>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Tuesday, April 16, 2013

Cinta AkhirKu

“Mengapa Ada Cinta Dihati ini seandainya Hadirnya Cinta itu Hanya Sekadar Untuk Mengecewakan hati ini dan Harapan Ini, Bukan Lebih Baik Andai Cinta Itu Tidak Pernah Singgah di Lubuk Hati Ini. Sesungguhnya Cinta nan suci itu Mengapa perlu hadir Cuma seketika?..Adakah aku tidak berhak miliki cinta yang sempurna?”
---------------

Jam di meja berbunyi tepat sekali pukul 6.00 pagi. Segera Nila bangun untuk mandi dan menunaikan solat subuh sebelum ke sekolah. Hari ini juga Nila harus pergi sekolah lebih awal kerana ingin menjalankan tanggungjawab yang telah di tugaskan oleh guru kelas Nila. Selesai Solat, Nila terus ke dapur, terlihat ibunya sudah siap menguruskan urusan dapur dan di meja terlihat hidangan sarapan pagi telah tersedia untuk di jamah bersama-sama ahli keluarga Nila.

“Assalamualaikum bu…” sambil tersenyum Nila merapatkan diri dengan Ibunya yang tengah sibuk mengoreng sesuatu di kuali. “ Waalaikumusalam Nila..cepatnya Nila bangun hari ni? biasanya lepas solat subuh je, Nila sambung tidur kan?..Ibu Nila cuba mengusik Nila di pagi itu. “bu, Nila kan dah bagi tahu dengan ibu malam tadi, Sekolah Nila ada membuat Hari Kantin Sekolah?” Nila menjelaskan pada ibunya yang mungkin terlupa.

“Ya Allah…ya ke Nila? ibu lupa la Nila, sorry ya sayang..” sambil memegang dahi, ibunya melabuhkan punggung duduk di meja makan sambil mengusap-ngusap rambut anak tunggalnya itu. “Tak apa la bu, malam tadi sebelum tidur, Nila dah set alarm. Hari ni Nila nak kena pergi cepat tau bu..” sambil menjamah sarapan pagi itu Nila cuba menjelaskan pada ibunya. “Kalau macam tu, ibu hantar Nila okey?” ibunya mempelawa diri untuk menghantar nya. “ Tak apa la bu, Nila pergi dengan Ayu je.” Ayu adalah kawan sekelas dengan Nila, yang tinggal hanya bersebelahan dengan rumah Nila.

Mereka memang kerab pergi bersama menunggu bas di perhentian yang tidak jauh dari kediaman mereka berdua. “Oke, kalau macam tu, makan cepat, nanti tertinggal pulak bas. “Ibu Nila cuba mengingatkan Nila. Nila hanya menganggukkan kepala sambil menjamah sarapan pagi.

Setiba di perkarangan sekolah, Nila dan Ayu terus menuju ke kelas mereka dan terpandang Nila pada seseorang. Seseorang itu adalah Taufiq. Taufiq adalah Ketua Pelajar Sekolah mereka yang begitu rajin dalam aktiviti sekolah dari segala segi dan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah mereka. Ramai yang mengagumi kepintaran Taufiq. Setiap soalan yang di ajukan pasti jawapannya selaras dengan akal fikiranya yang agak bergeliga dan Taufiq di senangi oleh kawan-kawan dan guru-guru.

“Hai Fiq.., cantik inpirasi lukisan ni kan?..” Nila menegur hasil lukisannya yang agak hampir siap dilakarkan di dinding kantin sekolah mereka. Taufiq hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih pada Nila, kemudian, mereka membalas senyuman dan berlalu pergi. Taufiq masih lagi tersenyum sendiri, sambil tangannya perlahan-lahan melakar lukisan terahirnya, sambil menoleh ke belakang, dia melihat Nila berlalu pergi ke kelasnya.

Zaman sekolah yang begitu menyeronokkan membuatkan Nila termenung melihat gelagat rakan-rakannya yang sibuk berlari-lari ke sana dan ke mari bagi tujuan resepsi untuk Hari Kantin untuk sekolah mereka dan akhir tahun untuk tingkatan lima di sekolah mereka. Nila adalah salah satu ahli jawatankuasa bagi kerja-kerja kesinambungan hiasan dalaman untuk kelas dan pondok jualan mereka.

“Nila!” jerit salah seorang kawannya sehingga membuatkan Nila tersentap sekejap seketika dari lamunannya tadi. “Kauau ni Yan, sakit telinga aku la kau jerit-jerit macam tu..” Nila meluahkan rasa geram sedikit pada kawanya itu, dan membuatkan kawanya itu ketawa terbahak-bahak, mana tidaknya, bila Yan sergah Nila dari dekat, apa yang Nila pegang di tangannya pasti tercampak dengan serta merta. “Hahahaha…..hmmm, sorry la Nila, aku bergurau je..” terlihat oleh Yan muka Nila yang sudahpun menjadi merah padam, dengan segera Yan memeluk bahu Nila sambil memohon maaf dan mengangkat barang yang jatuh tadi bersama-sama. Kemudian mereka ketawa bersama.

Sikap Yan memang suka mengusik Nila, yang suka melatah itu yang kadang-kadang membuatkan ramai kawan-kawan di sekolah Nila, amat gemar mengacau dan mencuit-cuit Nila. Bagi diri Nila, dia tidak ambil kisah dengan situasi itu. Baginya gurauan dari kawan-kawan sajalah yang boleh menghiburkan hatinya yang kadang-kadang di murung kesedihan tentang sesuatu perkara yang difikirkan.

Setelah siap semua rekaan hasil dari kelas Nila, mereka semua terus berarak ke pondok yang tersedia, untuk memulakan tugasan dan mengakhirkan hiasan di setiap sudut pondok mereka yang di beri nama “Pilihan Persona” yang telahpun di cadangkan oleh Nila sendiri dan mendapat persetujuan rakan-rakannya yang lain. Mereka menjual barang-barang terpakai, yang mereka perolehi daripada koleksi mereka sendiri dan menjualkannya kembali sempena hari kantin tersebut.

Banyak koleksi seperti, gelang bling-bling, dompet cristal, beg bimbit kecil dan besar, buku-buku diari yang di reka khas dari mereka untuk dijualkan dan juga jambangan bunga-bunga yang digubah sendiri oleh Nila yang beralaskan pembalut kon dan tiga kuntum bunga yang diletakkan dalam pembalut khas dengan harga RM1 saja.

Terlihat di pondok “Pilihan Pesona”, Nila dan rakan-rakannya sibuk mempermosikan barang-barang mereka. “Harga bunga ni berapa?” Nila hanya mampu tersenyum dan terus menjawab dengan sekali saja. “RM1 .. “ .. hanya itu saja yang mampu Nila luahkan. “Ok, nak satu, ambil yang ini ya..” kemudian seseorang itu keluarkan duit dari dompet dan memberikan RM1 kepada Nila, kemudian, Nila mengambilnya dan membalas bagi bunga tersebut pada seseorang itu.

“Nila, bunga ni saya hadiahkan pada awak, sebab decoration pondok awak nampak cantik dan berseri-seri. Mesti cikgu akan pilih pondok awak sebagai pemenang pondok paling kreatif untuk tahun ni.” kemudian seseorang itu pun berlalu pergi meninggalkan pondok Nila. Sambil tersenyum, dari jauh, seseorang itu tersenyum dan membuat isyarat di jarinya. Nila yang dari tadi di lihat oleh Yan, terus di serpa kejutan lagi sekali.

“ Wah!...dapat bunga nampak…hihihi….terujanya aku tengok kau ni Nila… Taufiq tu memang kacak kan Nila?” Yan cuba memperli Nila terus menerus, membuatkan Nila bangun meninggalkan Yan yang kerab mengusik mindanya.

Ramai juga yang datang berkunjung ke pondok Nila dan rakan-rakan, membuatkan barang-barang yang di jual oleh mereka, nampak berkurangan. Cikgu-cikgu juga sempat bergambar di depan pondok mereka yang memang nampak unik sekali. Sedang Nila membelek-belek bunga hiasan yang terhias rapi di pondok mereka, tiba-tiba.."Hi Nila…” terkejut Nila dengan satu suara yang amat di kenalinya.

“Eh! awak, bila datang?” terkejut Nila seketika bila di lihatnya Qaidar datang pada hari Kantin tersebut. Itulah lelaki yang setia bersama dengan Nila dari di bangku sekolah rendah, sehinggalah mereka sama-sama belajar sehingga ke sekolah menengah. Mereka mula mengenali hati dan perasaan masing-masing bila mencecah umur 14 tahun.

Masa itu ramai yang menggelar mereka berdua sebagai kekasih romeo and Julie. “Saya dah datang dari pagi tadi, kawan-kawan bekas kelas saya talipn yang mereka kata hari ni ada Hari Kantin Sekolah dan mengajak saya, jadi saya pun datanglah. Awak macam tak suka je saya datang ni.”Nila hanya mendiamkan diri tanpa berkata-kata.

Qaidar tidak lagi bersekolah di sekolah yang Nila belajar, kerana telah bertukar sekolah di Vokasional selepas melepasi peperiksaan Sijil Rendah Pelajar (SRP). Qaidar mendapat tawaran belajar di sekolah tersebut. Banyak perubahan sikap pada Qaidar, yang sering kali Nila dengar dari mulut-mulut kawan-kawanya yang sealiran dengannya di sekolah mereka.

Kadang-kadang membuatkan hati kecil Nila menangis dan seratus peratus tidak mahu percaya apa saja sikap dari Qaidar yang di dengarnya. Nila tahu, kesetianan dan janji-janji Qaidar padanya adalah dari hati yang benar-benar jujur dan setia padanya. Hanya sebulan empat kali saja mereka akan berjumpa, itupun kalau Qaidar di hubungi oleh Nila.

Bila berjumpa pula, banyak situasi dan sikap Qaidar yang menjadi tanda tanya di hati Nila bila setiap kata-kata Nila yang di luahkannya, Qaidar seumpama tidak ambil endah dan mesti bercerita tentang lain, selain bercerita tentang hubungan mereka. Tapi semua itu, Nila anggap biasa sahaja. Dan tidak mahu banyak berfikir yang negative tentang kekasihnya itu.

Cerita Qaidar~~
“Qaidar, kenapa saya tengok awak ni macam tak pernah nak memikirkan apa yang saya fikirkan. Awak macam dah bosan dengan saya.” Nila cuba ingin menyungkil hati Qaidar yang di lihatnya macam jauh berbeza sebelum dia berpindah ke sekolah lain.

“Awak ni Nila…tak payahlah awak banyak sangat nak memikirkan itu dan ini. Saya okey saja la..mana ada apa-apa perubahan. Dan awak kena rasa bersyukur tau, saya masih lagi setia dengan awak.” Nila yang mendengar keterangan Qaidar itu, tiba-tiba tersentak seketika bila penjelasan Qaidar tadi menyinggung perasaannya seketika, sehinggakan Nila terdiam terus tanpa membalas apa-apa lagi tuturan dari Qaidar itu.

Di hatinya berkata, “adakah aku saja yang mencintainya?, atau hanya aku saja yang bertepuk sebelah tangan?”. Setelah lama Nila mendiamkan diri, Nila terus bangun dan berlalu pergi meniggalkan Qaidar sendirian.

Tanpa memanggil, Qaidar pun membiarkan saja Nila berlalu pergi. Sekaligus membuatkan hati kecil Nila menangis sendiri. Memang Qaidar banyak berubah di mata hati Nila.

Mengapalah Qaidar senang saja menyakiti hati Nila sedangkan untuk memiliki hati Nila amatlah sukar pada segelintir kawan-kawan lelakinya yang ada menyimpan suka pada Nila, tapi Nila menolaknya dengan jujur dan baik. Membuatkan mereka tidak mahu memaksa hati Nila untuk menerima mereka sebagai kekasih hati.

Tapi bagi Qaidar, sebagai kekasih yang pertama di hati Nila langsung tidak mahu menjaga kegembiraan Nila sebelum Qaidar bertukar sekolah. Saat Qaidar berada di sekolah Nila, banyak kenangan yang manis yang mereka lalui bersama. Belajar bersama, mengulangkaji pelajaran bersama, buat aktiviti sekolah bersama.

Qaidar juga banyak menjaga keperibadian Nila di sekolah, bila ada yang datang mengganggu Nila, pasti Qaidar akan pergi berjumpa dengan orang yang telah mengganggu diri Nila tidak kira lelaki ataupun wanita. Sehinggakan ramai lelaki atau perempuan di sekolah Nila, hanya mampu mengalah dan ada segelitir wanita yang amat cemburu bila Qaidar memilih Nila sebagai kekasih hatinya.

Tapi itu sikitpun tidak memberi kesan yang tidak baik kepada Nila. Baginya hanya fikiran yang postif saja ada dalam fikiran Nila, sekaligus membuatkannya tidak ambil kisah dengan kecemburuan gadis-gadis di sekolah mereka atau luar sekolah mereka. Kadang-kadang Nila banyak menerima surat layang dari gadis-gadis yang tidak dikenali, yang menyatakan pelbagai fitnah terhadap Qaidar.

Tapi sidikitpun Nila tidak ambil peduli. Bagi Nila, dia percaya pada Qaidar yang akan sentiasa setia dengan janji-janji yang pernah dilafazkan dari awal hubungan mereka.

Qaidar Masih Dipondok Niaga Nila~~
“Bukan saya kata saya tak suka, cuma saya terkejut je, yang awak tiba-tiba muncul.” Nila cuba menjelaskan dengan muka yang meragukan dan nampak gelisah sedikit. Sambil menundukkan kepalanya memandang ke bawah. Sedang bercerita itu dan ini dengan Qaidar, terpandang pula Nila pada Taufiq yang masih sibuk menguruskan tugasan di pondoknya juga. Kadang-kadang Taufiq pun turut memandang ke arah Nila, walaupun Qaidar ada di sisi Nila.

Taufiq memang tahu sangat tentang hubungan Nila dengan Q. Apapun segalanya Taufiq serahkan pada yang Maha Berkuasa. Pernah sekali Taufiq bergurau berbicara dengan Nila, dari hati ke hati, yang Taufiq suka berkawan dengan Nila, tapi Nila macam buat endah tak endah dan kadang-kadang membuatkan hati Taufiq tersinggung dengan cara Nila begitu. Taufiq tahu, bukan senang untuk dirinya mendapatkan hati yang iklas dari Nila, dan sering hatinya berkata bahawa hanya takdir dan masa yang akan menentukan segalanya.

Taufiq tidak mahu memikirkan kesemuanya itu, kerana baginya, tahun itu adalah tahun yang begitu penting baginya untuk menduduki peperiksaan yang menjamin masa depannya kelak.

Selesai semua tugas, Nila dan rakan-rakannya yang lain melabuhkan punggung di tepi padang sekolah mereka, dan tiba-tiba didatangi oleh Qaidar. Segera kawan-kawan yang duduk tadi, bangun meninggalkan Nila sendirian. “Hai Qaidar” ..tegur salah seorang dari kawan Nila tadi sambil berlalu. Terlihat Qaidar hanya tersenyum saja. “Hai Nila…” tegur Qaidar pada Nila yang sedang berehat sebentar sementara menunggu ibunya datang mengambilnya. “Hai..” sambil tersenyum sedikit Nila pada Qaidar. “Saya tengok awak macam ada masalah je? ataupun awak tak suka kehadiran saya hari ni?” Qaidar cuba meneka fikiran Nila sejak tadi lagi.

“Tak ada apa-apa la awak, saya penat je sikit hari ni, lagipun banyak tugasan yang ditugaskan pada saya hari ni.” Nila menjelaskan keadaan, sungguhpun sebenarnya ada perkara yang Nila ingin bertanya pada Qaidar, tapi belum masanya lagi. “Nila, jom temankan saya pergi minum?”..pelawa Qaidar pada Nila.

Tanpa berkata-kata, Nila dan Qaidar pun berlalu pergi meninggalkan perkarangan padang sekolah tersebut dan menuju ke luar sekolah untuk pergi minum berdekataan dengan kawasan sekolah. Warung Mamak Ali, adalah warung yang Nila memang suka datang bersama-sama dengan kawan-kawannya yang lain. Dan makanan di warung mamak tersebut memang sedap dan persekitaran yang bersih.

Sedang Nila memesan minuman, tiba-tiba, Nila terpadang ke arah sudut meja, kelihatan Taufiq dan rakan-rakannya yang lain turut berada di warung mamak tersebut. Di kejauhan saja Taufiq sempat mengangukkan kepala, sambil hanya tersenyum sedikit pada Nila. Taufiq memang suka melihat senyuman Nila. Baginya, senyuman Nila itu, penuh dengan sifat semulajadi Nila yang mungkin seorang yang ceria, dan mempunyai personality yang baik di padangan Taufiq.

“Nila, saya tengok awak dah susut sedikit?, awak tak makan ke?” Qaidar cuba bertanya pada Nila yang baginya telah beberapa bulan tidak berjumpa dengannya. “Ye ke?, biasa saja saya rasa. Awak tu je yang dah lama tak jumpa saya. Macam dah tak nak jumpa saya kan? bila ada masa-masa macam ni je awak nak jumpa saya, itupun di jemput kan? terlihat Qaidar hanya tersenyum saja sambil menyedut air Teh O ais limau kegemaranya.

“Talipon saya pun awak tak mahu kan? Nila menyambung balik kata-kata yang tiba-tiba terhenti dalam beberapa minit berlalu, yang hanya menunggu balasan jawapan daripada Qaidar.

“Nila, saya sibuk, macam awak juga, banyak aktiviti di sekolah yang harus saya buat. Dan sekolah saya sering menghantar saya ke semi praktikal di sekolah-sekolah daerah lembah kelang.” Qaidar menjelaskan seadanya pada Nila. Saya minta maaf ye, kalau membuatkan awak tertunggu-tunggu panggilan dari saya, bukan saya tak mahu talipon awak, cuma saya tak ada masa.”

Terlihat Nila hanya berpalingkan muka saja di setiap penjelasan Qaidar itu. “Awak, saya nak tanya iklas lagi sekali dalam hati awak, adakah awak masih menganggap saya sebagai teman istimewa awak sepertimana yang pernah awak lafazkan dulu?” tersedak Qaidar seketika, bila soalan itu ditujukan padanya. “Nila, janganlah banyak berfikir tentang hubungan kita, selagi awak setia pada saya selagi itulah saya bersama awak.”..ternampak Nila hanya terdiam dan sesekali ternampak di muka Nila merah, mungkin menahan tangisan. “Nila, saya harap awak boleh faham hubungan kita ini.

Kita dah lama berkawan kan?” berkawan?..” Nila mencelah disebalik kata-kata Qaidar tadi. Apa maksud awak?..kita kawan? adakah, saya sebahagian kawan-kawan perempuan awak juga?”.. Nila bertubi-tubi bertanya.

Terlihat Qaidar hanya diam seribu bahasa. “Qaidar, dengar sini, awak ingat tak apa yang pernah awak lafazkan pada saya?. Banyak orang kata, cinta awak dan saya hanya cinta monyet. Tapi saya tak pernah mengendahkan semua kata-kata itu, bagi saya umur kita dalam lingkungan belasan ini, berhak juga mengecapi satu perasaan setia dan bahagia kan?.

Kita memang dah lama berkawan, dan saya sedar awak melayan saya tak sama macam mana yang saya melayani awak. Dan bagi saya awak adalah kekasih hati saya seadanya.” Nila terus mendiamkan diri. Kelihatan mereka masing-masing berpaling muka. Tanpa Nila sedar, ada mata yang sedang memerhatikan mereka.

“Saya bukan mahukan apa-apa dari awak, sekurang-kurangnya perhatian awak pada saya. Saya rindu saat-saat kita berkunjung ke perpustakaan dulu, belajar bersama-sama. Masa itupun awak kata awak sibuk, tapi awak tetap luangkan masa juga dengan saya. Awak kerap datang rumah saya, makan bersama, belajar bersama, tapi sekarang?. Awak marah pada saya kalau saya kata, benci dengan awak, dan saya tak mahu melukakan hati awak, dan tak mahu menyusahkan awak.

Saya sanggup turun dan naik bas, semata-mata ingin berjumpa dengan awak di rumah awak sendiri. Tapi riaksi awak mula berubah bila kita sudah meningkat dewasa dan awak bertukar sekolah.” Dengan panjang lebar Nila menjelaskan apa yang tersimpan di benak fikirannya.

“Awak tahu tak, bertapa saya rindukan awak, hanya rantai leher ini dan surat-surat awak buatkan saya bersemangat untuk terus setia bersama awak. Tapi saya tak tahu, adakah awak berfikir yang sama macam mana yang saya fikirkan selama awak dah tidak ambil tahu hubungan kita. Sedar tak sedar, awak banyak mengelak setiap kali saya ingin berjumpa dengan awak, banyak alasan yang awak berikan pada saya.

