>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Thursday, March 18, 2010

Ayah Dan Ibu





Coretan : Mamazie79

Sebuah Kehilangan.

Sesungguhnya di antara kemewahan dunia adalah keluarga yang benar-benar mencintai diantara satu sama yang lain. Saling bantu membantu diantara satu sama yang lain amat dititik beratkan. Ketahuilah kalian, bila kita kehilangan salah seorang diantara ahli keluarga kita, pasti membuatkan hati dan perasaan kita benar-benar rasa sedih yang teramat sangat. Tetapi terkadang diantara kita, tidak pernah menilai erti sebuah kehilangan. Apatah lagi seandainya kita kehilangan kedua orang tua kita, terasa umpama hidup tidak berhaluan.
Kisah yang terjadi dalam keluarga ini, membuatkan aku benar-benar terasa bertapa pentingnya kedua ibubapa kita dan kehilangan insan yang benar-benar kita sayang. Andai ada yang ingin menghadiahkan aku kekayaan, tak mungkin lagi mampu untuk aku memilikinya. Tapi andai kemewahan yang akan kumiliki itu, hasil dari berkat doa orang tua ku, pasti aku akan dapat kongsikan bersama-sama mereka. Tapi kisah ini, sedikit sebanyak memberi aku kesedaran bertapa pentingnya orang tua kita. Janganlah bila mereka ada, kita tidak pernah ingin mengasihi mereka, dan bila mereka telah kembali ke rahmatullah…barulah kita tangisi dan kekesalan terasa dalam hati mula dinodai..ikuti kisah ini. Dan janganlah sewaktu ibu bapa kita sihat, segala-galanya kita belikan untuk mereka, tapi mengapa bila kedua ibubapa kita telah kembali menemui Allah sw.t, kita tidak pernah lagi ingin mensedekahkan sesuatu yg iklas dalam hati kita..?? (Al-Fathehah)..

**************************************************************************************************

Petang yang terlalu rasanya begitu sayu, Lis duduk bersendirian di anjung luar rumah. Terpandang kanak-kanak sedang bermain-main di luar halaman rumah, bermain sesame sendiri. Sekejap terkenangkan saat-saat Lis dan sepupunya bermain-main semasa kecil dulu. Masa itu terasa begitu seronok sangat. Keriangan waktu kekanak-kanakkan memang mengembirakan. Sesekali membuatkan bibir Lis mengukir senyuman.

Kini Lis telahpun meningkat umur 28 tahun. Lis pun telahpun mendirikan rumahtangga dan memiliki dua cahaya mata. Namun hubungan antara Lis dan suaminya terputus hanya kerana tidak ada persefahaman. Lis mempuanyai ramai adik beradik, yang separuhnya telah mendirikan rumahtanggai. Kini, selepas Lis bercerai dengan suaminya, Lis mengambil keputusan duduk kembali ke pangkuan keluarga Lis sendiri. Mujurlah Lis bekerja di salah sebuah syarikat swasta di ibu kota, dan memegang jawatan sebagai Pembantu Pentadbiran.

“Pinn….pinn…” ermm, berkeliaran budak-budak berlari bila bunyi hon sebuah motor yang dinaiki oleh bapa Lis petang itu pulang dari tempat kerja. Lis terlihat, diwajah bapa Lis penuh dengan kepenatan. Tapi bapa Lis tidak pernahpun mengeluh dengan kepenatan yang ditangunginya. Bagi bapa Lis, mencari rezeki untuk Isteri dan anak-anaknya sejak dulu lagi, amatlah penting selagi hayat masih ada. Pernah suatu hari bapa Lis tidak pergi kerja. Bapa Lis jatuh sakit. Bapa Lis adalah seorang yang susah hendak pergi ke Hospital untuk buat rawatan. Sehinggalah semasa sakit bapa Lis terlalu sakit, barulah dia pergi berjumpa doctor. Keputusan doctor tentang sakit bapa Lis, membuatkan bapa Lis termenung selepas membuat rawatan.

