>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Monday, December 10, 2012

Hati Ku Hancur Kerana Kamu.

Kisah... (15 tahun dahulu-kisah benar)

"Sering sekali saya mendengar orang kata yang CINTA itu indah..Kadang-kadang saya berasa iri hati bila melihat orang ber'couple .. terlihat semuanya BAHAGIA dan INDAH belaka..kadang-kadang saya terfikir sendiri, kenapa HUBUNGAN kita tidak macam pasangan yang lain.. :-( .. awak selalu marah pada saya...bagi awak, apa yang saya buat semuanya tidak elok dan semuanya tidak kena di penglihatan awak...

Lepas awak tinggalkan "kawan" saya dulu, sayalah pengganti awak..mungkin diawal hubungan kita dahulu semuanya okay..indah...dan semuanya nampak sempurna.. dan awak dah berjanji, akan menyayangi saya sampai bila-bila..dan awak juga berjanji, tidak akan kembali kepada "ex" awak dulu..walaupun dia akan datang merayu pada awak..

Saya rasa sungguh bahagia sangat bila awak berkata begitu, dalam masa yang sama saya yakin awak akan jadi milik saya sepenuhnya..Tapi, kenapa sejak akhir-akhir ini, awak banyak berubah, awak tak lagi macam dulu-dulu..semacam saya tidak mengenali awak.. dan tiap kali saya ingin berjumpa dengan awak, awak banyak mengelakkan diri berjumpa dengan saya..semata-mata saya ingin sekali berbincang secara baik-baik dengan awak untuk menyelesaikan kemelut antara kita..

Sampai hati awak mematikan talian bimbit awak, bila setiap kali saya menghubungi awak..saya menanggis tak tahu untuk mengadu sendu dihati saya pada awak..kemudian, saya hantar pesanan melalui talipon bimbit awak...tapi awak tidak membalasnya...sampainya hati awak melukakan hati saya.. saya menangis semahunya ketika itu..

Bila beberapa hari...berselang bulan..awak tidak menghubungi saya...dan saya pergi ke sesuatu tempat, saya terserempak dengan awak... :-( ternyata.....awak berdua dengan seorang perempuan, berjalan berpegangan tangan di shopping complex, dimana tempat awak dan saya suka pergi ketika kita akrab dulu...awak tidak putuskan apa-apa tentang hubungan kita...tapi ternyata hakikatnya awak tidak JUJUR dan CURANG pada saya....

Sesungguhnya....pada mulanya saya tidak tahu itu adalah awak...kerna cara penampilan awak....rambut awak...telah mengaburi saya seketika..tapi saya YAKIN itu adalah awak, sehinggakan HATI saya tergerak untuk mengekori setiap langkah awak.. Saya memberanikan diri berlalu didepan awak, dan berdiri betul-betul dihadapan awak, ternyata MEMANG AWAK! ... Saya terpaku dan hati saya begitu hancur..saya tidak malu orang disekeliling memandang saya dengan tangisan.. saya rasakan hancur sungguh hati saya ketika itu..lebih-lebih lagi, perempuan yang awak pegang tangannya itu adalah KAWAN baik saya sendiri.... saya menangis semahu-mahunya.. dan saya amat tahu itu juga adalah BEKAS kekasih awak!...Awak PENIPU!.... sedangkan itulah PEREMPUAN yang menyisirkan awak dalam HIDUPNYA... membiarkan awak sendirian..

Bila saya menegur awak...reaksi awak seolah-olah tidak langsung mengenali saya..cuma kawan saya itu, yang saya anggap sebagai saudara sendiri, hanya mampu tunduk dan diam..tapi awak??! .. dalam tangisan..saya cuba untuk senyum..tapi saya tidak berdaya..dan saya berlalu meninggalkan awak dan perempuan itu terus meninggalkan complex..

Esok harinya... saya cuba tunggu awak depan pintu kolej, bila awak keluar..hati saya lega, sebab awak keseorangan..tanpa bekas KEKASIH awak itu.. Saya tidak mahu menunggu lebih lama, saya ajak awak masuk dalam kereta saya, dan pada mulanya memang awak tak mahu...tapi atas desakan saya...awak akur... sebab awak lihat saya menangis sehinggakan teman-teman di kolej memerhatikan kita..mungkin awak malu..tapi semua nya itu saya tidak peduli..