Qaidar, terpulanglah pada awak untuk memikirkannya. Bagi saya, kata-kata awak, dan janji-janji awak pada saya tak pernah sedikitpun saya ingin lupakan.

“Nila..maafkan saya. Saya tahu, awak banyak memikirkan hal saya. Saya tak tahu mengapa dan kenapa. Nila, bukankah tahun ini kita akan menduduki peperiksaan? Lebih baik kalau kita sama-sama tumpukan perhatian dulu perkara yang lebih penting.”

Terlihat di raut wajah Nila, kepasrahan, kekecewaan yang begitu nyata, bila jawapan yang di harapkan, dari insan yang benar-benar di kasihi itu, hanya menjawab soalan di luar pemikiran Nila. Lantas Nila bangun, dan terus meninggalkan Qaidar dalam keadaan yang terpinga-pinga dan cuba memanggil Nila di kejauhan.

Nila berlalu pergi dan secara kebetulan bas berhenti di laluannya, dan segera Nila menaiki bas tersebut dengan meninggalkan sebuah hati yang begitu tebal sebak menahan segalanya. Ternyata, memang Qaidar dah banyak berubah. Nila bukan mahukan itu jawapannya, dan Nila akui, pelajaran memang penting dalam sebuah kehidupan dan tidak boleh dipertikaikan, tapi sekurang-kurangnya, persefahaman yang pernah terjalin antara mereka, untuk terus kekal, itulah harapan Nila. Tapi masa dan keadaan berubah segalanya.

Hari Peperiksaan~~
Telah masuk hari yang begitu penting untuk di dahului oleh Nila dan rakan-rakan sebaya dengannya. Peperiksaan yang paling penting untuk menentukan masa depan mereka. Kini, masa untuk memikirkan hubungannya dengan Qaidar, diketepikannya dulu dan dia bertekat untuk menjawab soalan tanpa memikirkan apa-apa saja masalah yang membelenggu di benak fikiranya.

Tamat sesi pertama peperiksaan, terlihat Nila dan rakan-rakan, keluar dari dewan peperiksaan, menuju ke kantin sekolah, untuk menjamah juadah yang telah terhidang untuk di nikmati bersama, sebelum pulang ke rumah masing-masing. Banyak cerita itu dan ini mengenai soalan yang meraka jawab sebentar tadi. Apapun, Nila kelihatan terdiam seketika, mungkin mengenangkan Qaidar yang juga tengah sibuk dengan peperiksaan yang di ambil.

Malas Nila nak menghubunginya. Kerana bagi Nila, hanya dia saja yang beria-ia bertanyakan itu dan ini, tapi Qaidar?. Ternohtah seketika pemikiran Nila tentang Qaidar. Biarlah takdir yang akan menentukan hubungan mereka berdua setakat mana. Tiba-tiba dalam gelak tawa Nila dengan rakan-rakan, pemikiran Nila terus mengenangkan kata-kata yang pernah Qaidar lafazkan pada Nila masa mereka di tingkatan empat.

“Awak, saya janji, nanti lepas habis kita duduki peperiksaan SPM, saya akan datang merisik awak, lepas tu kita belajar bersama-sama di Universiti”. Kata-kata Qaidar itu tiba-tiba membuatkan Nila tersenyum sendiri,

“Beb!...hihiihi…kau ni Nila, mengelamun tak tentu hala, apa kes? Yan cuba membaca fikiran Nila dari tadi. “Eh kau ni Yan, tak ada apa-apa la..,”kawan-kawan Nila yang juga mendengar penjelasan Nila tadi, hanya mememekkan muka saja. Mereka semua tahu, Nila sedang memikirkan Qaidar. Tapi mereka tidak mahu masuk campur dalam masalah yang Nila lalui, kecuali Yan. Bagi Yan pula, dia memang tak suka, kalau Qaidar suka membuatkan Nila terluka.

Yan pernah bertikam lidah dengan Qaidar, yang pada masa itu, Yan melihat Nila menangis tanpa berbicara dengan Qaidar dalam talian hanya airmata dan sendu yang di tahan sehingga sesak dadanya, kemudian Yan tanpa minta keizinan, terus merampas talipon dan bermacam-macam kata Yan keluarkan pada Qaidar.

Walaupun Nila dan Yan tidak berapa rapat berbanding dengan Ayu kawan yang selalu ke hulu dan ke hilir, tapi jiwa memberontak Yan, bila melihat kawan-kawan yang dia sayangi punyai masalah, pasti dia akan masuk campur.


Akhir peperiksaan~~
Terlihat semua yang menduduki peperiksaan SPM di dewan yang telah tersedia, begitu memberikan sepenuh perhatian untuk menjawab kertas soalan yang terakhir. Masa menjawab soalan kertas terakhir untuk Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah telah berakhir, terdengar bunyi sorakan dari semua murid-murid yang begitu bergaung di dalam dewan peperiksaan.

Masing-masing ada yang terlihat menadah tangan, tanda kesyukuran pada Allah s.w.t, kerana selamat menjawab soalan dari awal peperiksaan dan pengakhiran soalan. Masing-masing ada yang berpelukan sesama kawan-kawan dan bersalaman dengan guru penguasa yang bertugas pada detik peperiksaan tersebut. Terlihat juga ada yang menangis tanda kesyukuran dan berpisah sesama sendiri.

“Hi Nila, boleh kita bersembang sekejap?” Nila terkejut dan memandang-mandang pada kawan-kawannya yang sama berjalan tadi. Yan hanya memberikan isyarat mata, tanda setuju dengan pelawaan Taufiq. “Kalau Nila tak ada masa, tak apa la, saya tak nak ganggu masa kamu semua. Lagipun hari ni kan hari terakhir perjumpaan kita, mesti kamu semua ada rancangan nak pergi mana-mana kan?.”

Taufiq cuba mengalah, dalam masa yang sama mengharapkan agar Nila sudi berjumpa dengannya sebentar saja. “Err…tak adalah…kami ok je..” Yan cuba memintas kata-kata Taufiq. “Nila, pergilah, apa-apa hal nanti kami datang jumpa kau dekat rumah je okey” Kawan-kawan Nila yang lain pun bersetuju dengan cadangan Yan tadi. Terlihat Nila hanya tersenyum saja dengan penjelasan kawan-kawanya yang lain.

Sedang asyik Nila dan Taufiq bercerita itu dan ini yang mungkin tentang rancangan seterusnya selepas ini, Nila terus memandang tanjam pada satu lorong yang terlihat seseorang yang betul-betul dia mengenalinya. Nila memejamkan mata sekali sekala, dan memandang lagi. Taufiq yang tiba-tiba hairan dengan situasi Nila, turut memandang ke arah yang sama. Sambil menyedut air, Nila menarik nafas yang panjang. Gelak yang tadi bersama Taufiq sebentar tadi tiba-tiba terdiam seketika.

“Nila, awak ok?”,Taufiq tahu apa yang telah membuatkan Nila tiba-tiba diam, dan Taufiq tidak mahu bertanya tentang apa yang sedang Nila lihat tadi. “ Fiq, saya nak balik dulu la, pasal perkara untuk sambung belajar tu nanti, kita bincangkan balik bila kita dapat keputusan SPM nanti okey.”

Nila cuba mengelak celahan hatinya yang terguris seketika, bila seraut wajah yang di pandang sebentar tadi adalah kekasih hatinya sendiri, bersama dengan seorang perempuan yang juga adik angkatnya sendiri iaitu Mira. “Okeylah Nila, awak hati-hati tau, bila keputusan SPM dah keluar, kalau awak perlukan bantuan saya tentang permohonan kemasukan mana-mana Kolej ke, awak talifon saya ok. Lagipun keputusan SPM akan keluar selepas raya haji ni tau.”

Nila hanya menganggukkn kepala tanda setuju dengan pelawaan Taufiq tadi dan rancangan Nila selepas dapat keputusan SPM nanti. Sebenarnya ada perkara lain yang Taufiq ingin jelaskan, tapi keadaan dan masa tidak mengizinkannya untuk berterus terang. Hanya senyum dalam hati yang mampu Taufiq ukirkan. Kemudian, mereka berpisah.

Di dalam bas, sekali sekala, terlihat mata Nila jauh memandang di setiap sudut padangan di luar bas. Terlihat juga di kelopak matanya berkaca-kaca, sambil memegang dada yang sarat dengan sendu dan sebak. Hanya di dalam hati saja berkata-kata apa yang di lihat tadi, tidak benar.

Mereka begitu mesra, duduk bersama sambil memegang tangan bersama. “Ya Allah…….apalah yang ingin Engkau tunjukkan padaku ini Ya Tuhan ku…” dalam hati kecil Nila terus berkata-kata dengan tangisan yang orang lain langsung tidak tahu kelukaan hati yang sedang Nila rasakan.

Patutlah bila Nila ajak berjumpa untuk hari terakhir peperiksaan, pelbagai alasan yang sama yang Qaidar berikan pada Nila, tapi sedikit pun Nila tak mahu fikir yang bukan-bukan. Kerana, baginya, hubungan mereka berdua, berlandaskan kesucian dan kejujuran. Nila tak mampu lagi mengawal emosi yang berkecamuk dalam hati.

“Aku mesti tanya dengan Qaidar, aku kena berani. Aku tak boleh selalu pecayakan dia.” Hati Nila cuba memberikan kata-kata semangat. Kerana bagi Nila di hatinya cuma ada Qaidar saja. Tak mungkin Qaidar curang dengan hubungan mereka..
 
“Eh!..Nila, macam mana kertas akhir hari ini? Nila boleh jawab semuanya?” ibu Nila cuba bertanyakan pada Nila, tentang peperiksaan akhir yang di hadapinya tadi. “Alhamdulillah bu, Nila boleh jawab”..sambil berlalu pelahan, dan hanya senyum selamba membuatkan ibunya pelik sangat petang itu.

Di bilik, ibunya cuba ingin bertanyakan pada Nila, tapi tiba-tiba ibunya terdiam hanya mengatakan perkara lain saja. “Nila dah solat asar ke?” ibunya cuba meneka apa yang ada di benak fikiran anak tunggalnya itu. “Belum bu” dengan selamba Nila menjawab. “Nanti lepas solat, Nila turun minum petang ye, ibu dan siapkan juadah petang ni, kejap lagi Ayah balik”. Hanya terlihat Nila menanggukkan kepala tanda setuju.Selesai solat, Nila masih di atas tikar sejadah sambil memegang sesuatu di tangannya, seutas ratai emas, yang Nila perolehi sewaktu mula-mula Nila bersetuju untuk dijadikan kekasih hati Qaidar.

Bersaksikan tiupan angin dan sisiran air di tepi pantai, dengan kata-kata harapan dan perjanjian, Nila terus menangis teresak-esak dengan hubungan mereka yang baginya semakin renggang. Kemudian, Nila mencapai buku diari yang berwarna merah jambu yang sentiasa menjadi teman hatinya di kala hati tengah gelisah. Kemudian, dia mencoretkan luahan rasa hati di setiap perbuatan Qaidar dan hanya merakamkannya melalui tulisan agar Nila berasa lega seketika, dan sambil menadah tangan berdoa pada Allah, agar di berikannya petunjuk ke arah yang benar.

“di talian~~
“Assalamualaikum…Nila ada?”
“Qaidar ke ni?..sekejap ye”
“Nila, panggilan untuk Nila ni.”


Nila terus berpaling memandang ibunya tanpa senyuman. Biasanya, Nila akan tersenyum bila Qaidar meneleponnya. Tapi hari itu tidak terlihat langsung senyuman itu. Kadang-kadang membuatkan ibunya berkerut dahi melihat perubahan Nila. Biasanya kalau Nila ada masalah dengan Qaidar, dia pasti berjumpa ibunya, menanyakan pendapat.

(Nila) - “Hello..! ermm.. kenapa?..”
(Q) - “ Nila, kenapa tadi awak naik bas, tak tunggu saya”..
(Nila) – “Ermm.. ye la kan, buat apa saya nak ganggu, orang tengah berdating!..”



Di talian, terdengar Q ketawa seolah-olah apa yang di buat pada Nila itu satu perkara yang biasa baginya.

(Q) – “Eh!..berdating?..saya?..
(Nila) – Dah la awak, tak payahlah awak nak berdolak dalih dengan saya, saya nampak awak duduk bersama dengan Mira tadi. Kenapa awak nak selendung dari saya?. Apa hubungan awak dengan Mira. Awak sendiri tahukan, Mira tu adik angkat saya? Dan kenapa awak terlalu mesra dengan dia?!..

(Q) – Laaaa….itupun awak nak cemburu?.. saya sembang biasa je,
(Nila) – Biasa awak kata?..pegang-pegang tangan, itu awak kata biasa?..saya ada talipon awak petang semalam, nak jumpa dengan awak, tapi awak kata, awak ada hal lain, jadi itulah hal awak kan?..
Sekali sekala, terlihat mata Nila berkaca-kaca. Nila cuba menahan sebak, tapi tak berjaya, akhirnya, airmata yang bertakung tadi, meleleh juga di pipi gebu Nila itu.

(Q) – Nila, dengar sini, saya bukan sengaja buat macam tu, awak tahukan Mira tu orangnya macam mana..
(Nila) – Sudahlah awak…saya malas nak fikir semua ni. Kalau awak rasa, itu lebih terbaik, awak fikirlah apa yang patut awak buat. Kita dah kenal separuh abad, tapi saya lihat awak banyak berubah.

(Q) – Nila, saya minta maaf, boleh tak kita jumpa hari ahad ni? biar saya jelaskan pada awak nanti. Kita jumpa di tempat biasa ok.
(Nila) – Errmm.. okey!


Talipon di letakan semula dengan terhempas sedikit, membuatkan ibunya tadi yang asyik meneka-neka hati Nila terkejut mendengar. Sambil Nila berlalu pergi untuk ke kamarnya, Nila di tegur ibunya supaya menjelaskan perkara yang sebenar apa yang terjadi pada hubungan Nila dan Qaidar.

Bagi ibu Nila, restunya dan juga Ayahnya dalam hubungan mereka adalah satu kewajipan. Kerana, Nila tidak pernah menyembunyikan apa-apa masalah tentang apa yang terjadi pada Qaidar dan Nila.

Masa belalu sungguh pantas, dan hubungan Nila dan Qaidar kembali pulih dari kesilapan Qaidar sendiri. Mungkin kerana telah di nasihati oleh kedua orang tua Nila, apa yang harus mereka lakukan. Hari raya Haji pun telah menjelma. Telihat pagi itu, Nila dan rakan-rakan nya turut berada di rumah Nila untuk menikmati hidangan raya. Kecuali halnya dengan Taufiq, dengar khabar, Taufiq dah berpindah ke Pulau Pinang mengikut keluarganya. Dan mungkin akan berjumpa bila keputusan SPM nanti.

Melihat kegembiraan Nila dan Qaidar, masih lagi ada yang membuatkan hati seseorang yang sarat sakit cemburu dengan kemesraan mereka. Mira, adik angkat Nila, turut di jemput pagi itu, untuk bersama dengan mereka. “Macam manapun mereka bahagia, aku mesti bagi tahu pada kak Nila, tentang hubungan aku dan abang Qaidar!.” hati kecil Mira memberontak geram melihat kemesraan mereka.

Keesokkannya, hari kedua dan hari raya haji, Mira bersemuka dengan Nila dan Qaidar di suatu tempat yang bagi Nila tidak pernah di kunjunginya. Berbagai helah Mira untuk bertemu dengan Qaidar dan Nila. Petang itu Mira terus meneruskan hajatnya yang sudah lama di pendam, bila Qaidar dalam diam-diam memutuskan hubungannya dengan Mira tanpa di ketahui oleh Nila “Kak Nila, ada satu perkara yang Mira nak jelaskan pada akak.”.. terlihat Nila hanya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju.

Tapi terlihat Qaidar macam gelisah saja petang itu. Sambil Mira bangun, terus memandang jauh di celahan bukit bukau yang ada di sekeliling Mira terus menjelaskan apa yang terbuku di dalam hatinya selama hubungannya dengan Qaidar dulu.

“Mira, ceritalah..” Tiba-tiba Qaidar mencelahdi sebalik kata-kata Mira agar pulang rumah kerana cuaca tidak begitu baik petang itu. Tapi Mira tidak mengendahkan kata-kata Qaidar. “Awak, nantilah, kita dengar apa yang Mira nak ceritakan pada kita ni.” Sebab Mira tahu, selepas ini Mira tidak akan ada lagi di sekolah yang sama dengan Nila dulu kerana dia akan ke asrama penuh di tingkatan empat nanti.

“Akak, pertama sekali, Mira minta maaf, sebab Mira banyak buatkan akak marah dengan sikap Mira, akak tak pernah nak marah Mira dengan apa saja kesilapan Mira kan? Mira begitu hormati pada akak, tapi ada seperkara yang kak Nila perlu tahu dari saya.” Mira terdiam. lalu, Nila cuba bangun dan terus memegang bahu Mira, bila melihat Mira bersituasi murung dan Nila meminta Mira luahkan saja apa yang terpendam di dalam hatinya itu.

Dalam masa yang sama, kelihatan Qaidar begitu resah sekali, seakan-akan tahu apa yang bakal diceritakan oleh Mira itu nanti. “Kak Nila, sebenarnya Mira dah terlanjur!....” bertapa terkejutnya Nila petang itu dengan penjelasan selamba Mira yang agak ringkas itu dan terlihat hanya airmata yang jernih saja yang mengalir di pipi Mira.

Sehinggakan membuatkan mata Nila tepat memandang wajah Mira yang kaku berdiri di hadapannya. Suasana petang itu umpama tahu mengenai hati mereka berdua. Hujan mula turut dengan rintik-rintik, samar-samar angin meniup wajah Nila dan Mira.

Qaidar hanya berteduh di bawah pokok yang rendang, di sebalik bangku yang tersergam indah di celah-celah bukit tersebut. “Ya Allah, apa sudah Mira buat ni?, sedar tak apa yang sudah Mira lakukan ini?..mengapa Mira sanggup gadaikan maruah Mira pada seseorang yang tak mungkin Mira akan memilikinya seratus peratus!” Begitu marah Nila kepada adik angkatnya itu.

“Mira, siapa yang telah meragut kehormatan Mira?” Nila umpama macam kecewa dengan sikap adik angkatnya itu. “Sambil menangis, Mira hanya mampu menjawab soalan Nila itu, sambil menunjuk jarinya ke arah Qaidar. Qaidar terus menoleh ke kanan dan ke kiri, umpama macam ada orang lain yang Mira tunjukkan itu.

Sambil berjalan laju Nila menuju ke arah Qaidar. Satu tamparan berpetir singgah di pipi Qaidar. Qaidar yang masih terpinga-pinga dengan situasi itu dan sesekali mengusap pipinya sendiri yang dirasakannya begitu pedih dengan tamparan Nila yang baginya baru pertama kali dalam hubungan mereka. “Awak, betul ke apa yang saya dengar ini? tolong awak jelaskan pada saya.”

Dengan deraian airmata Nila yang tidak tertanggung itu terus mengalir laju sambil meminta Qaidar menjelaskan padanya. Qaidar hanya mampu menundukkan kepala tanpa berkata-kata dan Nila sudah tahu, itulah jawapannya tanpa menunggu penjelasan dari mulut Qaidar sendiri.

“Kenapa awak tipu saya lagi? Kenapa?..apa salah saya pada awak Qaidar!?, siapa sebenarnya saya dalam hidup awak?! Sampai hati awak buat ini pada saya? sedangkan saya iklas terima awak dalam hidup saya, dan setiap perubahan pada awak saya banyak maafkan. Tapi kenapa awak buat saya macam tak pernah wujud!?..Ya Allah…………” terduduk Nila di lantai bumi itu, dengan hujan yang semakin laju turun dan membasahi seluruh tubuh Nila dan mereka berdua.

Qaidar hanya mampu kaku diam dengan seribu bahasa dan hanya mampu memujuk kembali hati Nila sambil memegang bahu Nila, dan Nila hanya menepisnya berkali-kali. “Nila…..” belum sempat Qaidar menjelaskannya pada Nila, lantas Nila bangun dan terus berlari menuju ke arah jalan. Dan Qaidar cuba menjerit memanggil nama Nila berkali-kali, tapi sedikitpun Nila tidak menolehnya.

Mira juga hanya kaku berdiri melihat situasi itu. Sekali-sekala, Mira merasakan benar-benar bersalah dengan penjelasannya itu. Dalam fikiran Mira, penjelasannya itu akan Nila selesaikannya dengan cara baik dan harapanya, akan memiliki Qaidar semula, tapi dia tidak sangka, begini yang akan terjadi. Mira menjadi kaku, melihat Nila begitu marah.

