>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Wednesday, October 17, 2012

Mengapa Harus Ada Benci ??

Sekadar Luahan Hati
Aku di panggil oleh hati untuk meluahkan sesuatu perkara yang benar-benar terbuku di lubuk hati ini pada insan yang bersikap pentingkan dunia dan indah kata-kata tapi buruk di dalam hati, yang juga sebagai penghancur pada perasaan hati ke hati setiap yang medengar. Setelah aku kaji dan aku amati, sehingga aku dipengaruhi oleh bisikan kata hati yang berbentuk “TERKILAN” membuatkan airmata ini tidak henti-henti mengalir..
Di sini ingin ku huraikan apa yang sebenarnya hati ini berkata-kata khas ku tujukan pada insan-insan yang masih lagi tidak sedar, yang kita di dunia ini hanyalah sementara. Aku di panggil oleh hati, dan hati ini terlalu sakit dan sebak andai diri ini tidak menyampaikan apa yang sepatutnya nk ku huraikan. Kerana hati tidak pernah mengatakan TIDAK dengan apa saja yang di fikirkan.

Buat yang di tuju,
Aku bukan ingin persoalan siapa kita, martabat kita, pangkat kita, paras rupa kita, pelajaran kita, dan matlamat kita, yang aku tahu, kita di ciptakan oleh SATU PENCIPTA yang sama, yang mempunyai akal….sifat….kemahuan….fizikal yang sama. Bila kita di lahirkan di dunia, dan sabda Rasulullah s.a.w ada mengatakan bahawa “ setiap anak di lahirkan dalam keadaan suci bersih, maka kedua ibu bapalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi YAHUDI, NASRANI, atau MAJUSI.

Apakah yang di maksudkan itu??.. Ya…itulah yang aku pelajari bila hati ini terpanggil untuk berkongsi bersama bila aku lihat dan aku perhatikan, insan-insan yang ku tujukan ini, telah lupa siapa kita dan asal kita dan ada yang lebih maha mendengar dan melihat setiap ungkapan tidak kira ungkapan itu hanya rekaan atau pun kebetulan. Sebenarnya yang terjadi adalah di sebabkan perasaan iri hati dan tidak pernah mahu mengenal apa itu “Dugaan” dan senang lah aku nak katakan “Bila hati ini di uji” … kalau kata hati baik dari sifat yang awalnya…dari sepasang suami isteri yang mengajar anak-anaknya tentang ketaatan..tentang kebesaran Allah, tentang sifat yang Allah bence dan sayang…tentang kesusahan..dan yang paling penting sikap kasih dan sayang yang mesti di pupuk dalam diri dari saat kita mengenali siapa diri kita dan ahli keluarga kita dan sahabat-sahabat kita.

Memanglah tidak boleh dinafikan lagi, bila kita sudah meningkat alam remaja..pergaulan menjadi segala-galanya perubahan dalam hidup..kadang2 kesempitan wang…sector kemiskinan…komunikasi kita yang dari awalnya baik…dan akhirnya mengudang sikap yang tidak sopan. Perkara ini memang tidak boleh aku nafikan. Dan bila dah mencapai alam dewasa, kita lupa, mana asal kita…ibu bapa kita…didikan awal kita… yang banyak di persalahkan?..ibu..bapa kita sendiri…..Subhana’allah……kadang-kadang hati ini menanggis tersedu sendiri bila akal dan fikiran kita cepat sangat berubah. Langsung tidak takut pada balasan Allah. Sebab janji Allah pada kita, PASTI !.....
Ermmmm……dari tunduk aku menanggis sendiri, bila insan-insan yang ingin ku tujukan ini mempunyai sifat yang tidak takut dengan janji-janji Allah… tidak perlu kita nak tunggu balasan kita di akhirat kelak…Allah akan bagi balasan yang “CASH!” dari perlbagai segi dan keadaan…yang aku sendiri tidak boleh baca rencana Allah….


Hanya dia yang tahu segalanya. Kerna Kunci hati kita hanya Allah s.w.t saja yang pegang….. andai DIA perlihatkan kita terlalu mementingkan diri dan dunia sehinggakan kita lupa pada-nya YANG MAHA PENCIPTA.. Allahu’akbar! ….. hati ini hanya mampu diam, yang hanya ingin ku luahkan pada naskah terakhir ini buat insan-insan yang ku tujukan. Apa guna kita berkunjung ke rumah DIA (Allah s.w.t) andai ada perasaan iri hati dan bongkak pada insan bergelar manusia apalagi saudara terdekat kita.

Apa guna kita menabur bakti dengan insan-insan miskin, sedangkan ahli keluarga kita dalam berduka kelaparan bila meminta pada kita semangkuk beras, tapi kita lebih pentingkan orang lain, hanya kerana nama!...dan apa guna bercerita itu dan ini tentang kebaikan, tapi dalam masa yang sama, hatinya kotor dan keji… (menanggis kecil hati ini) ….

