….” jelas Nila ringkas.


Di tempat Nila bekerja

Terlihat Nila sibuk belajar mengendalikan mesin juruwang bersama dengan penyelia bahagia juruwang. Nila cepat belajar, baru tiga hari, Nila sudah tahu mengendalikan mesin juruwang tersebut tanpa pertolongan sesiapa. Terlihat Nila begitu gembira, kerana mempunyai kawan-kawan baru, rehat bersama dan makan bersama.
Hampir tiga bulan Nila telah bekerja di pasaraya tersebut. Tidak ada sebarang komen dari pihak pentadbiran juruwang untuk Nila. Penyelia dan serata kawan-kawan Nila begitu kagum melihat kesungguhan Nila mengendalikan tugas yang diamanahkan padanya. Bukan senang untuk menjaga mesin wang tersebut. Banyak yang Nila telah diberitahu mengenai ketidakjujuran pada pekerja yang mengendalikan mesin juruwang tersebut. Ada yang terpaksa di buang kerja, kerana mencuri duit dan ada yang berkompromi dengan pekerja-pekerja yang lain untuk merendahkan harga barangan di pasaraya tersebut. Itu sekaligus membuatkan Nila lebih berhati-hati.

Masuk bulan ke empat, Nila di panggil oleh penyelia dan bahagian pentadbiran kejuruwangan pasaraya tersebut. “Nila, silakan duduk”. Pengarah Pasaraya tersebut menjemput Nila duduk sambil mereka tersenyum. Terlihat penyelia bahagia kewangan menyerahkan butir-butir peribadi Nila. “Nila, pihak kami berpuas hati dengan pencapaian kamu, dalam etika kerja kamu yang amat baik. Di sini, pihak kami ingin maklunkan pada Nila, nama Nila telahpun kami lampirkan untuk jawatan sebagai chif casher.” Terlihat Nila macam terkejut mendengar penjelasan bagi pihak pasaraya. “Betul ke ini tuan?,” tanya Nila dengan nada suara yang perlahan. Kemudian mereka semua tersenyum dan bersalaman dengan Nila tanda tahniah pada pencapaiannya dalam jawatan yang disandang.
Beberapa hari selepas Nila telah diberikan tugas baru, dalam masa yang sama ada juga segelintir juruwang yang lainnya begitu cemburu dengan jawatan yang Nila perolehi. Banyak fitnah yang telah tersebar berhubung dengan tugasan Nila sebagai Chif Casher. Tetapi, itu semua tidak mematahkan semangat Nila untuk memikul tanggungjawab yang di sadang. Semuanya Nila serahkan pada Allah, dan berharap agar segala fitnah padanya akan diperlihatkan kebenarannya. Ada juga terkadang Nila di panggil oleh pihak atasan, dan bila di siasat, Nila lepas dari fitnah tersebut. Bagi Nila, dari kecil hingga dia meningkat dewasa, ibubapanya telah mendidik menjadi seorang yang jujur dan jangan angkuh dengan sesuatu perkara. Apapun semuanya Nila akan hadapi dengan tenang bila tomahan yang di lemparkan padanya berakhir dan dapat kembali ceria bersama kawan-kawan sejawatan dengannya.

Sudah hampir setahun Nila berkhidmat di pasaraya tersebut sebagai Chif Casher. Sedang Nila kesana dan kemari memberikan tugasan pada orang bawahannya, tiba-tiba Nila di datangi seseorang. “Hai awak! Hmmm, sibuk ke? Suara itu membuatkan Nila tersentak seketika. Terus Nila menoleh ke sebelah. Alangkah terkejutnya Nila dalam hati, melihat insan yang pernah bertahta di hatinya muncul secara tiba-tiba. Hampir tiga tahun mereka tidak pernah berjumpa semenjak Q memutuskan hubungan mereka dalam talian saja. Dengan nada yang selamba, yang seolah-olah macam tidak pernah mengenali Q, Nila terus berlalu meninggalkan Q sendiri. Terlihat Q memanggil manggil nama Nila berkali-kali, sehingga membuatkan semua kawan-kawan di bahagia juruwang, melihat gelagat mereka berdua. Terlihat kekecewaan di raut wajah Q bila Nila terus berlalu meninggalkannya tanpa berkata-kata. Di fikiran Q mungkin Nila tidak mahu bersembang dengannya lagi dan tidak mahu memaksa Nila untuk berjumpa dengannya. Kemudian Q terus pergi dengan situasi yang terkial-kial sambil mengusap rambutnya. “Ah! Satu sahutan pun tak ada di jawanya!..” benak hati Q yang terlalu terkilan dengan sikap Nila terhadapnya.

Di dalam bilik juruwang, terlihat Nila termenung seketika, sesungguhnya di hatinya terlalu merindui insan itu. Tapi Nila kuatkan hatinya untuk tidak lagi menyimpan satupun rasa simpati dan kasih apatah lagi cinta terhadap Q. Semuanya telah berakhir. Nila bersemangat kembali semuanya dari kata-kata nasihat kawan-kawan lama dan juga ibu dan bapanya sendiri. Nila kini lebih anggun dari wajah sebelumnya. Ramai juga kawan-kawan yang bekerja di pasaraya tersebut menyukai Nila. Ada yang memuji kecantikan asli Nila. Tiada sebarang calitan make-up di wajahnya. Bukan tidak ada wanita-wanita yang lain standing dengan Nila di pasaraya tersebut. Dan ada juga wanita yang begini iri hati dengan Nila bila Nila ramah bertutur kata, tak kira dengan siapa yang dia kenali. Kadang-kadang ada banyak secebis nota kecil yang mengandungi nombor talipon. Tapi Nila menolak semua itu dengan baik, tanpa ada yang sakit hati, dan mereka yang terlalu minat dengan Nila, terima semuanya dengan baik juga. Hanya gelaran kawan sekerja saja yang Nila inginkan. Nila tidak mahu suka-suka memilih teman hidupnya setelah dia pernah disakiti suatu ketika dulu. Biarlah hanya Nila saja yang tahu peritnya melukakan hati seseorang. Yang Nila tahu, dia ingin mencari pengalaman bekerja saja sebelum pihak Universiti yang dipohon olehnya menawarkan Nila berlajar kembali.

Selang beberapa hari, Q datang lagi ke pasaraya tersebut, mungkin kerana ingin berjumpa dengan Nila untuk percubaan kali yang ke dua. Kali ini Q membawa sekuntum bunga yang berwarna putih untuk dihadiahkan pada Nila. Kebetulan pula pada hari itu adalah hari mengingati kekasih. Bunga mawar berwarna Putih adalah bunga kesukaan Nila sejak di bangku sekolah lagi. Tapi Q tidak pernah memberikan kepadanya. Hanya seorang insane yang pernah memberikan bunga mawar putih itu pada Nila iaitu Taufiq!. Dan sehingga kini Nila masih menyimpanya. Bila Nila rindu alam persekolah, Nila akan berulang-ulang kali membuka kotak besar yang tersimpan pelbagai barang-barang kenangan dari Nila mula melangkah ke pintu gerbang di sekolah yang pernah bertempat dihatinya, dan bagi Nila Sekolah yang dipilihnya itu adalah sekolah yang paling banyak meninggalkan kisah pahit dan manis.

“Assalamualaikum awak….” Terlihat Nila kaku melihat Q berada betul-betul di hadapannya. Dengan sekuntum bunga ros berwarna putih, membuatkan mata Nila tertumpu pada bunga tersebut, dan tiba-tiba Nila mengimbau kembali saat-saat bahagia mereka mula-mula kenal dulu. Tengah Nila dalam lamunan, tiba-tiba Nila di sergah oleh Q. Membuatkan Nila menepis bunga tersebut dan berlalu pergi. “Nila, saya nak cakap sikit dengan awak, please Nila….” Q cuba merayu pada Nila. membuatkan Nila tiba-tiba terhenti, hati Nila begitu sebak dengan suara itu yang teramat di rinduinya. Tapi Nila sudah pandai mengawal emosi. Dipenjamkan matanya sedalam-dalamnya kemungkinan menahan sebak, lantas Nila berpaling pada Q dan terlihat Q terus melulu kearah Nila dengan menggenggam bunga tersebut. Lantas, Q menghulurkan bunga tersebut kepada Nila dengan ucapan “Happy Valentine Days Nila” … tanpa segan dan silu, Q cuba ingin mengucup tangan Nila. Dalam hayalan Nila dengan memegang sekuntum bunga mawar tersebut, Nila tersedar dari lamunan, “Eh!, apa ni Q!..Nila menarik semula tangannya yang di gengam oleh Q dan terus menyerahkan kembali bunga yang di berikannya itu pada Nila, lantas Nila terus berlari pergi meninggalkan Q yang juga terpinga-pinga.

Kali ini Q tidak mahu melepaskan Nila lagi. Dikejarnya Nila sehingga bahu Nila di pegangnya kuat. “Leason Nila!, Q datang, nak mohon maaf pada Nila..please Nila, please accept me in ur minds!...” begitu senang Q meluahkan kata-kata manis setelah Nila ditinggalakan dengan situasi yang lemah, yang uzur, yang cacat sendirian suatu ketika dahulu. Dan kini bila Q melihat Nila telah banyak berubah apa lagi dari segi raut wajah, senang saja Q ingin kembali padanya, dan lupa segalanya yang telah Q sakiti hati Nila.

“Wah!...senang saja awak nak meluahkan kata-kata pada saya kan?! Apa ni?..setelah awak hancurkan hati saya dulu, dan awak punahkan segala janji kita, dan kini awak kembali nak bersama semula dengan saya?, cukuplah awak, saya dan cukup menderita dengan cinta dan janji palsu awak pada saya!. Sehingga kini amat sukar saya untuk melupakan awak, bukan kerana awak adalah cinta saya, tapi awak adalah pemusnah harapan saya pada cinta yang lain!. Sudahlah awak, tak mungkin saya akan menerima cinta palsu awak tu lagi. Saya tahu, selama saya sakit dan uzur dulu, awak memang sudah menduakan cinta saya.” Terkejut Q mendengar semua penjelasan Nila. Sudah lama sungguh Nila menyimpan perasaan sakit hatinya pada Q tentang perkhabaran bahawa Q ada kekasih lain. Q mengambil kesempatan segalanya di atas keuzuran Nila suatu ketika dulu. Pedih dan sakit hati pada masa itu, hanya Allah saja yang maha mengetahui. Taufiqlah yang banyak memberikan kata-kata semangat pada Nila sewaktu Nila banyak menitiskan airmata hanya kerana kehancuran hatinya pada insan yang benar-benar dia sayang telah melukakan hatinya sendiri. Setelah Nila sedar dari pembedahan muka, Taufiq hilang entah kemana. Ada juga Nila bertanyakan pada kawan-kawan yang rapat dengan Taufiq tapi, semuanya jawapan yang diperolehinya sama. Sekaligus membuatkan Nila terpaksa mengalah dengan takdirnya. Hanya pada Ibunya saja kini tempah meluahkan kata-kata sambil bermohon pada Allah agar jiwa dan raganya bersatu aman dan redha dengan ujiannya itu.

“Saya tahu, masa itu memang awak dan bencikan saya bukan?, awak katakana pada orang yang saya tidak cantik lagi, awak fitnah saya yang saya ada hubungan dengan lelaki lain, awak tuduh saya yang saya curang dengan cinta awak. Awak sedar tak Q!” terlihat sikit demi sedikit airmata Nila mengalir. Di tepi bangunan pasaraya tersebut, yang kurang kelihatan orang yang lalu lalang, Nila cuba mengilap airmatanya yang telah lama tidak membasahi pipinya itu. Terlihat Q hanya kaku diam membisu bila Nila perjelaskan satu persatu kehancuran jiwanya yang telah dipunahkan oleh Q. “Awak tahu, hati saya, benar-benar terkilan, saya cuba maafkan kesilapan awak pada saya. Saya cuba buang rasa benci saya pada awak. Saya akui, memang saya tidak setanding gadis yang awak kenal dulu itu. Baik awak jangan berikan saya benci awak dengan permintaan awak ini! Baik awak pergi Q, selagi saya boleh maafkan awak. Cuma satu saya ingin beritahu awak, kerana awak jugalah, saya sukar nak mempercayai cinta lagi.” Q tidak mampu berkata-kata lagi.
Dengan langkah yang lemah, perlahan-lahan Q melangkahkan kakinya berlalu pergi, dan bunga yang dipegangnya itu jatuh longlai di jalanan. Entah apa yang difirkan Q pada ketika itu, hanya Allah saja yang tahu. Untuk memujuk hati Nila kembali, memang sukar bagi Q. dan itu juga Q akui begitu Q sungguh memahami pendirian Nila dari mula perkenalannya dulu. Kerana pendirian Nila jugalah yang membuatkan Q tertarik hati padanya. Bukan hanya disebabkan raut wajah Nila yang sopan dan cantik, tapi Nila pandai menjaga maruah dari segi pertuturan dan pergaulan. Tapi di sebabkan kedewasaan makin memuncak dan keegoan semakin tinggi dalam diri, segala-galanya berubah. Nila pernah meluahkan pada Q suatu mereka masih bercinta dahulu, “Saya harap, awak akan tetap begini, walaupun nanti kita sudah meningkat dewasa, ataupun jodoh kita memang tetap ada, saya ingin sikap dan pendirian kita selari. Saya hanya ingin menjadi teman dan isteri awak yang baik dipandangan awak. Dan mengharapkan awak sudi membimbing saya..” Itulah salah satu di antara janji-janji mereka dan Q berjanji akan tunaikan segalanya.
Masa dan keadaan telah merubah segalanya. Bila Nila di timpa musibah dalam kehidupanya, Q pula beralih arah.