Tidak pernah Mira melihat kemarahan yang Nila tunjuk petang itu. Kerana, Mira tahu, kakak angkatnya itu adalah seorang yang “open minded” dan akan menyelesaikan masalah dengan positif. Tapi yang berlaku sebaliknya.

Nila berlari meniggalkan kawasan menuruni bukit dalam esakkan tangisan, terus meninggalkan Qaidar dan Mira. Beberapa minit kemudian, satu bunyi dentuman yang kuat di jalan raya terdengar dan membuatkan Qaidar dan Mira saling pandang memandang, tanpa membuang masa mereka terus melulu ke arah bunyi tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka bila melihat apa yang di dengar oleh mereka itu adalah Nila yang terbaring di depan kereta Volvo lama. Tiba-tiba ramai yang datang menyaksikan kejadian tersebut.

Tanpa membuang masa, Qaidar terus memapah Nila dan meraung semahunya memanggil nama Nila berkali-kali dan begitu juga dengan Mira. Dengan keyakinan, Qaidar terus mengangkat Nila dalam keadaan Nila yang berlumuran darah penuh di kepala dan kaki, masuk ke dalam kereta yang melanggar Nila tadi.

Kemudian, pemandu kereta Volvo tersebut, terus menghantar Nila ke Hospital yang berhampiran. Dalam perjalanan, terdengar suara Nila memanggil nama Qaidar berkali-kali, dengan sedar tak sedar, Qaidar mengucup dahi Nila dengan seribu penyesalan yang dilakukannya terhadap Nila selama hubungannya dengan Mira.

“Kak Nila, maaf Mira kak.” Mira menangis semahu-mahunya di tepi jalan raya yang di saksikan ramai orang. Penyesalan yang tidak dapat di tanggung oleh Mira hari itu. Kalau inilah yang Allah tentukan pada Nila, kenapa Nila yang menjadi pilihan Allah dalam ujian ini. Kenapa tidak pada Mira ataupun Qaidar sendiri. Itulah kata hati Mira yang begitu menyesali perbuatannya.

Tiada seungkap kata yang mampu diluahkan oleh Mira. Hanya airmata saja yang mengalir di sebalik penyesalan yang tidak tertanggung dek kesilapannya sendiri. Mira melangkah lesu menuju ke kenderaan yang di bawa tadi ingin terus menghala ke Hospital untuk melihat kakak yang di anggap seperti kakaknya sendiri.

Entah bila Nila akan sedar, ataupun bencikah Nila pada Mira?, hanya terletak pada diri Nila sendiri nanti. Itulah yang berlegar-legar di kepala Mira sewaktu memandu kereta kancil milik abang sulongnya yang di pinjamnya sebentar.

Di hospital~~
Terlihat ibu dan Ayah Nila dan juga keluarga Qaidar turut berada di depan wad kecemasan menunggu Nila di rawat. “Siapa ahli keluarga pesakit di dalam?” kemudian, terlihat Ayah dan ibu Nila bangun sambil menangis bila doctor yang merawat Nila keluar ingin berjumpa mereka. “Ya doktor, kami ibu dan ayahnya.” “Puan, Encik saya rasa harapan untuk menyelamatkan anak encik begitu tipis, tapi kami akan sedaya upaya melakukan yang terbaik.”

Kemudian doktor tersebut terus masuk kembali ke dalam bilik kecemasan tersebut. Terlihat ibu Nila menangis sambil memeluk suaminya dan terus mengintai di sebalik jendela pintu tersebut. Tidak lalu hati ibunya melihat Nila terkaku baring di atas katil itu dengan luka yang begitu parah.

“Ya Allah….. permudahkanlah urusan kami Ya Allah..Aku terlalu sayangkan dia anak kami ya Allah, berikanlah Nila peluang ke dua Ya Allah..” ibunya terus berdoa dalam hati, agar di berikan peluang pada anaknya kembali pulih. Hampir dua jam Nila di rawat oleh sebilangan doktor yang bertugas petang itu, sekali lagi ibu Nila mengintai di jendela pintu itu.

Masih terkaku lagi anaknya. Sebentar tadi doktor ada menjelaskan pada kedua ibubapa Nila, kecederaan yang di hadapinya. Bahagian mata dan otaknya terluka dalam, kemungkinan Nila akan hilang ingatan dalam jangka masa yang tidak begitu lama, itupun kalau doctor dapat merawatnya.

Dengan nada yang sebak, ibu Nila merayu pada doktor, supaya anaknya dapat diselamatkan. Kelihatan Nila tiba-tiba batuk dan mengeluarkan banyak darah di mulutnya. Kemudian, doktor yang bertugas, berlari mendapatkan Nila dan terus memasang oksigen penafasan di mulut Nila dan pelbagai wayar di letakkan pada bahgian kepala dan dada Nila.

“Encik, kami terpaksa pindahkan pesakit ke wad ICU kemudian, pesakit perlu menjalani pembedahan secepat mungkin”. Tanpa membuang masa Ayah Nila terus menandatangi surat kebenaran tersebut dan terus Nila di bawa ke Wad ICU.

Tengah Nila di tolak keluar, terlihat Qaidar berdiri melihat keadaan Nila begitu dan tidak sedar Qaidar dan matanya mula berkaca-kaca. “Terlalu berat derita kau Nila, maafkan aku”..hati kecilnya menyuarakan kesilapan yang besar yang telah di lakukan pada Nila.

Mira turut berada di bangku hanya mampu menangis tidak berhenti-henti. Ibu bapa Nila sendiri, tidak tahu, apa sebenarnya yang telah terjadi sehinggakan Nila menerima musibah yang begini. Bila di tanya pada Qaidar, dia hanya memberitahu bahawa Nila telah di langgar oleh kereta semasa mereka ingin melintas jalan raya bersama.

Di perkarangan Hospital tersebut, terlihat, ramai kawan-kawan Mira yang datang, ada yang menangis dan bertanyakan pada ibu Nila berkenaan keadaan Nila dan ada juga yang marahkan Mira dan Qaidar. Sehinggakan Yan, guna berbagai bahasa memarahi Qaidar dan Mira. Sehinggakan Yan memberikan amaran pada Mira dan Qaidar, jikalau jadi apa-apa pada kawan baiknya itu, tak mungkin Yan akan maafkan Mira dan Qaidar sampai bila-bila.

“Hey Mira!..kau ni memang tak pernah menghargai Nila kan?. Kalau boleh apa yang Nila ada, kau mesti nak rampas juga kan?. Macam tak ada jantan lain yang kau nak rampas!” Yan cuba memarahi Mira yang duduk tercerut di tepi bangku di depan wad kecemasan tersebut. Mira hanya mendiamkan diri saja.

Mungkin menyesal dengan sikapnya yang keterlaluan pada Nila. Sehingga tengah malam, barulah Nila selamat menjalani pembedahan yang di lakukan bersama dengan pakar doktor bahagian otak dan saraf.

Bila pembedahan telah berjaya dilakukan, Nila di tempatkan di Wad khas, yang hanya boleh di lawat dua orang berselang seli saja. Termasuklah kawan-kawan Nila yang setia menunggu sehingga tamat Nila menjalani pembedahan kecil di raut wajah Nila. Ada yang keluar dengan tangisan dan Yan tidak terlepas dalam tangisan itu juga. Sebak melihat kawan baiknya itu, yang dulunya ceria, kini terkaku dengan seribu duka di dalam hatinya.

“Sabarlah Nila”…itulah kata-kata semangat kawan-kawanya yang mampu dibisikkan di telingan Nila. “Encik, kemungkinan nanti, anak encik akan hilang penglihatan sebelah mata kiri saja dan di bahagia otak anak encik, ada keretakan sedikit, dan mungkin akan berlakunya kekejangan bila dia akan mengingatkan sesuatu perkara yang tidak baik.

Saya hanya boleh memberikan ubat penahan sakit yang sekaligus akan mengembalikan kelukaan di garisan luka itu dan berharap agar encik dan puan, dapat memberikan semangat dalam proses untuk ketahap yang lebih setabil. Mungkin dalam beberapa bulan ini, dia akan mendiamkan diri kerana emosi dalam lingkaran saraf otaknya masih terluka. Jangan sesekali bertanyakan padanya tentang apa saja yang boleh membuatkannya berfikir.”jelas doctor yang merawat Nila.

Di dalam wad kelihatan ayah dan ibu Nila sayu memerhatikan keadaan Nila yang kaku di atas katil yang sarat dengan pelbagai wayar dan mesin nadi di sebelah katilnya. Sekaligus membuatkan hati seorang ibu yang mana tidak terguris melihat, anak yang di kandung selama Sembilan bulan sepuluh hari dan lahir dalam keadaan yang normal dan comel serta di susui dengan kasih dan sayang sehingga meningkat remaja, akhirnya begini jalan kehidupannya.

Kaku dan berbalut sana dan sini di tubuh kecilnya. Tapi Ibu Nila tetap kuatkan semangat dan berasa bersyukur pada Allah, kerana masih memberikan nyawa untuk kali ke dua pada anaknya itu. Apapun yang berlaku, ada hikmahnya. Ibu Nila, menganggap ini sebagai ujian dari Allah pada mereka sekeluarga.

Mereka harus redha dengan ini semua. Dan yakin, Nila akan menerima qada’ dan qodar Allah ini dengan sebaik-baiknya. Kerana, ibu dan ayah Nila tahu, anaknya itu adalah seorang yang cekal dan tabah dalam sesuatu ujian. Dan Nila adalah anak yang baik pada semua orang termasuk ibu dan ayahnya.

Lapan bulan kemuadian~
Nila sering di temani oleh Qaidar di setiap masa dan saat. Mulut Qaidar tidak henti-henti memohon maaf pada Nila tentang apa yang telah berlaku. Qaidar cuba ingin membuatkan Nila tersenyum di bangku roda tersebut, sambil itu, Qaidar juga ada menunjukkan keputusan SPM Nila yang di ambil oleh ibu Nila sendiri.

Nila mendapat keputusan yang begitu memuaskan. Tapi untuk apa itu semua, bila Nila tidak berupaya untuk bangun dan berdikari sendiri. Kerana tangan nya masih berbalut dan raut wajahnya banyak berubah. Nila hanya mempu melihat slip keputusannya itu tanpa banyak berbicara. Ini sekaligus membuatkan Qaidar menjadi sebak dan kadang-kadang matanya berkaca-kaca meratap kesedihan.

“Assalamualaikum….” Bila Qaidar berpaling, terlihat Mira sedang melangkah menuju di ruangan rehat Nila. “Abang Qaidar, macam mana keadaan kak Nila?, ada perubahan tak? “ mendengar soalan Mira itu, hati Qaidar rasa begitu marah dan Qaidar malas untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Mira itu. Baginya itu semua tidak penting.

“Sudahlah Mira, baik awak balik je, tak payah awak tanya itu dan ini tentang Nila.” Qaidar seolah-olah tidak mengharapkan kehadiran Mira untuk melawat Nila. Tapi Mira tidak mengendahkan semua kata-kata Qaidar itu, dia terus menuju ke arah Nila yang sedang asyik memandang jauh di pandangan luar jendela. “Kak Nila, apa yang berlaku ke atas akak, semuanya silap Mira.

Mira dah buat akak jadi begini, Mira minta maaf kak. ” airmata Mira tidak memberi apa-apa pada perubahan Nila, Nila tetap memandang di luar jendela. “Akak, Mira datang ni, nak memohon maaf pada kak Nila, sebelum Mira nak berangkat ke Johor.

Mira tahu, kak Nila tidak akan maafkan Mira kan? Nila yang mendengar saja penjelasan Mira itu, tiba-tiba mengalirkan airmata dipipinya. Tidak mampu untuk Nila berkata-kata, mungkin dek hati yang begitu terguris dengan sikap Mira dan Qaidar.

Sedang Mira dan Mira tentang bercerita tentang kesilapan masing-masing, dalam masa yang sama, ibu Nila tiba-tiba mendengar dan terus menumpukan perhatian pada bicara mereka berdua, lalu ibu Nila terus melulu mendapatkan mereka berdua. “Huh!...begitu cerita yang sebenarnya kan?” tiba-tiba ibu Nila menyelah di sebalik cerita mereka. Patutlah Qaidar tak habis-habis memohon maaf pada Nila tentang kesilapannya terhadap Nila.

Itulah sebabnya Ibu Nila tidak mahu bertanyakan apa-apa lagi selama lapan bulan Nila terlantar lumpuh begitu. “Qaidar, Mira!..betul ke apa yang makcik dengar ni?” terlihat Qaidar dan Mira dalam situasi yang begitu serba salah. “Mira!, kau tahukan bertapa sayangnya kak Nila pada kau!, tergamak kau hancurkan hatinya?” ibu Nila pula yang menangis semahu-mahunya. Sekarang baru ibu Nila tahu puncanya sehinggakan Nila jadi begitu.

“Baik korang balik, sebelum pakcik balik, makcik benci kalian berdua. Jangan sesekali jejak lagi kaki ke rumah makcik ini. Kesilapan yang kalian lakukan ini, benar-benar sudah melampaui batas! Qaidar, makcik begitu terkilan dengan sikap kamu. Kamu tahu, Nila tak henti-henti bercerita itu dan ini tentang kamu sewaktu dia sihat dulu, Nila pernah bertanya pada makcik, mengapa kamu dah tak sama macam dulu? Tapi makcik cuma boleh kata pada Nila sabar saja dan Nila terima kata-kata makcik tu walaupun makcik tahu, Nila bersedih. Tapi kamu?” begitu marah ibu Nila petang itu dengan deraian airmata. Tak mampu ibu Nila untuk meneruskan kata-katanya lagi. Dengan nada yang perlahan, ibu Nila memohon agar mereka meninggalkan rumah tersebut.

Terlihat kedua-dua mereka melangkah perlahan meninggalkan rumah. Kelihatan Nila yang dari tadi diam, terus mengalirkan airmata. Sekali-sekala dia cuba perlahan-lahan memejamkan mata. Kemudian, di peluknya Nila serapat-serapatnya dan membiarkan saja anaknya menangis agar hati yang begitu sebak dengan kejadian yang menimpa diri anak kesayangannya itu. “Sabarlah sayang, apa yang berlaku ada hikmahnya. Kalau Mira redha dan maafkan mereka, Ibu yakin Mira akan mendapat lebih kebahagian nanti.”

Ibu Nila cuba menasihati anaknya disulami dengan kata-kata semangat. Dalam perlahan-lahan, Nila menganggukkan kepala, yang mungkin tanda bersetuju dengan kata-kata ibunya. Kemudian mereka berpelukan kembali.

Genap Setahun empat bulan selepas itu….
Antara hubungan Qaidar dan Nila masih dalam bualan kawan-kawan. Kesihatan Nila, makin hari makin pulih sedikit, Kawan-kawan Nila tidak henti-henti datang melawat Nila termasuk bekas guru-guru Nila juga. Petang itu, Nila meminta agar ibunya menghubungi Qaidar tapi ibunya tidak bersetuju dengan permintaan Nila.

Dalam permintaan Nila yang penuh dengan sayu, membuatkan ibunya memaksakan diri juga menghubungi Qaidar dan meminta agar Qaidar datang melawat Nila. Hampir enam bulan Qaidar dan Nila tidak berhubung, selepas ibu Nila menghalau mereka.

Mira pula, dengar khabar, telah berada di asrama penuh. Langsung tidak berjumpa terus dengan Nila. Tapi bagi Nila, kemaafan buat mereka telah lama Nila maafkan. Dalam hati kecilnya selalu berdoa, agar Mira bahagia. Dan begitu juga dengan Qaidar, yang masih di anggap kekasih walaupun hatinya benar-benar terguris dengan perbuatan mereka. Tapi di sebabkan oleh janji setia yang begitu mendalam dari hati Nila, Qaidar masih lagi ada dihatinya selamanya.

Pernah ibunya menasihati Nila, bila setiap kali Nila ingin berjumpa dengan Qaidar, tapi di halang oleh ibunya. Sehinggalah Nila beransur pulih, Selama itu Nila berasa sungguh rindu dengan Qaidar dan ingin sekali mendengar suara Qaidar. Permintaannya petang itu, dikabulkan oleh ibunya.

Sedang, Nila asyik berbual panjang dengan Qaidar di talian, tiba-tiba Nila terdiam dan terus menangis. Ibunya yang sekali-sekala mundar mandir, terlihat Nila begitu, terus mendapatkan anaknya itu.

Talian di matikan oleh Nila dan talipon diletakkan. “Nila?, kenapa sayang?, ibu dah kata, tapi Nila tetap nak hubungi Qaidar lagi. “Bu…Qaidar minta hubungan Nila dan dia putus bu….” Nila hanya mampu menangis semahu-mahunya. Harapan Nila ingin menjernihkan keadaan, dan mengembalikan kecerian pada hubungan mereka, semuanya hancur dengan penjelasan Qaidar di talian tadi. “Qaidar kata, antara Nila dan dia dah tak sehaluan bu, apa salah Nila bu, Nila sayangkan Qaidar.

Nila dah lama maafkan Qaidar bu. .” terlihat keadaan Nila begitu, ibunya tak mampu berkata-kata lagi. Hanya airmata jernih ibu dan anak itu saja yang kedengaran. Dalma dakapan syahdu buat Nila itu, tiba-tiba di luar rumah mereka, terdengar satu suara yang begitu juga Nila amat mengenalinya.

Nila cuba tenangkan hatinya yang hancur dan sebak seketika dan menolak sendiri kerusi rodanya masuk kedalam kamar bilik khas di bawah untuknya. Di kamar bilik Nila, terpandang Nila pada sebuah kotak hasil rekaannya sendiri.

Perlahan-lahan Nila menggapai kotak itu, dan di buka kotak tersebut yang di dalamnya terisi sebuah buku diari miliknya dan beberapa helaian naskah surat dari Qaidar dan sekotak kecil rantai emas yang pernah diberikan oleh Qaidar padanya. Sekali lagi airmatanya berderai jatuh membasahi pipinya.

Di luar rumah, Ibu Nila terus mendapatkan suara itu dan membalas salam. Dalam senyuman, Ibu Nila menjemput masuk pada tetamu tersebut. “Makcik sihat?” tetamu itu terus menanyakan khabar pada ibu Nila. Kemudian, Ibu Nila menjemput tetamu itu masuk. Di dalam bilik Nila, dia cuba meneka suara siapakah itu, dalam deraian airmatanya itu, perlahan-lahan dia mengilapnya dan terus mendengar lagi suara itu yang hampir dia mengingatinya.

“Taufiq!..ya…” itulah yang sedang Nila fikirkan tentang suara yang di dengar itu. “Maafkan saya makcik, boleh saya bertemu dengan Nila?” terlihat ibu Nila menunjukkan wajah yang sayu, bila nama Nila di sebut oleh Taufiq. “Boleh, masuklah dulu, nanti makcik panggil Nila ye.” Sedang asyik Taufiq, melihat di segenap rumah Nila yang begitu damai dipandangannya, tiba-tiba, Taufiq terkejut dengan apa yang di lihat didepan matanya.

“Ya Allah, Nila!..apa yang telah terjadi ni?, kenapa saya tidak tahu tentang ini semua Nila? Awak kenapa? Sakit?..” Taufiq begitu terkejut melihat perubahan Nila, yang hanya duduk di bangku roda dengan penuh jahitan dibahagian dagu dan lengan serta berbalut kecil dibahagian kakinya. Nila hanya mampu tunduk dan bisu mendengar setiap kata yang diluahkan oleh Taufiq.

“Makcik, kenapa dengan Nila?.. setelah panjang lebar ibu Nila menceritakan apa yang telah berlaku pada Nila, tiba-tiba, tanpa segan silu, Taufiq terus menghampiri Nila dan duduk betul-betul di hadapan Nila. Nila, saya datang ni, bertujuan ingin tahu keputusan peperiksaan awak, saya dapat tahu awak cemerlang.

Itupun saya bertanyakan pada Ayu bila berjumpa dia di sekolah untuk mengambil keputusan tersebut. Saya ada tanyakan awak di mana, Ayu Cuma kata awak dah ambil keputusan SPM dan terus balik. Tapi dia tak ada bercerita tentang apa yang berlaku pada awak ni Nila.” Bila saya mendengar apa yang telah berlaku ini, saya benar-benar terkilan dengan sikap Qaidar dan Mira pada awak.” mendengar setiap penjelasan Taufiq, tiba-tiba airmata Nila laju mengalir.

Kemudian, Taufiq menjadi serba salah dan memohon maaf dengan penjelasannya tadi. Mungkin di sebabkan Taufiq terlalu marah dengan Qaidar. Taufiq juga tahu perubahan Qaidar benar-benar ketara bila kawan karibnya itu sudah bertukar sekolah, dan Taufiq juga tahu Qaidar kerap berjumpa dengan adik angkat Mira. Tapi untuk menghormati hubungan Qaidar dan Nila, Taufiq nekad, tidak mahu campur tangan dalam urusan hubungan mereka. Taufiq Cuma mahukan Nila bahagia dan gembira.

