>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Monday, June 2, 2014

Aku Dan Airmata

Gelisah yang hadir saat kau meninggalkan aku dan hubungan ini membuatkan aku sering keharuan.. Noktah yang kau selitkan di lubuk hati ini penuh dengan sebak hari-hari yang aku rasakan. “Kau” yang aku gelar kekasih…sahabat…dan juga teman hidupku yang abadi, mengapa amat sukar untuk kau mendengar isi hati ini…. Aku menangis semahunya dalam hati bila kau berpaling arah padaku….di saat itu, aku hanya mampu diam tunduk membisu…melangkah dengan di temani airmataku…
Kau tahu….selama kau tinggalkan aku, hidup ini penuh dengan kegelisahan, sering pagiku ditemani airmata bila ada suara yang menyuruhku agar “kuat” melawan ujian yang Allah titipkan buatku kini.. Aku redha…..aku pasrah….tapi aku lemah, bila tiap kali aku membuka mata, aku lihat kau sering berada di keliling hayalanku… menyiapkan permata-mata hati kita….. kau menghidangkan senyuman buatku agar aku gagah melangkah keluar dengan hati yang tenang…

Ketahuilah kau….. aku akui…aku kesali…. Serta aku amati kini yang aku mahukan kita kembali bersama seperti hari-hari yang kita lalui dulu…. Rindunya aku padamu hanya Allah saja yang tahu.. Aku benar-benar mencintaimu … Bila kau pergi….. aku menangis…menangis kerna telah menyakitimu dan tidak menghargaimu…. Aku sedar kini…… bila sesuatu kemunkinan…Allah akan titipkan naluri “kebencian” itu padaku untuk menyakitimu… Aku sedar kini…… aku yang telah menghancurkan apa saja yang telah aku perolehi darimu… Kau seorang insan yang begitu kental melawan kudrat dan menahan sakit di hati bila aku menyakiti hatimu..

Izinkanlah aku dan berilah perluang padaku untuk aku membahagiakan dirimu dan permata-permata kita… Aku tidak mahu berjanji kosong denganmu andai kesungguhan mu untuk membenarkan agar sekali lagi batinku menyeram di sanubarimu… Kekasih….izinkanlah aku kembali bertahta dihatimu…. Aku terlalu merinduimu..terlalu…. airmataku ini sentiasa mengalir bila aku mengingatimu… Aku tahu…… benar….. perpisahan itu perit…. dan telahpun aku rasakannya kini….

Kekasihku…. Bila tiap kali aku menyuarakan padamu untuk ku merendahkan diriku agar kau terus bersama denganku, mengapa amat sukar untuk kau mendengarnya….. aku tahu, kau begitu kecewa denganku…… Aku tak mampu untuk memaksa dirimu… Tapi aku Cuma mahukan agar kau mendengar lubuk isi hatiku yang begitu dan terlalu menyayangi dirimu…Aku tahu…ini adalah balasan Allah padaku dengan sifatku yang begitu angkuh dengan amanah yang Allah berikan padaku…. Sungguh sayang…….. aku sedar kini….. aku mohon padamu…. Kembalilah kau padaku agar dapat aku tunaikan apa yang terkurang dalam perhubungan kita selama ini.. Izinkan aku mendengar luahan lelahmu…….. hatimu yang dalam…. Ya Allah…..bantulah aku untuk DIA KEKASIHKU….

Khas buatmu dan dengarkanlah……


“Jatuh air mataku iringi remuk redam hatiku, saat ku kehilanganmu dan hanya rintik hujan yang menemani aku di saat aku bertahan. Selama ini aku bertahan lewati semua malam dingin yang aku pandangi hanyalah langkahmu”… Wahai kau air mataku hanya engkaulah saksi hidupku saat aku kehilangannya. 

Saat aku kehilangannya tak pernah aku mampu bertahan, selama ini aku bertahan lewati semua malam dingin yang aku pandangi hanyalah langkahmu.... Jatuhnya pun airmataku masih di pangkuanku dan tak perlu kau ku kesali. 