Tapi Allah maha mengetahui segalanya. Di antara hubungan Q dengan gadis itu, tidak direstui oleh keluarga Q. Kerana sikap gadis itu amat berbeza dengan Nila, yang jauh lebih lama mereka kenali. Ke mana saja keluarga Q bercuti, pasti Nila ada bersama. Tapi kini, hanya tinggal kenangan belaka. Walaupun rindu, Nila tetapkan hatinya untuk tidak kembali kepangkuan Q. Di rumah, terlihat Nila termenung di anjung ruang legar halaman rumahnya. Nila mengingatkan kejadian petang tadi bersama dengan Q. “Maafkan Nila Q, sesungguhnya memang Nila amat merindui awak!, tapi mengapa awak tergamak menipu Nila dengan sikap ketidakmatangan awak…kenapa Q…” mata Nila berkaca-kaca mengenangkan semuanya itu. Sesak nafas menahan sebak didada hanya Allah saja yang tahu. Harapan Nila untuk bersama dengan Q punah hanya di sebabkan orang ke tiga.
Setelah perkhabaran yang Nila ketahui pada kawan-kawanya, yang sering melihat Q bersama dengan seseorang berpegangan tangan, membuatkan ramai kawan-kawan Nila yang sakit hati. Tapi bila mereka cuba bercerita pada Nila tentang kecurangan Q, masa itu, Nila tidak mahu mempercayainya. Kerana Nila tidak mahu meletakkan alasan mengapa Q putuskan hubungan adakah kerana Nila tidak cantik lagi, ataupun ada insan yang lain di hati Q. Banyak aduan yang Nila dengar tentang Q bila seminggu hubungan Nila dan Q putus tanpa penjelasan yang sebenarnya dari Q telah membuatkan Nila terkedu dalam tanda soal yang berada di benak fikiranya. Hanya mengharapkan agar Allah menunjukkan kebenaran padanya sahaja.

~~~mengimbau~~

Sedang Nila asyik duduk di warung kawannya di hujung kampung bersama dengan Ayu, bersembang itu dan ini tentang diri masing-masing, tiba-tiba di hujung padangan Nila sedang asyik memandang seseorang yang sedang menaiki motor lalu di depan warung kawanya itu. “Errr…Nila, kenapa?...Hey Nila!”...sergah Ayu yang dari tadi asyik perhatikan gelagat Nila yang serba tak kena. “Nila, nak katakana, setiap dua hari seminggu, sewaktu kau sakit di rumah dulu, aku nampak Q ngan budak tu!. Menyampah aku tengo pompuan tu!.” Nila hanya mampu diamkan diri sambil meneguk air Nescafe panas. Sedang kawanya itu berkata itu dan ini, Nila bingkas bangun mengajak Ayu pulang. “Eh Nila….kau marah aku ke?” Sofia cuba bertanyakan pada Nila dengan sikapnya yang berasa bersalah pula dengan kata-katanya sebentar tadi. “Tak adalah Sofea…aku ok je. Cuma aku nak balik kejap nak tenangkan hati ye. Terima kasih.” Nila dan Ayu terus berlalu meninggalkan warung Sofea dengan menaiki motor milik Ayu.

Di rumah, Nila terus berlari masuk ke dalam biliknya untuk menenangkan seketika fikiranya sebentar tadi dengan apa yang dilihatnya. Nila cuba menarik nafas sedalam dalamnya petang itu, sekali sekala, dia cuba memegang dadanya yang deras laju nafasnya. Cuba sabarkan diri sendiri, tapi Nila gagal menahan airmatanya yang jatuh membasahi pipinya. Terus dan terus airmatanya itu jatuh dan raungan dalam hati hanya Allah saja yang tahu ketika itu. Dalam diam, Nila cuba beristiqfar berkali-kali dalam hati memohon agar Allah tenangkan kembali hatinya dan jauhi sikap bencinya pada Q. Selang beberapa jam, Nila tersedar dari terlelap dek hatinya yang sedih tadi. Nila bersyukur ke hadrat illahi, kerana dia dapat mengawal emosinya dari terus mengingati perkara yang di laluinya. Nila tekad dalam hati dalam-dalam, tidak akan sama sekali dirinya berjumpa dengan insan yang bernama Muhammad Qaidar Arifin itu lagi dalam lipatan ingatannya.

Nila ingin mulakan hidup yang baru tanpa cinta lagi dan bertekad, tidak akan cuba menerima cinta sesiapa lagi dalam hatinya. Biarlah Allah yang akan tentukan segalanya nanti. Itulah sebabnya ibu Nila begitu bahagia dan gembira melihat perubahan Nila yang dulunya kurang ceria dan kini telah gagah berdiri dengan semangat yang baru. Ibu Nila yakin, anaknya itu akan terima takdir Allah dengan hati yang tenang. Dan doa seorang ibu, telah Allah makbulkan. Begitu juga dengan Ayahnya Nila, bersyukur kerana Nila ingin menyambung pelajaran ke atasan lagi, yang sebelum ini Nila tidak mahu belajar lagi hanya di sebabkan malu dengan perubahan wajahnya. Bagi Nila, dia ingin tumpukan sepenuh perhatian pada masa depannya, dan tidak mahu memikirkan lagi soal cinta.

Genap satu tahun tiga bulan, Nila bekerja di pasaraya tersebut. Pelbagai karenah pelanggan dan karenah pekerja-pekerja di bawah jagaannya itu. Nila sudah pandai menguasai segala selok belok tentang kewangan dan tugas yang dipikul begitu berat. Hanya kejujuran yang patut ada dalam individu yang ditugaskan sebagai Ketua Juruwang. Nila begitu gembira dan berasa sayang untuk melepaskan jawatan yang di sandang dan bahagian pentadbiran begitu selesa dengan setiap tugasan yang Nila tonjolkan.
Selang beberapa minggu Nila bekerja, di bahagian customer services, Nila di sapa oleh seseorang lagi. “Hey Nila!”..Nila cuba menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya Nila melihat kawan-kawannya yang sama bersekolah dahulu dengannya datang kepasaraya tersebut. “Ya Allah……syukur…, datang juga korang jumpa aku ye?...rindunya aku kat korang..” tidak sedar airmata Nila jatuh tiba-tiba membasahi pipinya. Lantas, salah sorang dari kawan baiknya itu mengilap airmata Nila yang jatuh tanpa henti itu perlahan-lahan. Mereka juga turun mengalirkan airmata. Mungkin terlalu rindu dengan sahabatnya itu tidak sapa yang tahu. Mereka saja yang dapat merasakan perasaan masing-masing.

Nila berpisah dengan kawan-kawannya atas sebab kawan-kawanya melanjutkan pelajaran ke Universiti yang sama. Kerana itulah perjanjian mereka bila mereka lulus dengan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia. Hanya Nila saja yang terkandas, atas sebab musibah yang menimpa dirinya. Tapi kawan-kawanya semua berasa bersyukur pada Allah, kerana memberikan Nila nafas untuk kali yang kedua dalam kehidupannya. Mungkin ada hikmah yang tersurat di dalam kehidupan Nila, hanya Allah saja yang tahu. “Eh korang…, kejap lagi aku dah nak rehat, nanti korang tunggu aku kat A&W tu ok…” terlihat kawan-kawan Nila semuanya setuju dengan cadangan Nila, dan terus berlalu pergi ke tempat yang di cadangkan Nila.

Setelah sepuluh minit menunggu Nila di A&W tersebut, terlihat Nila laju berjalan menuju ke arah kawan-kawanya yang setia menunggu. “Sorry ye korang, lambat sikit, aku hand over tadi. Lepas tu, aku minta half day dengan manager aku tadi”. Nila menjelaskan pada kawan-kawannya yang dari tadi hanya mengganggukkan kepala sahaja. “Hmmmm…wah! Best nya dapat balik awal la ni?..”salah sorang kawan Nila tadi cuba mengusik Nila. Kemudian mereka ketawa bersama. “hmmm, macam mana korang tahu, aku kerja kat sini?” Nila ingin tahu. Hanya senyuman yang dilemparkan oleh kawan-kawan Nila. “Kami saja-saja jalan-jalan dekat sini, kau tak ingat ke Nila, dulu kan kita suka datang sini, minum-minum dan cari bahan bacaan dan buku-buku latihan kat popular tu…” Nila tersenyum saja mendengar penjelasan kawan baiknya itu Yan. Nila tahu Yan suka mengusik Nila dari di bangku sekolah lagi. Masakan mereka terus saja datang melulu ke pasaraya tempat Nila bekerja. “Alaa…kau ni Yan, aku tak pernah lupa tau. Hanya aku dan Ayu saja kerap ke sini, lepas aku lost contact dengan korang. Dengan Ayu je la aku datang sini, mengimbau kisah-kisah kita dulu-dulu.” Semua kawan-kawan Nila diam dan tersenyum mendengar suara kawan mereka itu dengan penuh asyik. “Nila, pagi tadi, kami pergi rumah kau, tapi ibu kau kata, kau dah bekerja, terkejut la kami, dan ibu kau kata kau kerja dekat sini, so..kami terus je la datang sini. Lagipun kami bercuti penggal pertama, satu minggu.
Terasa nak sangat berjumpa dengan kau Nila..rindu..” jelas Ika yang dari tadi perhatikan setiap raut wajah Nila yang banyak berubah. Sesekali membuatkan hatinya sebak, terharu dan gembira. “Laaa…ye ke?...aku dah lama kerja dekat sini, sekarang aku dah di naikkan pangkat jadi ketua juruwang.” Nila menjelaskan secara ringkas, dalam hatinya begitu sebak bila melihat kawan-kawan yang teramat dia rindui datang berjumpa dengannya. “Nila, kau sihat ke? Yan cuba bertanyakan khabar Nila.

“Alhamdulillah aku baik-baik saja”. “Nila, banyak perubahan kau kan? Yan cuba menyelah disebalik kata-kata Nila. “hmm…tu la..ni parut kat kepala aku ni, jelas nampak kan…” Nila cuba menunjukkan parut yang ada di dahi kirinya yang samar-samar nampak. “Tak adalah…maksud aku, sikap kau, perbualan kau dan penampilan kau, semua banyak perubahannya.” Yan cuba menjelaskan pada Nila tentang apa yang dia kelihatan pada perubahan Nila. Berbeza sewaktu di sekolah dulu, Nila tak suka bercakap-cakap banyak, yang dia tahu bercakap bila perlu dan murah dengan senyuman. Tapi kini, Nila lain dari segi perwatakan. Yan tahu, Nila ada sembunyikan sesuatu darinya. Dan juga kawan-kawanya yang lain.

“Nila, kau tetap cantik seperti dulu Nila, dan sekarang kau masih lagi cantik walaupun ada kesan parut tu, kau tetap nampak ceria. Tapi kami tahu, di sebalik itu semua, disebalik gembira kau tu, mesti kau ada sesuatu perkara yang kau simpan sendiri kan?” Yan cuba membongkar kemelut hati Nila dengan jelas sekali. Bagi Nila, biarlah dia saja yang merasakan keperitan hatinya yang terluka itu. “Nila, kami kenal dengan kau Nila, kita berkawan dari di bangku sekolah rendah dan menengah lagi kan? Mustahil kami nak biarkan kau sendiri menanggung jiwa sakit hati itu sorang-sorang”. Ika pula yang menjelaskan apa yang terbuku di hati Nila yang telah sekian lama Nila pendamkan sendiri. Dalam Nila tersenyum, tiba-tiba, airmata Nila mengalir lagi di pipinya. “Nila, maafkan kami andai kau tak suka kami masuk campur dalam urusan peribadi kau Nila, tapi kita pernah berjanji suatu ketika dulu, kita semua macam adik beradik kan? Masalah kau, masalah kami juga. Kau gembira kami turut gembira, tapi kalau kau sedih, kami buntu Nila…” Ika tidak dapat meneruskan kata-kata itu. Kemudian, Nila menjelaskan apa yang terbuku di benak fikiranya dari permulaan sehinggalah habis. Terlihat kawan-kawan Nila semuanya mendengar apa yang Nila jelaskan dan sekurang-kurangnya sebak yang terlalu lama Nila pendamkan sendiri, dapat dilepaskan dengan lega.

“Nila….begitu terseksa hati kau ye..aku tak sangka, Q sanggup buat kau macam ni. Mengapa kau masih bersabar dengan sikap Q buat kau macam ni Nila? Suatu hari Tuhan tu akan hukum hati dia juga Nila.”..lantas, kawan-kawan Nila cuba tenangkan kembali keadaan yang dari tadinya sunyi sepi hanya kedengaran suara Nila yang sebak menjelaskan kehancuran hatinya terhadap orang yang teramat dicintainya itu. “Tak mengapalah Nila, suatu hari nanti Q akan tahu kebenarannya.” Jelas Yan pada Nila, yang cuba ingin memulihkan kembali perasaan Nila yang terkedu dari tadi. “Q ada datang jumpa aku kat sini tau, tapi aku tak layan sangat. Dia memuji kecantikan aku la, macam-macam dia puji aku. Dan dia ada kata nak kembali bertahta di hati aku balik, dia mengatakan pada aku bahawa dia dah sedar kesilapan dia terhadap aku. Dan dia kata, dia masih cinta dan sayang pada aku. Tapi aku tak mampu menerima dia lagi Yan, memang aku tak boleh nafikan perasaan aku masih lagi sayang padanya, tapi untuk mencintainya lagi seperti dulu, mungkin tidak. Aku terlalu terseksa dengan cinta dan janji-janji dia pada aku. Dia kata lagi bahawa dia nak tebus kembali kesilapan dia pada aku, dan mulakan hidup yang baru dengan aku. Tapi aku tak mahu Yan, aku betul-betul kecewa dengan dia. Aku tahu, dia akan kembali cari aku lagi, dan dia kata dia tak bahagia.. Aku tak daya mendengar penjelasan dia pada aku. Aku dah berjanji dengan diri aku sendiri, aku nak tutup pintu hati aku rapat-rapat untuk dia. Dah banyak peluang yang aku berikan pada dia. Dan bila aku putus dengan dia, banyak dia menfitnah aku dengan perempuan tu Yan….aku sedih sangat Yan..tapi aku tak pernah pergi berjumpa dengannya, sehinggakan suatu hari aku nampak dia menaiki motor dengan seorang perempuan, Aku betul-betul terluka Yan, tak mungkin aku kembali pada dia.”

Begitu panjang lebar Nila menjelaskan pada kawan-kawanya. Terasa sebak dan air jernih yang mengalir di setiap pipi kawan-kawan Nila yang mendengar penjelasannya. Yan dari tadi setia mendengar cerita duka Nila terus bangun dan duduk di sisi sahabat kesayangannya itu sambil mengilap airmata Nila yang dari tadi bercucuran jatuh kemudian mereka berpelukan. “Sabar lah Nila…aku tahu, pendirian kau tetap satu kan?” Ika cuba menenangkan hati Nila. Ika tahu, Nila tak akan pernah mengubah pendiriannya itu. Dia kenal sangat dengan Nila. Setelah habis luahan Nila pada kawan-kawanya, terlihat mereka bingkas bangun meninggalkan A&W tersebut menuju ke tingkat atas. Mereka ingin menghiburkan hati Nila dan mempelawa Nila main bowling. Mainan masa lapang mereka masa di bangku sekolah menengah lagi. Nila bersetuju dengan permintaan kawan-kawan mereka. Bagi Nila, tiada lagi rahsia yang terselindung di dalam hatinya kini. Bila melihat teman-teman yang dikasihi kembali bersama denganya makin semangat baru Nila datang lagi mengusai jiwa dan raganya untuk meneruskan kehidupan.

BAB 4- episode 2 dari Bab 3

Masuk bulan ke empat, telah genap setahun empat bulan Nila bekerja di pasaraya tersebut. Hari ini Nila shift pagi. Jam menunjukkan pukul 5.55 petang. Lagi lima minit Nila nak pulang kerumah. Di hatinya tidak sabar ingin mengetahui perkara gembira yang tengahari tadi, ibunya menghubungi Nila mengatakan ada surat dari pihak Universiti yang di pohon oleh Nila beberapa bulan yang lepas. Tapi dalam masa yang sama, Nila pula berasa sedih untuk meninggalkan kerja yang di perolehinya itu sekiranya Nila layak untuk memasuki kampus tersebut. Tapi nekad kata-kata semangat dari kawan-kawanya Nila kembali ceria dari lamunan sedihnya itu untuk memikirkan masa depannya pula. Bagi Nila cukuplah pengalaman kerja yang dia miliki, mungkin sedikit sebanyak dia akan gunakan untuk impiannya dalam bidang perniagaan kelak. Lagipun Nila ingin mengikuti jurusan perniagaan di kampus nanti. Apapun yang di fikirkan, Nila tetap ingin menyambung pelajarannya.

Dalam perjalanan Nila pulang ke rumah, Nila terasa seolah-olah ada seseorang mengekorinya dari tadi. Tapi Nila tidak mahu mengendahkannya, yang Nila tahu, dia ingin pulang secepat yang mungkin. Hanya hari itu saja Nila terpaksa berjalan kaki menuju kerumahnya, kerana ibunya tidak berapa sihat. Jadi, Nila mengambil keputusan untuk pulang sendirian saja dan tidak mahu menyusahkan ibunya yang masih lemah kerana telah hampir seminggu ibunya demam panas. Ada juga ibunya menyuruh Nila membawa saja kereta kancil milik ibunya untuk ke tempat kerja, tapi Nila tidak mahu atas alasan, tidak mempunyai lessen memandu. Bagi Nila berjalan kaki sekali sekala pun baik juga dan pasaraya tersebut tidaklah jauh sangat dari rumah Nila. Sedang Nila melangkah laju menuju ke laluan bertentangan dengan kenderaan lalu lalang, bahu Nila di serpa dengan ganas sekali, sehinggakan berasa sakit. Kemudian Nila terhenti sambil menoleh kebalakang, dan kelihatan Qaidar yang menyentuh bahunya itu. “Eh!..sakit la!..kenapa dengan awak ni?”..Nila cuba menepis tangan Q di bahunya itu. Kemudian, satu pertengkaran kecil telah berlaku di tepi jalan raya tersebut. “

Nila, aku merayu pada kau Nila, kembalilah pada aku Nila, aku janji, aku akan jaga kau, dan aku akan tunaikan janji-janji aku pada kau Nila”. Q cuba merayu lagi pada Nila dengan penuh harapan. Tapi Nila tetap dengan pendiriannya. “Hey Q!, saya dah jelaskan pada awak, antara kita dan tidak ada apa-apa lagi ikatan. Saya dah tutup pintu hati saya pada awak!..awak faham tak??” Dengan nada yang kuat Nila cuba lagi menjelaskan pada Q yang masih lagi tidak mahu melepaskan Nila. “Nila, aku masih sayangkan kau, dan aku sanggup buat apa saja yang kau mahukan Nila.” jelas Q lagi sambil pergelangan tangan Nila di pegangnya kuat.

“Dah terlambat Q..dah terlambat!. Saya dah tak berminat untuk mendengar janji-janji kosong awak tu, dan tak mungkin saya akan benarkan hati saya memberi peluang pada orang seperti awak ni, awak tak sedar ke yang kata-kata awak ni sebenarnya telah banyak memakan diri awak sendiri dan awak sanggup menipu disegenap hati dan perasaan saya yang banyak mengorbankan perasaan saya pada awak!. Baik awak lupakan saja saya dan carilah siapa yang berhak dihati awak sebenarnya, dan bukan saya!.” Nila lagi sekali menjelaskan pada Q tentang kebencian hatinya pada Q. Bila Qaidar mendengar kata-kata yang di lontarkan padanya, tangan Nila perlahan-lahan dilepaskannya kemudian Nila berlalu pergi meninggalkan Q sendirian yang di saksikan oleh orang-orang yang berada di tepi-tepi jalan raya itu.