“Nila, saya minta maaf, andai saya ada menyinggung perasaan awak sehinggakan awak menangis. Saya Cuma meluahkan pada awak. Nila, Allah maha mengetahui apa yang DIA berikan pada kita. Allah itu adil Nila. Awak mesti kuatkan semangat. Awak tetap cantik Nila di mata saya. Awak sentiasa buat saya berasa tenang bila melihat awak..Awak mesti redha dengan setiap ujian yang Allah berikan ini pada awak dan ada hikmah yang tersembunyi di sebalik musibah ni Nila.”

Nila yang dari tadi asyik mengalirkan airmata, hanya tunduk kaku saja. Mungkin dia malu dengan Taufiq, Nila berasa sebak dengan setiap kata-kata Taufiq sehinggakan Nila langsung tidak bersuara. “Tak apa lah Nila, awak berehatlah dulu ye, nanti saya datang melawat awak lagi. Saya minta diri dulu.” Taufiq menoleh sekali lagi melihat Nila di bangku roda itu, macam ingin memberitahu sesuatu perkara kepada Taufiq.

Tapi masih tidak terkata. Kemudian, Taufiq bersalaman pada ibu Nila, dan terus menuju ke pintu untuk pulang. Sebenarnya Taufiq begitu sedih melihat Nila bersituasi begitu, itulah sebabnya juga Taufiq tak mampu berdepan lagi untuk berbicara lebih panjang lebar dengan Nila. Baginya, masih tiada ruang dan waktu untuk Taufiq meneruskan hajat di hatinya. “Nila….aku doakan agar kau akan temui kebahagian juga nanti”..

Taufiq hanya mendoakan di dalam hati kecilnya agar Nila tabah mengharungi segalanya. Taufiq tidak mahu melepaskan hajat di hatinya yang sudah lama dia pendamkan dari seawal perkenalan mereka berdua. Di sekolah mereka adalah edola bagi setiap rakan-rakan. Dan sekaligus kedua-dua mereka adalah pelajar cemerlang bagi setiap tahun.

Taufiq adalah ketua pelajar di sekolahnya dulu. Itulah sebabnya, dia hanya membekukan hati untuk meluahkan yang dia memang menyukai Nila. Tapi dalam masa yang sama, Taufiq tidak mahu merampas milik orang lain. Biarlah hatinya saja yang berkata-kata “Taufiq…maafkan aku..” hanya itu saja yang mampu Nila katakan dalam hati.

Kemudian Nila terus ke kamar bilik dan di tolong ibunya untuk menolak bangku rodanya itu. Sambil berjalan, ibunya mengucup kepala Nila dan mengilap airmata Nila yang hampir jatuh. Hanya ibunya saja yang dapat memahami perasaannya ketika itu. Selebihnya Nila serahkan pada Allah untuk menentukan kebahagiannya kelak.

Masa begitu cepat berlalu. Kini Nila sudah 85% sihat dan kesyukuran dari Allah s.w.t telah memulihkan semangat keluarga Nila bila melihat Nila kembali ceria dan tersenyum seperti biasa telah Nila kecapi kini. Apa pun Nila berasa bersyukur, kerana Allah masih memberikannya peluang kali ke dua untuk perbaiki segalanya. Mungkin di sebalik apa yang berlaku, ada hikmah yang menanti.

Sedang Nila dan ibunya menjamu juadan petang, tiba-tiba Nila terpandang satu bangunan yang berdekatan dengan rumah mereka. “Bu, hari ini Nila rasa nak pergi cari kerja ‘partime’ la bu.” Ibu Nila hanya memandang wajah anaknya itu dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Terdetik hatinya seorang Ibu yang sabar menjaga anaknya ketika Nila sakit dulu membuatkan ibu Nila sebak seketika.

“Nila nak cari kerja di mana? Tanya ibunya dengan suara yang lembut sambil telapak tangan ibunya membelai rambut Nila yang lembut beralun itu. “Nila rasa Nila nak minta kerja jadi cashier kat pasaraya seberang sana la bu.. boleh kan?” Pinta Nila pada ibunya membuatkan ibunya tersenyum saja.

“Boleh ke Nila kerja ni?” terlihat Nila hanya mengangkatkan kening saja yang berkemungkinan tidak yakin dengan kemampuannya. “Boleh la bu…insya’allah Nila boleh kerja…” kemudian mereka berdua tersenyum. Sementara Nila menunggu panggilan dari Universiti yang di pohon, seeloknya Nila habiskan masa itu dengan bekerja. “Tak apa la bu…sementara nak menunggu keputusan permohonan di Universiti tu, bukankah lebih baik Nila kerja.

Boleh jugak lah, Nila pegang duit sikit-sikit kan bu?”jelas Nila yang masih mengharapkan kebenaran ibunya untuk bekerja sambilan. “Ok la sayang…terpulanglah pada Nila ,ibu tidak mahu lihat Nila berasa bosan pula bila dah dapat kerja nanti”…Jelas juga ibu Nila memberi pengharapan pada Nila. Selang beberapa hari, Ibu Nila menemani Nila memohon jawatan juruwang di pasaraya yang berdekatan dengan rumah mereka.

Ibu Nila hanya menunggu Nila di luar sementara Nila mengisi borang permohonan kerja. “bu…!” dari jauh Nila menjerit memanggil ibunya sambil tersenyum lebar. “hmm…macam mana? Ok?” Ibu Nila cuba ingin tahu keputusanya. “Mestilah dapat bu, tapi Nila dapat kerja cashier buat sementara dulu, menager tu kata, kalau Nila dapat menguasai semua mengenai perkara yang berkaitan dengan jawatan yang Nila mohon, Nila akan dinaikkan pangkat..” kemudian terlihat ibu Nila hanya mampu tersenyum saja melihat setiap keterangan anaknya itu. “Ok la Nila, jadi bila Nila akan mula bekerja? Soal ibunya ingin tahu. “Habis bulan nib u….” jelas Nila ringkas.

Nila mula bekerja.
Terlihat Nila sibuk belajar mengendalikan mesin juruwang bersama dengan penyelia bahagia juruwang. Nila cepat belajar, baru tiga hari, Nila sudah tahu mengendalikan mesin juruwang tersebut tanpa pertolongan sesiapa. Terlihat Nila begitu gembira, kerana mempunyai kawan-kawan baru, rehat bersama dan makan bersama. Hampir tiga bulan Nila telah bekerja di pasaraya tersebut.

Tidak ada sebarang komen dari pihak pentadbiran juruwang untuk Nila. Penyelia dan serata kawan-kawan Nila begitu kagum melihat kesungguhan Nila mengendalikan tugas yang diamanahkan padanya. Bukan senang untuk menjaga mesin wang tersebut. Banyak yang Nila telah diberitahu mengenai ketidakjujuran pada pekerja yang mengendalikan mesin juruwang tersebut.

Ada yang terpaksa di buang kerja, kerana mencuri duit dan ada yang berkompromi dengan pekerja-pekerja yang lain untuk merendahkan harga barangan di pasaraya tersebut. Itu sekaligus membuatkan Nila lebih berhati-hati. Dalam hanya lima bulan Nila bekerja, satu jawatan yang diberikan pada Nila dengan pencapaian yang cemerlang Nila dalam mengendalikan tugas yang diberikan padanya. Nila berasa begitu bersyukur sangat pada Allah dengan rezekinya dalam pekerjaan.

Sudah hampir setahun Nila berkhidmat di pasaraya tersebut sebagai Ketua Juruwang. Sedang Nila sibuk dengan tugasan hariannya, tiba-tiba Nila di datangi seseorang. “Hai awak! Hmmm, sibuk ke? Suara itu membuatkan Nila tersentak seketika. Terus Nila menoleh ke sebelah. Alangkah terkejutnya Nila dalam hati, melihat insan yang pernah bertahta di hatinya muncul secara tiba-tiba.

Hampir tiga tahun mereka tidak pernah berjumpa semenjak Qaidar memutuskan hubungan mereka dalam talian saja. Dengan nada yang selamba, yang seolah-olah macam tidak pernah mengenali Qaidar, terus Nila berlalu pergi meninggalkan Qaidar sendirian.

Qaidar terus memanggil manggil nama Nila berkali-kali, sehingga membuatkan semua kawan-kawan di bahagia juruwang, melihat gelagat mereka berdua. Kekecewaan di raut wajah Qaidar bila Nila terus berlalu meninggalkannya tanpa berkata-kata. “Ah! Satu sahutan pun tak ada di jawabnya!” benak hati Qaidar yang terlalu terkilan dengan sikap Nila terhadapnya. “Tapi tisak mengapa, aku akan datang lagi jumpa kau Nila..”

Selang beberapa hari, Qaidar datang lagi ke pasaraya tersebut, mungkin kerana ingin berjumpa dengan Nila untuk percubaan kali yang ke dua. Kali ini Qaidar membawa sekuntum bunga yang berwarna putih untuk dihadiahkan pada Nila. Kebetulan pula pada hari itu adalah hari mengingati kekasih.

Bunga mawar berwarna Putih adalah bunga kesukaan Nila sejak di bangku sekolah lagi. Tapi Qaidar tidak pernah memberikan kepadanya. Hanya semasa di sekolah dulu, hanya Taufiq yang hadiahkan bunga hasil rekaannya sendiri dan di berikan pula padaempunya ciptaan. Sehingga kini Nila masih menyimpanya.

“Assalamualaikum Nila.” Terlihat Nila kaku melihat Qaidar berada betul-betul di hadapannya. Dengan sekuntum bunga ros berwarna putih, membuatkan mata Nila tertumpu pada bunga tersebut, dan tiba-tiba Nila mengimbau kembali saat-saat bahagia mereka mula-mula kenal dulu. Tengah Nila dalam lamunan, tiba-tiba Nila di sergah oleh Qaidar. Membuatkan Nila menepis bunga tersebut dan berlalu pergi. “Nila, saya nak cakap sikit dengan awak, please Nila….” Qaidar cuba merayu pada Nila. membuatkan Nila tiba-tiba terhenti, hati Nila begitu sebak dengan suara itu yang teramat di rinduinya. Tapi Nila sudah pandai mengawal emosi.

Kali ini Qaidar tidak mahu melepaskan Nila lagi. Di kejarnya Nila sehingga bahu Nila di pegangnya kuat. “Tunggu Nila!, saya datang ni nak memohon maaf pada awak!.” begitu senang Qaidar meluahkankata maaf setelah Nila ditinggalakan dengan situasi yang lemah, yang uzur, yang cacat sendirian suatu ketika dahulu.

Kini bila Qaidar melihat Nila telah banyak berubah apa lagi dari segi raut wajah, senang saja Qaidar ingin kembali padanya, dan lupa segalanya yang telah Qaidar sakiti hatinya. “Wah!...senang saja awak nak meluahkan kata-kata pada saya kan?! Apa ni?..setelah awak hancurkan hati saya dulu, dan awak punahkan segala janji kita, dan kini awak kembali nak bersama semula dengan saya?, cukuplah awak, saya dan cukup menderita dengan cinta dan janji palsu awak pada saya!.

Sehingga kini amat sukar saya untuk melupakan awak, bukan kerana awak adalah cinta saya, tapi awak adalah pemusnah harapan saya pada cinta yang lain!. Sudahlah awak, tak mungkin saya akan menerima cinta palsu awak tu lagi. Saya tahu, selama saya sakit dan uzur dulu, awak memang sudah menduakan cinta saya.” Terkejut Qaidar mendengar semua penjelasan Nila.

Sudah lama sungguh Nila menyimpan perasaan sakit hatinya pada Qaidar tentang perkhabaran bahawa Qaidar ada kekasih lain. Qaidar mengambil kesempatan segalanya di atas keuzuran Nila suatu ketika dulu. Pedih dan sakit hati pada masa itu, hanya Allah saja yang maha mengetahui.

Taufiqlah yang banyak memberikan kata-kata semangat pada Nila sewaktu Nila banyak menitiskan airmata hanya kerana kehancuran hatinya pada insan yang benar-benar dia sayang telah melukakan hatinya sendiri. Setelah Nila sedar dari pembedahan muka, Taufiq hilang entah kemana.

“Saya tahu, masa itu memang awak dan bencikan saya bukan?, awak cuba memfitnah saya yang saya ada hubungan dengan lelaki lain, awak tuduh saya yang saya curang dengan cinta awak. Awak sedar tak Qaidar!” terlihat sikit demi sedikit airmata Nila mengalir. Di tepi bangunan pasaraya tersebut, yang kurang kelihatan orang yang lalu lalang, Nila cuba mengilap airmatanya yang telah lama tidak membasahi pipinya itu.

Terlihat Qaidar hanya kaku diam membisu bila Nila perjelaskan satu persatu kehancuran jiwanya yang telah dipunahkan oleh Q. “Awak tahu, hati saya, benar-benar terkilan, saya cuba maafkan kesilapan awak pada saya. Saya cuba buang rasa benci saya pada awak. Saya akui, memang saya tidak setanding gadis yang awak kenal dulu itu. Baik awak jangan berikan saya benci awak dengan permintaan awak ini! Baik awak pergi Qaidar, selagi saya boleh maafkan awak.”

Qaidar tidak mampu berkata-kata lagi dan terus berlalu pergi. Dalam langkah yang longlai, Qaidar tiba-tiba mengenangkan satu permintaan Nila sewaktu mereka saling mengenali hati budi masing-masing. “Saya harap, awak akan tetap begini, walaupun nanti kita sudah meningkat dewasa, ataupun jodoh kita memang tetap ada, saya ingin sikap dan pendirian kita selari. Saya hanya ingin menjadi teman dan isteri awak yang baik di pandangan awak. Dan mengharapkan awak sudi membimbing saya..” Itulah salah satu di antara janji-janji mereka dan Qaidar berjanji akan tunaikan segalanya.
Masa dan keadaan telah merubah segalanya.

Bila Nila di timpa musibah dalam kehidupanya, Qaidar pula beralih arah. Tapi Allah maha mengetahui segalanya. Di antara hubungan Qaidar dengan gadis itu, tidak di restui oleh keluarga Qaidar. Kerana sikap gadis itu amat berbeza dengan Nila, yang jauh lebih lama mereka kenali. Ke mana saja keluarga Qaidar bercuti, pasti Nila ada bersama. Tapi kini, hanya tinggal kenangan belaka. Walaupun rindu, Nila tetapkan hatinya untuk tidak kembali kepangkuan Qaidar .

Di rumah, terlihat Nila termenung di anjung ruang legar halaman rumahnya. Nila mengingatkan kejadian petang tadi bersama dengan Qaidar. “Maafkan Nila Qaidar, sesungguhnya memang Nila amat merindui awak!, tapi mengapa awak tergamak menipu Nila dengan sikap ketidakmatangan awak.” mata Nila berkaca-kaca mengenangkan semuanya itu.