Di setiap detak jantungku hanya engkau yang menemaniku saat aku kehilangannya… Sekali lagi ingin kuluahkan padamu sesungguhnya jatuh air mataku, iringi remuk redam hatiku bila kau tidak mempedulikanku lagi…”


Wednesday, February 19, 2014

Bisakah Aku Ke Syurga



Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesalahan, bukanlah malaikat yang begitu sempurna di mata segelintir manusia di atas muka bumi ini. Inilah kisahku, kisah seorang manusia yang entah sampai bila akan terlihat begitu sempurna. Niatku hanya ingin membahagiakan insan yang begitu aku sayang dan aku cintai selamanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
:– Cerita Adam
Perlahan-lahan kaki ini melangkah sayu sambil memandang ke hadapan melihat nun jauh di celah bukit bukau dan kedengaran bunyi burung bernyanyi keriangan. Sesekali mendengar bunyi ombak yang sedang berlari laju untuk sampai ke sisiran pantai. Kemudian, lelah ombak itu perlahan ke belakang kembali dengan paksaan.

Begitu jugalah Adam yang kini hilang hala tujuannya yang sebenar dalam mencari segengam kasih dan restu dari Allah dan ingin membahagia orang yang dia begitu sayang dan cintai. Sambil duduk di atas pasir mengadap air ombak yang deras laju datang dan pergi, Adam mengeluh resah sambil mengingatkan kembali episod cerita di sebalik cerita yang baginya begitu membuatkannya berasa seolah-olah tidak pernah sekalipun ingin mengsyukuri setiap nikmat yang telah Allah kurniakan padanya. “Ya Allah…….. aku menyesal kini Ya Tuhanku….. Kau ampunilah aku Ya Allah……. Sesungguhnya aku terlalu mencintai duniawi sehingga aku lupa… aku lupa, yang ENGKAU juga sedang memerhatikanku….” air yang jernih mengalir deras di pipi Adam yang merintih lesu menyebut nama Tuhan dan keinsafan diri mula menyapa di segenap kedaifannya sebagai seorang insan yang telah di pertanggungjawabkan oleh Allah tentang ketaatan dan kesyukuran sebagai seorang Hamba ciptaan Allah s.w.t.

Adam adalah seorang lelaki yang begitu baik terhadap orang tuanya, di samping kawan-kawan juga Adam adalah seorang kawan yang begitu prihatin dengan permasalahan kawan-kawan. Ke mana pergi, Adam di senangi oleh jiran-jiran di kampungnya. Sehinggakan bila umur Adam mencecah awal 20-an, Imam masjid meminta agar Adam sentiasa melaungkan Azan di setiap waktu solat tiba. Adam berasa begitu bersyukur dan berterima kasih pada Tok Imam masjid di kampung Adam dengan tanggungjawabnya untuk melaungkan Azan. Masa Adam kecil, Adam sering mengikut Ayahnya ke surau berdekatan untuk menunaikan solat. Kalau Adam ditinggalkan oleh ayahnya, dia sanggup berjalan kaki menuju ke surau yang sering Adam kunjungi. Setibanya di surau tersebut, selesai saja solat, pasti ayahnya akan terkejut sedikit dan perlahan-lahan kepala Adam di usapnya sambil tersenyum. Sebab ayah Adam tahu yang Adam pasti akan datang juga ke surau tersebut.


:- Mengimbau Kembali Saat Itu (diceritakan sendiri oleh Ayahnya)

“Yah, kenapa ayah tinggalkan Adam tadi?.. hmm… tak dapatlah Adam nak mengazankan sebelum waktu solat tadi…” sambil mengeluh sayu dan tunduk Adam spontan berbicara hati ke hati dengan ayahnya, sambil menuju ke arah motor yang diletakkan di tempat paker, depan surau. “Adam, sebelum nak ke surau tadi, ayah tunggu Adam awal sepuluh minit sebelum waktu solat tiba. Adam pergi mana?” soal ayahnya. “Eerrrr… Adam pergi rumah Atan, tengok dia ada membela ikan emas yah…Adam tersedar bila terdengar suara Azan. Lepas tu Adam terus berlari balik. Bila Adam tanya Nek Mah, Ayah dah pergi dulu. Nek Mah suruh Adam solat di rumah saja dengan Nek Mah. Adam kata dengan Nek Mah, Adam nak juga ke surau”.. sambil terlihat oleh ayahnya bila mendengar penjelasan Adam yang panjang lebar. “Bukankah ayah dan pesan dengan Adam, balik dari sekolah, ayah nak Adam mandi, makan lepas tu ikut ayah pergi surau. Tapi apa yang Adam buat?” Adam mengerutkan dahinya menandakan dia lupa nasihat ayahnya itu. “Adam minta maaf yah..lain kali Adam pegang kata-kata nasihat Ayah”. Sambil berlalu meninggalkan surau dengan motosikal tersebut, si ayah menepuk peha Adam, tanda mengalah. Setibanya mereka di hadapan rumah, terlihat Nek Mah duduk di muka pintu menunggu Ayah Adam dan anak tunggal kesayangan mereka itu. “Man, Mak Mah nak balik dah, Mak Mah dah masakan lauk buat korang makan nanti.” Terima kasih Mak Temah. Sambil Mak Temah berlalu, terlihat matanya berkaca-kaca bila melihat Adam. Hanya Ayah Adam dan Mak Temah saja yang boleh merasakan situasi yang bagi Ayah Adam terima takdir dari Allah buat mereka.