Lagi sekali Q menggengam bahu Nila, kali ini begitu rakus sekali sehinggakan Nila tidak mampu menahan sakitnya, Nila menepis nepis lagi tangan Q sambil ingin melarikan diri, sedang Nila meronta-ronta agar Q melepaskan gengaman tangan Q yang kuat itu, kemudian Nila dapat juga melepaskan tangannya dari genggaman Q, sedang Nila berlari meninggalkan Q, tiba-tiba di selekoh menghampiri perumahan rumah Nila itu, Nila dilanggar oleh sebuah motosikal yang membelok kearah kanan yang terlihat Nila ingin melintas jalan raya tanpa memandang ke kanan dan ke kiri jalan tersebut. Teriakan dari Q dan orang-orang yang ternampak Nila di kejauhan datang melihat Nila yang terbaring jatuh di tengah jalan raya itu. Hanya Q saja yang terkaku di seberang jalan raya tanpa pergi mendapatkan Nila, dalam masa yang sama dia berasa serba salah, sambil menepuk dahi berkali-kali bila melihat keadaan yang kelam kabut itu, Q terus meninggalkan kawasan tersebut dengan secepat mungkin.

Dalam suasana yang berkerumum melihat sekujur tubuh yang terlentang di tengah jalan raya tersebut, tiba-tiba sebuah kereta yang lalu di kawasan itu, berhenti di tempat terjadinya kemalangan tersebut. Alangkah terkejutnya si pemandu tadi, bila melihat orang yang di kurungi itu adalah Nila. Taufiq yang secara kebetulan lalu di situ, yang mungkin ingin ke rumah Nila, begitu terkejut melihat Nila yang terbujur kaku di jalan raya tersebut. “Nila!....Ya Allah…” Taufiq memangku kepala Nila sambil bertanyakan pada orang-orang yang melihat kejadian itu, ada yang saksi memberitahu pada Taufiq, dia melihat Nila bergaduh dengan seseorang iaitu lelaki di tepi jalan raya tersebut, lantas, lelaki tersebut melarikan diri dan sebelum itu, mereka bertengkar di tepi jalan raya ini dengan lelaki tersebut dan terus Nila melulu melintas jalan sambil memandang kanan dan kiri, tanpa sempat memberhentikan motosikal, pemandu motosikal tersebut terus melangar Nila.” jelas seorang saksi tersebut pada Taufiq yang dari tadi asyik memanggil nama Nila.

Di lihatnya kepala Nila tidak henti-henti darah keluar, tanpa memikir panjang, Taufiq terus mengangkat Nila, masuk dalam kenderaanya kemudian Taufiq yang juga di bantu oleh orang ramai. Taufiq terus memandu kenderaannya menuju ke hospital yang berdekatan. Dalam perjalanan ke hospital, Taufiq cuba menghubungi ibu Nila dan meminta maaf kerana tidak sempat untuk berpatah balik mengambil ibunya. Kerana Taufia menjelaskan darah di kepala Nila telah banyak mengalir. Setibanya sampai di perkarangan hospital tersebut, terlihat Nila diletakkan di atas katil pesakit dan terus di bawa ke bilik kecemasan. Melihat Taufiq begitu gelisah, dan tidak sedar matanya berkaca-kaca mengenangkan nasib Nila. Di benak fikiranya tahu, lelaki tersebut adalah Qaidar. “Qaidar, kenapalah kau hancurkan kehidupan Nila!” hanya hatinya saja berkata-kata. Mungkin geram yang teramat sangat, Taufiq menepuk dinding sekuat hatinya sehinggakan petugas-petugas yang berada di kaunter kecemasan tersebut terkejut dengan bunyi kuat hentakkan itu. Selang beberapa minit, terlihat ibu Nila berlari untuk mendapatkan Taufiq yang dari tadi tidak senang duduk.

“Taufiq, macam mana keadaan Nila Fiq…” sambil mengilap airmata yang bercucuran jatuh kepipi, dan keadaan ibunya yang lemah, terus dipapah oleh Taufiq untuk duduk dan Taufiq cuba menenagkan ibu Nila. “Makcik, sabar ye, Nila masih ada di dalam dan belum lagi dapat pengesahan dari Doctor. Setelah hampir satu jam menunggu Doktor yang merawat Nila di dalam, terlihat bapa Nila juga turut datang dan terus di sambut oleh Taufiq. Soalan yang sama di tujukan pada Taufiq. Dan mereka terus menunggu keputusan doctor.

~~Qaidar menyesal lagi~~

Q menangis tanpa henti, menyesal dengan perbuatannya pada Nila. Benar-benar rasa kesalahannya dari dulu hingga sekarang ini, mungkin tidak akan lagi Nila memaafkannya sampai bila-bila. Q terus memandu keretanya dengan laju menghala ke pusat bandar. Tiada rasa keluhan lagi di hatinya, hanya hasutan syaitan yang tertera di benak fikirannya. Kadang-kadang terlihat dia menangis, kadang-kadang melihat dia menjerit sendiri dalam kenderaannya. Setiba di bahu jalan raya, Q termenung sendiri, seolah-olah dia tidak tahu, untuk membuat keputusan, sama ada ingin berpatah balik melihat Nila ataupun tidak. Ketakutan di dalam dirinya jelas ternampak. Dari dulu hingga kini, Q memang suka melarikan diri dari kesilapan yang di lakukannya terhadap Nila. “Nila…..maafkan aku….mafkan aku..” hanya suara itu saja yang mampu Q luahkan sendiri.

Tanpa berlengah lagi, Q terus memecut keretanya menuju kembali ke tempat di mana Nila di langgar motosikal tersebut. Bila Q sampai di tempat tersebut, Nila sudah tidak ada lagi di situ. Kemudian, Q mengambil keputusan untuk pergi melihat di hospital berdekatan. Setibanya Q di hospital tersebut, terlihat Taufiq yang mundar mandir di depan bilik rawatan kecemasan, kemudian, terlihat pula Ayah dan Ibu Nila baru tiba di hospital tersebut. Q berselindung di sebalik dinding yang berdepan dengan kaunter pendaftran wad kecemasan tersebut. Dalam hati Q berasa benar-benar menyesal. Dan tertanya-tanya sendiri, macam mana pula Taufiq ada di sini?, Tunggu siapa? Fikirannya bermain-main dengan soalan yang tiada kesudahan. Tanpa segan dan silu, Q gagahkah diri menuju ke arah keluarga Nila. Taufiq yang berada di situ, berasa hairan dengan kedatangan Q. Sedikit sebanyak Taufiq teringatkan penjelasan seseorang yang beritahunya bagaimana Nila boleh jadi begini. Dengan tanpa di sedari kedatangan Q pada Ibu dan Ayah Nila, hanya Taufiq saja yang tersedar kedatangan Q, lantas Taufiq cuba menahan Q di kejauhan dengan menarik tangannya menghala keluar dari hospital tersebut dan terus ke ruang legar.

“Q, aku hairan dengan kau ni. Betul-betul aku hairan dengan sikap tidak bertanggungjawab kau pada Nila! manusia jenis apa kau ni Q? sanggup kau biarkan Nila sendirian terkujur kaku di atas jalan raya tadi kan? Kau punca Nila jadi macam ni kan?” kemarahan Taufiq jelas terlihat di wajahnya. “Eh kau Taufiq!..kau nak tuduh-tuduh aku pula!” Q cuba mengelak di sebalik penjelasan Taufiq itu. “Aku datang sini bukan sebab ini, aku nak melawat seseorang la…” jelas Q lagi berselindung di sebalik kesalahannya itu. Kau jangan nak buat tipu helah la Q!. kenapa kau kacau lagi hidup Nila? kenapa Q, dah cukup la Nila banyak derita dengan perbuatan kau ni, sekarang lagi sekali kau musnahkan masa depan dia kan?!” jelas Taufiq yang hanya memandang Q umpama musuh yang terlalu di kehendakinya.

“Aku tak pernah kacau Nila lagi tau, aku cuma mahukan dia maafkan aku, dan aku tak sangka boleh jadi sampai macam ni, dan Nila terus lari dan……….” Q terhenti dalam serba salah dengan penjelasan nya sendiri. “Huh!..jelas kan!..kau memang manusia yang tak tahu malu dan tidak berhati perut Qaidar!. Aku tak percaya yang kau boleh buat ini semua pada Nila, dari sekolah lagi, kau dah menyakiti hatinya dan sehingga kini kau tetap menyakiti hatinya. Kenapa kau tak terus bunuh je dia Q!..kenapa! dari kau seksa dia macam ni. Aku lebih kenal kau dari Nila Q..kita sekolah sejak dari kecil lagi. Sikap kau memang tidak akan pernah berubah Qaidar. Kau lebih pentingkan diri sendiri dari kau memikirkan perasaan seseorang. Aku sebagai kawan kau, betul-betul respect bila kau memiliki seorang gadis yang jujur dengan kau. Tapi di sebabkan sikap kau yang tamak, dan tidak mahu memahami perasaan seseorang, ka uterus jadi macam ni. Kenapa Qaidar? kenapa…cukuplah Qaidar, zaman kita sekolah dulu telah berlalu. Sekarang kau perlu fikirkan soal masa depan. Sedarlah Qaidar….” Begitu panjang lebar Taufiq melepaskan geramnya pada Qaidar.

“Aku menyesal menganali kau Qaidar. Setahu aku, Qaidar yang lihat sudah banyak berubah bila kau mengenali Nila dulu, bukan macam ni..sekarang ni sifat kau penuh dengan angkuh! ego!... kau tahu, bertapa Nila begitu setia dengan cinta kau, dia tak pernah menduakan cinta kau Q, dia sentiasa menjaga maruah dia, dan baginya kau seorang saja cintanya. Terus terang aku katakan pada kau, Nila adalah seorang yang setia dan mempunyai pendirian hidup yang kukuh dan cintanya bukan senang untuk di jual beli Q! sepatutnya kau rasa bersyukur memiliki hatinya bukan raut wajahnya semata-mata!. Sudahlah Q, aku malas untuk berdepan dengan insan macam kau ni, Semoga kau temui apa yang kau mahukan dari seorang perempuan.” Jelas Taufiq panjang lebar pada Q lagi dan terus berlalu meninggalkan Qaidar keseorangan, dalam hati kecilnya, ingin saja dia katakan, bahawa Nila ada mempunyai ciri-ciri gadis idamannya. Tapi bukan itu niatnya.

Dia mahukan Q tahu menilai hati seorang gadis seperti Nila. Terlihat Q bingung seketika dengan penjelasan dari Taufiq. Dengan lemah dan longlai, Q berlalu pergi meninggalkan bangunan Hospital tersebut dan sedar dengan tidak, berlinang juga airmatanya di pipinya. Kesalahan yang di bawa bersama itu, tidak mungkin akan di maafkan Nila. Hanya di dalam hatinya saja berkata-kata itu dan ini. Tapi bagi diri Nila pula, dia sentiasa memaafkan Q dari mula perkenalannya dan pengakhiran hubungan mereka, bagi Nila dia akan tetap maafkan Q. Nila tidak mahu ada sifat benci antara menusia dengan menusia di dalam dirinya. Itulah sifat yang sentiasa di tetapkan dalam jiwanya. Bukan saja pada cintanya, tapi sesiapa saja yang berniat jahat padanya, sedikitpun tidak disimpan dalam hati, paling tidakpun Nila akan mendiamkan diri saja.

Taufiq kembali duduk di hadapan pintu kecemasan tersebut, tapi ibu dan ayah Nila tidak lagi kelihatan. Taufiq cuba bertanyakan pada jururawat di bahagian kaunter, dan mereka maklumkan bahawa ibu dan ayah Nila berada di dalam bilik doctor. Setelah beberapa minit menunggu Ayah dan Ibu Nila keluar dengan raut wajah yang begitu murung sekali. Sekali sekala terlihat ibu Nila mengilap airmatanya sendiri di pelukkan suaminya. “Errr….makcik..pakcik..macamana keadaan Nila?.. “ Taufiq cuba ingin tahu perkembangan Nila. “Taufiq, terima kasih ya, sebab Fiq cepat hantar Nila ke sini, kalau tidak, pakcik akan kehilangan dia buat selama-lamanya Fiq.

Ibu Nila, menyerahkan sesuatu pada Taufiq. Di bukanya lebaran surat tersebut dan melihat surat itu dari pihak Universiti di mana tempat Taufiq belajar juga. “Makcik…pakcik, Alhamdulillah Nila layak memasuki kampus ini. Saya juga menuntut di sana pakcik.” Jelas Taufiq. Tapi terlihat ibu dan ayah Nila hanya murung dan sedih dengan berita yang doctor jelaskan pada mereka berdua tentang perkembangan Nila. “Tapi fiq, tak mungkin Nila akan lanjutkan pelajarannya kembali. Sebab doctor kata, Nila tidak akan dapat mengingati apa-apa lagi selama tempoh yang agak lama fiq!” dalam tangisan, ibu Nila menjelaskan. Terduduk Taufiq sambil memegang kepalanya tanda terlalu sedih dan matanya mula berkaca-kaca terkilan dengan berita yang di dengarnya. “Ya Allah….kenapa lah Nila yang menerima segala dugaan ini Ya Allah…” di hati Taufiq mula menyalahkan keadaan. Tapi dia akan tetap menganggap semua yang terjadi ada yang tersurat buat Nila. “Sabarlah makcik, pakcik…saya yakin berkat doa makcik dan pakcik, Nila akan pulih nanti, saya yakin makcik.” Dalam suara yang begitu garau mungkin menahan sebak di dada Taufiq cuba meyakinkan kedua ibu bapa Nila. Kemudian mereka pergi melawat Nila di wad kecemasan tersebut.


~~Nila Pulang Dari Hospital~~

Dua minggu Nila di Hospital, kini Nila telah pulang ke rumah dengan keadaan Nila yang seolah-olah asing baginya dengan dunia yang kosong yang mungkin dirasainya. Taufiq banyak menghabiskan masanya bersama dengan Nila. Taufiq sanggup memandu kenderaan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, untuk melawat Nila semata-mata. Sekarang, hujung minggu Taufiq yang dulunya banyak aktiviti di kampus, Taufiq tukar yang lebih lagi menghabiskan masa dengan Nila. Nila di bawa bersiar-siar sekitar bandar. Ada sesekali Nila di bawa berjumpa dengan rakan-rakan sekerjanya dulu, sekaligus membuatkan kawan-kawan yang pernah bekerja dengannya dulu, berasa sungguh sedih dengan perubahan yang Nila lalui kini. Semuanya mendoakan kesihatan dan kebahagian pada Nila.

Kemudian, Nila di bawa ke warung berdekatan bandar raya iaitu di warung mamak. “Mamak, mee goreng mamak satu, limau nipis suam tak mau biji, dan Nescafe panas satu.” Nila melihat gelagat Taufiq yang baginya seakan-akan macam pernah mengenalinya. Untuk memulihkan fikiran Nila, Taufiq gagahkan diri pergi ketempat-tempat yang Nila suka pergi hasil bantuan kawan-kawan Nila sendiri. Tapi kali ini, Taufiq cuba ingin mengingatkan kembali, yang mereka juga pernah duduk minum berdua di warung sekitar sekolah mereka dulu dengan pesanan yang di pesan tadi. Makanan dan minuman Nila tadi sengaja Taufiq order. Dia tahu Nila memang suka makan mee goreng mamak dan minum limau nipis suam.

Bila pemesanan yang di minta tadi sampai, Nila tersenyum. Kadang-kadang membuatkan Taufiq turut tersenyum, di hatinya berkata, senyuman itulah yang dia tak pernah ingin melupakanya, walaupun di kampus ramai gadis-gadis ingin mengenalinya, tapi tiada seorangpun yang mencuit hatinya. Yang dia mahukan cinta, bukan perempuan. Itulah pendirian Taufiq yang Nila sendiri tidak tahu perasaan Taufiq sejak awal perkenalan mereka. “Nila, makan la…awak sukakan mee ni.?” Taufiq hanya mampu tersenyum sambil meneguk air melihat Nila makan tanpa segan silu. Taufiq berasa lega, kerana dia dapat menghiburkan hati Nila. Tapi dalam masa yang sama, bila Nila dah pulih nanti, adakah dia akan tahu ini semua dan diri Taufiq?. Di hati Taufiq, sering persoalan itu menjadi soalan yang pertama yang difikirkannya. “Nila, aku akan pastikan kau kecapi bahagia yang kau mahukan nanti” sambil melihat Nila menjamah makanan itu, di hati Taufiq berkata-kata. Biarlah Allah yang akan menentukan segalanya. Yang Taufiq mahukan, adalah melihat Nila kembali pulih dari sakitnya itu. Taufiq yakin, suatu hari nanti, Taufiq akan berterus terang juga dengan Nila tentang niat sucinya yang telah sekian lama dia pendamkan. Cuma, Taufiq tidak mahu meluahkannya sekarang, kerana banyak perkara yang perlu Taufiq fikirkan tentang dirinya dan keluarganya sendiri.

“Nila, minggu depan, kampus dah mula beroperasi, Fiq kena pulau ke Penang. Selama Fiq tak ada nanti, Nila jaga diri baik-baik tau. Insya’allah, Kalau Nila nak keluar, Nila mesti keluar berteman tau. Nanti kalau Fiq ada masa, Fiq datang jumpa Nila tau. Janji Nila mesti makan ubat, jangan keluar sorang-sorang. Fiq nak Nila sihat tau.” Panjang lebar Taufiq cuba berpesan pada Nila.“Eh!...saya sakit ke?..” tak ada luka pun..hmmm..saya ok la awak…” Nila yang dalam keadaan yang tak berapa ingat itu, tiba-tiba menyelah di sebalik kata-kata Taufiq. Taufiq yang mendengar kata-kata Nila itu, terus terdiam dan berasa sebak sedikit dengan tingkah laku Nila sebentar tadi. “Awak….mengapa awak baik sangat dengan saya?..awak bawa saya pergi jalan-jalan, ramai orang kenal dengan saya, tapi saya tak kenalpun siapa mereka. Kawan-kawan awak ramai kan?.” Taufiq hanya diam seribu bahasa mendengar luahan kata-kata Nila yang sambil mengunyah mee dia bertanyakan itu dan ini pada Taufiq. Sekaligus Taufiq tak tahu bagaimana untuk Taufiq menerangkan pada Nila. Cuma dalam hati Taufiq hanya mampu berdoa agar Allah memulihkan kembali fikiran Nila yang telah hilang dek tragedi kemalangan itu.

“Nila, yang saya bawa awak berjumpa tu, semuanya kawan-kawan awak. Awak pernah bekerja di pasaraya tersebut. Ramai yang baik dengan awak, dan itu sebabnya ramai orang yang mengenali awak Nila.” Taufiq hanya mampu melontarkan jawapan spontan itu pada Nila. Selebihnya Taufiq tidak berdaya. Kerana rasa terkilan dan geram secara tiba-tiba hadir dalam dirinya, mengenangkan perbuatan Q pada Nila. Pilu hatinya melihat, orang yang duduk didepannya itu, boleh berubah jadi sedemikian rupa. Taufiq harap Q akan dapat balasan dari Allah nanti, dan berharap Qaidar akan berubah. “Nila, jom!” sambil tersenyum, Taufiq mengajak Nila senyum, lalu Nila pun berbalas senyuman itu. Di sepanjang perjalanannya untuk menghantar Nila ke rumah, Taufiq sekali sekala ada mengatakan bahawa “ Nila, nanti kalau saya tak ada, awak jangan keluar dengan orang yang awak tidak kenal tau, Bahaya…” setibaya di laluan kota raya, Taufiq terlihat satu bangunan di tepi jalan, iaitu, Kedai buku Pelbagai. Kemudian, Taufiq memperlahankan kenderaannya dan terus mencari tempat letak kereta.

