>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Thursday, October 11, 2012

Mendidik Anak Cara Rasulullah ..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera alls my viewer blog.. Hari ni saya nak kongsikan bersama-sama bagaimana cara yang betul untuk kita mendidik anak kita menjadi seorang insan yang CEMERLANG dan BERDISPLIN agar sentiasa mendapat berkat dan hidayah dari Allah s.w.t ..

Jom kita sama-sama baca artikel ni... Semoga kita semua mendapat petunjuk yang baik dari Allah s.w.t dan junjungan nabi kita Rasulullah s.a.w ...agar kita menjadi pasangan ibu bapa yang bijak dan bertanggungjawab kepada amanah yang Allah s.w.t kurniakan pada kita hanya mencari kehidupan yang sempurna dunia dan di akhirat.

Dan....

Untuk menjadi ibu bapa yang hebat memerlukan kita mempunyai ilmu. Biasakan kita dengar orang berkata... "alangkah baiknya kalau setiap anak yang lahir itu keluar bersama-sama manual bagaimana untuk mendidiknya... yealah macam buku panduan mengendalikan TV atau komputer tu...". Kalau lah macam tu tentu mudah, bukan? Tetapi realitinya tidak begitu.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang kira-kira maksudnya... setiap anak itu dilahirkan seumpama kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Malah seorang pakar psikologi kanak-kanak (saya lupa nama dia... iaitu buku "Children Physcology") ada mengeluarkan kenyataan yang selari dengan sabda Rasulullah. Kata beliau... "berikan kepada saya 10 orang bayi yang sihat... dan saya akan jadikan mereka Peguam, Doktor, Pencuri atau Peminta Sedekah".

Moralnya di sini kanak-kanak mampu dibentuk menjadi apa sahaja... dan kita sebagai ibu bapa bertanggung jawab membentuknya. Jika si anak berjaya menjadi insan cemerlang, ibu bapalah yang menjadi pengaruh besar kepada kejayaannya. Dan jika si anak berperangai "tidak serupa orang" maka ibu bapa jugalah yang pertama sekali perlu dipertanggungjawabkan.

Kenapa saya katakan begitu? Sebab mengikut kajian para ulama dan pakar mendapati lebih 70% keperibadian anak-anak sebenarnya dipengaruhi daripada apa yang dia lihat dan belajar dari ibu bapanya. Selebihnya barulah kesan dari pengaruh-pengaruh lain di sekitarnya. Cuba rujuk buku "21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang" dan "Menangai Anak Bermasalah" tulisan Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah untuk rujukan lanjut.

Bila berbicara tentang peranan kita sebagai ibu bapa... ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Ada yang berpendapat kita perlu sangat tegas kepada anak sehingga dengan "menjegilkan" mata pun sudah cukup membuat anak "menikus". Ada pula yang merasakan pendekatan secara lembut dan "reasoning" lebih berkesan. Apa pun pendapat yang diberikan saya lebih suka berpandukan langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:

TAHAP PERTAMA -
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

TAHAP KEDUA -
Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.

TAHAP KETIGA -
Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

TAHAP KEEMPAT -
Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.

Dan Kesimpulannya...

Lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk "amanah Allah" yang telah dikurniakan kepada kita. Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibu bapaan, belajar dari pengalaman orang terdahulu dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... iaitu anak anda.

Salam Iklas dari saya buat semua...
"SAYANGI ANAK KITA, KERNA ITU ADALAH AMANAH YANG KUAT UNTUK DARI ALLAH S.W.T"





Monday, October 8, 2012

Kata Bijak Dalam Cinta

Jangan sesekali kerana dia telah meninggalkan kamu, tapi sesali kerana dia terlambat meninggalkan kamu, semakin cepat dia pergi akan semakin cepat kami menemukan dengan yang lebih baik dari nya.

Berhenti bermimpi mendapatkan yang paling sempurna untuk kamu cintai. Lebih baik berfikir adakah kamu mampu menjadi seorang yang dicintai.

Jangan biarkan dia selalu mengalah kerana kamu, kecuali kamu ingin dia meninggalkan kamu kerana sikap kamu yang keras kepala.

Mencinta seseorang kerana harta dan kekayaannya akan membuat kamu merasa sangat miskin, mencintai kerana parasnya akan membuatkan kamu bosan, mencintai kerana agama dan kebaikan nya, kamu akan menemukan kebahagian hidup bersamanya.

Cinta bagaikan nyalaan api yang membara,. Dengan cinta, hidup akan lebih hangat dan bersemangat. Bermain-main dengan cinta akan membuatkan kamu terbakar.






Kata-Kata Bijak Dalam Kehidupan

Jangan Terlalu berlebihan menyukai sesuatu dan jangan terlalu berlebihan membenci sesuatu, kerana rasa suka berlebihan boleh berubah kebencian sebaliknya akan berubah rasa suka.

Orang yang selalu ingin sukses akan selalu gagal, orang selalu inginkan kesenangan akan selalu sengsara, kesuksesan dan kesenanangan hanya untuk orang yang pandai bersyukur apa yang telah dimiliki.

Malu tapi ingin tampil lebih percaya diri. Janganlah berfikir orang lain selalu menilai tentang mu, kerana orang lain sama seperti kamu yang tidak pernah sibuk dengan urusan orang lain.

Jangan pernah merasa selalu tahu apa yang kamu tidak tahu dihadapan orang lain kerana ketidak tahuan kamu akan membuat kamu menjadi orang bodoh di mata orang lain.

Mengetahui seberapa besar kesalahan kamu di masa lalu, boleh menjadi ukuran seberapa besar perjuangan kamu memperbaiki diri hari ini untuk kehidupan kamu di masa hadapan.

Jangan biasakan menunda waktu untuk mengerjakan sesuatu, kecuali kamu ingin menukar keberuntungan kamu hari ini dengan kegagalan hari esok.

Mengalami kegagalan setelah mencuba bukan kesalahan, tapi kegagalan kerana tidak berani mencuba itulah kesalahan yang fatal (tepat).