>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Friday, March 12, 2010

Bicara Hatiku..

Assalamualaikum…………sayang..

Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.

Sayang…
Saat ayang tuliskan luahan ini, betapa hati ini sentiasa sarat dengan rindukan sayang. Rindu yang mendambakan kasih ayang pada sayang seorang. Hati ayang penuh dengan cinta sayang dan tidak mungkin dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasih dan cinta yang sayang miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang-¬kadang ayang terasa terkecewa oleh kerana hilang kepercayaan..

Sayang…..
Ingin ayang katakan pada sayang bahawa ayang tidak menduakan cinta sayang. Ayang tidak menduakan kasih sayang, kerana hati ini telah diri sayang miliki. Bagaimana ayang mampu mengisinya dengan sesuatu cinta yang lain sedangkan ia berada disamping sayang. Janganlah sayang sangsi dengan kesetiaan ayang, kerana ayang telah membina benteng yang tinggi agar cinta sayang yang ayang miliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwa ini.

Sayang…..
Cinta sayang adalah antara yang terutama dalam senarai cinta ayang. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Ayang jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar¬-benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun ayang sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.

Sayang….
Tiadalah sebaik kata¬-kata yang mampu ayang tuliskan dalam luahan ini, melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini.Ayang bahagia begini dan ayang ingin terus begini bersamamu. Ayang bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah ayang berharap.

Sayang….
Cinta dan rindu sayang adalah menjadi teman paling setia dalam hidup ayang, walaupun saat dirimu tiada disisiku, tapi sayang tetap terpahat dalam dakapan CINTA ayang DUNIA dan AKHIRAT.. Semoga dirimu, beroleh kegembiraan dan kebahagian.. Maafkan ayang sebagai KEKASIHMU SEKALIGUSNYA ISTERIMU….
Yang merinduimu: Ezzie070708/mamaezzie

Thursday, March 11, 2010

Salam and Hello


Yang diatas ni family mama...kami bercuti mase ni..habiskan mase percutian dengan family.. kat sebelah kanan tu adik mama..>> yg perempuan.. kami bersanding same.. ni kira kali ke-2 mama mendirikan rumahtangga..Alhamdulillah..semua majlis berjalan dengan baik..







Pertama Sekali, mama nk ucapkan ribuan terima kasih kerna sudi melayari MamaMimi blog..Blog ni masih baru lagi..dan mama nk masukan beberapa koleksi rekaan mama..






Sementara ni, mama nk knalkn family mama dulu .. eeheemm...tu mama n my hubby..ok kan latak pic kawen ni..






****
ok la semua..nnt ble mama dah siapkan semua kerja2 tangan mama, mama download kat blog mama ni k...
babai semua...