Taufiq mengajak Nila keluar dan terus menuju ke kedai buku tersebut, Di salam kedai buku tersebut, Taufiq ada membelikan beberapa buku bacaan buat Nila. Nila memang suka membaca dan Taufiq tidak segan silu menghadiahkan buku-buku yang dipilih oleh Nila sendiri dan Taufiq terpegun dengan satu tajuk buku itu yang bertajuk “Izinkan Aku”, Taufiq cuba membaca sinopsi di belakang buku tersebut dan berminat dengan buku itu dan membelinya. Tetapi buku itu tidak diserahkan pada Nila. Mungkin untuk simpanannya sendiri. Dalam perjalanan pulang, Nila kelihatan diam saja, Taufiq tidak mahu berkata-kata, mungkin Nila penat berjalan hampir satu hari dengan Taufiq dengan keizinan Ayah dan Ibu Nila sendiri. “Nila, kita dah nak sampai ni”…Taufiq cuba menggerakkan bahu Nila yang tertidur di dalam kereta tadi. Sambil mengilap mata kanan dan kiri, Nila terus memandang wajah Taufiq. “Eh!...sorry…saya tertidur tadi….” Taufiq hanya tersenyum saja dengan tingkah laku Nila. Bila sampai saja di hadapan rumah Nila, Taufiq membukakan pintu kereta buat Nila, dan terlihat ayah dan ibu Nila sedang menunggu mereka pulang.

“Makcik, pakcik..terima kasih sebab izinkan saya bawa Nila bersiar-siar tadi, dan saya minta maaf sebab terlambat sedikit.” Terlihat ibu dan ayah Nila hanya tersenyum saja. Nila pula terus saja masuk tanpa berkata-kata apa pada Taufiq. Kadang-kadang terlihat rasa kecewa sedikit, tapi disebabkan Nila tidak berapa sihat, Taufiq tidak menghiraukan perasaan kecewanya itu dan terus tersenyum dalam hati saja. “Taufiq, masuk lah dulu…” ibu Nila menjemput Taufiq masuk, tapi Taufiq menolaknya baik-baik, kerana dia perlu pulang ke rumah pakciknya secepat mungkin untuk mengemas barang-barangnya untuk pulau ke Pulau Pinang. “Makcik, saya nak menyerahkan sesuatu barang ni untuk Nila, tapi boleh tak makcik simpannya dulu. Saya berharap bila Nila dah pulih nanti, boleh tak makcik serahkan barang ini padanya. Saya tak tahu, bila lagi saya akan datang berjumpa Nila, ada satu penggal untuk saya habiskan pembelajaran saya di kampus nanti. Insya’allah saya akan menghubungi makcik bila saya ada ruang dan waktu ye makcik. Dan Makcik, boleh tak berjanji dengan saya satu perkara?” ibunya yang dari tadi mendengar penjelasan Taufiq begitu hairan dan terus menganggukkan kepala tanda setuju untuk mendengar apa yang akan Taufiq katakanya.

“Makcik, sebenarnya, saya berhajat untuk melamar Nila, itupun kalau makcik dan pakcik setuju. Tapi buat masa sekarang ni saya tidak mahu mekcik ceritakan apa-apa pada Nila. Saya mahu Nila pulih dulu makcik, dan saya tidak mahu memaksa Nila dan makcik untuk menerima diri saya. Sebenarnya, selama saya mengenali Nila, saya banyak tertarik pada sikapnya yang ramah dan Nila seorang yang cerdik di sekolah. Makcik, saya minta maaf kerana dalam masa yang sama, saya meminati Nila, tapi saya tahu, Nila masih berkawan dengan Qaidar, jadi saya masih menghormati perhubungan mereka. Saya tidak mahu mengambil apa-apa kesempatan di sebalik perpisahan mereka makcik. Tapi, kalau diizinkan oleh Allah dan mendapat restu dari makcik, saya akan setia menunggu Nila pulih dan kalau saya dah tamat belajar nanti, saya ingin terus berkawan dengan Nila, dan malamar Nila..” ibu Nila hanya diam mendengar luahan yang baginya begitu iklas sekali dari bibir anak muda yang duduk berdepan dengannya itu. “Taufiq, makcik akan simpan rahsia ni dulu pada Nila, bila keadaan dah baik nanti, makcik akan ceritakan semua niat baik Taufiq tu.” Kemudian mereka membalas senyuman. Sedang Taufiq ingin berangkat pergi berlalu meninggalkan ibu Nila di pondok tetamu tersebut, Taufiq hampir terlupa untuk menyerahkan satu buku yang berupa Diari yang berwarna merah jambu,ibu Nila hanya mampu tersenyum saja, bila Taufiq menyerahkan diari itu padanya. “Makcik, serahkan sekali diari ni pada Nila ye, bila Nila dah mula pulih nanti. Terima kasih makcik.” Lalu Taufiq pun berlalu pergi meninggalkan kediaman Nila sambil di kejauhan terlihat ibu Nila masih berada di bahu jalan. Kemudian mereka membalas lambaian saja.

~~dikampung halaman Taufiq

Di kampung halaman Taufiq, ibunya ingin menjodohkannya dengan anak kenalan bapanya yang baru balik dari England, tetapi Taufiq tidak pernah mempunyai perasaan suka kepadanya. Hanya ingin mengenalinya tak lebih dari seorang kawan. Bagi Taufiq, di benak fikiranya, dia mahukan gadis seiras sikap Nila. Bila Taufiq mengenangkan kesemua kenangan bersama dengan Nila sewaktu di bangku sekolah lagi, membuatkan sedikit sebanyak mengurangkan rindunya pada Nila dan terus membuatkan Taufiq tersenyum. Baru minggu lepas menghubungi Nila di Kuala Lumpur. Menanyakan khabar Nila dan juga ibunya. Serta bertanyakan sendiri pada Ibu Nila tentang perubahan Nila. Jawapan di terimanya sama saja. Sehinggalah Taufiq tidak ada masa untuk menghubungi keluarga Nila lagi atas sebab, Taufiq betul-betul sibuk dengan pembelajaran akhirnya. Banyak perkara dan aktiviti yang harus di selesaikannya di kampus. Sedang Taufiq berkhayal mengingatkan Nila yang jauh di mata dan dekat di hati itu, tiba-tiba Bondanya menyergah Taufiq yang tanpa Taufiq sedar, ibunya menolak pintu biliknya yang tidak berapa rapat dan terus duduk di sisi anak tunggalnya itu.

“Fiq..boleh Bonda tanya sikit? macam mana keputusan Fiq?, setuju ke dengan cadangan bonda tu?” ibu Taufiq terus menanyakan hubungan antara Taufiq dan Fila, anak kenalan bapanya yang sama menuntut di Universiti di England dulu. Fila memang di lahirkan di sana, sewaktu ibu dan ayahnya melanjutkan perlajaran bersama-sama selepas hari perkahwinan mereka. Fila di lahirkan di England dan bila dia bersembang dengan Taufiq, ada sesetengah bahasa yang Fila gunakan Taufiq tidak memahaminya. Kadang-kadang, bila mereka berdua, Taufiq mesti mengajar Fila tentang bahasa IBONDA di Malaysia. Kadang-kadang membuatkan mereka ketawa bersama, bila Fila gugup untuk berbicara bahasa bonda tersebut. Itulah sebabnya, bila di pandangan keluarga Fila, melihat mereka berdua begitu mesra dan serasi, Ayah Fila teramat menyukai diri Taufiq yang sederhana itu.
“Bonda, bukan Taufiq tak mahu buat keputusan untuk bertunang dengan Fila, Taufiq belum bersedia Bonda, bagilah Taufiq berfikir lagi. Lagipun tahun ni kan tahun akhir Fiq Bonda.., jadi, biarlah Fiq habiskan kuliah Fiq dulu okey?, ..” Taufiq cuba menjelaskan kepada ibunya. Hanya hati dan perasaannya saja mengatakan bahawa, tak mungkin Fila adalah jodohnya. Sebab, Fila pun tak pernah menunjukkan apa-apa minat terhadap Taufiq, Cuma antara keluarga dengan keluarga saja. Bagi Taufiq, dia masih menunggu seseorang yang benar-benar telah membuka pintu hatinya tentang cinta iaitu Nila. Dan dalam masa yang sama, Taufiq tidak mahu, nanti ada orang berkata, Taufiq punca keretakkan cinta Nila dan Q. Biarlah masa dan waktu yang akan menentukan segalanya. Tak salah andai berusaha kearah kebaikkan. Itulah nada suara hati iklas Taufiq terhadap cintanya. Tapi masih kabur.

“Terpulang la Fiq!...Bonda tak mahu memaksa, mana yang baik Fiq fikirkan lah ok. Tapi Kalau Fiq dah ada jawapannya, bagi tau Bonda ye?”ibu Taufiq berlalu pergi sambil tersenyum pada anak tunggalnya itu. Taufiq hanya mengganggukkan kepala saja tanda setuju. Di fikiran Fiq, hanya memikirkan gadis pilihannya saja iaitu Nila dan bukannya Fila. Fila memang mempunyai pakej, cantik, berpelajaran dan pandai bergaul. Hormat pada orang tua. Tapi soal hati dan perasaan? Tidak boleh di paksa. “Aku akan berjumpa dengan Fila sendiri…hmmmm” itulah kata-katanya sendiri. Taufiq tidak mahu melukakan hati seorang gadis hanya kerana cintanya di tolak. Fiq tahu dan Fiq harapkan agar Fila boleh memahami perasaannya.

“Fila, apa yang bakal Fiq bagi tahu nanti, Fiq harap Fila boleh memahaminya dan dapat mempertimbangkan perasaan Fiq.” Fila yang dari tadi berasakan terpinga-pinga dengan kata-kata Fiq terus mengajukan soalan. “Huh?...kenapa ni Fiq!..ada apa-apa yang tak kena ke?” loghat Fila dalam bahasa Ibunda yang sudah hampir baik untuk di tuturkannya. Tapi loqhat Fila berbahasa England masih tetap ada. “Fila, tak tahu ke, keluarga kita nak kita bertunang?” di raut wajah Fila terang-terang terkejut dengan penjelasan Taufiq.” Huh?..mereka suruh kita bertunang? Ooo…no..no..” kemudian, Fila tertawa kecil mendengar kata-kata Taufiq itu. Taufiq berasa hairan, kenapa Fila tidak tahu semua rancangan keluarga mereka. “Look Taufiq!...I memang suka dengan awak..tapi we just friends!...tak lebih dari itu…” Taufiq yang dari tadi mendengar penjelasan Fila pun turut tersenyum. Di dalam hatinya mengucapkan kesyukuran tidak terhingga, bila Fila berterus terang dengannya. “Taufiq, you jangan risau, nanti I try talk to my daddy ok.”

Taufiq hanya tersenyum dan hanya mampu mengganggukkan kepala saja. Baiklah Fila, thanks, sebab you sudi mendengar ini semua.” Tak mengapa…its ok Taufiq!...” lalu mereka berdua tertawa bersama. Kemudian Taufiq menghantar Fila balik ke rumahnya. Di hadapan rumah Fila, tanpa mereka sedar, ibu Fila sedang memerhati mereka di tingkat atas rumah mewah mereka itu. Ibu Fila hanya mampu tersenyum saja, melihat gelagat mereka.
Malam itu, Fila cuba berterus terang dengan ibu dan ayahnya. Berhubung dengan perkara pertunangan Fila dan Taufiq. Fila banyak menjelaskan pada ayahnya tentang Taufiq dan Fila tidak setuju dengan cadangan kedua orang tuanya. Dengan rundingan yang damai, ibu dan ayah Fila angkur dengan keputusan Fila yang juga anak tunggal dalam keluarga Dato’ Al Bahrin dan Datin Zakiah. “Okey la Fila, if you think this is good for you, never minds and think about your study okey. Mummy dan daddy tak mahu paksa Fila buat keputusan. Cuma, Daddy dan Mummy suka lihat Taufiq. Dia rajin, dan handsome.” Kemudian mereka ketawa kecil anak beranak. “Mummy, Taufiq baik…tapi soal hati, kami tidak boleh dipaksa. Harap Mummy and Daddy faham okey…” lantas mereka terus menjamah makan malam bersama.

BAB 5 –

Terlihat Taufiq sudah hampir bersedia untuk penerimaan anugerah di kampusnya dan pengumuman pelajar terbaik kampus untuk tahun itu. Sekarang Taufiq cuma menunggu masa penyerahan sijil tamat pengajian di kampus tersebut. Ramai ibu bapa yang hadir di persidangan penutupan untuk tahun itu bagi tahun 2002. Taufiq berasa bersyukur kerana selama pengajian dia di situ, banyak ilmu yang begitu berguna yang dipelajari apalagi Taufiq adalah salah seorang siswazah yang mendapat kepujian dalam bidang perniagaan yang dia miliki. Nila juga minat dalam bidang perniagaan. Sewaktu di bangku sekolah menengah dahulu, Nila banyak berkongsi minat dengan Taufiq bercerita tentang hobi dan cita-cita masing-masing. Nila ingin manjadi seorang bisness women yang berjaya. Dan begitu juga dengan Taufiq, nak membuka satu syarikat yang berpontensi di Asia. Cita-cita mereka begitu besar. Itulah sebabnya Taufiq sedikit sebanyak merasakan tersentuh hati, bila mengenangkan impian dan cita-cita Nila terputus di tengah jalan. Tapi Taufiq bersyukur, sekurang-kurangnya Nila masih lagi diberikan peluang kehidupan untuk terus menghirup udara di dunia ini.

Selesai saja penutupan kuliah, Taufiq meminta izin dengan ibu dan ayahnya untuk melawat Nila di Kuala Lumpur. Dan mungkin Taufiq akan mengambil cuti beberapa minggu, duduk dengan pakciknya yang berada di Kuala Lumpur. Soal rancangannya selepas ini, akan di fikirkan nanti. Dalam beberapa bulan berganti bulan, kisah Nila, Taufiq telah menceritakan pada kedua orang tuanya segalanya. Ibu dan bapa Taufiq begitu bangga dan kagum dengan keiklasan serta kesetian Taufiq pada Nila. Dan Taufiq sering meminta agar ibunya dapat mendoakan kesihatan Nila baik seperti sediakala. Dan berjanji pada kedua orang tuanya akan membawa Nila berjumpa dengan mereka apabila semuanya menjadi baik belaka. Harapan Taufiq pada Nila, begitu tinggi. Kalau boleh, dia ingin Nila bersama memegang anugerah kecemerlangan pelajar paling cemerlang di kampusnya, agar Nila dapat merasakan yang dirinya juga berhak memegang anugerah itu. Itulah impian awal Taufiq pada Nila. Setiap sudut dan setiap minda Taufiq, hanya memikirkan Nila di kejauhan. Kadang-kadang kerinduannya pada Nila begitu menebal. Ingin sekali Taufiq menghubungi Ibu Nila tentang kedatangannya nanti, tapi Taufiq ingin membuat kejutan pada Nila dan keluarga Nila.

Dalam perjalanan yang sudah hampir tiba di rumah Pakciknya, Taufiq berhenti di suatu tempat di mana, Taufiq pernah berjalan-jalan bersama dengan Nila sewaktu zaman sekolah menengahnya dulu diikuti dengan kawan-kawan Nila juga ketika itu. Taufiq mencari tempat letak kereta dan dia melulu terus ke tempat yang ingin di tujuinya. “Wah!..masih ada lagi kedai ni…” di hati Taufiq berkata-kata dan tersenyum sendirian. Kemudian, Taufiq melangkah masuk kedalam kedai tersebut dan melihat sesuatu di meja kaca tersebut. Kedai Emas Sri Pinang. Ya…itulah tempat dimana, Nila dan kawan-kawanya yang lain suka kunjungi. Dahulu, mereka ke kedai tersebut, atas urusan kajian kerja yang menjadi pilihan kumpulan mereka. Begitu juga dengan tajuk kajian bagi Taufiq dan rakannya yang lain. Mereka memilih untuk memuat kajian tentang turun naik perniagaan dan harga pasaran semasa bagi kedai-kedai emas. Tenpat itu salah satunya yang menjadi pilihan mereka. Kerana, Pengurus di kedai itu, boleh bekerjasama dengan mereka. Sedang Nila habis mencatatkan segalanya, Nila terpegun dengan satu cincin batu merah yang di padangnya di peti kaca yang terletak hampir di sisinya. Masa itu, kawan-kawan Nila sedang sibuk mengambil keterangan, Nila tidak perasan yang Taufiq sedang sibuk memerhatinya dari belakang. Kemudian, Nila terus berlalu pergi dengan kawan-kawanya meninggalkan kedai tersebut.

~~cerita Taufiq~~

“Cik, boleh tengok yang ini tak?” Taufiq cuba meminta agar pekerja di kedai tersebut mengambilkan satu bentuk cincin yang sama macam yang pernah di lihatnya suatu ketika dulu. Lalu bila Taufiq dah memegang cincin tersebut, Taufiq tersenyum sendiri. Tapi difikirannya terfikir, ukuran jari Nila pula. Buntu seketika Taufiq petang itu. “Eh dek, sini sekejap.” Taufiq tanpa segan dan silu, memanggil seseorang yang seiras bentuk badan Nila dan mesti jarinya pun sama. “Dek, minta maaf ye, boleh sarungkan cincin ni sekejap tak, saya nak belikan untuk seseorang, tetapi tak ingat saiz dia.” Kemudian, gadis itupun mencuba cincin itu, dan dibukanya kembali dan di serahkan pada penjaga kedai tersebut. “Ermmm, saya nak yang ini,” kemudian, penjaga kedai itupun tanpa berlengah, terus membuat perkiraan, dan memberi harga yang baik pada pelanggannya. “Okey, terima kasih ye” lalu Taufiq dengan senyuman sambil melihat box cincin itu terus berjalan menuju ke arah keretanya.

Dengan hati yang lapang, Taufiq terus memandu kenderaannya menuju terus ke rumah Nila. Setibanya Taufiq sampai di laluan rumahnya, Taufiq melihat banyak khemah yang bebaris di depan halaman rumah Nila. Hanya di kejauhan, Taufiq melihat Nila berpakaian yang begitu cantik sekali. Hati Taufiq begitu berdebar-debar di petang itu. “Ya Allah….betul ke apa yang aku lihat ni??.…sesekali Taufiq semacam ingin menjerit memanggil Nila di kejauhan. Tapi Taufiq tidak berdaya. Sedang Taufiq ingin mengundurkan kenderaannya, tiba-tiba dia melihat Nila berlari ke arah keretanya, membuatkan Taufiq terhenti seketika. Airmata yang hampir mengalir di pipinya lekas-lekas Taufiq mengilapnya supaya tidak di nampak kesedihannya oleh Nila.

Di belakang Nila, ternampak seorang lelaki yang sama berpakaian dengan Nila. Kelihatan lelaki itu adalah Q!. “Ya Allah….betul ke ni, atau aku bermimpi sekarang…Oh!...tidak…. mengapa Nila tak menghubungi aku?. bukankah, aku ada menelepon ibunya, tapi satu perkara pun ibunya tidak beritahu pada aku tentang semuanya ini.” Secara tiba-tiba, airmata Fiq jatuh mengalir di pipinya. Tidak terdaya untuk Fiq berkata-kata lagi. Sesak dada Fiq bila melihat Nila bersama dengan Q. Seorang lelaki yang penuh dengan tipu helah. Setibanya Nila di tepi kereta Taufiq, Nila cuba menyuruh Fiq keluar dari kereta. Bila Fiq keluar dari kereta, dengan tidak semena-menanya Nila terus memeluk Taufiq dengan eratnya. Taufiq terpinga-pinga dengan perbuatan Nila itu. Nila menangis tanpa henti di dakapan Taufiq.