:- Mengimbau Kisah Ayah

Selama perkahwinan Encik Firman dan Puan Aishah yang menjangkau hampir sepuluh tahun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Kemudian, mereka mengambil keputusan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah selama satu bulan mereka di sana. Bila tiba di tanah air, selang beberapa bulan setelah pulang dari Mekah, pasangan itu mendapat perkhabaran gembira, bila Puan Aishah telah disahkan mengandung oleh doktor yang merawat isteri Encik Firman. Tidak dapat digambarkan di wajah Encik Firman dan isterinya Puan Aishah, dengan rezeki yang Allah berikan pada mereka, biarpun begitu lama mereka menantikan saat itu. Pernah juga di pertengahan tahun ke lima perkahwinan mereka, Puan Aishah pernah membicarakan secara rela, agar suaminya berkahwin satu lagi, hanya semata-mata ingin melihat suaminya lebih bahagia dengan kedatangan seorang lagi ahli keluarga iaitu cahaya mata. Tapi Encik Firman berkeras tidak mahu menduakan isterinya. Baginya, Puan Aishah adalah isterinya yang pertama dan terakhir. Encik Firman lebih percaya dengan janji Allah dan takdir dari Allah. Baginya ketentuan dari yang Maha Esa dan doa yang tidak putus-putus yang membuatkan Encik Firman kuat dengan ketentuan sekaligus memutuskan, dia tidak akan berkahwin lagi, walaupun terus di desak oleh isterinya.

Pernah di suatu malam yang begitu sunyi, Puan Aishah terbangun dari tidur bila terdengar sayup-sayup suara orang tengah berzikir dan mengaji. Perlahan-lahan Puan Aishah bangun berjalan menuju ke bilik solat, melihat suaminya hampir siap berzikir, di lihatnya jam di dinding tepat pukul 3.00 pagi. Bila kaki Puan Aishah ingin melangkah semula ke kamarnya, tiba-tiba Puan Aishah sekali lagi mengjenguk suaminya bila satu suara sayu bermohon pada Allah. “Ya Allah, Ya Tuhan ku yang Maha Agung, Maha Mendengar…….. sesungguhnya andai ini yang telah KAU titipkan buat ku dan isteri aku terima dengan redhanya, maka Engkau pertahankanlah imanku agar tidak untuk aku mencintai gadis lain selain isteriku Ya Allah.. Aku sebagai hambaMU yang kerdil, hanya mampu menadah tangan, bermohon padaMU yang Maha memberi segala nikmat yang telah aku miliki. Ya Tuhanku, andai kau izinkan aku untuk mendamaikan hati isteriku, KAU kurniakanlah kami cahaya mata dengan izinMU Ya Tuhanku.” Sambil mengesat airmata yang mengalir tanpa di sedar, Puan Aishah berlalu meninggalkan suaminya bersendirian memperhambakan dirimya. Di Kamar bilik, Puan Aishah menangis sayu sambil tangannya menadah dan mengharapkan juga pada Allah, agar memakbulkan permintaan suaminya.

:- Saat Yang dinantikan.

Genap sudah waktu matang kandungan Puan Aishah. Kelesuan di raut wajah Puan Aishah, jelas terlihat. Encik Firman tidak pernah tinggalkan isterinya walaupun dia balik dari kebun, pasti mendapatkan segera isterinya yang kini sarat mengandung dan menunggu saat kelahiran hanya beberapa hari saja. Kadang-kadang, saat menyajikan makanan buat isteri tercinta, Encik Firman juga merasakan sebak yang teramat sangat bila melihat isterinya di kejauhan. Perlahan-lahan di suapkan makanan di mulut isterinya dan mata Encik Firman tidak putus-putus melihat raut wajah isterinya yang begitu dia cintainya itu.