Keesokkan nya, bapa Lis tidak pergi kerja. Lis terlihat mak Lis didapur sedang sibuk membuat makan tengah hari. Lis cuba menghampiri mak Lis. “Mak..semalam apa doctor cakap tentang sakit abah?” Lis ingin mengetahui sendiri dari ibunya. Ibu Lis terpandang wajah Lis dengan penuh sayu. Wajah sayu ibu Lis membuatkan Lis terasa sebentar hiba. “Mak..bagi tahu lah, apa sakit abah?, mak tak boleh rahsiakan pada kami.” Terlihat ibu Lis mengesat airmata kiri dan kanan. Cuba lagi ingin menyelindungi sakit bapa Lis. “Tak pa lah kalau mak tak mau bagi tau, biar Lis sendiri yang tanya pada abah.”..lantas tangan Lis mak nya pegang. “Lis…sebenarnya abah Lis sakit lemah jatung..nasihat doctor, abah tidak boleh susah hati.””….”Ya Allah……betul ke mak?”…airmata Lis yang bertakung tadi, akhirnya berderai jatuh satu persatu. “Mak, kenapa abah tak mahu pergi awal-awal jumpa doctor?..” Lis kesali dengan apa yang terjadi. “Lis, sebenarnya, Abah Lis terkenangkan masalah yang sering abah Lis tanggung. Dia dah pesan dengan mak jangan bagi tahu pada sesiapa mahupun anak2.Tapi didesak.., mak kene bagi tahu. Tapi Lis berjanji pada mak, jangan bagi tahu pada abah tau..” Lis hanya mampu anggukkan kepala saja, tanpa berkata-kata.

“Memang aku dan adik2 sering membuatkan hati abah susah, Ya Allah panjangkan lah usia bapaku Ya Allah..” benak hati Lis sambil mengesat airmatanya yang dari tadi Lis tahan. Pernah suatu malam, Lis terdengar adik bradik bertengkar dengan satu sama yang lain depan ibu dan bapa,berhubung dengan sikap tidak mahu menghormati bapa mereka orang yang paling tua di rumah itu. Sikap adik-adik yang suka ikut kata hatinya sendiri, terkadang Lis juga begitu, tapi disebabkan dengan usia yang makin meningkat dewasa Lis sentiasa mengalah. Tanpa menghiraukan siapa yang lebih tua dari mereka.

Pernah di suatu malam yang begitu hening, tengah orang lain sibuk tidur, Lis terdengar sekali lagi bunyi bising di tengah ruang tamu. Lis bingkas bangun ingin melihat apa yang telah terjadi. Lis terdengar, sendu suara bapa Lis meleterkan adiknya. Lantas, Lis cuba duduk di sebelah ibunya mendengar bapanya sedang memarahi “Kalau kamu tidak suka duduk lagi dekat rumah ni, kamu keluar!..jangan sampai abah jatuhkan kata-kata yang tak sepatutnya pada kamu..” sekejap-sekejap Lis terlihat bapanya mengusap dadanya. Mungkin sakit teramat sangat. Kemudian, terjaga lah keseluruhan adik-adik Lis tadi. “Abah…sudah lah…abahkan sakit..” terdengar suara adik Lis, menasihati bapanya. “biarkan aku ni mati!” tegas suara bapa Lis. Lis hanya mampu tunduk dan diam mendengar kata-kata bapanya. “Mak..apa masalahnya ni?” tanya Lis sebentar ingin tahu. “Adik kau ni, baru balik dari mana pun mak tak tahu, kemudian abah marahkan dia. Macam-macam bahasa kesat yang dah abah keluarkan pada dia. Membuatkan adiknya melawan kata-kata abah.” Sepantas Lis bangun menghampiri adiknya yang cuba berpaling muka dari dileteri oleh bapanya. “dik, kau jangan suka cakap yang bukan-bukan pada abah.