Q yang melihat situasi itu dan orang-orang yang datang bertandang ke hari perkahwinan Q dan Nila itu membuatkan ada yang berbisik-bisik bercerita tentang mereka. Q terhenti di tengah jalan untuk mendapatkan Nila yang laju berlari ke arah Taufiq. Taufiq hanya mampu memandang Q di kejauhan. Kemudian, perlahan-lahan, Taufiq memegang tangan Nila, dan di lihatnya kesan parut yang agak serius ada di dahinya. Tapi Taufiq tidak mampu berkata-kata. Hanya yang dia tahu rindu yang teramat sekali pada Nila kerana hampir setahun Taufiq tidak datang berjumpa dengan Nila, dan bila sekarang Taufiq berjumpa dengan Nila, ini yang akan di hadapnya.

“Taufiq.., jangan tinggalkan Nila lagi. Nila sayang dan cintakan Taufiq. Sekarang baru Nila tahu, siapa yang berhak duduk di hati Nila. Taufiq, puas Nila tanya dengan kawan-kawan Nila tentang Taufiq. Ibu Nila banyak bercerita tentang Taufiq semasa Nila mula ingin mengingati sesuatu. Tetapi Nila gagal menghubungi Taufiq.” Nila berterus terang dengan Taufiq dalam tangisan dan berdepan bertentangan mata dengan Taufiq. Hanya yang mengerti yang melihat situasi itu saja yang dapat menundukkan kepala mereka termasuk ibu dan ayah Nila. Kedua orang tua Nila tidak dapat memberitahu kepada Taufiq, bahawa keputusan yang di buat adalah tepat dan benar untuk anak gadis mereka. Sekian lama Taufiq tidak datang bertandang ke rumah Nila, masa itu Q mengambil kesempatan merapatkan dirinya kembali pada Nila yang masih tidak baik kesihatannya seratus peratus. Sehinggakan suatu hari, untuk mendapatkan Nila, Q berbohong pada kedua orang tua Nila.


~~mengimbau kisah Nila yang dalam tidak sihat lagi~~

“Hai Nila?..” seorang lelaki berdiri di hadapan Nila yang masih terpinga-pinga dengan kehadiran lelaki tersebut. Nila hairan, selain Taufiq, macam mana lelaki ini mengenalinya. “Huh!..awak kenal saya?, dan macam mana awak boleh masuk ke rumah saya?”. Lantas lelaki tersebut hanya mampu tersenyum, dan sekali sekala, mengililingi Nila yang tengah sibuk bersantai di ruang legar di pondok di hadapan rumahnya. “Hmmm…Nila, awak tak kenal saya?,” Nila hanya menggelengkan kepala saja dan terus focus dengan buku-buku bacaanya yang diberikan oleh Taufiq. Terlihat Q mengjenguk-jenguk ke arah Nila yang sedang sibuk membaca buku dan tidak mengendahkan ‘lelaki’ tersebut. Q terlihat di atas meja tempat Nila membaca itu, penuh dengan nama Taufiq. Sehinggakan membuatkan Q berasa dirinya tercabar dengan tulisan yang tercatit nama Taufiq.

“Hmmm…Nila, siapa Taufiq ni?” Q cuba ingin mengenalinya.Walhal, Qaidar tahu siapa Taufiq itu. Sengaja ditanyakan pada Nila. “Oh!..ini kekasih Nila..” dengan senyuman yang memanjang, Nila membalas soalan dari Q dan terus membaca buku itu. Nila memang suka menghabiskan masanya membaca buku-buku, yang pernah dibelikan oleh Taufiq sewaktu mereka sama-sama keluar dan akhir Nila menemui Taufiq, bila Nila sudah hampir sihat dari kesihatannya. Tetapi ingatannya tetap tidak mengingatkan apa-apa yang terjadi sebelumnya. “Nila, awak tak kenal saya?, saya Q!” terdengar suara Q begitu meninggi bila Nila tidak mengendahkan kedatangannya. Terus membuatkan keegoaan dan kemarahan yang sentiasa ada di dalam diri Q terus membuak-buak pada kata-kata Nila yang dari tadi asyik bercerita tentang Taufiq. “Taufiq!..aku tak akan lepaskan Nila ke tangan kau!” di hati kecil Q terus berkata-kata.

Sedang Nila sibuk menyusun buku-buku di hadapannya, tiba-tiba Q merampas buku-buku tersebut didakapan Nila, sehinggakan Nila bergelut kecil dengan Q di ruang legar rumahnya. Ibunya yang kebetulan lalu di ruang tamu rumah mereka, terus berlari keluar rumah untuk melihat apa yang sedang berlaku. “Qaidar!..apa yang kau buat dengan Nila?!” ibu Nila terus menjerit menyebut nama Q, tetapi, Q seolah-olah telah di rasuk syaitan dan terus merampas buku-buku itu. Lantas, tanpa menghiraukan jeritan ibu dan juga Nila, Q terus membuang buku tersebut kelongkang dan dengan cepatnya Q mengeluarkan lighter dan terus mencucuh pada bucu-bucu buku tersebut. Sehinggakan Nila menanggis tanpa henti. Bila Nila melihat buku-bukunya hampir menjadi abu, Nila terus pergi kea rah Q dan terus menampar wajahnya sekuat yang mungkin. Dengan tamparan yang bagaikan petir buat Q, tidak semena-mena, Nila di tolaknya tanpa ada perasaan kasihan, Nila terus terjatuh dan terhantuk kepalanya ke bucu batu yang terletak di perkarangan pondok tersebut. Ibunya menjerit dan menangis tidak henti-henti melihat banyak darah keluar di kepala Nila.

Bila melihat keadaan ibunya dan terus melihat situasi Nila begitu, tanpa berlenggah-lenggah, Q terus mendukung Nila dan berlari masuk ke dalam keretanya dan diikuti ibunya sekali dan terus memandu ke arah Hospital yang berdekatan. “Qaidar!, apa yang kau dah buat pada anak makcik ni?...Ya Allah….” Ibu Nila yang dari tadi asyik memanggil nama Nila berkali-kali terus menyalahkan Q yang menjadi punca ini semua. Q hanya mampu diam seribu bahasa dan tidak mampu untuk berkata-kata. Sesekali hanya maaf saja yang di ungkapkan dan dengan dirinya yang rasa begitu bersalah, terus dia mengangkat Nila dan memasukkannya dalam kereta dan diikuti ibunya sekali. Setibanya Q di perkarangan Hospital, bahagian kecemasan, Q terus mendukung Nila dalam dakapan dan terus berlari mendapatkan bantuan kecemasan. Kakitangan yang bertugas di bahagian unit kecemasan tersebut, terus membantu dan Nila di tolak ke bilik rawatan tersebut.

Di luar bilik kecemasan itu sekali lagi, Q melihat Nila sedang di rawat. Terlihat ibu Nila kerap kali mundar mandir di ruang lalu hospital tersebut. Hanya pandangan kasar yang ibu Nila lontarkan di raut wajah Nila. “Makcik tak akan maafkan kau andai terjadi yang tidak diingini pada Nila!” hanya itu saja yang mampu ibu Nila bisikkan di telingan Qaidar, sewaktu Qaidar duduk menunggu doctor keluar. Sejurus kemudian, terlihat ayah Nila pun tiba, dan bila mendengar penjelasan yang mungkin di sembunyikan oleh ibu Nila kenapa semua ini berlaku, membuatkan Q berani berterus terang dengan kedua orang tuanya. Hanya ibu Nila dan Nila saja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Terlihat ibu Nila meminjam talipon suaminya yang mungkin ingin menghubungi seseorang. Tetapi kelihatan di raut wajah ibu Nila hampa. Lantas, di pulangnya kembali talipon suaminya itu. Sedang mereka menunggu keputusan dari doctor, Q cuba merapatkan diri pada kedua orang tua Nila.

Sungguhpun Ibu dan Ayah Nila memang tidak sudi bersembang lagi dengan Qaidar, tetapi bila Q menerangkan sesuatu perkara kepada kedua orang tua Nila, sekali itu membuatkan Ayah dan Ibu Nila benar-benar terperanjat dengan penjelasan Q tadi.
“Pakcik…makcik, saya minta maaf dengan apa yang telah berlaku. Saya tahu semua ini berpunca dari saya. Pakcik, makcik, ada seperkara saya nak bagi tahu pada makcik dan pakcik, sebenarnya sewaktu kami berkawan dulu, saya pernah meniduri Nila…dan….” Belum sempat Q untuk berkata-kata, dan meneruskan kata-katanya, Ayah Nila yang tidak mahu mendengar kata-kata itu, terus melenting memarahi Q dan melihat situasi tu, orang yang lalu lalang di bahu jalanan tersebut terus memandang pada Q dan ayah Nila. Ibu Nila cuba mendamaikan situasi tersebut. Sesekali terlihat Ayah Nila memegang dadanya dan bila semua apa yang di luahkan keluar pada Q, Ayah Nila terus di tenangkan ibu Nila.
“Kau memang lelaki yang tak berguna Qaidar!, dalam situasi macam ini, kau boleh menfitnah lagi Nila?!, manusia jenis apa kau ni?..” Ayah Nila terus memarahi Qaidar. Dan meminta agar Q meninggalkan hospital tersebut, dan memberi amaran agar tidak datang lagi menemui Nila. Bila keadaan menjadi tenang kembali, terlihat Ibu Nila terus pergi kepada Qaidar dan menyuruh Q pulang saja dan meninggalkan perkarangan hospital tersebut. Itu adalah permintaan Ayah Nila. Tanpa berlengah-lengah sekali lagi Q di halau untuk menjenguk Nila di hospital. Perasaan marahnya masih lagi serap dalam dirinya.

“Huh!..aku tak akan biarkan Taufiq memiliki Nila!”..sambil berlalu, hati busuknya berkata-kata sendiri. Selang beberapa minggu Nila di Hospital, selama itu juga ibu Nila tidak berputus asa menghubungi Taufiq untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada Nila. Setelah berkali-kali Ibu Nila tidak dapat menghubungi Taufiq, ibu Nila telah mengalah dan tidak lagi menghubungi Taufiq, pernah juga, ibu Nila membelek-belek satu persatu senarai panggilan masuk yang pernah Taufiq menghubungi Nila dulu dengan talipon Nila, tapi harapan itu juga hampa. Nak bertanyakan pada Nila, tidak terdaya melihat keadaan Nila begitu. Tiap kali, bila ibu Nila datang melawat Nila di hospital, tiap kali itulah juga, Ibunya akan bercerita tentang Taufiq di telinga Nila. Ibu Nila hanya mahu menharapkan Nila sedar dari komanya itu. Banyak yang ibunya bercerita tentang Taufiq pada Nila. Ibunya juga akan berjanji pada Nila, akan menceritakan lagi cerita tentang Taufiq bila Nila sedar nanti. Dan itulah juga harapan Taufiq pada Nila. Bukan Taufiq tidak mahu menceritakan tentang perasaannya pada Nila, tapi semuanya itu bagi Taufiq tidak penting, yang penting Taufiq nak melihat Nila kembali ceria dan masa itu, Tufia akan meluahkan segalanya dan akan melamarnya sebagai permaisuri hatinya.

Sewaktu Nila tidak mengingati apa-apa dulu, Taufiq banyak meluahkan perasaan terpendamnya pada ibu Nila dari awal perkenalan sehinggalah Taufiq di terima dalam ahli keluarga Nila sendiri. Ayah Nila, begitu kagum melihat anak muda yang penuh dengan cita-cita dan sesekali Ayah Nila memandang Taufiq penuh dengan kasih sayang. Setiap bicara yang di lontarkan penuh dengan makna. Pernah sesekali Taufiq membawa bonda dan ayahdanya berkunjung ke rumah Nila untuk merapatkan lagi hubungan mereka. Tapi bagi Taufiq untuk memperisterikan Nila, agak begitu awal, kerana, Taufiq ingin menhabiskan kuliahnya dulu dan barulah Nila ingin dirantainya menjadi permaisuri hatinya. Tapi itu semua di luahkan pada bonda dan ibu Nila sendiri. Banyak cerita suka dan duka Taufiq ibu Nila ceritakan sewaktu Nila masih lagi koma. Ibu Nila tidak akan berputus asa dengan usahanya itu. Selebihnya ibu Nila serahkan pada Allah, agar anaknya cepat baik dan kembali senyum seperti hari-hari yang biasa. Kadang-kadang hati ibu tidak siapa yang akan tahu. Menangis, menjerit dan meraung dalam hati yang mampu ibunya tonjolkan pada anak tunggalnya itu. “Ya Allah…apalah salahku dan silapnya dalam didikkan ku Ya Allah, sehinggakan ini yang anakku terima Ya Tuhanku…” itulah kata-kata dalam hati Ibu Nila yang sering di ungkapkan dalam benak hati kecilnya. Tangisan dan airmata yang berlinangan di pipi Ibunya itu tidak pernah kering membasahi pipinya.

Keesokkan harinya adalah hari ke sepuluh Nila berada di wad tersebut. Sewaktu Ibu Nila sedang sibuk mengilap muka dan lengan Nila, untuk bersiap-siap pulang ke rumah, memandangkan kesihatan Nila semakin baik. Ayah Nila yang kelihatan lesu yang mungkin fikiran yang berkecamuk menyentuh hati dan nalurinya terus ingin membuat keputusan agar membuat laporan polis tentang apa yang telah berlaku. Bukan di sebabkan Nila di tolak oleh Q, tetapi untuk mengadu tentang maksud Q yang telah meragut maruah anak tunggalnya dulu. “Saya mesti buat laporan tentang itu Salmah!..saya malu, saya malu…saya tak sangka, Qaidar sanggup meniduri Nila.!” Kita mengenali Qaidar dari mereka sama sama bersekolah sewaktu kecil dulu, tapi mengapa Qaidar sanggup memalukan kita!.” Kemarahan yang siangnya tadi belum reda, Ayah Nila terus meluahkan kata-kata kesalnya pada Qaidal. Terlihat Nila memandang-mandang ke arah Ayahnya yang sesekali mengusap rambut anak tunggalnya itu. Sedang ibu dan Ayah Nila bercerita tentang Q, mereka tidak menyedari yang Qaidar mendengar kata-kata mereka itu, di sebalik jendela sebelah katil, kemungkinan datang ingin melawat Nila. Walaupun telah di larang oleh ayah Nila, tetapi Q tetap ingin mengjenguk Nila juga. Mungkin kerana rasa bersalah yang sebelum ini, telah banyak menghatui fikiran Q dan sekaligus Q banyak mencetuskan ramai perasaan marah di kalangan orang-orang yang mengenalinya. Ada yang mengatakan bahawa Q telah ‘Gila’. Gila dengan perbuatan sendiri.

Banyak kawan-kawan yang rapat dengan Q, telah banyak menjauhkan diri mereka, atas sebab sikap yang keterlaluan Q yang telah menghancurkan masa depan Nila. Itulah sebabnya Q berusaha walau cara macam mana sekalipun dia akan lakukan hanya semata-mata untuk mendapatkan Nila. Masih lagi terngiang-ngiang di telinga Q sewaktu Nila mendengar keterangan dari adik angkatnya tentang hubungan sulit antara mereka, yang terakhir dilafazkan oleh Nila, “Aku tak akan maafkan kau!” yang bermaksud pada Q. Lantas dengan perasaan yang marah, Nila terus berlari meninggalkan kawasan tersebut dan terus terjadi tragedi pertama dalam hidup Nila. Dan kini, telah berkali-kali Q menghancurkan kehidupan Nila, sehinggakan Nila lupa siapa dirinya yang sebenar. Itulah hakikat yang Q terpaksa terima. Q seumpama sudah hilang haluan dan cara begini saja yang terpaksa Q lakukan untuk mendapatkan Nila dan harapannya agar Nila dapat memaafkan kesilapannya yang lampau.

“Pakcik..makcik!, saya merayu, janganlah buat report polis pakcik..” Q terus merayu dan terlihat ayah dan ibu Nila terkejut dengan kedatangan yang tanpa di undang di petang itu. “Saya sanggup kawin dengan Nila Pakcik!” Q terus membuka langkah fikiran yang licik untuk mendapatkan Nila walau cara macam mana sekalipun. Terus hati kecil Q tertawa-tawa melihat telatah ibu dan Ayah Nila yang masih terpinga-pinga dengan penjelasan Q tadi. Tanpa memikirkan banyak perkara, sebelum di ketahui ramai orang, terlihat Ayah Nila, terduduk dan terdiam seketika, lalu mempersetujui dan mengikut kemahuan Q untuk menikahi Nila.

Terlihat Nila semacam terpinga-pinga melihat situasi tersebut. Kadang-kadang melihat Nila mengurut kepalanya dan tengah ayah dan Q berbincang mengenai perkara itu dan ini, Nila kelihatan terhuyung-hayang lalu terbaring terus ke pangkuan ibunya. “Nila!...terus ayahnya mendapatkan Nila yang pengsan seketika. Nurse yang bertugas petang itu, dipanggil untuk melihat keadaan Nila. Q yang terlihat berada di dalam bilik tersebut, di suruh keluar oleh ibu Nila dengan suara yang agak kasar. Lantas, Q terus keluar meninggalkan bilik tersebut. Q hanya di benarkan menunggu di luar kamar tersebut.
Setelah sejam Q menunggu di luar bilik tersebut, terlihat ibu Nila keluar dan mengilapkan airmatanya kiri dan kanan. Mungkin perasaan sebak yang teramat sangat yang menghantui fikiran seorang ibu, bila melihat anak yang dulunya ceria, kini berubah hanya di sebabkan oleh seorang ‘lelaki’. Kadang-kadang di hati kecil si ibu ini, pernah berkata, “Adilkah ini Ya Allah….” Mungkin bermaksud pada Nila. Di dalam bilik di mana Nila baring, terlihat hanya Ayah Nila saja yang mendengar penjelasan dari doctor yang merawat Nila.

“Qaidar!, kau jangan fikir, apa yang kau buat pada Nila ni, akan dapat Nila maafkan, walaupun sekali, pakcik akan merestui hubungan pernikahan kalian, tapi makcik yakin, Nila tidak akan maafkan kau!” kemarahan kecil yang diluahkan ibu Nila tadi, membuatkan Q terdiam seribu bahasa. “Makcik..saya tahu saya bersalah, cara ini saja saya dapat menebus kesilapan saya pada Nila makcik. Bagilah saya peluang makcik.” Lantas, ibu Nila malas untuk mendengar penjelasan Q, dan terus masuk kembali melihat anak kesayangannya itu.“Nila…bangunlah sayang…ibu sayang sangat dengan Nila, ibu nak Nila ceria sayang..” Ayah Nila, terus memujuk isterinya yang dari tadi kerap menangis melihat situasi Nila begitu. Sedang ibu dan ayah Nila meratapi wajah Nila, tiba suara sayu-sayu Nila kedengaran. “bu….bu…..” terus ibu Nila bangun dan ayahnya pun cuba mendengar suara anaknya itu yang sekian lama dirinduinya itu untuk memanggil ‘ibu’. Lantas, dengan cepat, sekali lagi ayah Nila memanggil doctor yang masih ada di kaunter luar dan berlari masuk untuk memeriksa keadaan Nila. Q yang terlihat terpadang sana dan sini, menjadi gelisah dan sesekali memegangkan kepala dan duduk dan bangun saja yang mampu dilakukannya.