Sesak nafas menahan sebak di dada hanya Allah saja yang tahu. Harapan Nila untuk bersama dengan Qaidar dan mengotakan janji-janji yang pernah dilafazkan mereka, hancur hanya disebabkan oleh orang ke tiga.
~~~
Genap satu tahun tiga bulan, Nila bekerja di pasaraya tersebut. Pelbagai karenah pelanggan dan karenah pekerja-pekerja di bawah jagaannya itu. Nila sudah pandai menguasai segala selok belok tentang kewangan dan tugas yang di pikul begitu berat. Hanya kejujuran yang patut ada dalam individu yang ditugaskan sebagai Ketua Juruwang. Nila begitu gembira dan berasa sayang untuk melepaskan jawatan yang di sandang dan bahagian pentadbiran begitu selesa dengan setiap tugasan yang Nila tonjolkan.

Selang beberapa minggu Nila bekerja, di bahagian customer services, Nila di sapa oleh seseorang lagi. “Hey Nila!”..Nila cuba menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya Nila melihat kawan-kawannya yang sama bersekolah dahulu dengannya datang kepasaraya tersebut. “Ya Allah……syukur…, datang juga korang jumpa aku ye?...rindunya aku kat korang..” tidak sedar airmata Nila jatuh tiba-tiba membasahi pipinya. Lantas, salah sorang dari kawan baiknya itu mengilap airmata Nila yang jatuh tanpa henti itu perlahan-lahan.

Mereka juga turun mengalirkan airmata. Mungkin terlalu rindu dengan sahabatnya itu tidak sapa yang tahu. Mereka saja yang dapat merasakan perasaan masing-masing.

Nila berpisah dengan kawan-kawannya atas sebab kawan-kawanya melanjutkan pelajaran ke Universiti yang sama. Kerana itulah perjanjian mereka bila mereka lulus dengan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia. Hanya Nila saja yang terkandas, atas sebab musibah yang menimpa dirinya. Tapi kawan-kawanya semua berasa bersyukur pada Allah, kerana memberikan Nila nafas untuk kali yang kedua dalam kehidupannya.

Mungkin ada hikmah yang tersurat di dalam kehidupan Nila, hanya Allah saja yang tahu. “Eh korang…, kejap lagi aku dah nak rehat, nanti korang tunggu aku kat A&W tu ok…” terlihat kawan-kawan Nila semuanya setuju dengan cadangan Nila, dan terus berlalu pergi ke tempat yang di cadangkan Nila. Setelah sepuluh minit menunggu Nila di A&W tersebut, terlihat Nila laju berjalan menuju ke arah kawan-kawanya yang setia menunggu. “Sorry ye korang, lambat sikit, aku hand over tadi. Lepas tu, aku minta half day dengan manager aku tadi”.

Nila menjelaskan pada kawan-kawannya yang dari tadi hanya mengganggukkan kepala sahaja. “Hmmmm…wah! Best nya dapat balik awal la ni?..”salah sorang kawan Nila tadi cuba mengusik Nila. Kemudian mereka ketawa bersama. “Macam mana korang tahu, aku kerja kat sini?” Hanya senyuman yang dilemparkan oleh kawan-kawan Nila.

“Kami pergi rumah kau tadi, ibu kau kata kau bekerja kat sini, jadi kami pun terus je datang sini, lagipun dulu kan kita suka datang sini, minum-minum dan cari bahan bacaan dan buku-buku latihan kat popular tu…” Nila tersenyum saja mendengar penjelasan kawan baiknya itu Yan. Nila tahu Yan suka mengusik Nila dari di bangku sekolah lagi. Masakan mereka terus saja datang melulu ke pasaraya tempat Nila bekerja. “Alaa…kau ni Yan, aku tak pernah lupa tau.

Hanya aku dan Ayu saja kerap ke sini, lepas aku hilang semua contact number korang. Dengan Ayu je la aku datang sini, mengimbau kisah kita dulu-dulu.” Semua kawan-kawan Nila diam dan tersenyum mendengar suara kawan mereka itu dengan penuh asyik. “Nila, pagi tadi, kami pergi rumah kau, tapi ibu kau kata, kau dah bekerja, terkejut la kami, dan ibu kau kata kau kerja dekat sini, so..kami terus je la datang sini. Lagipun kami bercuti penggal pertama, satu minggu.

Terasa nak sangat berjumpa dengan kau Nila..rindu..” jelas Ika yang dari tadi perhatikan setiap raut wajah Nila yang banyak berubah. Sesekali membuatkan hatinya sebak, terharu dan gembira. “Laaa…ye ke?, aku dah lama kerja dekat sini, sekarang aku dah dinaikkan pangkat jadi ketua juruwang.” Nila menjelaskan secara ringkas, dalam hatinya begitu sebak bila melihat kawan-kawan yang teramat dia rindui datang berjumpa dengannya. “Nila, kau sihat ke? Yan cuba bertanyakan khabar Nila. “Alhamdulillah aku baik-baik saja”. “Nila, banyak perubahan kau kan? Yan cuba menyelah disebalik kata-kata Nila. “hmm…tu la..ni parut kat kepala aku ni, jelas nampak kan…” Nila cuba menunjukkan parut yang ada di dahi kirinya yang samar-samar nampak.

 “Tak adalah…maksud aku, sikap kau, perbualan kau dan penampilan kau, semua banyak perubahannya.” Yan cuba menjelaskan pada Nila tentang apa yang dia kelihatan pada perubahan Nila. Berbeza sewaktu di sekolah dulu, Nila tak suka bercakap-cakap banyak, yang dia tahu bercakap bila perlu dan murah dengan senyuman.

Tapi kini, Nila lain dari segi perwatakan. Yan tahu, Nila ada sembunyikan sesuatu darinya. Dan juga kawan-kawanya yang lain.

“Nila, kau tetap cantik seperti dulu, dan sekarang kau masih lagi cantik walaupun ada kesan parut tu, kau tetap nampak ceria. Tapi kami tahu, di sebalik itu semua dan senyuman kau tu, mesti kau ada sesuatu perkara yang kau simpan sendiri kan?” Yan cuba membongkar kemelut hati Nila dengan jelas sekali.

Bagi Nila, biarlah dia saja yang merasakan keperitan hatinya yang terluka itu. “Nila, kami kenal dengan kau Nila, kita berkawan dari di bangku sekolah rendah dan menengah lagi kan? Mustahil kami nak biarkan kau sendiri menanggung jiwa sakit hati itu sorang-sorang”. Ika pula yang menjelaskan apa yang terbuku di hati Nila yang telah sekian lama Nila pendamkan sendiri.

Dalam Nila tersenyum, tiba-tiba, airmata Nila mengalir lagi di pipinya. “Nila, maafkan kami andai kau tak suka kami masuk campur dalam urusan peribadi kau Nila, tapi kita pernah berjanji suatu ketika dulu, kita semua macam adik beradik kan? Masalah kau, masalah kami juga.

Kau gembira kami turut gembira, tapi kalau kau sedih, kami buntu Nila…” Ika tidak dapat meneruskan kata-kata itu. Kemudian, Nila menjelaskan apa yang terbuku di benak fikiranya dari permulaan sehinggalah habis. Terlihat kawan-kawan Nila semuanya mendengar apa yang Nila jelaskan dan sekurang-kurangnya sebak yang terlalu lama Nila pendamkan sendiri, dapat dilepaskan dengan lega.

“Nila….begitu terseksa hati kau ye..aku tak sangka, Qaidar sanggup buat kau macam ni. Mengapa kau masih bersabar dengan sikap Qaidar buat kau macam ni Nila? Suatu hari Tuhan tu akan hukum hati dia juga Nila.” lantas, kawan-kawan Nila cuba tenangkan kembali keadaan yang dari tadinya sunyi sepi hanya kedengaran suara Nila yang sebak menjelaskan kehancuran hatinya terhadap orang yang teramat dicintainya itu. “Tak mengapalah Nila, suatu hari nanti Qaidar akan tahu kebenarannya.”

Jelas Yan pada Nila, yang cuba ingin memulihkan kembali perasaan Nila yang terkedu dari tadi. Begitu panjang lebar Nila menjelaskan pada kawan-kawanya. Terasa sebak dan air jernih yang mengalir di setiap pipi kawan-kawan Nila yang mendengar penjelasannya. Yan dari tadi setia mendengar cerita duka Nila terus bangun dan duduk di sisi sahabat kesayangannya itu sambil mengilap airmata Nila yang dari tadi bercucuran jatuh kemudian mereka berpelukan.

“Sabar lah Nila…aku tahu, pendiriaan kau tetap satu kan?” Ika cuba menenangkan hati Nila. Ika tahu, Nila tak akan pernah mengubah pendiriannya itu. Dia kenal sangat dengan Nila. Setelah habis luahan Nila pada kawan-kawanya, terlihat mereka bingkas bangun meninggalkan A&W tersebut menuju ke tingkat atas. Mereka ingin menghiburkan hati Nila dan mempelawa Nila main bowling. Mainan masa lapang mereka masa di bangku sekolah menengah lagi. Nila bersetuju dengan permintaan kawan-kawan mereka.

Bagi Nila, tiada lagi rahsia yang terselindung di dalam hatinya kini. Bila melihat teman-teman yang di kasihi kembali bersama denganya makin semangat baru Nila datang lagi mengusai jiwa dan raganya untuk meneruskan kehidupan.

Hari ini Nila shift pagi. Jam menunjukkan pukul 5.55 petang. Lagi lima minit Nila nak pulang kerumah. Di hatinya tidak sabar ingin mengetahui perkara gembira yang tengahari tadi, ibunya menghubungi Nila mengatakan ada surat dari pihak Universiti yang di pohon oleh Nila beberapa bulan yang lepas.

Bagi Nila cukuplah pengalaman kerja yang dia miliki, mungkin sedikit sebanyak dia akan gunakan untuk impiannya dalam bidang perniagaan kelak. Lagipun Nila ingin mengikuti jurusan perniagaan di kampus nanti. Apapun yang di fikirkan, Nila tetap ingin menyambung pelajarannya. Dalam perjalanan Nila pulang ke rumah, Nila terasa seolah-olah ada seseorang mengekorinya dari tadi.

Tapi Nila tidak mahu mengendahkannya, yang Nila tahu, dia ingin pulang secepat yang mungkin. Hanya hari itu saja Nila terpaksa berjalan kaki menuju kerumahnya, kerana ibunya tidak berapa sihat. Jadi, Nila mengambil keputusan untuk pulang sendirian saja dan tidak mahu menyusahkan ibunya yang masih lemah kerana telah hampir seminggu ibunya demam panas. Ada juga ibunya menyuruh Nila membawa saja kereta kancil milik ibunya untuk ke tempat kerja, tapi Nila tidak mahu atas alasan, tidak mempunyai lesen memandu.

Bagi Nila berjalan kaki sekali sekala pun baik juga dan pasaraya tersebut tidaklah jauh sangat dari rumahnya.

Sedang Nila melangkah laju menuju ke laluan bertentangan dengan kenderaan lalu lalang, bahu Nila di serpa dengan ganas sekali, sehinggakan berasa sakit. Kemudian Nila terhenti sambil menoleh kebalakang, dan kelihatan Qaidar yang menyentuh bahunya itu. “Eh!..sakit la!..kenapa dengan awak ni?”..Nila cuba menepis tangan Qaidar di bahunya itu. Kemudian, satu pertengkaran kecil telah berlaku di tepi jalan raya tersebut.

 “Nila, aku merayu pada kau, kembalilah pada aku Nila, aku janji, aku akan jaga kau, dan aku akan tunaikan janji-janji aku pada kau Nila”. Qaidar yang cuba merayu lagi pada Nila dengan penuh harapan. Tapi Nila tetap dengan pendiriannya. “Hey Qaidar!, saya dah jelaskan pada awak, antara kita dan tidak ada apa-apa lagi ikatan. Saya dah tutup pintu hati saya pada awak!..awak faham tak??” Dengan nada yang kuat Nila cuba lagi menjelaskan pada Qaidar yang masih lagi tidak mahu melepaskan Nila. “Nila, aku masih sayangkan kau, dan aku sanggup buat apa saja yang kau mahukan Nila.” jelas Qaidar lagi sambil pergelangan tangan Nila di pegangnya kuat. “Dah terlambat Qaidar..dah terlambat!.

Saya dah tak berminat untuk mendengar janji-janji kosong awak tu, dan tak mungkin saya akan benarkan hati saya memberi peluang pada orang seperti awak ni, awak tak sedar ke yang kata-kata awak ni sebenarnya telah banyak memakan diri awak sendiri dan awak sanggup menipu di segenap hati dan perasaan awak sendiri dan sekaligus menghancurkan hati dan perasaan saya!.

Baik awak lupakan saja saya dan carilah siapa yang berhak di hati awak sebenarnya, dan bukan saya!.” Nila lagi sekali menjelaskan pada Qaidar tentang kebencian hatinya pada Qaidar. Bila Qaidar mendengar kata-kata yang di lontarkan padanya, tangan Nila perlahan-lahan dilepaskannya kemudian Nila berlalu pergi meninggalkan Qaidar sendirian yang disaksikan oleh orang-orang yang berada di tepi jalan raya itu.

Lagi sekali Qaidar menggengam bahu Nila, kali ini begitu rakus sekali sehinggakan Nila tidak mampu menahan sakitnya, Nila menepis nepis lagi tangan Qaidar sambil ingin melarikan diri, sedang Nila meronta-ronta agar Qaidar melepaskan gengaman tangannya, bila genggaman telah di lepaskan Nila terus berlari meninggalkan Qaidar yang semacam telah di rasuk oleh syaitan, tiba-tiba di selekoh menghampiri perumahan rumahnya itu, Nila dilanggar sekali lagi oleh sebuah motosikal yang membelok ke arah kanan yang terlihat Nila ingin melintas jalan raya tanpa memandang ke kanan dan ke kiri.

Teriakan dari Qaidar di kejauhan dan orang-orang yang ternampak Nila di kejauhan datang melihat Nila yang terbaring jatuh di tengah jalan raya itu. Hanya Qaidar saja yang terkaku di seberang jalan raya tanpa pergi mendapatkan Nila, dalam masa yang sama dia berasa serba salah, sambil menepuk dahinya berkali-kali bila melihat keadaan yang kelam kabut itu, Qaidar terus meninggalkan kawasan tersebut dengan secepat mungkin.

Dalam suasana yang berkerumum melihat sekujur tubuh yang terlentang di tengah jalan raya tersebut, tiba-tiba sebuah kereta yang lalu di kawasan itu, berhenti di tempat terjadinya kemalangan tersebut. Alangkah terkejutnya pemandu tadi, bila melihat orang yang di kurungi itu adalah Nila.

Taufiq yang secara kebetulan lalu di situ, yang mungkin ingin ke rumah Nila, begitu terkejut melihat Nila yang terbujur kaku di jalan raya tersebut. “Nila!....Ya Allah…” Taufiq memangku kepala Nila sambil bertanyakan pada orang-orang yang melihat kejadian itu, ada yang saksi memberitahu pada Taufiq, dia melihat Nila bergaduh dengan seseorang iaitu lelaki di tepi jalan raya tersebut, lantas, lelaki tersebut melarikan diri dan sebelum itu, mereka bertengkar di tepi jalan raya ini dengan lelaki tersebut dan terus Nila melulu melintas jalan sambil memandang kanan dan kiri, tanpa sempat memberhentikan motosikal, pemandu motosikal tersebut terus melangar Nila.” jelas seorang saksi tersebut pada Taufiq yang dari tadi asyik memanggil nama Nila. Di lihatnya kepala Nila tidak henti-henti darah keluar, tanpa memikir panjang, Taufiq terus mengangkat Nila, masuk dalam kenderaanya kemudian Taufiq yang juga di bantu oleh orang ramai.

Taufiq terus memandu kenderaannya menuju ke hospital yang berdekatan. Dalam perjalanan ke hospital, Taufiq cuba menghubungi ibu Nila dan meminta maaf kerana tidak sempat untuk berpatah balik mengambil ibunya. Kerana Taufia menjelaskan darah di kepala Nila telah banyak mengalir. Setibanya sampai di perkarangan hospital tersebut, terlihat Nila diletakkan di atas katil pesakit dan terus di bawa ke bilik kecemasan.

Melihat Taufiq begitu gelisah, dan tidak sedar matanya berkaca-kaca mengenangkan nasib Nila. Di benak fikiranya tahu, lelaki tersebut adalah Qaidar. “Qaidar, kenapalah kau hancurkan kehidupan Nila!” hanya hatinya saja berkata-kata. Mungkin geram yang teramat sangat, Taufiq menepuk dinding sekuat hatinya sehinggakan petugas-petugas yang berada di kaunter kecemasan tersebut terkejut dengan bunyi kuat hentakkan itu.

Selang beberapa minit, terlihat ibu Nila berlari untuk mendapatkan Taufiq yang dari tadi tidak senang duduk. “Taufiq, macam mana keadaan Nila Fiq…” sambil mengilap airmata yang bercucuran jatuh ke pipi, dan keadaan ibunya yang lemah, terus di papah oleh Taufiq untuk duduk dan Taufiq cuba menenangkan ibu Nila. “Makcik, sabar ya, Nila masih ada di dalam dan belum lagi dapat pengesahan dari doktor. Setelah hampir satu jam menunggu Doktor yang merawat Nila di dalam, kelihatan bapa Nila juga turut datang dan terus di sambut oleh Taufiq. Soalan yang sama di tujukan pada Taufiq. Dan mereka terus menunggu keputusan dari doktor.

Qaidar menyesal lagi~~
Qaidar menangis tanpa henti, menyesal dengan perbuatannya pada Nila. Benar-benar rasa kesalahannya dari dulu hingga sekarang ini, mungkin tidak akan lagi Nila memaafkannya sampai bila-bila. Qaidar terus memandu keretanya dengan laju menghala ke pusat bandar. Tiada rasa keluhan lagi di hatinya, hanya hasutan syaitan yang tertera di benak fikirannya. Kadang-kadang terlihat dia menangis, kadang-kadang melihat dia menjerit sendiri dalam kenderaannya. Setiba di bahu jalan raya, Qaidar termenung sendiri, seolah-olah dia tidak tahu, untuk membuat keputusan, sama ada ingin berpatah balik melihat Nila ataupun tidak.

Ketakutan di dalam dirinya jelas ternampak. Dari dulu hingga kini, “Nila…..maafkan aku….mafkan aku..” hanya suara itu saja yang mampu Qaidar luahkannya sendiri.

Qaidar mengambil keputusan untuk pergi melihat Nila di tempat Nila di langgar tadi. Bila Qaidar sampai di tempat tersebut, Nila sudah tidak ada lagi di situ. Kemudian, Qaidar mengambil keputusan untuk pergi melihat di hospital berdekatan. Setibanya Qaidar di hospital tersebut, terlihat Taufiq yang mundar mandir di depan bilik rawatan kecemasan, kemudian, terlihat pula Ayah dan Ibu Nila baru tiba di hospital tersebut. Qaidar berselindung di sebalik dinding yang berdepan dengan kaunter pendaftran wad kecemasan tersebut.

Dalam hati Qaidar berasa benar-benar menyesal. Dalam masa yang sama, difikiranya tertanya-tanya sendiri, macam mana pula Taufiq ada di sini?, Tunggu siapa? Fikirannya bermain-main dengan soalan yang tiada kesudahan. Tanpa segan dan silu, Qaidar gagahkah diri menuju ke arah keluarga Nila. Taufiq yang berada di situ, berasa hairan dengan kedatangan Qaidar. Sedikit sebanyak Taufiq teringatkan penjelasan seseorang yang beritahunya bagaimana Nila boleh jadi begini. Dengan tanpa di sedari oleh kedua ibubapa Nila kedatangan Qaidar itu, Taufiq yang tiba-tiba terpandang ke arah Qaidar cuba menahan di kejauhan dengan menarik tangannya menghala keluar dari hospital tersebut dan terus ke ruang legar.

“Qaidar, aku hairan dengan kau ni. Aku betul-betul kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab kau pada Nila! manusia jenis apa kau ni Qaidar? sanggup kau biarkan Nila sendirian terkujur kaku di atas jalan raya tadi kan? Kau punca Nila jadi macam ni kan?” kemarahan Taufiq jelas terlihat di wajahnya. “Eh kau Taufiq!..kau nak tuduh-tuduh aku pula!” Qaidar cuba mengelak di sebalik penjelasan Taufiq itu. “Aku datang sini bukan sebab ini, aku nak melawat seseorang la…” jelas Q lagi berselindung di sebalik kesalahannya itu. Kau jangan nak buat tipu helah!. kenapa kau kacau lagi hidup Nila? dah cukup la Nila banyak derita dengan perbuatan kau ni, sekarang lagi sekali kau musnahkan masa depan dia kan?!” jelas Taufiq yang hanya memandang Q umpama musuh yang terlalu di kehendakinya. “Aku tak pernah kacau Nila lagi tau, aku cuma mahukan dia maafkan aku, dan aku tak sangka boleh jadi sampai macam ni, dan Nila terus lari dan……….” Qaidar terhenti dalam serba salah dengan penjelasan nya sendiri. “Huh!..jelas kan!..kau memang manusia yang tak tahu malu dan tidak berhati perut Qaidar!. Taufiq yang malas untuk mendengar penjelasan Qaidar itu, terus berlalu meninggalkan Qaidar sendirian di luar.

Taufiq hanya menasihati Qaidar, agar, buat masa sekarang ini, tidak perlulah Qaidar melihat Nila. Dalam masa yang sama juga, di hati dan di fikiran Qaidar juga, menyimpan perasaan marah pada Taufiq yang semacam beria-ia memarahinya dan bisikan hati kecilnya mengatakan bahawa, Taufiq tidak berhak memiliki Nila. Dan dia berazam akan mendapatkan Nila, walau macam mana sekalipun.