Selama ni, abah diam je apa yang nak abah katakan pada kau!, tapi sikitpun kau tak pernah tahu, hati abah terluka dan kecewa dengan sikap kau ni!. Kau sedar tak apa yang kau buat ni dah melampau!. Kau jangan cuba cabar kesabaran abah. Jangan kau fikir, kau boleh buat apa yang kau fikir bagus. Bila abah dah halau kau nanti, kau fikir hidup kau senang??..fikir lah dek!” dengan suara yang sekejap perlahan, sekejap kuat, Lis cuba meluahkan apa yang terkandung dalam sudut hati kecewa bapanya.

“Begitu juga dengan korang-korang semua ni!. Jangan fikir apa yang korang lakukan sesuka hati korang, hati abah tidak terluka. Hampa kecewa..siapa yang tahu. Korang tahu tak abah mengidap sakit lemah jantung?!” begitu tegas suara Lis tengah malam itu. Tibalah masanya Lis ingin bersuara tentang ini semua. Kerna bagi Lis, dia hanya mampu diam dari berkata-kata bila melihat, sekarang rumah yang Lis rasakan bahagia masa kecil dulu sungguh ceria, kini terasa bagai bahang yang terlampau sangat panasnya. Masing-masing saling padang memandang diantara satu sama yang lain. “Abah, kami minta maaf…kami janji..kami tak akan lawan cakap abah lagi..” terlihat bapa Lis berpaling, sambil airmatanya berlinangan sambil berkata, “Abah tak tahu bila abah akan mati. Tapi kalau anak-anak abah tak lagi perlukan abah ada lagi dekat muka bumi ni, abah akan rasa kecewa dunia dan akhirat..”..sambil terlihat Lis menghampiri bapanya, “Abah,janganlah abah cakap macam ni…sedih kami bah…” terpandang bapa Lis tepat ke muka Lis. Dan memeluk kedua-dua anaknya yang duduk berdepan bapanya. Terpancar, kesedihan yang teramat sangat di raut wajah bapanya. Tidak terdaya Lis menahan airmata yang sering berderai-derai jatuh menitis di pipinya. “Maafkan kami abah…” kemudian barulah berselang-seli adik-adik Lis memohon ampun dan maaf pada bapa mereka, dan tak lupa pada ibunya sekali.

Masing-masing menyesali setiap perbuatan mereka. Apa pun yang terjadi, biarlah Allah merahmati hubungan mereka dunia dan ahirat. Sedang mereka asyik berpeluk-pelukan, terlihat Lis bingkas bangun. Perlahan-lahan Lis berundur, dan terus masuk kedalam bilik. Tidak lalu rasanya Lis melihat saat saat yang begitu syahdu sangat tengah malam itu, umpama akan berlaku satu kehilangan. Kemudian, Lis menadah tangan, sambil berlinangan airmata, memohon pada Allah “Ya Allah, Ya Tuhan ku, padamu kami datang, dan kepadaMU kami akan kembali. Ya Allah…berikanlah kesempatan buat kedua orang tuaku merasakan gembira sehinggalah dunia ini berakhir atas kehendakMU Ya Allah..Ampuni kedua orang tua ku, dan ampuni lah aku dan adik-adik ku.”..lantas, Lis pun tunduk kaku menangis, tak sanggup mendengar sebuah kematian. Kerna, Lis sendiri punyai sakit. Barah otak.,tapi tidak seorang pun yang dapat meneka kesihatan Lis itu. Hanya bermohon pada Allah lah tempat Lis lemparkan resah gelisah. Apa yang terjadi, Lis tak mahu kehilangan kedua-dua orang tuanya. Tak mampu melihat bapanya menyelindungi tangisan di dalam hatinya sendiri.

************************
Pagi hari yang bagi Lis penuh dengan ceria, terlihat di ruang meja makan, terlihat bapa dan ibunya sedang bersarapan bersama. Tersenyum Lis dari jauh. Barulah Lis rasa lega sedikit bila melihatkan Ibu dan Bapanya bersarapan dan sesekali tersenyum sesama sendiri.

