>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Tuesday, November 6, 2012

MAHAR ( MAS KAHWIN ) MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM

Assalamualaikum Semua...Hari ini Zie nak berkongsi dengan kawan2 yang ingin melangsungkan perkahwinan atau baru ingin merancang hal2 berkaitan dengan HANTARAN...ermm.... sebab ada yang bertanya-tanya pada Zie dan ada juga cerita2 dari kawan ke kawan zie, dan soalan demi soalan...Why laaa...mahal sangat hantaran depa" ...so, kat sini jom kita sama -sama memahami MAHAR iaitu MAS KAWIN dan yang lainnya mengikut ISLAM dan sunah Rasulullah s.a.w ...


1. Definisi Mahar

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’,dapat dinilai dengan wang.

Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
“Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang difardhu (diwajibkan oleh Allah Taala)”

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada 2 zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.

2. Pemberian Mahar

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

3. Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam

Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 ) dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) berbunyi seperti berikut :

(1)Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain. Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :-

a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;

b) nilai dan butir-butir lain pemberian;

c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan

d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.


4. Kadar Mahar

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).
(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :

“ Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “

Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk
wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.

5. Jenis Mahar

a. Mahar Musamma

Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah
seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.
Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami
apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-
1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.

b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )

Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah. Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan )dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya.

Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang
setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga,
terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.

Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat,
keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status
perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas.

6. Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung

Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikahyang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.

Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa -apa mahar langsung daripada suami iaitu :-

a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila
berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah
Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 :

“Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi
mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan(bayarannya) separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan atau orang yang mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “


Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketika akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib membayar separuh sahaja daripada mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar tidak disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri. Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepada isteri sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.

b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum berlakunya persetubuhan.

7. Kesimpulan

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Mahar adalah menjadi hak milik isteri. Sekiranya ia tidak disebut sekalipun Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tidak kadar dan had yang tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksima. Terdapat satu peristiwa yang berlaku yang berlaku di zaman Umar al Khattab (r.a) di mana beliau melarang orang ramai dari meninggikan kadar mahar iaitu tidak boleh lebih daripada empat dirham katanya,“ Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan kerana jikalau dia dimuliakan di dunia, atau mahu bertaqwa kepada Allah, maka yang lebih utama ialah contoh daripada Rasulullah yang tidak menetapkan mahar kepada isterinya mahu pun bagi puteri puterinya melebihi dua belas auqiah. Oleh sebab itu sesiapa yang melebihi daripada 440 dirham walaupun lebihannya sedikit maka yang itu dimasukkan ke dalam Baitulmal “.

Lantas seorang perempuan Quraisy membantah sambil berkata :
Allah telah berfirman di dalam al-Quran :
Terjemahan : “ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walupun sedikit daripada mahar itu “

(surah al Nisa : 20)

SEMOGA MENDAPAT PENGAJARAN SEDIKIT DARI ARTIKEL TERSEBUT..



Laman Puisi Rindu

Puisi Satu :-

Bening matamu pancarkan kesedihan
Relung hati masih terselubung duka
Ku tau engkau menyimpan sejuta rindu
Pada kenangan yang pernah kita tinggalkan

kekasihku…..
Hanya satu pintaku
Kejujuran darimu
Berilah peluang hidupku

Lamanya ku terkurung sepi
Dalam lamunan hayal mu
Seakan malam bagai siang
Sinar temaram bulan bagaikan matahari buatku

Hujan yang turun malam ini
Mewakili segala asa di dada
Sebuah rasa yg begitu menyesakkan jiwa
Karena memendam sebuah rindu yg begitu menggebu

Andaikan kau hadir saat ini
Akan ku bawa kelangit jingga
Bersama bintang kejora
Dibawah naungan bulan purnama…..

Puisi Dua :- (dari karya Sofyan)

Ketika senja bergantikan malam..
Aku terdiam di bawah langit hitam…

Dalam kesunyian malam..
Aq rasakan rindu yang mendalam..

Wahai kasihku sayang..
Aku harap kau datang..
Temani aku dalam malam yang panjang..
Tuk menyambut indahnya siang..

Rindu yang mendalam
Terbuai dalam hati yang paling dalam..
Hanya ingin berjumpa denganmu kasihku sayang..

Puisi Cinta Tiga :-

Kujalani hidup mengaruhi samudra
Mengayuh dayung menjalankan bahtera
Mencari penawar rasa di hati
Mencari makna cinta sejati

Kini ku tahu makna cinta
Cinta bukanlah sekedar rasa
Cinta bukanlah sekedar tutur kata
Dan cinta, bukan sekedar pengorbanan raga

Jika cinta sekedar rasa
Pasti hati kan tersiksa
Jika cinta sekedar ucapan
Manusia pasti dalam kebinasaan
Jika cinta sekedar pengorbanan
Tiada jiwa ini merasa aman

Cinta sejati adalah perasaan
Terungkap dengan ucapan
Tertuang dengan pengorbanan

Puisi KisahKu tentangmu Empat :-

Aku hanya aku yang terbelenggu dalam kisahku
kisah yang slalu mengingatkan aku padamu
kisah yang slalu membuatku menjatuhkan air mata
apakah kau tau aku disini ?
Aku yang terjatuh dalam kisahku sendiri
kisah bersamamu
kisah tentangmu
yang membuatku terpenjara dalam kelamnya cinta
aku sedih
aku terluka
atas sikapmu yang mencampakkan aku
atas pilihanmu . . .
Yang lebih memilih dia
dari pada aku
yang slalu ada saat kau terkuka
yang slalu ada saat kau sendiri
tapi inikah balasanmu ?
Atas semua tindakanku
apa aku salah ?
Memperlakukanmu seperti itu
lalu seperti apa yang kau inginkan ??
Apa aku harus mengejar senja yang terbenam
atau aku harus mengejar rembulan saat fajar menyingsing
apa kau ingin aku melakukan itu ?
Agar kau tau
betapa berharganya dirimu untuku . . .

Ya tuhan . . . .
Aku lelah dalam kisah ini
tak ada rasa penghargaan atas tindakanku padamu
apa yang harus aku lakukan agar kau berubah seperti dulu
seperti saat pertama aku mengenalmu
jujur aku merindukan sosok itu
sosok yang dingin
sangat-sangat dingin
sehingga membuat hatiku beku saat bersamanya
sosok yang selalu membuatku jengkel
tapi juga slalu membuatku tersenyum . .
Namun seakan sosok itu hilang darimu
seperti hilang dalam dinginnya malam
aku tak pernah tau mengapa sosok itu hilang darimu
namun sampai saat ini aku masih mencari sosok itu lagi pada dirimu