Sewaktu di tengah malam yang begitu hening sekali, terdengar oleh Encik Firman suara isterinya merintih sakit agaknya. “Abang…. Shah dah sakit sangat ni bang….” Terdengar suara isterinya memanggil perlahan nama suaminya, terus En.Firman bergegas bangun. Di lihatnya darah telah mengalir di bawah kaki dan kain isterinya. En.Firman tidak tahu bagaimana harus dilakukannya saat itu. “Shah….sabar ye.. abang pergi panggil Mak Temah sekejap..” tanpa membuang masa, En.Firman terus meninggalkan isterinya sendirian. Saat kaki ingin melangkah ke muka pintu, En.Firman berpatah balik kea rah isterinya. “Shah… jangan nangis ye..abang pergi panggil Mak Temah”.. saat itu, hanya Allah s.w.t saja yang tahu bagaimana perasaan En.Firman. Di kucupnya dahi dan tangan Puan Aishah, lantas di tarik kembali tangan Encik Firman. “Abang, Shah mohon ampunkan segala kesalahan Shah, dan halalkan makan dan minum Shah selama Shah bergelar isteri abang ye…”

En.Firman hanya mampu menganggukkan kepala saja tanda setuju, kerana sebak yang terlalu sangat hinggap di dadanya untuk berkata-kata. Sekali lagi dahi isterinya di kucupnya. “Abang pergi ye sayang…” terlihat isterinya hanya mengganggukkan kepala perlahan.
Setibanya di rumah En.Firman setelah hampir sepuluh minit di perjalanan dari rumah Mak Temah, tanpa berlengah-lengah lagi, Mak Temah dan En.Firman, terus masuk untuk mendapatkan isterinya yang dari luar sudah mengerang kesakitan. Hampir satu jam Mak Temah di dalam, tiba-tiba terdengar bunyi suara bayi menangis. Di anjung luar rumah En.Firman menadah tangan tanda kesyukuranya pada Allah s.w.t. Kelihatan Mak Temah keluar dan mendukung seorang bayi lelaki yang amat comel sangat.

Perlahan-lahan kaki En.Firman melangkah untuk mendapatkan dukungan dari Mak Temah. “Man, ni anak kau lelaki…tapi Aishah….Aishah dah tak ada Man…” terdengar bila Mak Temah jelaskan situasi isterinya, En.Firman terkedu sambil mendukung anak kecil itu yang juga tidak sempat melihat ibu kandungnya. Berderai laju airmata En.Firman dan agak berketar-ketar dan kelu lindah untuk berkata-kata. “Sabar man…….” Mak Temah juga turut mengalirkan airmata bila melihat situasi pasangan tersebut. Sambil menarik nafas yang panjang, En.Firman masuk ke dalam rumah, melihat sekujur tubuh yang di selimuti kain putih menutupi keseluruhan tubuh isterinya itu. “Aishah…..mengapa sayang….lihat, ini anak kita., comel..lelaki sayang…. Aishah, adakah ini yang Aishah pinta dari Allah?, kalau ini yang Allah telah tandirkan buat abang, abang redha sayang. Cuma abang tak sempat untuk berterima kasih pada Aishah, kerana Aishah telah melahirkan anak kita sayang..” Mak Temah yang berdiri di anjung pintu bilik, turut menangis. “Pergilah sayang….abang redha.. abang akan tunaikan janji Aishah, untuk mendidik anak kita menjadi anak yang baik, pandai dan soleh.”

Hari berganti hari, kini usia Adam telah mencecah awal 20-an. Adam masih menetap di kampung dengan Ayahnya bila tamat pengajiannya di Sekolah Tahfiz Al-Azhar di kampungnya. “Ayah, Adam ingat Adam nak melajutkan pelajaran di Universiti di Kuala Lumpur, boleh tak yah?” En. Firman hanya diam dan memandang Adam saja. “Tapi kalau Ayah tak izinkan, Adam tak jadilah nak pergi”. Sebenarnya, kawan-kawan yang sebaya dengan Adam telah banyak yang berhijraj ke ibu kota untuk melanjutkan pelajaran. Hanya tinggal Adam dan beberapa rakan saja yang ada di kampung mereka itu. Sehinggakan sewaktu Adam mengambil upah hasil penjualan buah milik Ayahnya di pekan, Adam ada terbaca satu memo untuk mengikuti kursus di Universiti yang berada di Kuala Lumpur. Adam berminat, tapi di fikiranya memikirkan Ayahnya yang semakin uzur dek usianya. Tapi tetap gagah menjalankan tugas harian di kebun buah-buahan miliknya dengan beberapa pekerja. Kadang-kadang, Adam juga turut membantu Ayahnya menjalankan tugas harian, bila tidak ada ke sekolah Tahfiz.