Sedang Nila di rawat, doctor meminta pembantunya mengaturkan alat pemeriksaan di kepala. Setelah selesai Nila dirawat menggunakan mesin bantuan khas untuk pesakit khas yang di hidapi seperti Nila, dan dari hasil penelitian doctor tersebut, menjelaskan bahawa terdapat perubahan sedikit di saraf pemikiran Nila. Kemudian, ayah dan ibu Nila pandang memandang, dan terus ayahnya bertanyakan pada doctor tersebut, adakah anaknya akan pulih?. Doctor yang bertugas itu hanya tersenyum sikit. “Encik, untuk memulihkan ingatan pesakit ini, kami usahakan melalui unit psikologi dan urusan tersebut, akan di uruskan. Tapi kami yakin, dengan kasih dan sayang kalian, pesakit akan cuba mengingati satu persatu siapa dirinya. Jangan sisihkan pesakit dan cuba bercerita sesuatu perkara agar dia sentiasa gembira. Dan paling baik, saya nasihatkan agar pesakit di bawa bercuti supaya dia kan perlahan-lahan mengingati kembali sejarah silamnya.” Bila mendengar penjelasan doctor tersebut, di bibir si ibu dan ayah, hanya mampu mengukirkan senyuman tanda kesyukuran pada Allah s.w.t. Doktor memberikan kepercayaan bahawa anaknya hampir pulih dari sakitnya itu.

~~di rumah - Nila sudah sihat~~

“Nila, buat apa tu?”
“ibu….hmmm Nila tengah tengok buku-buku ni bu,macam Nila pernah baca buku-buku ni.” Ibu Nila Cuma tersenyum melihat Nila cuba ingin memikirkan sesuatu.
“Taufiq…..hmm…Taufiq mana ni bu? Banyak Nila tengok di tepi buku-buku ni semuanya nama-nama Taufiq..” Nila cuba ingin tahu juga. Kemudian bila si ibu melihat anak kesayangannya itu bermain-main dengan soalan demi soalan, terus ibunya berterus terang pada Nila, dan itulah juga janji ibunya bila Nila pulih nanti.
“Nila, Tulisan-tulisan ni, semua Nila yang coretkan. Nila tahu, semasa Nila sakit dulu, Taufiq ni selalu datang melawat Nila tau. Dia banyak bawa Nila berjalan-jalan, dan dia banyak kenalkan dirinya pada Nila. Tapi Nila masih tak mengenalinya. Nila masih simpan lagi gambar kawan-kawan Nila kan?” lantas, dengan secepatnya Nila terus membuka laci dan terdapat album lama di dalamnya.

Kemudian, satu persatu ibunya menerangkan siapa yang ada di dalam album tersebut. Kadang-kadang terlihat Nila tersenyum. Bila helaian demi helaian album itu di selak, tiba-tiba terhenti Nila dan terus memandang seseorang yang ada di dalam gambar tersebut. Nila melihat, gambar Taufiq dan Qaidar. Di samping gambar Q dan Taufiq itu, terlihat Nila dan kawan-kawannya yang lain turut berada di kiri dan kanan. “Bu…ni siapa?”…Nila terus bertanyakan pada ibunya. “Inilah Nila….cantikkan Nila masa sekolah dulu?...yang ini Taufiq, Qaidar, Ayu, Ika, Sofea dan Yan.. Ini semua kawan-kawan Nila. yang begitu rapat dengan Nila.

“Taufiq!?..Qaidar?!...” Nila mengerutkan dahinya seketika… “Qaidar!..Q?.... bu!....ni Q kan?, Nila benci dengan dia bu….Nila benci…..” terlihat berkaca-kaca di kelopak mata Nila bila sedikit sebanyak mengingati siapa dia sebenarnya. “Nila….sabar ye sayang..ibu faham perasaan Nila. Tak mahu la Nila macam ni okey….” Ibu Nila cuba memujuk Nila yang terus menangis di pelukkan ibunya itu. “Ibu harap, Nila jangan salahkan diri Nila okey. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Nila nak kena yakin dengan apa yang Allah dah tentukan pada kita ye sayang..” ibu Nila terus memujuk anak kesayangannya itu. Lantas, Nila hanya mampu angkur dan pasrah. Dihatinya berharap dia tidak akan menemui lagi lelaki tu, kerana dia, punah segalanya apa yang di cita-citakannya. Sedar dan tak sedar Nila, lelaki yang dibencinya itulah yang banyak melawatnya sewaktu sakit tapi hanya dikejauhan saja, dan pernah bersembang bersama juga sewaktu kali ke-2 Nila di timpa musibah atas perbuatan Qaidar juga. Hanya ibu Nila saja yang tidak mahu menceritakan pada Nila, Qaidar sering mengganggu hidupnya dan menjadikannya pelupa sekian lama. Hati ibunya benar-benar terluka, apatah lagi nanti bila Nila tahu, Qaidar banyak menyakitkan Nila dari segi fizikal dan mental. Ibu Nila sengaja tidak mahu memberitahu, kerana tidak mahu anaknya sakit kembali. Biarlah ibunya simpan saja rahsia itu semata-mata untuk kebaikkan Nila juga.

“Nila, kenal tak siapa ni?....” ibu Nila cuba ingin menghiburkan kembali perasaan Nila, yang dari tadi memeluk erat pada ibunya. “hmmm…ni Taufiq..yee…Taufiq!...tapi bu, kami dah lama kami tak berjumpa lepas dia dapat tahu, Nila ingin kembali semula pada Qaidar, dia terus tak datang berjumpa dengan Nila bu…” Nila cuba mengingati kisah itu, yang sudah tentunya ibunya turut tahu kedatangan Taufiq sewaktu Nila di timpa kemalangan dulu. Ingat dan tidak saja Nila bila bercerita pada ibunya. Tapi itu semua ibunya dengar saja, yang penting ibunya ingin Nila pulih seratus peratus dan mengenal kembali siapa dirinya. Begitu juga kawan-kawannya yang tak putus-putus berkunjung datang dari jauh, hanya semata-mata ingin berjumpa dengan sahabat mereka. Banyak kata-kata semangat yang diberikan oleh kawan-kawan Nila sewaktu Nila sakit, cuma kelihatan Nila hanya memandang remeh, yang mungkin tidak langsung mengingati siapa mereka-mereka yang ramai berkunjung datang melawatnya. Hanya airmata pilu yang mampu kawan-kawannya alirkan bila setiap kali mereka berjumpa, pasti mereka memperkenalkan diri masing-masing, tapi sedikitpun tidak menampakkan kesungguhan pada raut wajah Nila. Apapun, kawan-kawan Nila seorang pun tidak berkecil hati dengan apa yang mereka rasakan. Sebagai teman dan sahabat, mereka perlu banyak bagi Nila semangat dan ruang untuk Nila mengingati zaman kegembiraan mereka semua.

“Bu…mana Taufiq?..” dalam diam yang agak lama dipelukkan ibunya, Nila tiba-tiba terkenangkan Taufiq. “hmmm..Nila, ibu sendiri tidak tahu dimana Taufiq sekarang. Akhir dia datang melawat Nila, sewaktu Nila dah hampir sihat. Dia banyak menghabiskan masa bersama dengan Nila masa cuti penggal pertama kuliahnya. Dia gembira sangat bila dapat berjumpa dengan Nila. Dia ada cerita dengan ibu, Nila cerdik di sekolah. Ramai cikgu-cikgu dan rakan-rakan sebaya dengan Nila, kagum dengan pencapaian Nila disekolah. Dan…..” tiba-tiba ibu Nila diam, terlihat dikelopak mata ibunya airmata yang bertakung hanya menunggu untuk mengalir sahaja.
“Bu…kenapa bu….kenapa ibu diam, apa jadi selepas tub u?...cerita lah bu, Nila nak dengar. Sambil menolak sedikit bahu Nila, ibu Nila berjalan menuju ke satu arah. Didalam almari Nila, terdapat satu buku yang berwarna mirah jambu. Lalu ibu Nila mengambilnya yang telah sekian lama ibunya simpan, hanya semata-mata memegang amanah dari Taufiq, yang meminta agar bila Nila telah pulih dari ingatannya, Taufiq meminta agar ibunya serahkan buku ini pada Nila. Sambil ibunya memegang buku tersebut, ibunya juga bercerita tentang hajat Taufiq pada Nila. Terlihata Nila terus mengalirkan airmata. Lantas buku yang bersederhana kecil berwarna merah jambu, dan terlihat dihadapan buku itu, gambar mereka berdua sewaktu Nila masih sakit dan sebelah gambar tersebut, terlekat satu bentuk hati, yang satu di bulatkan dan satu lagi gambar hati, terikat dengan tali yang berwarna putih. Dan dibawah gambar mereka, ada ternohtah, satu tulisan yang tertulis “Aku gembira melihat kamu ceria dan kembali sihat”.. sekaligus bila Nila membelek-belek muka depan buku itu, airmatanya terus mengalir.

Mengenang kembali hubungannya dengan Qaidar sewaktu mereka mula-mula menjalinkan hubungan cinta. Hanya kata-kata dan janji yang terpatri dihati masing-masing yang mengukuhkan hubungan Nila dan Qaidar. Tetapi, semuanya berubah, bila Qaidar melangkah ke sekolah lain. Ada jugalah sewaktu Nila dan Qaidar menjadi pasangan kekasih, mereka banyak membeli barang kesukaan mereka saja. Kadang-kadang barang Qaidar akan di berikan pada Nila, dan begitu juga Nila. Tapi selepas hubungan mereka dipertengahan di ganggu oleh orang ke tiga, Nila bertekat memulangkan kesemua barangan Qaidar dan semua surat-surat yang pernah dikirimkan Qaidar, Nila pulangkan kembali dan di isikannya dalam kotak. Baginya, segalanya telah musnah dan Qaidar mengkianati cinta sucinya dari awal Nila menjaganya sehinggalah hati yang terlalu pedih dan sedih dengan hubungan mereka yang penuh dengan pembohongan dan tidak ada kejujuran yang kekal dari Qaidar. Semuanya di sebabkan oleh orang ketiga. Selama hubunganya dengan Qaidar, Nila banyak mengalah dari soal hati. Setiap apa yang Qaidar buat padanya, Nila mudah memaafkanya tanpa pengetahuan Nila. Itu semua Nila sematkan dalam hatinya. Yang Nila tahu, andai suatu waktu nanti, benar mereka tidak ada jodoh, Nila kena pasrah dan redha. Mungkin Allah menyanyanginya dan menurunkan dugaan yang awal tentang perasaan. Nila tidak pernah putus berdoa pada Allah, agar dia diberikan petunjuk agar cinta yang disemai adakah di restui oleh-NYA atau sebaliknya. Nila akur, andai suatu waktu nanti, Nila akan temui juga detik perpisahan antara dia dan Qaidar. Semestinya dari awal Nila dah bersedia dengan semua ketentuan dari Allah.

Segalanya telah Allah petunjukkan padanya, dan Allah telah berikannya dugaan yang sedemikian rupa yang Nila sendiri tidak tahu mengapa Allah masih mahu memberikannya nafas untuk terus hidup di bumi yang dulu baginya penuh dengan dusta. Tapi bila mendapat kata-kata nasihat dari ibu dan ayah tercinta, Nila dapat menerima takdirnya begitu dan masih banyak lagi perkara yang harus Nila selesaikan. Tapi Nila sendiri masih tercari-cari. Dan hanya pada Allah sekali lagi Nila mengadukan duka di hati.
Perlahan-lahan Nila membuka helaian kertas di dalam buku yang berwarna merah jambu. Nil abaca satu persatu dan ketika itu makin berderai-derai airmatanya jatuh sehingga terkena di barisan tulisan yang penuh dengan harapan dari seseorang. Bila helaian demi helaian yang telah Nila baca, terpukau seketika Nila pada satu ayat yang membuatkannya tiba-tiba memeluk buku tersebut sambil menangis dan terus menangis. Ibunya yang dari tadi asyik melihat keadaan Nila begitu, terus memeluk erat anaknya itu, tidak mampu hati seorang ibu melihat deritanya hati anak tunggalnya itu. Kini usia Nila telah mencecah 23 tahun. Sedar dan tidak sedar, sebenarnya hari itu juga adalah hari kelahirannya. Sekali lagi Nila membaca sebaris ayat yang penuh membuatkan hati Nila sebak dan bercampur gembira bila membacanya. Dan Nila terus membaca, dilebaran akhir. Sekali lagi airmatanya mencurah-curah jatuh.

“Nila, maafkan Taufiq selama Taufiq mengenali Nila, Taufiq tidak tahu mengapa harus Taufiq menunggu Nila, walaupun Taufiq tahu, dihati Nila hanya ada Qaidar, tapi cukuplah sekadar Taufiq dapat merasakan kebahagian Nila bersama Qaidar. Taufiq tahu, mungkin Taufiq tidak akan dapat memiliki diri Nila, tapi Taufiq berjanji dengan diri Taufiq sendiri, akan menunggu Nila sehingga Nila benar-benar menerima Taufiq dalam hidup Nila.
“Terkadang Taufiq terfikir sendiri, mengapa hanya Nila saja yang Taufiq mahukan, sehinggakan Nila tahu, ramai gadis-gadis yang cantik dan baik di tempat Taufiq belajar, tapi sedikitpun Taufiq tidak merasakan satu keajaiban perasaan ingin mengenali dan menyukai mereka. Bila Taufiq melihat mereka, secara tidak sengaja, ingatan Taufiq terus kepada Nila. Dan masuk cuti penggal pertama, Taufiq dapat kebenaran oleh ibu dan ayah Taufiq, untuk balik KL. Nila tahu, hati yang gembira sangat dan tak sabar untuk menemui Nila. Kadang-kadang Taufiq terfikir, adakah Nila ingin berjumpa dengan Taufiq dan Taufiq tidak mahu, nanti orang kata Taufiq mengganggu hubungan Nila dan Qaidar.
“Nila tahu, masa itu, Taufiq terus membekukan hati untuk balik KL, hanya semata-mata Taufiq tidak mahu menyentuh perasaan Nila dan membuatkan Nila menjadi serba salah dengan kedatangan Taufiq. Hanya pada bonda Taufiq luahkan, dan Taufiq tidak pernah membohongi diri dan perasaan Taufiq pada bonda. Taufiq minta pandangan bonda, dan bila bonda banyak memberikan kata-kata semangat, Taufiq bangun dengan senyuman, dan terus masuk kebilik dan mengemas-ngemas pakaian untuk balik juga ke KL. Macam biasalah, Taufiq kalau balik ke KL, duduk dengan pakngah Taufiq. Nila tahu kan?..

“Bila Taufia sampai ke KL, dan sehari Taufiq di rumah Pakcik, keesokkannya Taufiq berhajat ke rumah Nila. Itupun Taufiq ingat-ingat lupa rumah Nila. Tapi bila Taufiq melalui satu jalan, terus Taufiq ingat kembali jalan ke rumah Nila. Taufiq berasa bersyukur, kerana Allah permudahkan urusan Taufiq. Setibanya Taufiq sampai di rumah Nila, Taufiq terus memberi salam. Dan ibu Nila yang keluar. Bila Taufiq di jemput masuk, Taufiq duduk dan ibu Nila memanggil Nila, Taufiq benar-benar terkejut, bila apa yang Taufiq lihat dan hati Taufiq terus menanggis..Nila…Taufiq boleh tahan, seandainya Nila hanya demam. Dan bukan tidak pernah Taufiq melawat Nila bersama dengan rakan-rakan Nila kan?. Tapi masa itu, Taufiq lihat Nila, penuh dengan kelukaan. Bukan sekadar luka di kulit, tetapi terpancar di muka Nila kelukaan yang begitu pedih sekali. Nila masih ingat tak waktu itu, Taufiq banyak bercerita dengan Nila tentang anugerah dan takdir Allah?..Nila tahu, masa itu juga, hati Taufiq meraung bila melihat Nila hanya kaku dan diam bila Taufiq bercerita, Nila hanya berpaling wajah tanpa melihat Taufiq. Tapi Taufiq tidak kecil hati. Taufiq tahu, Nila mungkin malu masa itu.

“Nila…masa itu juga, Taufiq mengharapkan pada Allah, agar Nila sentiasa tabah mengharungi segala musibah dari Allah. Bila ibu Nila menceritakan segalanya, Taufiq tidak tahu, mengapa hati marah Taufiq yang terlalu sangat bila ibu Taufiq mengatakan bahawa, apa yang menimpa Nila adalah di sebabkan oleh Qaidar. Taufiq simpan marah Taufiq pada Qaidar. Cuma Taufiq akan luahkan kemarahan itu bila suatu waktu nanti Taufiq gagah untuk melantunkan kemarahan Taufiq pada Qaidar. Nila….maafkan Taufiq kerana menyimpan perasaan sayang Taufiq pada Nila, pada saat Taufiq melihat keadaan Nila. Hati Taufiq begitu pilu sangat. Yang Taufiq tahu, mengapa Qaidar sanggup mengkianati cinta Nila dan hubungan Nila dan Qaidar. Masa itu, bila melihat muka Nila, memang banyak perubahan, tapi dipandangan Taufiq, Nila tetap cantik dan suci…
“Nila, maafkan Taufiq sekali lagi dengan penjelasan ini. Taufiq telah berjanji dengan diri Taufiq sendiri, andai Nila adalah jodoh Taufiq, dan Allah merestui permintaan Taufiq untuk memiliki hati Nila, habis saja belajar nanti, Taufiq akan meluahkan sendiri pada Nila. Sekarang, Taufiq ingin menghabiskan belajar Taufiq dulu dan cita-cita Nila sekali Taufiq satukan dalam diri Taufiq. Walaupun Nila tidak dapat menyambung pelajaran, Taufiq akan pastikan impian Nila juga terhajat untuk memiliki syarikat sendiri okey. Ini janji Taufiq pada Nila. Cuma Taufiq harap pada Allah, agar segalanya akan berjalan dengan baik.

“Taufiq mahu melihat Nila kembali ceria tau….andai kita masih lagi dapat berjumpa, Taufiq akan melamar Nila, dan menjadi teman hidup Taufiq dan Taufiq akan pastikan Nila mencapai hajat Nila yang masih tertangguh itu okey. Nila jangan sedih-sedih lagi tau. Taufiq mahu Nila sentiasa senyum sewaktu mula kita kenal dulu okey. Taufiq tahu, buku ini mungkin Nila membacanya dengan tangisan kan?....inilah keiklasan Taufiq pada Nila. Biarkan airmata itu jatuh mengalir di pipi Nila, nanti bila kita dipertemukan dalam sebuah mahligai yang halal, Taufiq akan pastikan hanya airmata kesyukuran yang akan Nila titiskan pada tadahan tangan Taufiq untuk menjadi pesangan hingga ke jannah nanti. Tapi andai impian kita tidak kesampaian, Taufiq berharap agar Nila kena cekal dan yakin dengan kehidupan ini dan jangan sesekali memarahi takdir okey. Kalau Nila bahagia, Taufiq pun turut bahagia, walaupun andai antara kita tidak dapat bersama. Janji ye Nila.

“Nila, cekalkan hati okey. Taufiq akan datang berjumpa dengan Nila nanti. Nila tak perlu cari Taufiq, suara Nila dan keresahan Nila tetap ada dalam ruangan minda ini. Nila, di pengakhiran coretan ini, Taufiq harap, Nila akan membuat keputusan yang baik agar tidak ada lagi hati yang menanggis ye. Taufiq tidak mahu memaksa Nila untuk menerima Taufiq, biarlah hati dan diri Nila sendiri yang iklas menerima Taufiq. Dan Takdir Allah, agar dapat bertemu dengan Nila, insya’allah Taufiq akan nantikan. Nila sabar okey. Segalanya akan menjadi baik-baik saja dengan izinnya. Yang penting Nila sabar… Perlahan-lahan buku itu di tutup oleh Nila, dan tangisan terus mengalir di pipi Nila. “Bu…mana Taufiq bu?...Nila nak jumpa dengan Taufiq bu…?’ rayuan yang begitu sayu Nila luahkan pada ibunya, membuatkan ibu Nila tidak sanggup melihat anaknya itu. Ibunya menjelaskan, bahawa, setahun yang lepas, Taufiq ada menghubungi ibunya menggunakan nombor yang lain, tapi masih tidak dapat di hubungi. Nombor Taufiq yang sedia ada, tidak pula ibunya menyimpanya. Mungkin lupa ataupun tidak terfikir untuk menyimpannya. Bila ibunya telah menjelaskan segalanya, terus Nila dipeluknya erat. “Sabarlah Nila..ibu faham perasaan Nila. Ibu yakin, Taufiq pun pasti merasakan apa yang Nila rasakan ini.” Ibunya juga turut mengalirkan airmata sambil memberikan kata-kata semangat pada anak kesayangannya itu.


