>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Friday, April 12, 2013

Membina Rumahtangga Bahagia

Assalammualaikum w.b.t..

Seringkali, pasangan yang ingin berkahwin, hanya memikirkan tentang majis perkahwinan mereka sahaja. Baju apa yang mahu dipakai? Apakah tema majlis perkahwinan mereka? Berapa kad jemputan yang akan diedarkan? Pelamin bentuk bagaimana yang mahu dipasangkan? Dan pelbagai lagi perkara berkaitan majlis perkahwinan yang akan diadakan menjadi isu utama di dalam fikiran mereka. Seolah-olah, majlis perkahwinan yang akan diadakan kelak, adalah kemuncak dan penghujung bagi kisah cinta mereka. Sedangkan, majils tersebut, adalah merupakan satu titik permulaan kepada satu lagi perjalanan kehidupan yang lebih mencabar.... iaitu, Alam Rumahtangga! Alam dimana, si lelaki akan bergelar "suami" dan si gadis pula akan bergelar "isteri"....

Gelaran "suami" atau "isteri", membawa maksud dan tanggungjawab yang lebih besar. Apatah lagi apabila pasangan tersebut dikurniakan cahayamata, satu lagi gelaran dan tanggungjawab besar akan dipikul, iaitu sebagai "ibu" dan "bapa"...

Jadi, mahu atau tidak.. anda perlu bersedia! Bersedia memikul tanggungjawab-tanggungjawab tersebut kelak... kegagalan memikul tanggungjawab sebagai seorang suami / isteri.. menyebabkan pelbagai masalah di dalam rumahtangga muncul... berikut adalah antara beberapa keluhan SEBENAR pasangan suami isteri mengenai situasi rumahtangga mereka....


JOM BACA APA KATA MEREKA YANG SUDAH BERUMAHTANGGA:

1. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

2. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa-rasanya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain...

3. Setiap kali saya mahu keluar rumah, dia akan marah-marah dan kata saya nak pergi berdating dengan betina lain.

4. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

5. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya

6. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

7. Sudah lebih 2 tahun saya tidak melakukan hubungan intim bersama isteri saya. Saya sudah tidak tahu lagi apa yang harus saya lakukan untuk mengembalikan semula kemesraan hidup kami semula.

8. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar

Itulah antara beberapa keluhan mereka yang sudah bergelar suami/isteri. Alam rumahtangga yang pada mulanya disangkakan penuh dengan keindahan, bertukar menjadi hambar dan penuh dengan perasaan marah, dendam, geram dan menyakitkan hati.

Sehingga pada satu tahap, apabila perasaan dendam dan amarah ini tidak dapat dibendung lagi, maka berlakulah kes-kes penceraian yang acapkali kita dengar.


FAHAMI TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SEBAGAI SUAMI ATAU ISTERI

Wahai sahabatku.....

Usah biarkan rumahtangga yang dibina kelak , menjadi sebuah institusi yang porak-peranda. Perkara ini tidak mungkin akan berlaku jika si suami dan juga isteri, faham mengenai tanggungjawab serta peranan mereka.

Sedarilah wahai bakal suami :
Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepada-Nya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya"

Sedarilah juga wahai bakal isteri :
Rasulullah SAW bersabda : “Wanita, apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya,maka masuklah ia dari mana saja pintu syurga yang ia kehendaki.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)


INGAT!
Maka, sedarilah wahai bakal suami soleh dan isteri solehah :

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula."
(An Nur: 26)


BINALAH RUMAHTANGGA YANG BAHAGIA :

Ya sahabatku..!

Untuk membina rumahtangga yang bahagia.. kita perlukan ilmu. Alam rumahtangga sebenarnya adalah alam yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Hanya dengan ilmu, segala cabaran dan dugaan itu akan dapat ditangani dengan baik dan bijaksana.

Bayangkan, dua individu yang berbeza jantina, juga dengan sifat dan sikap yang berbeza, serta latarbelakang kehidupan yang berbeza, kini tinggal serumah untuk menjalani kehidupan yang baru.. pastinya, akan ada perselisihan dan salah faham yang akan berlaku.. Tetapi, jika kedua-dua pihak mempunyai ilmu serta sikap yang baik, pasti segala perselisihan dapat di selesaikan.

Firman Allah S.W.T maksudnya:

“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan, bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)




DARI ADMIN :
SEMOGA KITA SEMUA YANG TELAH BERUMAHTANGGA, SENTIASA MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ALLAH S.W.T DAN MEMPEROLEHI HIDUP YANG SEMPURNA DALAM MENITI BAHAGIA BERUMAHTANGGA SEHINGGA KE JANNAH...

No comments:

Post a Comment