“Adam, mari sini. Siapa kata ayah tak setuju Adam ingin melanjutkan pelajaran lagi?. Ayah izinkan Adam pergi.” terlihat Adam tersenyum lebar memandang ayahnya, sambil mengucapkan terima kasih. “Ayah, kalau arwah mak, arwah nek mah, ada sekarang ni, pasti seronok kan yah!...” Walaupun Adam tidak pernah merasakan belaian kasih seorang ibu, tapi semasa hayat Nek Mah, banyak meluangkan masa bersama dengan Adam. Kadang-kadang Nek Mah menemankan Adam menziarahi pusara ibunya. Nek Mah mesti menceritakan hal-hal yang berkaitan dengan diri ibu Adam. Nek Mah tidak mahu Adam terus melupakan arwah ibunya itu. Setiap pagi, sebelum pergi mengaji di Tahfiz, Adam mesti singgah di pusara ibunya untuk mengucapkan salam dan sedekah surah-surah buat ibunya itu. Kerana Ayahnya selalu kata, kalau Adam nak berjumpa dengan ibu, Adam kenalah jadi anak yang baik dan soleh serta rajin mendoakan kedua orang tua. Kata-kata itu, sehingga umur Adam mencecah awal 20-an, Adam tidak akan leka sama sekali untuk berdoa pada Allah, agar Adam dapat berjumpa dengan ibunya itu.


Hari berganti dengan begitu cepat. Tahun berganti tahun, sehinggalah Adam telah tamat pengajiannya di Universiti yang terletak di Ibu Kota London. Bila tamat pengajiannya di sana, Adam berhasrat ingin balik ke Malaysia, yang telah lama di tinggalkannya semenjak pergolakkan di antara Adam dan ayahnya beberapa tahun yang lalu. Adam meninggalkan rumah sewaktu ayahnya sedang nyenyak tidur di perbaringan, hanya semata-mata ayah Adam tidak membenarkan Adam belajar di Landon dan menetap di sana dan terus ingin meninggalkan ayahnya yang sudah di makan usia. Setelah berbincang dengan cara yang baik, di akhiri dengan pertengkaran antara Adam sehingga membuatkan ayahnya diam seribu bahasa, bila Adam mempelekehkan kehidupannya itu. Adam ada meluahkan, dia malu dengan teman-teman dan malu dengan kemiskinan. Ayah Adam hanya mampu duduk tanpa berkata-kata apa. Jauh di sudut hati seorang bapa, tidak pernah ingin menyangka yang anaknya jadi seorang yang tidak pernah untuk memikirkan perasaan orang lain, apatah lagi hati bapanya yang begitu remuk dengan kata-kata Adam. Apapun, semenjak pertelengkahan itu, ayah Adam banyak memurungkan diri, sehingga Adam sanggup mengambil keputusan meninggalkan ayahnya sendirian di kampung.