Taufiq kembali duduk di hadapan pintu kecemasan tersebut, tapi ibu dan ayah Nila tidak lagi kelihatan. Taufiq cuba bertanyakan pada jururawat di bahagian kaunter, dan mereka maklumkan bahawa ibu dan ayah Nila berada di dalam bilik doctor. Setelah beberapa minit menunggu Ayah dan Ibu Nila keluar dengan raut wajah yang begitu murung sekali. Sekali sekala terlihat ibu Nila mengilap airmatanya sendiri di pelukkan suaminya. “Errr….makcik..pakcik..macamana keadaan Nila?.. “ Taufiq cuba ingin tahu perkembangan Nila. “Taufiq, terima kasih ya, sebab Fiq cepat hantar Nila ke sini, kalau tidak, pakcik akan kehilangan dia buat selama-lamanya Fiq.Ibu Nila, menyerahkan sesuatu pada Taufiq.

Di bukanya lebaran surat tersebut dan melihat surat itu dari pihak Universiti di mana tempat Taufiq belajar juga. “Makcik…pakcik, Alhamdulillah Nila layak memasuki kampus ini. Saya juga menuntut di sana pakcik.” Jelas Taufiq. Tapi terlihat ibu dan ayah Nila hanya murung dan sedih dengan berita yang doctor jelaskan pada mereka berdua tentang perkembangan Nila. “Tapi fiq, tak mungkin Nila akan lanjutkan pelajarannya kembali. Sebab doktor kata, Nila tidak akan dapat mengingati apa-apa lagi selama tempoh yang agak lama fiq!” dalam tangisan, ibu Nila menjelaskan.

Terduduk Taufiq sambil memegang kepalanya tanda terlalu sedih dan matanya mula berkaca-kaca terkilan dengan berita yang di dengarnya. “Ya Allah….kenapa lah Nila yang menerima segala dugaan ini Ya Allah…” di hati Taufiq mula menyalahkan keadaan. Tapi dia akan tetap menganggap semua yang terjadi ada yang tersurat buat Nila. “Sabarlah makcik, pakcik…saya yakin berkat doa makcik dan pakcik, Nila akan pulih nanti, saya yakin makcik.”

Dalam suara yang begitu garau mungkin menahan sebak di dada Taufiq cuba meyakinkan kedua ibu bapa Nila. Kemudian mereka pergi melawat Nila di wad kecemasan tersebut.

Nila Pulang Dari Hospital~~
Dua minggu Nila di Hospital, kini Nila telah pulang ke rumah dengan keadaan Nila yang seolah-olah asing baginya dengan dunia yang kosong yang mungkin dirasainya. Taufiq banyak menghabiskan masanya bersama dengan Nila. Taufiq sanggup memandu kenderaan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, untuk melawat Nila semata-mata. Hujung minggu Taufiq yang dulunya banyak aktiviti di kampus, kini Taufiq banyak lebihkan masa dengan Nila. Nila di bawa bersiar-siar sekitar bandar.

Ada sesekali Nila di bawa berjumpa dengan rakan-rakan sekerjanya dulu, sekaligus membuatkan kawan-kawan yang pernah bekerja dengannya dulu, berasa sungguh sedih dengan perubahan yang Nila lalui kini. Semuanya mendoakan kesihatan dan kebahagian pada Nila. Kemudian, Nila di bawa ke warung berdekatan bandar raya iaitu di warung mamak.

“Mamak, mee goreng mamak satu, limau nipis suam tak mau biji, dan Nescafe panas satu.” Nila melihat gelagat Taufiq yang baginya seakan-akan macam pernah mengenalinya. Untuk memulihkan fikiran Nila, Taufiq gagahkan diri pergi ketempat-tempat yang Nila suka pergi hasil bantuan kawan-kawan Nila sendiri. Tapi kali ini, Taufiq cuba ingin mengingatkan kembali, yang mereka juga pernah duduk minum berdua di warung sekitar sekolah mereka dulu dengan pesanan yang di pesan tadi.

Makanan dan minuman Nila tadi sengaja Taufiq order. Dia tahu Nila memang suka makan mee goreng mamak dan minum limau nipis suam. Nila makan dengan selera sekali, dan Taufiq hanya menemani Nila menjamah makanan kegemaranya itu. Dalam fikiranya penuh dengan luahan yang tidak mampu lagi diluahkan pada Nila, rasanya ingin saja di membelai seraut wajah Nila dan mengatakan bahawa, bertapa dia terlalu menyayangi Nila. Tapi itu bukan satu perkara yang mudah.

Baginya, dia mahukan Nila kembali ceria dan sihat seperti mula-mula dia mengenali Nila. Taufiq amat merindui senyuman Nila yang baginya begitu bererti dalam hidupnya. Di kampus, bila seraut wajah Nila tiba-tiba muncul, kadang-kadang membuatkan Taufiq tersenyum sendiri dan menyebut nama Nila.

Taufiq yakin, suatu hari nanti, Taufiq akan berterus terang juga dengan Nila tentang niat sucinya yang telah sekian lama dia pendamkan. Cuma, Taufiq tidak mahu meluahkannya sekarang, kerana banyak perkara yang perlu Taufiq fikirkan tentang dirinya dan keluarganya sendiri.“Nila, minggu depan, kampus saya dah mula beroperasi, Fiq kena balik ke Penang. Selama Fiq tak ada nanti, Nila jaga diri baik-baik tau. Kalau Nila nak keluar, Nila mesti keluar berteman. Nanti kalau Fiq ada masa, Fiq datang jumpa Nila tau. Fiq nak Nila mesti makan ubat, jangan keluar sorang-sorang. Fiq nak Nila sihat tau.” Panjang lebar Taufiq cuba berpesan pada Nila.“Eh!...saya sakit ke?..” tak ada luka pun..hmmm..saya ok la awak…” Nila yang dalam keadaan yang tak berapa ingat itu, tiba-tiba menyelah di sebalik kata-kata Taufiq.

“Nila, yang saya bawa awak berjumpa tu, semuanya kawan-kawan awak. Awak pernah bekerja di pasaraya tersebut. Ramai yang baik dengan awak, dan itu sebabnya ramai orang yang mengenali awak Nila.” Taufiq hanya mampu melontarkan jawapan spontan itu pada Nila. Selebihnya Taufiq tidak berdaya. Kerana rasa terkilan dan geram secara tiba-tiba hadir dalam dirinya, mengenangkan perbuatan Qaidar pada Nila. Pilu hatinya melihat, orang yang duduk di depannya itu, boleh berubah jadi sedemikian rupa. Taufiq harap Qaidar akan dapat balasan dari Allah nanti, dan berharap Qaidar akan berubah. “Nila, jom!” sambil tersenyum, Taufiq mengajak Nila senyum, lalu Nila pun berbalas senyuman itu.

Di sepanjang perjalanannya untuk menghantar Nila ke rumah, Taufiq sekali sekala ada mengatakan bahawa “ Nila, nanti kalau saya tak ada, awak jangan keluar dengan orang yang awak tidak kenal tau, Bahaya…” setibaya di laluan kota raya, Taufiq terlihat satu bangunan di tepi jalan, iaitu, Kedai buku Pelbagai. Kemudian, Taufiq memperlahankan kenderaannya dan terus mencari tempat letak kereta. Taufiq mengajak Nila keluar dan terus menuju ke kedai buku tersebut, Di salam kedai buku tersebut, Taufiq ada membelikan beberapa buku bacaan buat Nila. Nila memang suka membaca dan Taufiq tidak segan silu menghadiahkan buku-buku yang di pilih oleh Nila sendiri dan Taufiq terpegun dengan satu tajuk buku itu yang bertajuk “Izinkan Aku”, Taufiq cuba membaca sinopsi di belakang buku tersebut dan berminat dengan buku itu dan membelinya. Tetapi buku itu tidak diserahkan pada Nila. Mungkin untuk simpanannya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, Nila kelihatan diam saja, Taufiq tidak mahu berkata-kata, mungkin Nila penat berjalan hampir satu hari dengan Taufiq dengan keizinan Ayah dan Ibu Nila sendiri. “Nila, kita dah nak sampai ni”…Taufiq cuba menggerakkan bahu Nila yang tertidur di dalam kereta tadi. Sambil mengilap mata kanan dan kiri, Nila terus memandang wajah Taufiq. “Eh!...sorry…saya tertidur tadi….” Taufiq hanya tersenyum saja dengan tingkah laku Nila. Bila sampai saja di hadapan rumah Nila, Taufiq membukakan pintu kereta buat Nila, dan terlihat ayah dan ibu Nila sedang menunggu mereka pulang. “Makcik, pakcik..terima kasih sebab izinkan saya bawa Nila bersiar-siar tadi, dan saya minta maaf sebab terlambat sedikit.” Terlihat ibu dan ayah Nila hanya tersenyum saja. Nila pula terus saja masuk tanpa berkata-kata apa pada Taufiq. Kadang-kadang terlihat rasa kecewa sedikit, tapi disebabkan Nila tidak berapa sihat, Taufiq tidak menghiraukan perasaan kecewanya itu dan terus tersenyum dalam hati saja. “Taufiq, masuk lah dulu…” ibu Nila menjemput Taufiq masuk, tapi Taufiq menolaknya baik-baik, kerana dia perlu pulang ke rumah pakciknya secepat mungkin untuk mengemas barang-barangnya untuk pulau ke Pulau Pinang. “Makcik, saya nak menyerahkan sesuatu barang ni untuk Nila, tapi boleh tak makcik simpannya dulu. Saya berharap bila Nila dah pulih nanti, boleh tak makcik serahkan barang ini padanya. Saya tak tahu, bila lagi saya akan datang berjumpa Nila, ada satu penggal untuk saya habiskan pembelajaran saya di kampus nanti. Insya’allah saya akan menghubungi makcik bila saya ada ruang dan waktu ye makcik. Makcik, boleh tak berjanji dengan saya seperkara?” ibunya yang dari tadi mendengar penjelasan Taufiq begitu hairan dan terus menganggukkan kepala tanda setuju untuk mendengar apa yang akan Taufiq katakanya.

“Makcik, sebenarnya, saya berhajat untuk melamar Nila, itupun kalau makcik dan pakcik setuju. Tapi buat masa sekarang ni saya tidak mahu mekcik ceritakan apa-apa pada Nila. Saya mahu Nila pulih dulu dan saya tidak mahu memaksa Nila dan makcik untuk menerima diri saya. Sebenarnya, selama saya mengenali Nila, saya banyak tertarik pada sikapnya yang ramah dan Nila seorang yang cekal dan cerdik di sekolah dulu. Makcik, saya minta maaf dengan penjelasan saya yang mungkin tidak berapa baik untuk di dengar dalam situasi Nila yang begitu, tapi saya tahu, Nila masih berkawan dengan Qaidar, jadi saya masih menghormati perhubungan mereka. Saya tidak mahu mengambil apa-apa kesempatan di sebalik perpisahan mereka. Kalau diizinkan oleh Allah dan mendapat restu dari makcik dan pakcik, saya akan setia menunggu Nila pulih dan kalau saya dah tamat belajar nanti, saya ingin terus berkawan dengan Nila, dan malamar Nila..” ibu Nila hanya diam mendengar luahan yang baginya begitu iklas sekali dari bibir anak muda yang duduk berdepan dengannya itu. “Taufiq, makcik akan simpan rahsia ni dulu pada Nila, bila keadaan dah baik nanti, makcik akan ceritakan semua niat baik Taufiq tu.” Kemudian mereka membalas senyuman. Sedang Taufiq ingin berangkat pergi berlalu meninggalkan ibu Nila di pondok tetamu tersebut, Taufiq hampir terlupa untuk menyerahkan satu buku yang berupa Diari yang berwarna merah jambu,ibu Nila hanya mampu tersenyum saja, bila Taufiq menyerahkan diari itu padanya. “Makcik, serahkan sekali diari ni pada Nila ye, bila Nila dah mula pulih nanti. Terima kasih makcik.” Lalu Taufiq pun berlalu pergi meninggalkan kediaman Nila sambil di kejauhan terlihat ibu Nila masih berada di bahu jalan. Kemudian mereka membalas lambaian saja.

Dikampung halaman Taufiq
Di kampung halaman Taufiq, ibunya ingin menjodohkannya dengan anak kenalan bapanya yang baru balik dari England, tetapi Taufiq tidak pernah mempunyai perasaan suka kepadanya. Hanya ingin mengenalinya tak lebih dari seorang kawan. Bagi Taufiq, di benak fikiranya, dia mahukan gadis seiras sikap Nila. Bila Taufiq mengenangkan kesemua kenangan bersama dengan Nila sewaktu di bangku sekolah lagi, membuatkan sedikit sebanyak mengurangkan rindunya pada Nila dan terus membuatkan Taufiq tersenyum. Baru minggu lepas menghubungi Nila di Kuala Lumpur. Menanyakan khabar Nila dan juga ibunya. Serta bertanyakan sendiri pada Ibu Nila tentang perubahan Nila. Jawapan di terimanya sama saja. Sehinggalah Taufiq tidak ada masa untuk menghubungi keluarga Nila lagi atas sebab, Taufiq betul-betul sibuk dengan pembelajaran akhirnya. Banyak perkara dan aktiviti yang harus di selesaikannya di kampus. Sedang Taufiq berkhayal mengingatkan Nila yang jauh di mata dan dekat di hati itu, tiba-tiba Bondanya menyergah Taufiq yang tanpa Taufiq sedar, ibunya menolak pintu biliknya yang tidak berapa rapat dan terus duduk di sisi anak tunggalnya itu.

“Fiq..boleh bonda tanya sikit? macam mana keputusan Fiq?, setuju ke dengan cadangan bonda tu?” ibu Taufiq terus menanyakan hubungan antara Taufiq dan Fila, anak kenalan bapanya yang sama menuntut di Universiti di England dulu. Fila memang di lahirkan di sana, sewaktu ibu dan ayahnya melanjutkan perlajaran bersama-sama selepas hari perkahwinan mereka. Fila di lahirkan di England dan bila dia bersembang dengan Taufiq, ada sesetengah bahasa yang Fila gunakan Taufiq tidak memahaminya. Kadang-kadang, bila mereka berdua, Taufiq mesti mengajar Fila tentang bahasa IBONDA di Malaysia. Kadang-kadang membuatkan mereka ketawa bersama, bila Fila gugup untuk berbicara bahasa bonda tersebut. Itulah sebabnya, bila di pandangan keluarga Fila, melihat mereka berdua begitu mesra dan serasi, Ayah Fila teramat menyukai diri Taufiq yang sederhana itu. “Bonda, bukan Taufiq tak mahu buat keputusan untuk bertunang dengan Fila, Taufiq belum bersedia Bonda. Bagilah Taufiq berfikir, lagipun tahun ni kan tahun akhir Fiq di kampus, jadi, biarlah Fiq habiskan kuliah Fiq dulu okey?, ..” Taufiq cuba menjelaskan kepada ibunya. Hanya hati dan perasaannya saja mengatakan bahawa, tak mungkin Fila adalah jodohnya. Sebab, Fila pun tak pernah menunjukkan apa-apa minat terhadap Taufiq, cuma antara keluarga dengan keluarga saja. Bagi Taufiq, dia masih menunggu seseorang yang benar-benar telah membuka pintu hatinya tentang cinta iaitu Nila. Dan dalam masa yang sama, Taufiq tidak mahu, nanti ada orang berkata, Taufiq punca keretakkan cinta Nila dan Qaidar. Biarlah masa dan waktu yang akan menentukan segalanya. Tak salah andai berusaha kearah kebaikkan. Itulah nada suara hati iklas Taufiq terhadap cintanya yang masih kabur.

“Terpulang la Fiq!...bonda tak mahu memaksa, mana yang baik Fiq fikirkan lah. Tapi Kalau Fiq dah ada jawapannya, bagi tau bonda.”ibu Taufiq berlalu pergi sambil tersenyum pada anak tunggalnya itu. Taufiq hanya mengganggukkan kepala saja tanda setuju. Di fikiran Fiq, hanya memikirkan gadis pilihannya saja iaitu Nila dan bukannya Fila. Keesokkan harinya, Taufiq cuba berjumpa dengan Fila untuk menjelaskan apa yang keluarga mereka hajati tentang hubungan mereka. “Fila, apa yang bakal Fiq bagi tahu nanti, Fiq harap Fila boleh memahaminya dan dapat mempertimbangkan perasaan Fiq.” Fila yang dari tadi kelihatan terpinga-pinga dengan kata-kata Fiq terus mengajukan soalan. “Huh?...kenapa ni Fiq!..ada apa-apa yang tak kena ke?” Fila semakin baik menggunakan bahasa Ibunda dalam pertuturannya. “Fila, tak tahu ke keluarga kita nak kita bertunang?” di raut wajah Fila terang-terang terkejut dengan penjelasan Taufiq.” Huh?..mereka suruh kita bertunang? Ooo…no..no..” kemudian, Fila tertawa kecil mendengar kata-kata Taufiq itu. Taufiq berasa hairan, kenapa Fila tidak tahu semua rancangan keluarga mereka. “Taufiq!...I memang Fila suka dengan awak..tapi we just friends!...tak lebih dari itu…” Taufiq yang dari tadi mendengar penjelasan Fila pun turut tersenyum. Di dalam hatinya mengucapkan kesyukuran tidak terhingga, bila Fila berterus terang dengannya. “Taufiq, you jangan risau, nanti I try talk to my daddy ok.” Taufiq hanya tersenyum dan hanya mampu mengganggukkan kepala saja. Baiklah Fila, thanks, sebab you sudi mendengar ini semua.” Tak mengapa…its ok Taufiq!...” lalu mereka berdua tertawa bersama. Kemudian Taufiq menghantar Fila balik ke rumahnya. Di hadapan rumah Fila, tanpa mereka sedar, ibu Fila sedang memerhati mereka di tingkat atas rumah mewah mereka itu. Ibu Fila hanya mampu tersenyum saja, melihat gelagat mereka.

Malam itu, Fila cuba berterus terang dengan ibu dan ayahnya. Berhubung dengan perkara pertunangan Fila dan Taufiq. Fila banyak menjelaskan pada ayahnya tentang Taufiq dan Fila tidak setuju dengan cadangan kedua orang tuanya. Dengan rundingan yang damai, ibu dan ayah Fila angkur dengan keputusan Fila yang juga anak tunggal dalam keluarga Dato’ Al Bahrin dan Datin Zakiah. “Okey la Fila, if you think this is good for you, never minds and think about your study okey. Mummy dan daddy tak mahu paksa Fila buat keputusan. Cuma, Daddy dan Mummy suka lihat Taufiq. Dia rajin, dan handsome.” Kemudian mereka ketawa kecil anak beranak. “Mummy, Taufiq baik…tapi soal hati, kami tidak boleh dipaksa. Harap Mummy and Daddy faham okey…” lantas mereka terus menjamah makan malam bersama.

Hari Terakhir di Kampus~~
Terlihat Taufiq sedang menerima anugerah kecemerlangan di kampusnya dan pengumuman pelajar terbaik kampus untuk tahun itu. Sekarang Taufiq cuma menunggu masa penyerahan sijil tamat pengajian di kampus tersebut. Ramai ibu bapa yang hadir di persidangan penutupan untuk tahun itu bagi tahun tersebut. Taufiq berasa bersyukur kerana selama pengajian dia di situ, banyak ilmu yang begitu berguna yang dipelajari apalagi Taufiq adalah salah seorang siswazah yang mendapat kepujian dalam bidang perniagaan yang dia miliki. Selesai saja penutupan kuliah, Taufiq meminta izin dengan ibu dan ayahnya untuk melawat Nila di Kuala Lumpur. Dan mungkin Taufiq akan mengambil cuti beberapa minggu, duduk dengan pakciknya yang berada di Kuala Lumpur. Soal rancangannya selepas ini, akan di fikirkan nanti. Dalam beberapa bulan berganti bulan, kisah Nila, Taufiq telah menceritakan pada kedua orang tuanya segalanya. Ibu dan bapa Taufiq begitu bangga dan kagum dengan keiklasan serta kesetiaan Taufiq pada Nila. Dan Taufiq sering meminta agar ibunya dapat mendoakan kesihatan Nila baik seperti sediakala. Dan berjanji pada kedua orang tuanya akan membawa Nila berjumpa dengan mereka apabila semuanya menjadi baik belaka. Harapan Taufiq pada Nila, begitu tinggi. Kalau boleh, dia ingin Nila bersama memegang anugerah kecemerlangan pelajar paling cemerlang di kampusnya, agar Nila dapat merasakan yang dirinya juga berhak memegang anugerah itu. Itulah impian awal Taufiq pada Nila. Setiap sudut dan setiap minda Taufiq, hanya memikirkan Nila di kejauhan. Kadang-kadang kerinduannya pada Nila begitu menebal. Ingin sekali Taufiq menghubungi Ibu Nila tentang kedatangannya nanti, tapi Taufiq ingin membuat kejutan pada Nila dan keluarga Nila.

Dalam perjalanan yang sudah hampir tiba di rumah Pakciknya, dan setibanya Taufiq di rumah Pakciknya agak tengahari itu, Taufiq hanya duduk seketika saja dan meletakkan barang-barangnya di rumah pakciknya dan terus keluar dengan tergopoh gapah. Dalam perjalanan, Taufiq berhenti di suatu tempat di mana, Taufiq pernah berjalan-jalan bersama dengan Nila sewaktu zaman sekolah menengahnya dulu diikuti dengan kawan-kawan Nila juga ketika itu. Taufiq mencari tempat letak kereta dan dia melulu terus ke tempat yang ingin di tujuinya. “Wah!..masih ada lagi kedai ni…” di hati Taufiq berkata-kata dan tersenyum sendirian. Kemudian, Taufiq melangkah masuk kedalam kedai tersebut dan melihat sesuatu di meja kaca tersebut. Kedai Emas Sri Pinang. Ya…itulah tempat dimana, Nila dan kawan-kawanya yang lain suka kunjungi. Dahulu, mereka ke kedai tersebut, atas urusan kajian kerja yang menjadi pilihan kumpulan mereka. Begitu juga dengan tajuk kajian bagi Taufiq dan rakannya yang lain. Mereka memilih untuk memuat kajian tentang turun naik perniagaan dan harga pasaran semasa bagi kedai-kedai emas. Tenpat itu salah satunya yang menjadi pilihan mereka. Kerana, Pengurus di kedai itu, boleh bekerjasama dengan mereka. Sedang Nila habis mencatatkan segalanya, Nila terpegun dengan satu cincin batu merah yang di padangnya di peti kaca yang terletak hampir di sisinya. Masa itu, kawan-kawan Nila sedang sibuk mengambil keterangan, Nila tidak perasan yang Taufiq sedang sibuk memerhatinya dari belakang. Kemudian, Nila terus berlalu pergi dengan kawan-kawanya meninggalkan kedai tersebut.