Dalam perjalanan, awak memarahi saya...tapi saya DIAM...saya speedkan kereta, sehinggakan awak kata saya dah GILA!... saya tidak mempedulikan kata-kata awak itu, ..sampai di satu simpang, saya belok ke kiri, dan awak memerhatikan saya..sebab awak tahu saya ingin membawa awak kemana kan?... saya bawa awak ke suatu tempat, di atas bukit, di mana tempat awak meluahkan perasaan awak pada saya dan bercerita masalah awak dengan "BEKAS" kekasih awak dulu..

Sesugguhnya..niat saya hanya satu...ingin berbincang dengan awak secara JUJUR..walaupun saya sedar, TIADA LAGI CINTA di hati awak..setelah panjang lebar saya menuturkan kata-kata...dan tiba giliran awak pula....dan kata-kata awak begitu berbisa....dengan muka selamba awak, awak katakan "awak permainkan saya dan mempergukan saya" .... hati saya HANCUR.... Dalam masa yang sama, awak tahu yang bekas kekasih awak itu akan kembali kepada awak semula.. tapi, sedarlah awak!...untuk dia menunggu awak memang dia tidak akan sanggup!..sebab itulah awak mencari saya dulu..sebab awak tahu yang saya boleh menjaga awak danmengambil berat tentang awak..

Awak juga berterus terang yang awak nekad nak meninggalkan saya, sebab bagi awak, saya dah tidak berguna lagi untuk awak!..dan awak sudahpun kembali kepada bekas kekasih awak dulu. Dalam sedu dan sebak saya petang itu, saya terus rapatkan diri pada awak..saya cuba ingatkan kembali "JANJI-JANJI" awak pada saya, yang awak ikat dulu..dengan muka awak yang tiada perasaan, boleh awak ketawa, dan awak katakan janji-janji awak tu semua adalah palsu dan tidak bermaksud langsung tentang kita!..awak tidak tahu, hati saya ketika itu sakit sangat!..saya betul-betul tidak sangka, lelaki "SEKACAK" awak ini boleh berperangai begini!.. dan awak terus hancurkan hati saya, yang awak kata saya ini terlalu BODOH sebab percayakan awak..memang saya bodoh...tapi awak lagi BODOH, sebab awak sendiri akan rasa apa yang saya rasa...saya lihat awak bingung dengan apa yang saya katakan tadi, dan awak minta saya terangkan dan apa yang mampu saya katakan, awak akan tahu bila tiba masanya!..

Dan saya terus pergi meninggalkan awak kebingungan sendiri di atas bukit itu!..dan segalanya telah berakhir...SAYA BENCI LELAKI yang KACAK macam awak!..PENIPU!.. Awak terlalu JAHAT...sanggup awak persendakan hubungan kita dengan janji-janji kosong awak!...Saya tidak akan membalas apa-apa..tapi saya hanya boleh katakan bahawa, saya akan berdoa pada Allah, yang awak tidak akan mencapai KEBAHAGIAN sehingga DUNIA ini punah sepenuhnya...kerana AWAK TELAH HANCURKAN HATI SAYA...DAN AWAK BERJANJI YANG AWAK AKAN MEMILIKI SAYA...MENJAGA HATI SAYA...DAN AWAK MENYEBUT SUMPAH PADA SAYA DENGAN NAMA ALLAH!...Terimalah balasan awak nanti!..

Bagi saya....hati saya akan saya cuci sebersih bersihnya pada INSAN sekeji awak ini!..dan kuburkan sedalam-dalamnya!.... dan saya tidak akan ingatkan awak sampai BILA-BILA...dan saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH, kerana menghancurkan hati saya..

Selang beberapa bulan, saya telah mengambil keputusan menukar kolej ke tempat lain, kawan sekolej saya dulu ada memberitahu pada saya, yang awak telahpun berkahwin dengan BEKAS awak itu. tapi hubungan awak dengan dia, hanya bertahan dalam masa 2 bulan saja, kerana, BEKAS kekasih awak telahpun "CURANG" pada awak!.. saya harap apa yang berlaku adalah PENGAJARAN untuk awak. Saya hanya mampu diam, dan tidak mahu mengingatkan APA-APA tentang AWAK LAGI!...SAYA BENCI AWAK! ...

Sekian..... TAMAT..


edited by: Rozie Mustafa
Nota : Sesungguhnya Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. jangan sesekali berjanji andai tidak mampu kotakan sebaliknya bersikap CURANG!... Allah maha mendengar dan maha melihat...