“Assalamualaikum…mak…abah…”..Lis cuba mengejutkan suasana dengan memberi salam pada bapa dan ibunya. “Waalaikumusalam…” sesama serentak ibu dan bapanya membalas salam dari Lis tadi. Bersyukur Lis didalam hati, masih lagi mampu Lis melihat ibu dan bapanya pagi itu ceria. “Lis, hari ni tak kerja ke?” tanya bapa Lis.. “Ermm..Lis cuti hari ni..Lis sakit kepala lah bah..tak larat nak pergi kerja.” Kalau sakit, tak payah lah paksa diri tu..nanti pengsan pulak kat tempat kerja tu kan?..Lis hanya anggukkan kepala, tanda setuju. “Eh…nasi goreng..lain macam je nasi goreng hari ni?..” Lis cuba mengusik.. “Abah kamu yang masak…” tersenyum Lis melihat bapanya. “Ermmm…sedap..” terlihat bapanya tersenyum sikit bila pujian diberikan pada bapanya.
“Mak..lagi 2 hari kita dah nak berpuasa kan?, dekat sini, Lis nak ambil kesempatan mohon ampun dan maaf pada mak dan abah..” kemudian, bapa dan mak Lis saling pandang memandang. “Kenapa pulak ni Lis?” ibunya ingin tahu. “Lis tak nak lihat mak dengan abah sedih lagi. Lis Cuma nak mohon maaf andai selama Lis meningkat dewasa ni, Lis ada melakukan kesilapan tanpa kesedaran mak dan abah. “Mak ngan Abah dah maafkan Lis..” terima kasih mak..abah…” kemudian mereka berpelukan. Berkaca di mata Lis sebentar, terasa sebak tiba-tiba menghantui dirinya.

“Ermm…Abah, dah makan ubat ke?” Lis bertanyakan tentang kelekaan abahnya itu. Sambil berbicara, Lis membuka peti ubatan, dan mengambil ubat untuk di hulurkan pada bapanya. “Bah…janganlah abah tak makan ubat..nanti abah sakit..” “ermm…bila lagi abah buat rawatan susulan?” bertanya Lis sambil menghulurkan ubat ketangan bapanya.

“Abah pergi akhir bulan ni nanti.” Lis cuma menganggukkan kepalanya. “Jadi, abah kenalah pergi juga tau. Jangan tak pergi. Lis risau tengok abah asyik pegang dada je.” Kemudian mereka tersenyum bersama. Tengah asyik bersembang di dapur dengan mak dan bapa Lis.. Adik datang duduk di sisi Lis. “Mak, hari ni Amy nak keluar. Boleh tak?” kemudian maknya mampu diam saja. “Kau nak pergi mana?” tanya Lis, sebagai ganti mak dan bapanya. “Amy nak pergi cari kerja.”..”dekat mana?” tanya Lis lagi, panduan sebagai kakak sulung dalam keluarga. “Ala akak ni..banyak tanya la…” sedikit suara kasar terkeluar di mulut Amy pagi tu. Terlihat bapa Lis, tak mampu nak berkata-kata. Cuma sekali sambil bangun, bapanya berkata “Pergilah”..mungkin tak larat lagi untuk menghalang. Kerana sudah berkali-kali Amy, kata ingin mencari kerja, tapi tak pernah yang dapat pun. Dan duit bapanya yang lebih banyak keluar bila Amy memerlukan duit. “Amy, kalau kali ni kau nak keluar cari kerja, kau terus pergi cari kerja. Jangan lagi kau nak menipu mak dan abah lagi. Jangan lagi akak dengar, kau banyak bagi alasan kerja tu tak bagus. Kalau kau nak cari kerja yang bagus, kenapa kau tak mahu tamatkan belajar sampai tingkatan lima?”..sambil menguyah nasi goreng, Amy umpama semacam nak dengan tidak mahu mendengar nasihat dari kakaknya.