“Cik, boleh tengok yang ini tak?” Taufiq cuba meminta agar pekerja di kedai tersebut mengambilkan satu bentuk cincin yang sama macam yang pernah di lihatnya suatu ketika dulu. Lalu bila Taufiq dah memegang cincin tersebut, Taufiq tersenyum sendiri. Tapi difikirannya terfikir, ukuran jari Nila pula. Buntu seketika Taufiq petang itu. “Eh dek, sini sekejap.” Taufiq tanpa segan dan silu, memanggil seseorang yang seiras bentuk badan Nila dan mesti jarinya pun sama. “Dek, minta maaf ye, boleh sarungkan cincin ni sekejap tak, saya nak belikan untuk seseorang, tetapi tak ingat saiz dia.” Kemudian, gadis itupun mencuba cincin itu, dan dibukanya kembali dan di serahkan pada penjaga kedai tersebut. “Ermmm, saya nak yang ini,” kemudian, penjaga kedai itupun tanpa berlengah, terus membuat perkiraan, dan memberi harga yang baik pada pelanggannya. “Okey, terima kasih ye” lalu Taufiq dengan senyuman sambil melihat kotak cincin itu terus berjalan menuju ke arah keretanya. Dengan hati yang lapang, Taufiq terus memandu kenderaannya menuju terus ke rumah Nila. Setibanya Taufiq sampai di laluan rumahnya, Taufiq melihat banyak khemah yang bebaris di depan halaman rumah Nila. Hanya di kejauhan, Taufiq melihat Nila berpakaian yang begitu cantik sekali. Hati Taufiq begitu berdebar-debar di petang itu. “Ya Allah….betul ke apa yang aku lihat ni??.…sesekali Taufiq semacam ingin menjerit memanggil Nila di kejauhan. Tapi Taufiq tidak berdaya. Sedang Taufiq ingin mengundurkan kenderaannya, tiba-tiba dia melihat Nila berlari ke arah keretanya, membuatkan Taufiq terhenti seketika. Airmata yang hampir mengalir di pipinya lekas-lekas Taufiq mengilapnya supaya tidak di nampak kesedihannya oleh Nila.
Di belakang Nila, ternampak seorang lelaki yang sama berpakaian dengan Nila. Kelihatan lelaki itu adalah Qaidar!. “Ya Allah….betul ke ni, atau aku bermimpi sekarang…Oh!...tidak…. mengapa Nila tak menghubungi aku?. bukankah, aku ada menelepon ibunya, tapi satu perkara pun ibunya tidak beritahu pada aku tentang semuanya ini.” Secara tiba-tiba, airmata Fiq jatuh mengalir di pipinya. Tidak terdaya untuk Fiq berkata-kata lagi. Sesak dada Fiq bila melihat Nila bersama dengan Qaidar. Seorang lelaki yang penuh dengan tipu helah. Setibanya Nila di tepi kereta Taufiq, Nila cuba menyuruh Fiq keluar dari kereta. Bila Fiq keluar dari kereta, dengan tidak semena-menanya Nila terus memeluk Taufiq dengan eratnya. Nila dengan airmatanya yang berderai-derai jatuh membasahi pipinya terus menerangkan perkara yang sebenar pada Taufiq yang masih terpinga-pinga dengan perbuatan Nila itu. Nila menangis tanpa henti di dakapan Taufiq. Kelihatan Qaidar hanya terkaku melihat wanita yang telah sah menjadi miliknya curang di depan matanya.

Kisah Sebelum Nila Berkahwin~~
Selama Taufiq tidak menghubungi Nila, dia banyak menghabiskan masanya dengan buku-buku yang pernah di belikan oleh Taufiq, dan kata-kata peringatan Taufiq sentiasa di ingatnya. Hanya buku-buku itu saja yang menjadi peneman Nila bila jiwanya di landa kerinduan pada Taufiq. “Hai Nila?..” seorang lelaki berdiri di hadapan Nila yang masih terpinga-pinga dengan kehadiran lelaki tersebut. Nila hairan, selain dari Taufiq, macam mana lelaki ini mengenalinya. “Huh!..awak kenal saya?, dan macam mana awak boleh masuk ke rumah saya?”. Lantas lelaki tersebut hanya mampu tersenyum, dan sekali sekala, mengililingi Nila yang tengah sibuk bersantai di ruang legar di pondok di hadapan rumahnya. “Hmmm…Nila, awak tak kenal saya?,” Nila hanya menggelengkan kepala saja dan terus membaca buku yang dirimbanya. Terlihat Qaidar mengjenguk-jenguk ke arah Nila yang sedang sibuk membaca buku dan tidak mengendahkan “Hmmm…Nila, siapa Taufiq ni?” Qaidar cuba ingin mengenalinya.Walhal, Qaidar tahu siapa Taufiq itu. Sengaja ditanyakan pada Nila. “Oh!..ini kekasih saya..” dengan senyuman yang memanjang, Nila membalas soalan dari Qaidar dan terus membaca buku itu. “Nila, awak tak kenal saya?, saya Qaidar!” terdengar suara Qaidar begitu meninggi sekali bila Nila tidak mengendahkan kedatangannya. Terus membuatkan keegoaan dan kemarahan yang sentiasa ada di dalam diri Qaidar terus membuak-buak pada kata-kata Nila yang dari tadi asyik bercerita tentang Taufiq. “Taufiq!..aku tak akan lepaskan Nila ke tangan kau!” di hati kecil Qaidar terus berkata-kata.

Nila sibuk menyusun buku-buku di hadapannya untuk masuk ke dalam rumah, tiba-tiba Qaidar merampas buku-buku tersebut di dakapan Nila, sehinggakan Nila bergelut kecil dengan Qaidar di ruang legar rumahnya. Ibunya yang kebetulan lalu di ruang tamu rumah mereka, terus berlari keluar rumah untuk melihat apa yang sedang berlaku. “Qaidar!..macam mana kau boleh masuk dalam rumah ni?! apa yang kau buat dengan Nila?!” ibu Nila terus menjerit menyebut nama Qaidar, kelihatan Qaidar seolah-olah telah di rasuk syaitan dan terus merampas buku-buku itu. Lantas, tanpa menghiraukan jeritan ibu dan juga Nila, Qaidar terus membuang buku tersebut kelongkang dan membakar buku-buku tersebut di hadapan Nila dan ibunya. Sehinggakan Nila menanggis tanpa henti. Bila Nila melihat buku-bukunya hampir menjadi abu, Nila terus pergi ke arah Qaidar dan terus menampar wajahnya sekuat yang mungkin. Dengan tamparan yang bagaikan petir buat Qaidar untuk kali yang ke dua, Nila di tolaknya tanpa ada perasaan kasihan, Nila terus terjatuh dan terhantuk kepalanya ke bucu batu yang terletak di perkarangan pondok tersebut. Ibunya menjerit dan menangis tidak henti-henti melihat banyak darah keluar di kepala Nila.

Setelah Nila di tolak, Qaidar menjadi serba tidak kena, bila melihat dahi Nila penuh dengan darah. Dengan rayuan dari ibu Nila, Qaidar terus mendukung Nila dan masuk ke dalam keretanya di ikuti dengan ibu Nila menghala ke hospital. Di luar bilik kecemasan itu sekali lagi, Qaidar berkesempatan melihat Nila sedang di rawat. Terlihat ibu Nila kerap kali mundar mandir di ruang lalu hospital tersebut. Hanya pandangan kasar yang ibu Nila lontarkan di raut wajah Nila. “Makcik tak akan maafkan kau andai terjadi yang tidak di ingini pada Nila!” hanya itu saja yang mampu ibu Nila bisikkan di telingan Qaidar, sewaktu Qaidar duduk menunggu doktor keluar. Sejurus kemudian, terlihat ayah Nila pun tiba, dan bila mendengar penjelasan yang mungkin di sembunyikan oleh ibu Nila kenapa semua ini berlaku, membuatkan Qaidar berani berterus terang dengan kedua orang tuanya. Hanya ibu Nila dan Nila saja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Terlihat ibu Nila meminjam talipon suaminya yang mungkin ingin menghubungi seseorang. Tetapi kelihatan di raut wajah ibu Nila hampa. Sedang mereka menunggu keputusan dari doktor, Qaidar cuba merapatkan diri pada kedua orang tua Nila. Sungguhpun Ibu dan Ayah Nila memang tidak sudi bersembang lagi dengan Qaidar dek perkara yang lampau yang telah dilakukan oleh Qaidar terhadap Nila dulu, tetapi bila Qaidar menerangkan sesuatu perkara kepada kedua orang tua Nila, sekali itu membuatkan Ayah dan Ibu Nila benar-benar terperanjat dengan penjelasan Qaidar tadi. Dan sebagai ibu yang melahirkannya tidak mungkin Nila sekeji itu. Ayah Nila yang sesekali memegang dada, hanya mampu diam dan tidak mampu berkata apa-apa.

“Pakcik…makcik, saya minta maaf dengan apa yang telah berlaku. Saya tahu semua ini berpunca dari saya. Pakcik, makcik, ada seperkara saya nak bagi tahu pada makcik dan pakcik, sebenarnya sewaktu kami berkawan dulu, saya pernah meniduri Nila…dan….” Belum sempat Qaidar untuk berkata-kata, dan meneruskan kata-katanya, Ayah Nila yang tidak mahu mendengar kata-kata itu, terus melenting memarahi Qaidar dan melihat situasi tu, orang yang lalu lalang di bahu jalanan tersebut terus memandang pada Qaidar dan ayah Nila. Ibu Nila cuba mendamaikan situasi tersebut. “Kau memang lelaki yang tak berguna Qaidar!, dalam situasi macam ini, kau boleh menfitnah lagi Nila?!, manusia jenis apa kau ni?..” Ayah Nila terus memarahi Qaidar. Dan meminta agar Qaidar meninggalkan hospital tersebut, dan memberi amaran agar tidak datang lagi menemui Nila. Bila keadaan menjadi tenang kembali, terlihat Ibu Nila terus pergi kepada Qaidar dan menyuruh Q pulang saja dan meninggalkan perkarangan hospital tersebut. Itu adalah permintaan Ayah Nila. Tanpa berlengah-lengah sekali lagi Q di halau untuk menjenguk Nila di hospital. Perasaan marahnya masih lagi serap dalam dirinya.

“Huh!..aku tak akan biarkan Taufiq memiliki Nila!”..sambil berlalu, hati busuknya berkata-kata sendiri. Selang beberapa minggu Nila di Hospital, selama itu juga ibu Nila tidak berputus asa menghubungi Taufiq untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada Nila. Setelah berkali-kali Ibu Nila tidak dapat menghubungi Taufiq, ibu Nila telah mengalah dan tidak lagi menghubungi Taufiq, sehinggalah Nila terpaksa berkahwin dengan Qaidar. pernah juga, ibu Nila membelek-belek satu persatu senarai panggilan masuk yang pernah Taufiq menghubungi Nila dulu dengan talipon Nila, tapi harapan itu juga hampa. Nak bertanyakan pada Nila, tidak terdaya melihat keadaan Nila begitu. Tiap kali, bila ibu Nila datang melawat Nila di hospital, Ibunya akan bercerita tentang Taufiq di telinga Nila. Ibu Nila hanya mahu menharapkan agar Nila sedar dari komanya itu. Banyak yang ibunya bercerita tentang Taufiq pada Nila. Ibunya juga akan berjanji pada Nila, akan menceritakan lagi cerita tentang Taufiq bila Nila sedar nanti. Dan itulah juga harapan Taufiq pada Nila. Bukan Taufiq tidak mahu menceritakan tentang perasaannya pada Nila, tapi semuanya itu bagi Taufiq tidak penting, yang penting Taufiq nak melihat Nila kembali ceria dan masa itu Taufiq sendiri yang akan meluahkannya sendiri.

Telah masuk hari ke sepuluh Nila berada di wad tersebut. Sewaktu Ibu Nila sedang sibuk menyisir rambut Nila dan mengelap muka dan lengan Nila, untuk bersiap-siap pulang ke rumah, memandangkan kesihatan Nila semakin baik. Ayah Nila yang kelihatan lesu yang mungkin fikiran yang berkecamuk menyentuh hati dan nalurinya terus ingin membuat keputusan agar membuat laporan polis tentang apa yang telah berlaku. “Saya mesti buat laporan tentang perkara yang telah Qaidar beritahu kelmarin. Saya malu Salmah, saya tak sangka, Qaidar sanggup meniduri Nila. Kita mengenali Qaidar dari mereka sama sama bersekolah sewaktu kecil dulu, tapi mengapa Qaidar sanggup memalukan kita!.” Ayah Nila terus meluahkan kata-kata kesalnya pada Qaidar. Terlihat Nila memandang-mandang ke arah Ayahnya yang sesekali mengusap rambut anak tunggalnya itu. Sedang ibu dan Ayah Nila bercerita tentang Qaidar, mereka tidak menyedari yang Qaidar mendengar kata-kata mereka itu, di sebalik jendela sebelah katil, kemungkinan datang ingin melawat Nila. Walaupun telah di larang oleh ayah Nila, tetapi Qaidar tetap ingin mengjenguk Nila juga. Qaidar banyak mencetuskan ramai perasaan yang marah di kalangan kawan-kawannya. Ada yang mengatakan bahawa Qaidar sudah ‘Gila’. Gila dengan perbuatannya sendiri. Banyak kawan-kawan yang rapat dengan Qaidar, banyak menjauhkan diri mereka, setelah mengetahui perkara sebenar sikap keterlaluan Qaidar yang telah menghancurkan masa depan Nila.
“Pakcik.., saya merayu janganlah buat report polis pakcik..” Qaidar terus merayu dan terlihat ayah dan ibu Nila terkejut dengan kedatangan yang tanpa di undang di petang itu. “Saya sanggup kawin dengan Nila Pakcik!” Qaidar terus membuka langkah fikiran yang licik untuk mendapatkan Nila walau cara macam mana sekalipun. Hati kecil Qaidar tertawa-tawa melihat gelagat ibu dan Ayah Nila yang masih terpinga-pinga dengan penjelasan Qaidar tadi. Tanpa memikirkan banyak perkara, sebelum di ketahui ramai orang, terlihat Ayah Nila, terduduk dan terdiam seketika, lalu mempersetujui dan mengikut kemahuan Qaidar untuk menikahi Nila. Terlihat Nila semacam terpinga-pinga melihat situasi tersebut.

Kadang-kadang melihat Nila mengurut kepalanya dan tengah ayahnya dan Qaidar berbincang mengenai perkara itu dan ini, Nila kelihatan terhuyung-hayang lalu terbaring terus ke pangkuan ibunya. “Nila!...terus ayahnya mendapatkan Nila yang pengsan seketika. Nurse yang bertugas petang itu, dipanggil untuk melihat keadaan Nila. Qaidar yang terlihat berada di dalam bilik tersebut, di suruh keluar oleh ibu Nila dengan suara yang agak kasar. Setelah sejam Qaidar menunggu di luar bilik tersebut, terlihat ibu Nila keluar dan mengilapkan airmatanya kiri dan kanan. Mungkin perasaan sebak yang teramat sangat yang menghantui fikiran seorang ibu, bila melihat anak yang dulunya ceria, kini berubah hanya di sebabkan oleh seorang ‘lelaki’. “Qaidar!, kau jangan fikir, apa yang kau buat pada Nila ni, akan dapat Nila maafkan, walaupun sekali, pakcik akan merestui hubungan pernikahan kalian, tapi makcik yakin, Nila tidak akan maafkan kau!” kemarahan kecil yang diluahkan ibu Nila tadi, membuatkan Qaidar terdiam seribu bahasa. “Makcik..saya tahu saya bersalah, cara ini saja saya dapat menebus kesilapan saya pada Nila makcik. Bagilah saya peluang makcik.” Lantas, ibu Nila malas untuk mendengar penjelasan Qaidar, dan terus masuk kembali melihat anak kesayangannya itu.

“Nila…bangunlah sayang…ibu sayang sangat dengan Nila, ibu nak Nila ceria sayang..” Ayah Nila, terus memujuk isterinya yang dari tadi kerap menangis melihat situasi Nila begitu. Sedang ibu dan ayah Nila meratapi wajah Nila, tiba suara sayu-sayu Nila kedengaran. “bu….bu…..” terus ibu Nila bangun dan ayahnya pun cuba mendengar suara anaknya itu yang sekian lama dirinduinya itu untuk memanggil ‘ibu’. Lantas, dengan cepat, sekali lagi ayah Nila memanggil doctor yang masih ada di kaunter luar dan berlari masuk untuk memeriksa keadaan Nila. Sedang Nila di rawat, doctor meminta pembantunya mengaturkan alat pemeriksaan di kepala. Setelah selesai Nila dirawat menggunakan mesin bantuan khas untuk pesakit khas yang di hidapi seperti Nila, dan dari hasil penelitian doktor tersebut, menjelaskan bahawa terdapat perubahan sedikit di saraf pemikiran Nila. Doktor mengesahkan bahawa Nila berkemungkinan akan pulih dari kelupaannya dulu. Ayah dan ibu Nila yang mendengar penjelasan dari doctor itu, terus mengucapkan terima kasih pada doctor dan memanjatkan kesyukuran mereka pada yang Maha Esa.

Di rumah - Nila sudah sihat~~
“Nila, buat apa tu?” “ibu…. Nila tengah tengok buku-buku ni bu,macam Nila pernah baca buku-buku ni.” Ibu Nila Cuma tersenyum melihat Nila cuba ingin memikirkan sesuatu. “Taufiq…..hmm…Taufiq mana ni bu? Banyak Nila tengok di tepi buku-buku ni semuanya nama-nama Taufiq..” Nila cuba ingin tahu juga. Kemudian bila si ibu melihat anak kesayangannya itu bermain-main dengan soalan demi soalan, terus ibunya berterus terang pada Nila, dan itulah juga janji ibunya bila Nila pulih nanti. “Nila, tulisan-tulisan ni, semua Nila yang coretkan. Nila tahu, semasa Nila sakit dulu, Taufiq ni selalu datang melawat Nila tau. Dia banyak bawa Nila berjalan-jalan, dan dia banyak kenalkan dirinya pada Nila. Tapi Nila masih tak mengenalinya. Nila masih simpan lagi gambar kawan-kawan Nila kan?” lantas, dengan secepatnya Nila terus membuka laci dan terdapat album lama di dalamnya. Kemudian, satu persatu ibunya menerangkan siapa yang ada di dalam album tersebut. Kadang-kadang terlihat Nila tersenyum. Bila helaian demi helaian album itu di selak, tiba-tiba terhenti Nila dan terus memandang seseorang yang ada di dalam gambar tersebut. Nila melihat, gambar Taufiq dan Qaidar.

Di samping gambar Q dan Taufiq itu, terlihat Nila dan kawan-kawannya yang lain turut berada di kiri dan kanan. “Bu…ni siapa?”…Nila terus bertanyakan pada ibunya. “Inilah Nila….cantikkan Nila masa sekolah dulu?...yang ini Taufiq, Qaidar, Ayu, Ika, Sofea dan Yan.. Ini semua kawan-kawan Nila. yang begitu rapat dengan Nila. “Taufiq!?..Qaidar?!...” Nila mengerutkan dahinya seketika… “Qaidar!..Q?.... bu!....ni Q kan?, Nila benci dengan dia bu….Nila benci…..” terlihat berkaca-kaca di kelopak mata Nila bila sedikit sebanyak mengingati siapa dia sebenarnya. “Nila….sabar ye sayang..ibu faham perasaan Nila. Tak mahu la Nila macam ni okey….” Ibu Nila cuba memujuk Nila yang terus menangis di pelukkan ibunya itu. “Ibu harap, Nila jangan salahkan diri Nila okey. Apa yang berlaku ada hikmahnya.

“Nila, kenal tak siapa ni “ ibu Nila cuba menunjukkan sekeping gambar. “Bu,mestilah Nila kenal…mana Taufiq bu?..” Nila tiba-tiba terkenangkan Taufiq. “hmmm..Nila, ibu sendiri tidak tahu di mana Taufiq sekarang. Akhir dia datang melawat Nila, sewaktu Nila dah hampir sihat. Dia banyak menghabiskan masa bersama dengan Nila masa cuti penggal pertama kuliahnya. Dia gembira sangat bila dapat berjumpa dengan Nila. Dia ada cerita dengan ibu, Nila cerdik di sekolah. Ramai cikgu-cikgu dan rakan-rakan sebaya dengan Nila, kagum dengan pencapaian Nila disekolah. Dan…..” tiba-tiba ibu Nila diam, terlihat di kelopak mata ibunya airmata yang bertakung hanya menunggu untuk mengalir sahaja. “Bu…kenapa bu….kenapa ibu diam, apa jadi selepas tu bu?...cerita lah bu, Nila nak dengar. Sambil menolak sedikit bahu Nila, ibu Nila berjalan menuju ke satu arah.

Didalam almari Nila, terdapat satu buku yang berwarna mirah jambu. Lalu ibu Nila mengambilnya yang telah sekian lama ibunya simpan, hanya semata-mata memegang amanah dari Taufiq, yang meminta agar bila Nila telah pulih dari ingatannya, Taufiq meminta agar ibunya serahkan buku ini pada Nila. Sambil ibunya memegang buku tersebut, ibunya juga bercerita tentang hajat Taufiq pada Nila. Terlihat Nila terus mengalirkan airmata. Lantas buku yang bersederhana kecil berwarna merah jambu, dan terlihat di hadapan buku itu, gambar mereka berdua sewaktu Nila masih sakit dan sebelah gambar tersebut, terlekat satu bentuk hati, yang satu di bulatkan dan satu lagi gambar hati, terikat dengan tali yang berwarna putih. Dan dibawah gambar mereka, ada ternohtah, satu tulisan yang tertulis “Aku gembira melihat kamu ceria dan kembali sihat”.. sekaligus bila Nila membelek-belek muka depan buku itu, airmatanya terus mengalir. Perlahan-lahan Nila membuka helaian kertas di dalam buku yang berwarna merah jambu. Nila baca satu persatu dan ketika itu makin berderai-derai airmatanya jatuh sehingga terkena di barisan tulisan yang penuh dengan harapan dari seseorang. Bila helaian demi helaian yang telah Nila baca, tertumpu seketika Nila pada coretan ayat yang membuatkannya tiba-tiba memeluk buku tersebut sambil menangis dan terus menangis. Ibunya yang dari tadi asyik melihat keadaan Nila begitu, terus memeluk erat anaknya itu, tidak mampu hati seorang ibu melihat deritanya hati anak tunggalnya itu. Kini usia Nila telah mencecah 23 tahun. Sedar dan tidak sedar, sebenarnya hari itu juga adalah hari kelahirannya. Sekali lagi Nila membaca sebaris ayat yang penuh membuatkan hati Nila sebak dan bercampur gembira bila membacanya. Dan Nila terus membaca, dilebaran akhir. Sekali lagi airmatanya mencurah-curah jatuh.