Kadang-kadang di benak fikiran ini selalu bertanya, mengapalah setiap kata-kata yang di ungkapkan tidak selaras dengan sifat dan akhlak seseorang itu. Mengapa mesti ada cerita yang tidak pernah WUJUD dalam setiap hubungan. Kata-kata dan tutur kata yang mengiakan setiap perbuatan yang boleh mencetuskan kemarahan. Tidak mahu menerima hakikat, yang diri itu sebenarnya kusut dengan perbuatan sendiri. Melaga-lagakan tomahan dari setiap sudut dunia, menabur fitnah dan tomahan yang TERLAMPAU yg sukar di terima akal. Subhana’allah……mengapa harus ini yang terjadi??... atau mungkinkah itu balasan Allah kepada seseorang yang lupa tentang Janji-NYA ?... dan Allah itu turunkan bala yang susah dalam kehidupan???....itukah persoalanya??....aku sendiri beku memikirkan tentang ini semua.

Kenapalah harus ada perbalahan sedangkan Allah paling benci pada hambanya yang lupa diri, sombong, bongkak, angkuh, suka menjatuhkan sikap seseorang kepada orang lain yang tidak dikenali hati dan budinya, suka mengiakan perkara yang TIDAK PASTI ….adakah adil itu semua?... Hanya Allah saja yang maha mengetahui….

Pada yang di tuju…

Bingkisan hati ini bukan sengaja di coretkan pada yang ‘TERASA’…ini adalah luhur dari hati ini sendiri supaya kita sama-sama tahu, HUKUM ALLAH lagi BERAT dan BESAR dari kita MENGHUKUM diri Kita ataupun MENGHUKUM sesame manusia. Apa lagi manusia itu adalah darah daging sendiri atau ada yang bersangkutan dengan ahli keluarga kita sendiri.. Tidakkah TAKUT dengan balasan Allah??...Allahu’akbar….

Dalam kita inigin mencari keredhaan Allah ini, selagi nafas belum terhenti, HENTIKANLAH sikap angkuh dan sombong itu, kerna Allah maha menerima taubat hambanya walaupun di hujung akhir hayatnya. Kita semua adalah HAK ALLAH yang KEKAL!.... Sedarlah……renungkanlah……..PATUT kah perbalahan dan DENDAM hanya kerana rasa tidak puas hati dengan SIKAP yang ditonjolkan, sehingga membuatkan KITA hilang IKATAN PERSAUDARAAN???... AdilKAH!....ADILKAH??... Sedangkan ALLAH TERLALU SAYANG dan CINTAKAN kita Umatnya, Dan patutkah kita SALAH memilih JALAN yang DAMAI?... (itulah persoalannya) mejoritinya memang sukar untuk memperolehi JAWAPAN yang BENAR…Sebaliknya CACIAN demi CACIAN….dengki mendengki sesama insan…

Susahkah kita menerima Qadar dan Qodar Allah??... mengapa TIDAK mahu berubah walaupun telah diberikan PETUNJUK dari Allah??..mengapa leka dan alpha?..... Ya Allah…..sesungguhnya HIDUP dan MATIKU hanya untuk-MU yang TuhanKU…. Kau perkuatkan lah Hati ini agar aku tidak jauh memesongkan apa yang telah termaktub dalam setiap Nota-Nota yang ENGKAU sebarkan kepada hamba-MU……
Di akhir bicara ini,…buat yang dituju,

Dengarkan lah dan cuba fahamilah, tidak ada KEBENCIAN dan CACIAN yang lahir di sudut hati ini dan sedarah daging denganKU… Andai Telah ditentukan Allah, Kehidupan kalian begitu, aku sebagai hamba-NYA tidak mampu melawan atau memberi cadangan. Kami dilahirkan penuh dengan prasangka…kebencian….kecacian….kehancuran hati…tapi bila alam dewasa telah menghasut fikiran kami menjadi seorang INSAN…hanya untuk menegakkan mana yang sepatutnya, dan KETAHUILAH….Kebencian KALIAN pada aku dan sedarah daging denganku, akan kami simpan, walaupun Dunia ini telah berakhir…Malah…yang lahir suci dalam jiwa kami, adalah KESAYANGAN KAMI yang mendalam buat kalian.

Andai kami adalah ‘BARANG’ yang kalian tidak suka MELIHAT…..yang kami mampu hanya kami berdoa pada Allah…semoga Kalian di berikan HATI yang BAIK…dan dapat menjadi insan yang JUJUR…. Ingatlah…….GENERASI anak-anak dan cucu-cucu akan menyusuli kelak, andai sekarang kita semua DUDUK di landasan yang sama…

Penulis: R’Zie Mustafa.
www.mamaezzie.blogspot.com