“Mak, boleh kan?”..Amy cuba meminta izin lagi pada ibunya. “Baik..,tapi lekas balik.” Ermm..ok mak..” dengan pantas Amy, masuk balik kedalam bilik dan keluar balik, untuk mandi. Selang beberapa jam kemudian, Lis terlihat ada kereta datang menghala ke halaman rumah Lis. Lihat bapanya sedang sibuk di luar membaiki longkang di halaman rumah yang sudah rosak. Lis terlihat, seorang lelaki, menghampiri bapanya. Tidak tahu apa yang dibicarakan pada Bapa Lis. Kemudian, Bapa Lis meneruskan kerja-kerja membaiki longkang, sambil di perhatikan budak lelaki tersebut.
“Mak..mak..Amy pergi dulu tau.” Amy melaungkan suara dari luar rumah, dan terus pergi. Rupa-rupanya lelaki itu kawan Amy. Dan tanpa menghiraukan bapanya yang ada di luar, Amy terus saja pergi dekat pada lelaki tersebut, tanpa meminta keizinan pergi. Bapanya sekali sekala memandang kearah mereka. Dan mereka pun menaiki kereta dan terus meninggalkan halaman rumah.

Lis terlihat, bapanya terduduk sambil memegang kepala, dan sekali sekala termenung. Belum habis, kerunsingan bapanya malam tadi, timbul pula kes, bila talipon bapanya berbunyi. Bapanya cuba menjawab talian tersebut. Lis cuba menghampiri bapanya. Terdengar bapa nya hanya sempat berkata, “Ya..Allah”… berlari Lis mendapatkan bapanya yang terduduk sendiri di tepi kolam ikan dengan dadanya di pegang erat..”Abah!!...mak…abah!...” sambil berlari, Lis memanggil mak nya dari dalam rumah. Teriakkan itu, didengari oleh jiran-jiran berhampiran dan 2 adik Lis. Mereka pun bingkas bangun.

“Ya Allah…” mak Lis pula terduduk melihat suaminya terbaring di tepi longkang. Pantas Lis mengambil talipon bapanya tadi, yang masih terdengar suara. Suara dari adiknya yang duduk di tempat lain, kerana bekerja. “Hello, apa yang dah kau cakapkan pada abah? Kau tahu tak abah pengsan? Kau cepat balik sekarang!..” terus Lis matikan talian.

Tanpa berlengah lagi, Lis dan adik lelakinya yang tadi, mengangkat bapanya untuk di bawa kedalam rumah. Setibanya di dalam rumah, Lis cuba tenangkan maknya pula. Mak Lis pula ada mengidap penyakit darah tinggi. Melihat Mak dan Bapanya begitu, Lis jadi buntu. Sepintas, Lis mendail no Amy, supaya pulang sekarang. Amy akan pulang. Amy juga terkejut dengar berita dari kakaknya itu.
“Mak…sabar ye..sekejap lagi doctor datang.”..mak nya hanya mampu anggukkan kepala saja.

“Selang beberapa jam, adiknya yang duduk berasingan tadi pun datang. Alangkah terkejutnya Lis dan adik-adik yang lain, bila melihat kedatangan adiknya itu, membawa perut yang membesar.. “Ya Allah…ni yang kau bagi tau pada abah tadi dalam talipon? Kau tahu tak Wa, Abah mengidap sakit jatung?...terlihat oleh maknya pula, semacam tak terdaya untuk berkata-kata. Hati maknya yang benar-banar terluka dengan sikap anak2 nya mengudang musibah pada keluarganya sendiri. Bila Wa dapat tahu abahnya mengidap sakit lemah jatung, berlari Wa, tanpa menghiraukan perutnya yang besar itu, terus dia mengadap muka bapanya yang semakin pucat itu. “Abah…ampunkan Wa..Wa tahu Wa sudah melukakan hati abah dan mak..Wa mohon ampun bah…ampun kan Wa bah..Wa tahu abah, Wa anak derhaka..Wa dah memalukan abah. Wa terpengaruh bah..Abah…bangun la bah..”..sayu suara Wa tengahari tu membuatkan keseluruhan ahli keluarganya tersedu menangis. Tak mampu Lis perhatikan tindakan Wa itu. Sambil Lis menghampiri Wa, “Dah…biarkan abah sedar nanti. Doctor sekejap lagi sampai. “Suasana terdiam seketika..di setiap sudut Lis perhatikan adik-adiknya resah gelisah.