“Nila, maafkan Taufiq selama Taufiq mengenali Nila, Taufiq tidak tahu mengapa harus Taufiq menunggu Nila, walaupun Taufiq tahu, dihati Nila hanya ada Qaidar, tapi cukuplah sekadar Taufiq dapat merasakan kebahagian Nila bersama Qaidar. Taufiq tahu, mungkin Taufiq tidak akan dapat memiliki diri Nila, tapi Taufiq berjanji dengan diri Taufiq sendiri, akan menunggu Nila sehingga Nila benar-benar menerima Taufiq dalam hidup Nila.
“Terkadang Taufiq terfikir sendiri, mengapa hanya Nila saja yang Taufiq mahukan, sehinggakan Nila tahu, ramai gadis-gadis yang cantik dan baik di tempat Taufiq belajar, tapi sedikitpun Taufiq tidak merasakan satu keajaiban perasaan ingin mengenali dan menyukai mereka. Bila Taufiq melihat mereka, secara tidak sengaja, ingatan Taufiq terus kepada Nila. Dan masuk cuti penggal pertama, Taufiq dapat kebenaran oleh ibu dan ayah Taufiq, untuk balik KL. Nila tahu, hati yang gembira sangat dan tak sabar untuk menemui Nila. Kadang-kadang Taufiq terfikir, adakah Nila ingin berjumpa dengan Taufiq dan Taufiq tidak mahu, nanti orang kata Taufiq mengganggu hubungan Nila dan Qaidar.
“Nila tahu, masa itu, Taufiq terus membekukan hati untuk balik KL, hanya semata-mata Taufiq tidak mahu menyentuh perasaan Nila dan membuatkan Nila menjadi serba salah dengan kedatangan Taufiq. Hanya pada bonda Taufiq luahkan, dan Taufiq tidak pernah membohongi diri dan perasaan Taufiq pada bonda. Taufiq minta pandangan bonda, dan bila bonda banyak memberikan kata-kata semangat, Taufiq bangun dengan senyuman, dan terus masuk kebilik dan mengemas-ngemas pakaian untuk balik juga ke KL. Macam biasalah, Taufiq kalau balik ke KL, duduk dengan pakngah Taufiq. Nila tahu kan?..

“Bila Taufiq sampai ke KL, dan sehari Taufiq di rumah Pakcik, keesokkannya Taufiq berhajat ke rumah Nila. Itupun Taufiq ingat-ingat lupa rumah Nila. Tapi bila Taufiq melalui satu jalan, terus Taufiq ingat kembali jalan ke rumah Nila. Taufiq berasa bersyukur, kerana Allah permudahkan urusan Taufiq. Setibanya Taufiq sampai di rumah Nila, Taufiq terus memberi salam. Dan ibu Nila yang keluar. Bila Taufiq di jemput masuk, Taufiq duduk dan ibu Nila memanggil Nila, Taufiq benar-benar terkejut, bila apa yang Taufiq lihat dan hati Taufiq terus menanggis..Nila…Taufiq boleh tahan, seandainya Nila hanya demam. Dan bukan tidak pernah Taufiq melawat Nila bersama dengan rakan-rakan Nila kan?. Tapi masa itu, Taufiq lihat Nila, penuh dengan kelukaan. Bukan sekadar luka di kulit, tetapi terpancar di muka Nila kelukaan yang begitu pedih sekali. Nila masih ingat tak waktu itu, Taufiq banyak bercerita dengan Nila tentang anugerah dan takdir Allah?..Nila tahu, masa itu juga, hati Taufiq meraung bila melihat Nila hanya kaku dan diam bila Taufiq bercerita, Nila hanya berpaling wajah tanpa melihat Taufiq. Tapi Taufiq tidak kecil hati. Taufiq tahu, Nila mungkin malu masa itu.

“Nila…masa itu juga, Taufiq mengharapkan pada Allah, agar Nila sentiasa tabah mengharungi segala musibah dari Allah. Bila ibu Nila menceritakan segalanya, Taufiq tidak tahu, mengapa hati marah Taufiq yang terlalu sangat bila ibu Taufiq mengatakan bahawa, apa yang menimpa Nila adalah di sebabkan oleh Qaidar. Taufiq simpan marah Taufiq pada Qaidar. Cuma Taufiq akan luahkan kemarahan itu bila suatu waktu nanti Taufiq gagah untuk melantunkan kemarahan Taufiq pada Qaidar. Nila….maafkan Taufiq kerana menyimpan perasaan sayang Taufiq pada Nila, pada saat Taufiq melihat keadaan Nila. Hati Taufiq begitu pilu sangat. Yang Taufiq tahu, mengapa Qaidar sanggup mengkianati cinta Nila dan hubungan Nila dan Qaidar. Masa itu, bila melihat muka Nila, memang banyak perubahan, tapi dipandangan Taufiq, Nila tetap cantik dan suci…
“Nila, maafkan Taufiq sekali lagi dengan penjelasan ini. Taufiq telah berjanji dengan diri Taufiq sendiri, andai Nila adalah jodoh Taufiq, dan Allah merestui permintaan Taufiq untuk memiliki hati Nila, habis saja belajar nanti, Taufiq akan meluahkan sendiri pada Nila. Sekarang, Taufiq ingin menghabiskan belajar Taufiq dulu dan cita-cita Nila sekali Taufiq satukan dalam diri Taufiq. Walaupun Nila tidak dapat menyambung pelajaran, Taufiq akan pastikan impian Nila juga terhajat untuk memiliki syarikat sendiri okey. Ini janji Taufiq pada Nila. Cuma Taufiq harap pada Allah, agar segalanya akan berjalan dengan baik.

“Taufiq mahu melihat Nila kembali ceria tau….andai kita masih lagi dapat berjumpa, Taufiq akan melamar Nila, dan menjadi teman hidup Taufiq dan Taufiq akan pastikan Nila mencapai hajat Nila yang masih tertangguh itu okey. Nila jangan sedih-sedih lagi tau. Taufiq mahu Nila sentiasa senyum sewaktu mula kita kenal dulu okey. Taufiq tahu, buku ini mungkin Nila membacanya dengan tangisan kan?....inilah keiklasan Taufiq pada Nila. Biarkan airmata itu jatuh mengalir di pipi Nila, nanti bila kita dipertemukan dalam sebuah mahligai yang halal, Taufiq akan pastikan hanya airmata kesyukuran yang akan Nila titiskan pada tadahan tangan Taufiq untuk menjadi pesangan hingga ke jannah nanti. Tapi andai impian kita tidak kesampaian, Taufiq berharap agar Nila kena cekal dan yakin dengan kehidupan ini dan jangan sesekali memarahi takdir okey. Kalau Nila bahagia, Taufiq pun turut bahagia, walaupun andai antara kita tidak dapat bersama. Janji ye Nila.

“Nila, cekalkan hati okey. Taufiq akan datang berjumpa dengan Nila nanti. Nila tak perlu cari Taufiq, suara Nila dan keresahan Nila tetap ada dalam ruangan minda ini. Nila, di pengakhiran coretan ini, Taufiq harap, Nila akan membuat keputusan yang baik agar tidak ada lagi hati yang menanggis ye. Taufiq tidak mahu memaksa Nila untuk menerima Taufiq, biarlah hati dan diri Nila sendiri yang iklas menerima Taufiq. Dan Takdir Allah, agar dapat bertemu dengan Nila, insya’allah Taufiq akan nantikan. Nila sabar okey. Segalanya akan menjadi baik-baik saja dengan izinnya. Yang penting Nila sabar… Perlahan-lahan buku itu di tutup oleh Nila, dan tangisan terus mengalir di pipi Nila. “Bu…mana Taufiq bu?...Nila nak jumpa dengan Taufiq bu…?’ rayuan yang begitu sayu Nila luahkan pada ibunya, membuatkan ibu Nila tidak sanggup melihat anaknya itu. Ibunya menjelaskan, bahawa, setahun yang lepas, Taufiq ada menghubungi ibunya menggunakan nombor yang lain, tapi masih tidak dapat di hubungi. Nombor Taufiq yang sedia ada, tidak pula ibunya menyimpanya. Mungkin lupa ataupun tidak terfikir untuk menyimpannya. Bila ibunya telah menjelaskan segalanya, terus Nila dipeluknya erat. “Sabarlah Nila..ibu faham perasaan Nila. Ibu yakin, Taufiq pun pasti merasakan apa yang Nila rasakan ini.” Ibunya juga turut mengalirkan airmata sambil memberikan kata-kata semangat pada anak kesayangannya itu.

“Nila, ayah dah buat keputusan, habis bulan ini, ayah nak jodohkan Nila dengan Qaidar.” Nila yang tengah asyik menjamah makanan, terus terberlahak mendengar keputusan ayahnya itu. “Ayah!....kenapa ayah?, Nila tak nak kawin dengan Qaidar ayah..tolonglah Nila ayah..” Nila terus merayu pada ayahnya bahawa, Qaidar bukan lagi kekasihnya. Sebab dan kenapa ayahnya membuat keputusan tersebut, hanya ayah dan ibu Nila saja yang tahu. “ Nila, ayah tidak mahu Nila berasa sunyi dan mengingatkan lagi perkara yang sudah-sudah. Ayah nak tengok Nila bahagia. Ayah yakin, Qaidar dah berubah. Tolonglah ayah Nila, sebelum ayah masih sihat ini, ayah nak melihat Nila berumahtangga” Ayahnya pula merayu pada Nila agar menerima Qaidar sebagai suaminya. Lelaki yang telah banyak menyusahkan kehidupannya. Tipu muslihat Qaidar semata-mata untuk mendapatkan Nila kembali, telah membuatkan ayah Nila percaya dengan muslihat Qaidar. Tetapi berbeza dengan naluri seorang ibu. Hanya ibu Nila saja yang tahu, bahawa, Qaidar membohongi ayah Nila, bahawa dia pernah meniduri Nila. Pernah juga ibu Nila memohon pertimbangan ayahnya agar tidak menerima Qaidar sebagai menantu mereka, tetapi ayah Nila membantah tegas dan perkahwinan antara Nila dan Qaidar mesti di teruskan. Setelah Nila mempersetujui perkahwinan tersebut, atas sebab, tidak mahu lihat ayahnya sakit lagi di sebabkan serangan jantung, Nila terus angkur dengan keputusan ayahnya. Tetapi dalam masa yang sama, Nila hanya memikirkan agar Taufiq hadir mendapatkannya. Airmata Nila di persandingan tidak terkawal, puas di sapu oleh ibu Nila di pelamin, tapi tetap mengalir.
~~tamat kisah Nila dan Qaidar~~

Sambungan di perkahwinan Nila dan kedatangan Taufiq~~
Setelah mendengar penjelasan Nila, Taufiq terus tunduk diam. “Taufiq, tolonglah..bawalah Nila pergi Taufiq, Nila tak sanggup kawin dengan Qaidar, please Taufiq. Nila takut….” Taufiq yang dari tadi asyik terpinga-pinga dengan berita perkahwinan Nila petang itu, terus menolak perlahan Nila dari pelukkan. “Nila, awak dah jadi milik Qaidar sepenuhnya, saya tidak mampu menahan ini semua Nila. Pergilah awak pada dia dan awak kena terima yang Qaidar telah menjadi suami awak sepenuhnya.” Airmata yang dari tadi di tahan oleh Taufiq, akhirnya jatuh juga mengalir di pipinya. Tetamu yang datang pada kenduri Nila dan Qaidar tadi, terkejut dengan penjelasan dari Nila tersebut. Terlihat ada yang memandang serong dengan tingkah laku Nila. Sedang Nila dan Taufiq sedang bercerita itu dan ini, tiba-tiba Qaidar yang dari jauh melihat tingkah laku isterinya yang baginya curang dan berpeluk di khalayak ramai apa lagi depan matanya sendiri, menjadikan marah dan terus mencapai motor yang terletak bersebelahan dengannya, dan empunya motor itu, terus di tolaknya ketepi, dan terus menghidupkan enjin motor tersebut, melilu terus kea rah Nila dan Taufiq, dengan sekuat yang mungkin, Qaidar menunggang motosikal yang di bawanya memecut laju, dengan niat untuk melanggar Taufiq dari belakang. Bila Taufiq menolah ke belakang, dia melihat Qaidar melulu kearahyan, dan dengan pantas, Taufiq, terus menolak laju Nila ke tepid an, semua yang melihat situasi mereka itu, amat-amat terkejut dan menjerit memanggil Qaidar yang semacam telah dirasuk syaitan. Belum sempat Taufiq berlari untuk menyelamatkan diri, terus dengan tanpa belas dan kasihan, Qaidar merempuh Taufiq dan terus melulu ke hadapan, kemudian, Qaidar dengan rasa bangga menoleh kebelakang melihat Taufiq rebah ke jalan raya, sedang Qaidar ingin pusing kembali dan mungkin ingin melanggar Taufiq sekali lagi dengan keadaan yang geram dan amarah yang teramat sangat, tiba-tiba Qaidar tidak sedar ada satu lori sedang membelok ke arahnya, dan lori tersebut terus melanggar Qaidar. Qaidar tercampak jauh terus ketepi jalan raya, dengan keadaannya seumpama nyawa-nyawa ikan. Kemudian, tetamu yang hadir terus berlari mendapatkan Qaidar yang telah di rempuh oleh lori ais, tapi malangnya Qaidar tidak dapat di selamatkan, dan meninggal di tempat kejadian.

Ibu Qaidar yang melihat situasi itu, terus menjerit dan berlari kerah anaknya itu sambil meraung-raung di tepi jalan raya tersebut. Lori yang melanggar Qaidar tersebut, terus melarikan diri. Nila yang masih memangku Taufiq tadi dan dikelilingi oleh keluarga Nila dan tetamu menyaksikan situasi Nila bagai di rasut hantu, menangis dan menjerit memanggil Taufiq. Baju gaung putih yang di pakainya itu, penuh dengan darah-darah Taufiq yang terus mengalir. “Taufiq…..bangun Taufiq..jangan tinggalkan Nila Taufiq, tolonglah Nila Taufiq. Nila menerima cinta Taufiq. Sedang Nila merayu-rayu pada Taufiq, tiba-tiba, dengan perlahan-lahan tangan Taufiq bergerak getar menyeluk saku seluar yang dipakainya. Bekas merah jambu, yang isi dalamnya terlihat sebentuk cincin. Dengan hanya menyebut nama Nila dengan lemah, Taufiq berbisik di telinga Nila, supaya izinkannya menyarung cincing kejari Nila. Ayah Nila yang berada hampir dengan Taufiq, terus membantu Taufiq memegang tanganya dan jari Nila dihulurkannya. Dengan lemah, Taufiq berbisik lagi di telinga Nila, bahawa “terima kasih Nila”…lalu dengan ucapan “Allahuakbar” Taufiq terus memejamkan matanya serapat-rapatnya di pangkuan Nila. Ayah dan ibu Nila tidak mampu melihat situasi itu. “Ibu……tolong Taufiq bu….ayah…tolong Taufiq yah…” hanya raungan perit dan sedih pada petang itu saja yang mampu Nila luahkannya. Sejurus kemudian, ambulan pun sampai, mereka menjalankan kerja-kerja mengangkat mayat Qaidar dan kemudian Taufiq dan di letakkannya dalam van tersebut. Terlihat Nila menangis dan terus menangis di pelukkan ibunya. Tetamu yang hadir di majlis perkahwinan tersebut pun turut menangis melihat situasi petang itu. Taufiq dan Qaidar tidak dapat di selamatkan.

BAB AKHIR.
Di rumah Taufiq, terlihat ramai tetamu yang datang melawat jenazah Taufiq. Ramai yang tidak percaya, yang Taufiq telah meninggal dunia sebelum mencapai impiannya. Ibu Taufiq yang dari tadi asyik mengalirkan airmata, terus di serpa oleh Nila. “Makcik..maafkan saya dengan apa yang telah terjadi ini. Saya tahu semua ini salah saya makcik.” Nila tidak dapat meneruskan kata-kata itu lagi kerana sebak yang teramat sangat singgah di benak fikiranya membuatkannya murung kembali. “Nila, sebelum Taufiq meminta izin untuk pergi ke Kuala Lumpur, hanya semata-mata untuk berjumpa dengan Nila, dia ada berpesan dengan makcik, agar andai Allah itu tidak mengizinkan niatnya pada Nila, Taufiq ada pesan, jangan salahkan takdir, kerana Nila tidak pernah merugikan masanya. Taufiq bersemangat belajar dan dia ada kata pada makcik, yang dia dan capaikan sekali impian Nila dan berhajat nak sambung belajar bersama dengan Nila bila Nila sudah pulih nanti. Tapi makcik tak fikir, apa sebenarnya maksug Taufiq. Nila, tolong makcik capaikan pula impian Taufiq ye. Taufiq ingin sekali melihat Nila mencapai cita-cita. Dia kata, cita-cita Taufiq sama dengan cita-cita Nila.” Nila yang hanya mendengar luahan kata-kata bonda Taufiq, terus mengalirkan airmata. Tidak ada satu perkataan yang keluar di mulutnya. Kerana terlalu sebak dan masih terkejut dengan keadaan, Nila hanya mampu memeluk bonda Taufiq saja sambil kepalanya menganggukkan tanda setuju dengan permintaan arwah.

Di tanah perkuburan, ramai tetamu yang datang menhadiri hari pengkebumian Taufiq. Ramai sanak saudara Taufiq, yang masih terkejut dengan kematian Taufiq. Taufiq seorang yang prihatin pada keluarga dan sanak saudaranya. Ramai adik saudaranya yang begitu terkilan dengan berita kematian Taufiq yang banyak mengajar mereka dari soal pembelajaran dan nasihat untuk menjadi seseorang yang berjaya. Tapi semuanya itu hanya tinggal kenangan.
Selesai talkin di bacakan, terlihat hanya Nila saja yang ada di tanah perkuburan tersebut. Walaupun diajak pulang oleh ibu dan ayah Nila, tapi dia tetap untuk duduk seketika di pusara Taufiq yang hanya berbekalkan kasih dan sayang. “Taufiq, maafkan Nila, kerana Nila Taufiq menderita begini. Nila sunyi Fiq..Nila berjanji, Nila akan sambung cita-cita Taufiq untuk impian kita. Nila akan belajar sampai cita-cita Taufiq berjaya. Nila tidak akan sia-siakan kata-kata nasihat Fiq, biarpun hanya sebuah coretan. Semoga Fiq tenang disana ye. Maafkan Nila…..” airmata di lapnya lagi, bagaikan mengerti sesaknya dada Nila petang itu. Tidak lalu ibu dan ayah Nila melihat luahan kecil Nila di pusara Taufiq, lantas, ibunya memujuk Nila agar pulang kerumah. Dengan lemah dan longlai, Nila pun menuruti kehendak ibunya untuk pulang.

~~Kuala Lumpur- dipusara Qaidar~~
“Semoga kau tenang di sana. Nila dah lama maafkan kau Qaidar. Sekarang, Nila akan mulakan hidup yang baru. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Nila harapkan Qaidar mendapat keampuanan dari Allah s.w.t.

Nota Penulis:
Kisah Nila hanya tinggal kenangan pada sesetengah remaja yang masih gagal mencari cinta nan suci. Semasa hayat Nila, dia sempat mengarang ceritanya sendiri yang menjadikan bukti cinta terakhirnya dan mengharapkan agar Allah mengizinkannya berjumpa dengan bahagia di taman Firdausi. Setelah kematian kedua ibu bapa Nila, dia bertekad untuk memulakan hidupnya yang baru. Kawan-kawannya banyak yang tidak dapat menjejaki Nila. Kerinduan kawan-kawan Nila sentiasa tersemat di benak fikiran mereka. Nila juga begitu, dan Nila telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke England, untuk menunaikan hajat “Cinta Akhirnya”. Nila begitu gigih belajar dan menggenggam ijazah yang begitu cemerlang, dan dari situ, Nila telah membuka satu perniagaannya di England dengan bantuan Fila. Fila yang turut simpati dan kagum dengan usaha Nila, tidak pernah mengenepikan Nila, dan Nila di anggap sebahagian keluarga Fila. Bila Fila berumahtangga, Nila tetap duduk bersama dengannya sehingga Fila mempunyai tiga orang anak. Tetapi, Nila tetap tidak ada lagi pasangan hidup. Baginya, untuk mencari Cinta lagi, tidak mungkin. Kerana rasa terkilan dengan diri sendiri terhadap Taufiq, Nila berjanji pada dirinya tidak akan membenarkan mana-mana perasaan cinta hadir duduk di dalam hatinya.

Walaupun ada juga Fila cuba memperkenalkan Nila pada seseorang, tetapi sedikitpun tidak tercuit hatinya untuk jatuh hati. Baginya, Cintanya pada Taufiq telah beku di dalam sanubarinya. Tidak mungkin Nila hendak menerima lelaki lain sehinggakan Nila menemui ajal pada usia 55 tahun kerana mengidap ketumbuhan otak. Pusara Nila, sentiasa di semai dengan bunga-bunga bersebelahan dengan pusara Taufiq. Pusara mereka kelihatan semacam bercahaya. Cinta di hatinya mengharapkan kebahagian di Firdausi mungkin Allah telah kabulkan. Sebelum hayatnya, Nila meminta agar, dia di semadikan bersebelahan dengan pusara Taufiq. Kerana itulah juga janjinya pada dirinya sendiri yang orang lain tidak dapat membaca fikirannya. Dan pusara Nila dan Taufiq, nampak begitu terpelihara dan di jaga baik oleh keluarga Fila, yang sebulan sekali balik ke Pulau Pinang untuk membersihkan perkuburan mereka. Sesungguhnya Cinta yang Nila miliki dan kesetiaanya adalah anugerah dari Allah s.w.t.

TAMAT