~~~masih kisah Nila yang dua minggu berada di rumah~~

Sedang Ayah, Ibu dan Nila bersarapan, ayah Nila ada bertanyakan pada Nila, tentang kesihatannya kini. Jawapan yang diterima oleh Ayah Nila, membuatkan mereka semua tersenyum di antara satu sama yang lain. “Nila, ayah dah buat keputusan, habis bulan ini, ayah nak jodohkan Nila dengan Qaidar.” Nila yang tengah asyik menjamah makanan, terus terbelahak mendengar keputusan ayahnya itu. “Ayah!....kenapa ayah?, Nila tak nak kawin dengan Qaidar ayah..tolonglah Nila ayah..” Nila terus merayu pada ayahnya bahawa, Qaidar bukan lagi kekasihnya. Sebab dan kenapa ayahnya membuat keputusan tersebut, hanya ayah dan ibu Nila saja yang tahu. “ Nila, ayah tidak mahu Nila berasa sunyi dan mengingatkan lagi perkara yang sudah-sudah. Ayah nak tengok Nila bahagia. Ayah yakin, Qaidar dah berubah. Tolonglah ayah Nila, sebelum ayah masih sihat ini, ayah nak melihat Nila berumahtangga” Ayahnya pula merayu pada Nila agar menerima Qaidar sebagai suaminya. Lelaki yang telah banyak menyusahkan kehidupan Nila. Tetapi, sebagai seorang bapa, Ayah Nila tidak mahu orang lain mengetahui yang anaknya pernah membuat perkara yang tidak elok bersama dengan Qaidar.

Tipu muslihat Qaidar semata-mata untuk mendapatkan Nila kembali, telah membuatkan ayah Nila percaya dengan muslihat Qaidar. Tetapi berbeza dengan naluri seorang ibu. Hanya ibu Nila saja yang tahu, bahawa, Qaidar membohongi ayah Nila, bahawa dia pernah meniduri Nila. Pernah juga ibu Nila memohon pertimbangan ayahnya Nila untuk tidak menerima Qaidar sebagai menantu mereka, tetapi ayah Nila membantah tegas dan perkahwinan antara Nila dan Qaidar mesti di teruskan. Setelah Nila mempersetujui perkahwinan tersebut, atas sebab, tidak mahu lihat ayahnya sakit lagi di sebabkan serangan jantuh, Nila terus angkur dengan keputusan ayahnya. Tetapi dalam masa yang sama, Nila kembali menjadi seorang yang pendiam. Di fikiranya hanya berlegar-legar tengah memikirkan diri Taufiq.
~~tamat kisah Nila dan Qaidar~~


~~sambungan diperkahwinan Nila dan kedatangan Taufiq~~

“Taufiq, tolonglah..bawalah Nila pergi Taufiq, Nila tak sanggup kawin dengan Qaidar, please Taufiq. Nila takut….” Taufiq yang dari tadi asyik terpinga-pinga dengan berita perkahwinan Nila petang itu, terus menolak perlahan Nila dari pelukkan. “Nila, awak dah jadi milik Qaidar sepenuhnya, saya tidak mampu menahan ini semua Nila. Pergilah awak pada dia dan awak kena terima yang Qaidar telah menjadi suami awak sepenuhnya.” Airmata yang dari tadi di tahan oleh Taufiq, akhirnya jatuh juga mengalir di pipinya. Tetamu yang datang pada kenduri Nila dan Qaidar tadi, terkejut dengan penjelasan dari Nila tersebut. Terlihat ada yang memandang serong dengan tingkah laku Nila. Sedang Nila dan Taufiq sedang bercerita itu dan ini, tiba-tiba Qaidar yang dari jauh melihat tingkah laku isterinya yang baginya curang dan berpeluk di khalayak ramai apa lagi depan matanya sendiri, menjadikan marah dan terus mencapai motor yang terletak bersebelahan dengannya, dan empunya motor itu, terus di tolaknya ketepi, dan terus menghidupkan enjin motor tersebut, melilu terus kea rah Nila dan Taufiq, dengan sekuat yang mungkin, Qaidar menunggang motosikal yang di bawanya memecut laju, dengan niat untuk melanggar Taufiq dari belakang.

Bila Taufiq menolah ke belakang, dia melihat Qaidar melulu kearahyan, dan dengan pantas, Taufiq, terus menolak laju Nila ke tepid an, semua yang melihat situasi mereka itu, amat-amat terkejut dan menjerit memanggil Qaidar yang semacam telah dirasuk syaitan. Belum sempat Taufiq berlari untuk menyelamatkan diri, terus dengan tanpa belas dan kasihan, Qaidar merempuh Taufiq dan terus melulu ke hadapan, kemudian, Qaidar dengan rasa bangga menoleh kebelakang melihat Taufiq rebah ke jalan raya, sedang Qaidar ingin pusing kembali dan mungkin ingin melanggar Taufiq sekali lagi dengan keadaan yang geram dan amarah yang teramat sangat, tiba-tiba Qaidar tidak sedar ada satu lori sedang membelok ke arahnya, dan lori tersebut terus melanggar Qaidar. Qaidar tercampak jauh terus ketepi jalan raya, dengan keadaannya seumpama nyawa-nyawa ikan. Kemudian, tetamu yang hadir terus berlari mendapatkan Qaidar yang telah di rempuh oleh lori ais, tapi malangnya Qaidar tidak dapat di selamatkan, dan meninggal di tempat kejadian.

Ibu Qaidar yang melihat situasi itu, terus menjerit dan berlari kerah anaknya itu sambil meraung-raung di tepi jalan raya tersebut. Lori yang melanggar Qaidar tersebut, terus melarikan diri. Nila yang masih memangku Taufiq tadi dan dikelilingi oleh keluarga Nila dan tetamu menyaksikan situasi Nila bagai di rasut hantu, menangis dan menjerit memanggil Taufiq. Baju gaung putih yang di pakainya itu, penuh dengan darah-darah Taufiq yang terus mengalir. “Taufiq…..bangun Taufiq..jangan tinggalkan Nila Taufiq, tolonglah Nila Taufiq. Nila menerima cinta Taufiq. Sedang Nila merayu-rayu pada Taufiq, tiba-tiba, dengan perlahan-lahan tangan Taufiq bergerak getar menyeluk saku seluar yang dipakainya. Bekas merah jambu, yang isi dalamnya terlihat sebentuk cincin. Dengan hanya menyebut nama Nila dengan lemah, Taufiq berbisik di telinga Nila, supaya izinkannya menyarung cincing kejari Nila. Ayah Nila yang berada hampir dengan Taufiq, terus membantu Taufiq memegang tanganya dan jari Nila dihulurkannya. Dengan lemah, Taufiq berbisik lagi di telinga Nila, bahawa “terima kasih Nila”…lalu dengan ucapan “Allahuakbar” Taufiq terus memejamkan matanya serapat-rapatnya di pangkuan Nila. Ayah dan ibu Nila tidak mampu melihat situasi itu. “Ibu……tolong Taufiq bu….ayah…tolong Taufiq yah…” hanya raungan perit dan sedih pada petang itu saja yang mampu Nila luahkannya.

Sejurus kemudian, ambulan pun sampai, mereka menjalankan kerja-kerja mengangkat mayat Qaidar dan kemudian Taufiq dan di letakkannya dalam van tersebut. Terlihat Nila menangis dan terus menangis di pelukkan ibunya. Tetamu yang hadir di majlis perkahwinan tersebut pun turut menangis melihat situasi petang itu. Unit rawatan yang melihat keadaan Taufiq dan Qaidar, hanya memberitahu bahawa, mereka berdua, tidak dapat diselamatkan. Lalu, terus tubuh Taufiq dan Qaidar di tutupi rapat sehingga ke kepala. Petang itu mumbuatkan ramai orang datang berkunjung melihat gelagat Nila yang tidak henti-henti menangis memanggil nama Taufiq.

BAB AKHIR.

Di rumah Taufiq, terlihat ramai tetamu yang datang melawat jenazah Taufiq. Ramai yang tidak percaya, yang Taufiq telah meninggal dunia sebelum mencapai impiannya. Ibu Taufiq yang dari tadi asyik mengalirkan airmata, terus di serpa oleh Nila. “Makcik..maafkan saya dengan apa yang telah terjadi ini. Saya tahu semua ini salah saya makcik.” Nila tidak dapat meneruskan kata-kata itu lagi kerana sebak yang teramat sangat singgah di benak fikiranya membuatkannya murung kembali. “Nila, sebelum Taufiq meminta izin untuk pergi ke Kuala Lumpur, hanya semata-mata untuk berjumpa dengan Nila, dia ada berpesan dengan makcik, agar andai Allah itu tidak mengizinkan niatnya pada Nila, Taufiq ada pesan, jangan salahkan takdir, kerana Nila tidak pernah merugikan masanya. Taufiq bersemangat belajar dan dia ada kata pada makcik, yang dia dan capaikan sekali impian Nila dan berhajat nak sambung belajar bersama dengan Nila bila Nila sudah pulih nanti. Tapi makcik tak fikir, apa sebenarnya maksug Taufiq. Nila, tolong makcik capaikan pula impian Taufiq ye. Taufiq ingin sekali melihat Nila mencapai cita-cita. Dia kata, cita-cita Taufiq sama dengan cita-cita Nila.” Nila yang hanya mendengar luahan kata-kata bonda Taufiq, terus mengalirkan airmata. Tidak ada satu perkataan yang keluar di mulutnya. Kerana terlalu sebak dan masih terkejut dengan keadaan, Nila hanya mampu memeluk bonda Taufiq saja sambil kepalanya menganggukkan tanda setuju dengan permintaan arwah.

Di tanah perkuburan, ramai tetamu yang datang menhadiri hari pengkebumian Taufiq. Ramai sanak saudara Taufiq, yang masih terkejut dengan kematian Taufiq. Taufiq seorang yang prihatin pada keluarga dan sanak saudaranya. Ramai adik saudaranya yang begitu terkilan dengan berita kematian Taufiq yang banyak mengajar mereka dari soal pembelajaran dan nasihat untuk menjadi seseorang yang berjaya. Tapi semuanya itu hanya tinggal kenangan.
Selesai talkin di bacakan, terlihat hanya Nila saja yang ada di tanah perkuburan tersebut. Walaupun diajak pulang oleh ibu dan ayah Nila, tapi dia tetap untuk duduk seketika di pusara Taufiq yang hanya berbekalkan kasih dan sayang. “Taufiq, maafkan Nila, kerana Nila Taufiq menderita begini. Nila sunyi Fiq..Nila berjanji, Nila akan sambung cita-cita Taufiq untuk impian kita. Nila akan belajar sampai cita-cita Taufiq berjaya. Nila tidak akan sia-siakan kata-kata nasihat Fiq, biarpun hanya sebuah coretan. Semoga Fiq tenang disana ye. Maafkan Nila…..” airmata di lapnya lagi, bagaikan mengerti sesaknya dada Nila petang itu. Tidak lalu ibu dan ayah Nila melihat luahan kecil Nila di pusara Taufiq, lantas, ibunya memujuk Nila agar pulang kerumah. Dengan lemah dan longlai, Nila pun menuruti kehendak ibunya untuk pulang.