“Kesemua adik-adik akak, akak mohon pada kalian semua, bacakan surah-surah yang kalian tahu buat abah kita. Janganlah kalian diam macam ni. Akak tak mahu terjadi apa-apa pada abah.” Masing-masing saling pandang memandang, dan segera bangun duduk disisi abah mereka. Lis memeluk bahu maknya, “sudahlah mak..abah tak akan jadi apa-apa..insya’allah mak..” Sayu suara Lis berkata-kata. Walaupun dia tahu, semacam bapanya akan pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya, Lis hanya mampu bersujud pada Allah.

“Assalamualaikum…”..terdengar suara di luar memberi salam. “Oh..doktor, cepat lah doctor, tengok bapa kami ni doctor..” adik Lis yang lelaki tadi bersuara, sambil mengilap airmatanya. Doctor pun menghampiri bapa mereka yang terkujur di ruang tamu rumah mereka. Doctor cuba mengesahkan kesihatan bapanya..sambil jari-jemari doctor melihat nadi bapanya lemah denyutannya, dan berkata “Siapa yang tua di antara kamu?” doctor ingin tahu. “Ikut saya sebentar..” Lis pun cuba mengikuti doctor tersebut. “Saya minta maaf, sebenarnya ada seperkara saya nak bagi tahu, bapa cik sebenarnya bukan saja sakit lemah jantung, tapi dia juga mengidap paru-paru bengkak. Kemungkinan besar, ianya berisiko dan boleh menyebabkan kematian. Kami sudah memaklumkan pada ayah cik, supaya melakukan pembedahan, tapi beliau tak mahu. Cuma dia ingin berpandukan pada ubat dan rawatan susulan.”…..terang doctor yang merawat bapanya.

“Ya Allah …… betul ke doctor??” sekali lagi airmata Lis berlinangan membasahi setiap sudut mukanya. Tak mampu Lis nak berkata-kata lagi. Dalam hati Lis hanya mampu bertawakal pada Allah, agar selamatkan bapanya. Baru pagi tadi Lis lihat kecerian di raut wajah bapa dan ibunya. Membuatkan Lis hiba yang terlalu sangat.
“Doctor…doctor…cepat abah tersedar..” terpanggil salah seorang adik Lis tadi, lantas doctor pun menghampiri bapa mereka. Doktor pun memeriksa lagi tekanan darah bapanya dan nadi nya mengikut minit jam. Tangan bapanya berpaut pada tangan doctor dengan lemahnya. Dan cuba ingin berbisik di telinga doctor tersebut. “Ermm….beri perhatian semua, bapa kalian meminta semua anak-anaknya dan isteri duduk di sisinya.” Kemudian, doctor pun membiarkan situasi itu seketika.

Walaupun doctor itu tahu, bapanya tak boleh di selamatkan lagi, kena sakit yang di hidapinya begitu serius.

