>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Thursday, January 3, 2013

Truth In Life (Love)

Hai...everyone...Today i want to share with others one story is LOVE.. Love some time come and sometime go...

So... for me, Sometimes Life Brings Us To Such A Stage, That If Someone Asks Us.. ..'What's d Best n Worst Thing Happened To You?' We Just Have one Answer... "LOVE" :-) ..

Ok guest, lets come to reading my share wording for urs... remember..keep smiles ok...

Forever Love,

The first time I laid my eyes on you I knew,that we'd spend this life side by side I still feel the same though you are so far away, I swear that you'll always be mine,

Forever love,

I promise you someday we'll be together forever love, I wont give up no matter what I'll be waiting for you forever love. Minutes and hours and years may go by but my heart knows nothing of time so don't cry just keep me right there in your dreams and hold onto these words of mine.

Forever love,

I promise you someday we'll be together forever love, I wont give up no matter what I'll be waiting for you forever love. Love is the road to our destiny nothing can change what is meant to be forever love no I wont give up no matter what, I'll Be Waiting For You..

Note:

Hope everyone like this note for the share...
KEEP YOUR LOVE IN YOUR LIFE.. :-)



Sunday, December 30, 2012

Kisah Sedih Seorang Ibu (Sediakan Tisu)

Assalamualaikum semua…

Post kali ini admin nak menceritakan kisah yang agak sedih yang banyak berlaku dipersekitaran dunia yang begitu moden sekarang ini.

Kisah kasih seorang ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…mengapa kita tak mampu menjadikan perasaan kasih kita seperti ibu dan bapa kita?..mengapa?..jawapannya ada pada kita hanya insan yang bergelar 'anak' pada ibu kita..bacalah dengan teliti cerita ini…dan hergailah mereka selagi kita masih mempunya ibu dan bapa...kerna apa yang terjadi pada ibu dan bapa kita akan terjadi juga pada kita..cuma masa dan waktu yang akan tentukan segalanya...Allah Maha Melihat lagi Maha mengasihani...

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Pada sebelah malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah Maha mengetahui dan hanya Allah saja mempunyai kebesaran dan kekuasaanNya.

Setiap hari dan setiap saat Jamilah tidak pernah ketinggalan untuk melawat anaknya yang disayanginya itu,,..setiap hari dibibirkan terkumat-kamit dengan berzikir dan berdoa agar anaknya mendapat kehidupan seperti sebelum ini dan kembali senyum seperti hari2 sebelumnya. Sekejap-sekejap airmata Jamilah akan mengalir bila melihat anaknya yang masih terlantar itu.

Sekian lama, hari berganti hari...malam berganti siang.. Faizal masih dalam rawatan..

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Inilah berkat doa seorang ibu yang ikhlas. Hanya Allah saja yang tahu... Jamilah amat2 bersyukur kehadrat Illahi, kerana memakbulkan doa-doanya. Siang dan malam, Jamilah tidak henti-henti mengingatkan Faizal tentang keselamatan diluar sana. Sebagai seorang ibu, hati kecil sentiasa berdetik risau dan sentiasa berhati-hati bila meluahkan kata-kata. Semuanya untuk anak yang dikasihi.

Setelah hampir 2 tahun, Faizal dapat meneruskan hidupnya dengan baik tanpa ada kecacatan fizikal dan menamatkan hari bujangnya dengan berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah hari-hari dihiasi dengan senyuman bila melihat anak yang hampir meninggalkan buat selamanya kini gagah seperti biasa... kesyukuran pada Allah adalah luahan sentiasa si ibu. Dunia makin tua, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur. Terasa begitu cepat masa berlalu. Jamilah sempat merasakan kegembiraan anaknya Faizal dengan isteri dan cucu-cucunya.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal melihat keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Akhirnya...selang beberapa hari, Faizal bekerja di luar bandar di hubungi oleh pihak Hospital, yang mengatakan ibunya telah meninggal dunia. Faizal hanya mampu mengalirkan airmata dan segera bergegas pulang hospital untuk pengurusan jenazah ibunya.

Tamat.

Nota Admin:
ADA PERBEZAANNYA BUKAN?

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘BAIK’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya. Memang TAKDIR ALLAH yang berkuasa dengan apa yang diciptakannya.. tetapi kita hambanya sentiasa di berikan petunjuk dan hidayah menjadi anak-anak yang SOLEH DAN SOLEHAH.. Bukankah salah satu anak-anak yang dapat menyusuri syurga adalah anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka?...

Bagi Admin, terpulang pada kita yang memikirkannya. Untuk pengetahuan semua, Admin pernah merasakan situasi ini suatu ketika dahulu, Bagi Admin, selagi nyawa masih ada, admin ingin melihat sekali ibu dan bapa admin dianugerahkan kesihatan yang sempurna dan andai Dunia ini telah di ambil kembali oleh Allah, admin mohon, di 'sana' nanti admin ingin hidup dengan kedua orang tua admin.. dan disusuli dengan anak-anak admin dan juga suami..

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?


SALAM SEMUA....