~~Kuala Lumpur- dipusara Qaidar~~

“Semoga kau tenang di sana. Nila dah lama maafkan kau Qaidar. Sekarang, Nila akan mulakan hidup yang baru. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Nila harapkan Qaidar mendapat keampuanan dari Allah s.w.t.

~~~~~~~~~……ending…..kisah Nila hanya tinggal kenangan pada sesetengah remaja yang masih gagal mencari cinta nan suci.

“Untie Ma, cerita dalam novel ni, macam pernah berlaku pada untie ma la.., sedih sangat…Lis dapat rasakan cerita di dalam coretan ni macam kehidupan auntie ma sendiri macam yang pernah auntie ma ceritakan pada Lis kan?. Cinta dan pengorbanan. Sedikit sebanyak cerita di dalam buku ni banyak membuka minda Lis untuk lebih berhati-hati dalam perhubungan kan auntie ma?..dan tajuk cerita ni pun sudah membuatkan Lis tertarik hati untuk membacanya. “Mengapa Ada Cinta”. Penulisnya hanya meletakkan nama samarannya “RasaHatiIni”. Auntie Ma tahu tak siapa penulis ni?. Lis adalah anak bongsu kepada Fila, yang kini telah meningkat usia 22 tahun. Lis memang gemar membeli Novel cerita cinta dan pengorbanan bila setiap kali ikut Auntie Ma nya pulang ke Malaysia. Lis juga suka menghayati isi kandungan cerita di setiap helaian yang di bacanya. Kadang-kadang sehingga membuatkan Lis mengalirkan airmata. Cerita-cerita cinta yang Auntie Ma ceritakan pada Lis juga banyak membuatkan Lis mengalirkan airmata.

“Lis, Kalau Lis nak tahu penulis itu adalah Auntie Ma sendiri,” Lis yang mendengar keterangan Auntie Ma nya itu terkejut mendengarnya. “Ya Allah.. betul ke? Selama hari ni, setiap novel yang Lis beli dengan hasil karya oleh “RasaHatiIni” ni Auntie Ma ke? Patutlah bila Lis tanya itu dan ini tentang isi kandungan novel ni, Auntie Ma boleh jawab. Lis tersenyum dan sesekali terlihat di kelopak matanya berkaca-kaca. Terpegun dengan diri Auntie Ma nya yang begitu setia dengan cinta seorang lelaki bergelar Taufiq. Lis juga berasa begitu bangga dan gembira yang dirinya sedang berdepan dan sekaligus bertentang mata dengan seorang penulis novel yang sedang dibacanya. Novel tersebut telah lama di terbitkan oleh salah satu penerbitan yang popular suatu ketika dulu dan di bantu oleh salah seorang kenalan Nila sewaktu Nila menuntut di Universiti. Hasil-hasil tulisan Nila tersebut telah mendapat perhatian pada seorang penulis social di laman web ketika itu, dan dengan kebenaran Nila, penulisannya di terbitkan dan mendapat sambutan yang begitu baik sekali serta kematangan coretan Nila itu juga, Nila mendapat kerja sambilan untuk mengarang banyak cerita cinta dan pengorbanan. Setelah kematian Taufiq, Nila terus melanjutkan pelajarannya ke Universiti antarabangsa di England, untuk menyambung cita-cita dan impian cinta hatinya. Dan Nila berjanji, tidak sesekali hatinya di penuhi dengan cinta yang lain selain dari Taufiq, yang setia dengannya sehingga hujung nyawa. Dan sesekali tidak membenarkan luahan janji-janji palsu dari insan yang bergelar lelaki dalam hidupnya.

Walaupun Taufiq tidak pernah berjanji dengan Nila akan menunggunya sampai bila-bila, tapi Nila sendiri yang telah berjanji dengan dirinya sendiri, tidak akan mengizinkan satu perasaan cinta singgah di lubuk hatinya. Setelah Qaidar yang banyak menyakiti hatinya, dan dalam masa yang sama, Taufiq yang begitu setia menanti cintanya. Sekaligus Nila telah berjanji dengan dirinya sendiri tidak akan berkahwin sampai bila-bila. Sehinggalah, Ayah Nila meninggal dunia, dan setahun selepas itu, bila usia Nila mencecah 40 tahun, ibu Nila yang masa itu telah berumur hampir 75 tahun, meninggal dunia di sebabkan komplikasi jantung. Sehingga itu, Nila tidak ada tempat untuk bergantung, kemudian dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke England dan dalam masa yang sama, sewaktu Nila ingin menguruskan perniagaan kecil-kecilan, Sewaktu itulah Fila mengenalinya. Dari cerita Nila itu dan ini, Fila terus megambilnya sebagai keluarga angkat, atas di sebabkan Taufiq yang dulu banyak bercerita tentang buah hatinya iaitu gadis yang berada di depannya. Dan Fila berjanji akan membantu Nila dari segala segi dan terus menetap di sana, dengan kecedikkan Nila dan daya fikiran yang meluas, ramai client-client di England tersebut suka dengan pengurusan Nila dan kini Nila telah bergelar Bisness Women yang berjaya. Dan itulah juga pinta keluarga Taufiq untuk menyambung impian anak tunggalnya itu.

Kini Nila banya menghabiskan masa bersama dengan anak Fila. Atas usia Nila yang hampir 60 tahun, Lis banyak menemani Nila bersiar-siar ke bandar. Ada sesekali Nila dan Lis akan balik ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, untuk melawat pusara Taufiq. Dan Lis kadang-kadang ada juga mengajak Nila menetap kembali di Malaysia. Tapi Nila belum lagi bersedia untuk membuat keputusan. Memang terasa rindunya pada Malaysia, dan rindunya pada sahabat-sahabatnya mula dirasai, begitu juga dengan rumah pusaka arwah kedua orang tuanya. “Tak apa lah, nanti, ada masa, kita balik Malaysia.

Sambil melihat gambar-gambar lama, Lis begitu gemar mendengar cerita Nila sewaktu zaman remaja bersama dengan sahabat-sahabat dan cinta Nila. Melihat situasi Nila begitu, Fila yang sentiasa menjadi pendengar setia Nila, kadang-kadang berasa sungguh kagum dengan kesetian Nila terhadap cinta hatinya. Ada juga kadang-kadang bila ada jamuan keramaian, Fila memperkenalkan seseorang pada Nila, tetapi, hati Nila benar-benar tertutup untuk menerima cinta lelaki lain, kerana rasa terkilan dan sedih di dalam hatinya masih lagi segar. Sukar untuk Nila melupakan apa yang pernah terjadi dalam hidupnya. Kadang-kadang, di tikar sembahyang pernah sekali Nila memohon agar dirinya tabah mengharungi segala apa yang telah ditakdirkan buatnya. Dan sesekali, bila Nila lemah dan hati sedih tak keruan, Nila akan membuka buku yang pernah di hadiahkan Taufiq, dan berkali-kalilah Nila membaca luahan hati Taufiq buat dirinya. Tapi semuanya itu hanya tinggal kenangan yang begitu lama bertahta dalam hatinya.

Sehinggakan, Nila jatuh sakit pada usia 62 tahun. Selama rawatan, Nila tidak pernah memberitahu pada keluarga Fila yang dirinya mengidap barah otak di tahap yang kritikal. Atas permintaan pesakit, Doctor yang sentiasa merawat Nila sehinggalah suatu waktu Nila tidak dapat berjalan dan sentiasa murung, hanya mengharapkan bantuan pernafasan dan ubat-ubat. Fila dan Lis lah yang banyak menjaga sewaktu Nila sakit. Melihat diri Nila begitu, Fila yang kini menjadi peneman setianya, tidak sampai hati melihat penderitaan Nila begitu. Apatah lagi pada Lis sendiri, hari-hari bila balik dari kampus, Lis pasti meneman Auntie Ma nya sehingga sanggup tidur bersama dengan Nila dikamarnya. Lis terlalu sayang dengan Nila kerana, Nila memahami jiwa remajanya dan sentiasa menemani Lis walaupun sekali Nila sibuk dengan perniagaannya.

Di tengah malam, sewaktu keluarga Fila sedang nyenyak tidur, Nila bangun sendirian, walaupun dia tidak ada daya untuk bangun hanya semata-mata untuk meminum air. Dalam situasi Nila yang begitu lemah sekali, tangannya tersinggung bahu Lis yang sedang nyenyak tidur disebelahannya. “Uikk…Auntie Ma!...nak pergi mana…Ya Allah….” Lis terkejut bila tersedar melihat Nila terpelosok jatuh di tepi katil. “Autie Ma nak minum Lis…” Lis yang mendengar permintaan Nila itu, terus bingkas bangun dan terus menuang air yang ada di meja depan katilnya. Nila minum dengan lajunya, membuatkan Lis mengerutkan dahi melihat situasi Nila ketika itu. Hampir empat gelas air di minta oleh Nila ketika itu. Bila Nila tengah meneguk air yang terakhir, tiba-tiba Nila terus batuk tanpa henti, sehingga mengeluarkan darah yang agak beku di mulutnya. Lis yang kelihatan terkejut, terus berlari memanggil ibunya.

Bila Fila sampai ke kamar Nila, kelihatan Nila terus batuk dan batuk. Fila menjadi tidak tentu arah, kemudian di capainya talipon bimbit milik Nila, dan menghubungi doctor yang merawatnya. Alangkah terkejutnya Fila, bila mendapat tahu dari doctor bahawa Nila mengidap barah otak yang tidak dapat diselamatkannya lagi. Airmata Fila bercucuran jatuh dan talipon yang di pegangnya pun jatuh terus mendapatkan Nila. “Nila…why Nila…mengapa tak beritahu pada kami yang Nila ada sakit?..Lis yang mendengar mummynya bertanya pada Nila, terus meminta agar mummynya bagitahu padanya kenapa dengan Auntie Ma kesayangannya itu. Bila Fila memberitahu pada Lis, tentang sakit Nila, Lis meraung sambil memeluk tubuh Nila seeratnya. “Auntie Ma…jangan tinggalkan Lis..Lis sayang sangat dengan Auntie Ma..please Autie Ma…please….” Suara Lis yang tersedu-sedu menangis di dakapan Nila, tidak terdaya untuk Fila menahannya. Di biarkan anak bongsunya it uterus memeluk Nila yang makin kritikal.

Sedang mereka menunggu kehadiran Doctor peribadi Nila sampai, tiba-tiba Nila meminta agar Fila mengambil sesuatu di dalam almari perhiasan milik Nila. Bila barang yang di minta telah ada di pangkuannya, Nila dengan suara yang agak dengar dan tidak, terus meminta agar barang-barang ini diberikan pada sahabat-sahabatnya yang ada di Malaysia. Kerana, sewaktu Nila berhijrah ke England, Nila ada membelek barang-barang yang mengandungi selendang dan buku-buku yang didalamnya telah dicoretkan buat sahabat-sahabatnya. “Fila, saya minta Fila tolong berikan ini pada sahabat-sahabat saya. Didalam kandungan ini, ada alamat mereka. Ini hajat terakhir saya.” Sambil menangis Fila hanya terdaya menganggukkan kepala tanda setuju. “Dan satu lagi, saya berharap andai saya telah pergi nanti, Fila tolong semadikan saya dekat dengan pusara Taufiq ye.” Permintaan Nila itu membuatkan lagi airmata Fila berderai jatuh dan di ciumnya dahi Nila berkali-kali. “Baiklah Nila..saya akan sempurnakan semua permintaan Nila ini.” Terlihat ada senyuman sayu sedikit di wajah Nila tunjukkan pada Fila dan Lis. Sayu hati mereka melihat penderitaan Nila yang sebegitu.

Sejurus kemudian, Doctor peribadi Nila pun sampai, dan terus merawat Nila dan di perhatikan oleh Fila dan Lis. Hampir setengah jam doctor merawat Nila, dan mendapati Nila tidak dapat diselamatkan. Doctor terus menutup muka Nila dengan selimut yang menutupi tubuhnya. Lis yang melihat situasi itu, terus menjerit-jerit memanggil nama Nila. Mummy Lis juga turut mengalirkan airmata, dan memujuk-mujuk anak bongsunya itu berkali-kali.

~~Nila meninggal- Pulau Pinang~~

“Sesungguhnya apa yang kau lihat di dunia ini hanya lukisan semata-mata Nila, semadilah kau bersama dengan kecintaan dari Allah s.w.t.” Doa dari seorang teman yang setia sewaktu Nila berada di England.

Di tanah perkuburan tersebut, terlihat ramai orang-orang dan sanak saudara Fila melawat pusara Nila. Tengah Fila dan Lis duduk di dekat dengan pusara Nila, tiba-tiba datang seorang wanita menerpa bahu Fila, dan terus bertanyakan kepada Fila. “Assalamualaikum puan.” Fila yang masih dalam sedih itu, terkejut dan terus membalas salam wanita tersebut. “Boleh saya tanya, ibu Taufiq dah meninggal dunia ke?,” wanita itu terus menanyakan soalan kepada Fila, membuatkan Fila tiba-tiba berasa hairan. “Eh!..awak kenal ke dengan Taufiq dan keluarga Taufiq?”..Fila dengan rasa hairan, terus bertanya semula pada wanita tersebut. “Saya minta maaf, nama saya Yan kawan Taufiq dan kami bersekolah bersama. Sewaktu saya dapat tahu Taufiq meninggal dunia daripada Nila, saya datang melawatnya juga.

Kini, saya dah menetap di sini dan berkahwin dengan orang sini (Pulau Pinang). Saya datang sini memang semata-mata untuk melawat pusara Taufiq. Tak sangka pula, ada kematian lagi di dalam keluarga Taufiq. Dan setahun yang lepas, saya ada pergi kerumah Nila di kuala Lumpur. Tapi jiran-jiran yang bagi tahu saya yang Nila telah berhijrah setelah ibunya meninggal dunia. Sampai sekarang, saya tak tahu mana Nila berada.” Fila yang mendengar penjelasan Yan tersebut, terus terdiam. “Ibunda Taufiq dah lama meninggal dunia. Dan hanya bapa Taufiq saja yang ada sekarang, itupun dah uzur juga dan masih ada di rumah lamanya.” Sambil bercerita, Fila menunjukkan jari kea rah ayah Taufiq yang duduk di bangku roda di bawah pokok bersebelahannya pusara ibu Taufiq. Yan yang keliru mendengar penjelasan Fila, terus terpinga-pinga. “Yan, ini pusara Nila….”

Fila tidak sanggup meneruskan kata-kata, tersentuh benar hatinya bila menyebut nama Nila. “Huh!...Nila?...Ya Allah…benarkah ni?...” Yan terus terduduk mendengar penjelasan Fila. Airmata yang tidak dapat di tahan tadi, terus berderai menjatuhi satu persatu di tanah pusara Nila. “Nila meninggal sewaktu di England, saya membawanya duduk bersama dengan saya, atas permintaan keluarga arwah Taufiq. Dan Nila telah berjaya mencapai impian Taufiq tanpa di lihat oleh arwah ibunya. Nila meninggal dunia kerana mengidap barah otak yang di tahap kritikal.” Begitulah keterangan Fila pada Yan yang secara tidak sengaja, mengajak suaminya untuk melawat pusara Taufiq kawannya sewaktu di sekolah dahulu. Dan tidak di sangka-sangka, sahabat baiknya juga turut pergi menemui Allah s.w.t buat selamanya.

“Nila….aku rindu sangat dengan kau Nila…mengapa kau tak mahu datang berjumpa dengan kami Nila?”…airmata Yan terus mengalir, dan Fila terus memujuk Yan yang dari tadi menangis bila melihat apa yang telah termaktub buat diri Nila dan kawannya Taufiq. “Yan, Nila begitu setia dengan cinta Taufiq, dan sehingga kenafasnya yang terakhir, Nila tidak pernah menerima lamaran daripada insane bergelar lelaki di hatinya. Dan permintaan terakhirnya, dia ingin di semadikan dekat dengan pusara Taufiq ni.” begitulah akhirnya cerita daripada Fila untuk pengetahuan Yan.

“Nila….semoga kau mendapat kebahagian disana nanti. Dan berjumpa dengan sang pencinta yang agung. Aku doakan agar kau sentiasa bahagia disana.” Hanya luahan dari hati kecil Yan buat Nila. Teresak-esak Yan di pagi yang penuh syahdu itu. Selepas bunga dan air telah di jirus di pusara Nila, mereka semua beredar kecuali Lis. “Auntie Ma, Lis akan sambung cerita Auntie Ma ni menjadi satu nolstagia buat remaja-remaja di masa kini. Lis akan berlajar bersungguh-sungguh dan Lis tidak akan berkhayal dengan cinta dongeng yang pernah Auntie Ma ceritakan pada Lis dulu. Semoga Auntie Ma, menemui kebahgian bersama dengan uncle Taufiq.

Assalamualaikum Auntie Ma..” itulah kata-kata terakhir Lis buat insan yang teramat dikaguminya itu. Sambil berjalan, Lis menoleh memandang pusara Nila, yang seolah-olah semacam mendengar kata-katanya itu. Senyuman sayu terus Lis ajukan pada pusara Nila itu dan Fila terus memeluk bahu Lis dan mereka berlalu pergi.

TAMAT.
Penulis/Karya:RozieMustafa-2013
Mengapa Ada Cinta