“Abah…kami semua ada disini bah..” terlihat mak Lis duduk di sebelah kanan abah, dan yang lain-lain mengkurumi bapanya. Perlahan-lahan bapanya berkata, “Anak-anakku, Abah ampunkan segalanya salah dan silap kalian semua. Maafkan abah juga, kerna tak mampu mendidik kalian dengan sempurna. Biarlah abah pergi dengan kesilapan abah sendiri..” sekejap-sekejap bapa mereka menarik nafas satu persatu… “Imah…(nama isterinya), jaga lah anak-anak kita dengan baik. Jangan menangis. Kita tak mampu bersama lagi. Tapi kita akan tetap bersama..” Abang..maafkan Imah..” sambil tangan suaminya di cium berkali kali, umpama tak mahu berpisah..Sekalian jiran yang datang melihat tragedi yang menimpa keluarga itu, meratap sayu dan bersimpati kesedihan.

Lis yang tadi berendamkan airmata, segera berhadapan didepan bapanya. “Abah..Lis berjanji, Lis akan menjaga adik-adik Lis, dan pastikan mak tidak kesunyian bah. Kami izinkan abah pergi dengan aman. Ampuni setiap kesalahan kami bah.” Itulah kata-kata Lis yang terakhir buat bapanya, walaupun Lis sedar, dia pun tak tahu bila hayatnya akan berakhir, tapi dengan berkat doanya Lis selalu yakin, ini dugaan dari Allah s.w.t. buat dirinya. Demi anak-anak Lis akan yakinkan untuk teruskan hidup ini.

Sesekali terlihat, bapanya menarik nafas terakhir, dan mengucau kalimah Allah dengan sangkut-sangkut, kemudian, nafasnya terhenti. Doktor pun menghampiri. Terdengar suara adik-adik nya termasuk ibunya, menjerit berteriakkan memanggil nama bapanya. Doktor mengesahkan kematian bapanya. Kemudian di selubungnya sekujur tubuh yang kaku. Sekalian jiran yang menyaksikan situasi itu menangis, bila adiknya Lis yang terakhir berusia 4 tahun, memanggil nama bapanya berkali-kali. Suasana begitu sungguh sayu.

****************************
Arwah bapa Lis, selamat di mandikan dan di sembahyangkan, Kemudian, arwah di tanam sebelum waktu magrib.

Diperkarangan kubur, Lis cuba menenangkan lagi maknya yang sentiasa berada disisinya, sambil berkata “mak, ini dugaan Allah, mak kena relakan abah pergi mak. Lis akan sentiasa bersama mak. Lis tak akan biarkan lagi adik-adik melukai hati mak. Lis akan pastikan mak ceria. Dan Arwah abah, mesti tenang, bila melihat keluarga kita bersatu. Tentang adik-adik, mak jangan risau. Lis akan mengawal mereka, selagi hayat Lis masih ada.” Mak Lis, hanya mampu menganggukkan kepala tanda setuju dengan penjelasan Lis. Bila melihat, arwah bapanya disemadikan, terbayang Lis saat-saat gurauan nya pagi tadi dengan arwah, sekali sekala membuatkan mata Lis berkaca. Apapun yang terjadi, ini kehendak Allah. Allah lebih menyayangi arwah bapanya.

Selesai sudah bacaan-bacaan di bacakan oleh imam masjid, yang juga kawan rapat abah. Lis dan adik-adik mengkelilingi kubur bapanya, dan mensedekahkan Al-Fatihah dan Surah-surah pendek buat arwah bapa mereka, supaya arwah bapa mereka tenang di alam sana.
“Abah..semoga Abah di cucuri rahmati disis Allah hendaknya dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman..amin..” lalu mereka pun beredar…sambil salam terakhir buat bapanya dikejauhan.

**selesai**

Nota: Anak yang soleh dan solehah, adalah anak yang sering mendoakan ibubapa kita, walaupun mereka masih ada ataupun tiada.. Janganlah sesekali menyakiti hati mereka. Mereka sanggup membesarkan kita dengan hanya bergajikan RM 3.50 sehari untuk menanggung anak 10 orang. Salah ke kita sebagai anak-anak, mendengar kata-kata mereka untuk kebahagian kita dunia dan akhirat juga? FIKIRKAN LAH..salam……

Selesai:
By :rozie@mustafa
**************************************