“Ayah, maafkan Adam. Adam terpaksa pergi meninggalkan ayah, kerana Adam ingin meneruskan hidup Adam yang lebih terjamin yah..” hatinya berkata-kata sewaktu Adam menaiki pesawat untuk pergi ke kota London. Keesokkan harinya, ayah Adam sebenarnya tahu yang Adam telah meninggalkannya malam itu. Dengan titisan airmata yang bercucuran, ayah Adam menadah tangan, memohon kepada Allah agar mempelihara anak kesayangannya itu dan mengecapi bahagia dan menjadi seorang yang berjaya. Setelah dari itu, banyak kata-kata yang di luar kemampuan En.Firman untuk mendengarnya. Salah satu di antaranya adalah, orang-orang kampung yang mengenali keluarga EnFirman, sering mengatakan yang anak En.Firman seorang anak yang derhaka dan lupa asal usul. Sehinggakan bertahun juga En Firman menanggung kata-kata itu sendirian tanpa berbalah suara. Bagi En Firman, segalanya adalah takdir buatnya. Dia redha apa saja yang Allah titipkan buatnya.
Pagi itu, selesai saja solat subuh di teratak rumahnya, tiba-tiba En Firman rebah ke muka sejadah sambil memegang dadanya yang mungkin terlalu sakit. Dengan suara yang berketar-ketar, En Firman sempat mengucapkan Allahuakbar beberapa kali, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bila tengahari hampir tiba, kawan kepada En Firman iaitu Pak Dollah yang banyak menasihati En Firman dan selalu memberi kata-kata semangat pada EnFirman dengan ketentuan Allah. “ Eh!..mana man ni?... biasa pagi-pagi dah sampai!...” hati kecil Pak Dollah, terus bertanya sehingga menyebabkannya untuk pergi ke rumah En Firman. Setibanya di halaman rumah En Firman, suaranya berpekek memberi salam dan sambil memanggil nama En Firman. Tapi tidak ada balasan. Di lihatnya, moto masih ada di bawah rumah, tapi orangnya tiada. Perlahan-lahan kaki Pak Dollah melangkah tangga rumah En Firman. Di ketuknya berkali-kali, tapi masih sama tidak ada balasan. Hati Pak Dollah berasa sungguh tidak tenteram. Lalu dengan sekali tolakkan dengan badan, Pak Dollah dapat masuk ke dalam rumah En Firman. Alangkah terkejutnya bila melihat En Firman terbaring kaku dengan muka yang pucat lesi. Pak Dollah yang menyaksikannya bersendirian itu, kaku terduduk di sisi En Firman, sahabatnya dari muda lagi kini telah kembali kepada yang maha Pencipta. Tanpa berlengah lengah, Pak Dollah terus menguruskan hal pengkebumian dan ingin memaklumkan pada Pak Imam. Mereka tiba beberapa minit selepas itu.

Setelah di mandi dan di sembahyangkan di rumahnya sendiri, jenazah En Firman, di bawa ke perkuburan. Ramai juga yang datang melawat pengkebumian En Firman. Ada yang menangis kerana tidak sempat memohon maaf pada arwah. Tapi semuanya telah terlambat. Cuma Pak Dollah, sebagai kawannya yang setia, memohon agar, pada siapa-siapa yang merasakan yang arwah banyak menyakitakan hati semua, di minta maafkannya. Pada yang hadir, hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan permintaan Pak Dollah. Kini, selesai sudah pengkebumian En Firman, bersebelahan dengan kubur arwah isterinya Puan Aishah. “Semoga kau tenang di sana man…” Pak Dollah meluahkan dalam hati sambil memegang kayu yang terpacak di kuburan En.Firman. Kemudian Pak Dollah pun berlalu pergi meninggalkan perkuburan tersebut.
~~
:- Adam Di Malaysia.

Setibanya Adam di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, Adam menadah tangan tanda kesyukurannya kerana selamat sampai di Tanah air yang baginya telah bertahun dia meninggalkannya sehingga kini, Adam berkahwin dan memiliki seorang anak yang telah mencapai usia 10 tahun. “Sayang, abang ingat kita terus ke kampung abang je ye..” isterinya yang agak pendiam, hanya mengiakan saja kemahuan suaminya itu. Isteri Adam adalah seorang warga London yang telah sah berkawin dengan Adam, mengikut undang-undang islam. Setelah berkahwin dengan isterinya, Adam banyak mengajar isterinya tentang Islam, sehingganya di suatu hari, tiba-tiba isterinya menanyakan tentang keluarga Adam. Adam yang mendengar pertanyaan demi pertanyaan isterinya itu, tidak mampu menjawab. Hanya diam yang menjadi pilihannya, sehinggakan isterinya tidak mahu lagi menanyakan lagi soalan itu.

Bila malam tiba, Adam ada bermimpikan ayahnya, yang dalam mimpi itu hanya terlihat ayahnya hanya senyum dan terus hilang di bawa kabus tebal. Membuatkan Adam bangun dan terus menjerit memanggil nama Ayahnya. Tiba-tiba airmata yang jenih mengalir laju membasahi pipinya. “Ayah….maafkan Adam yah….Adam berdosa pada ayah….Adam rindukan ayah..” tiba-tiba isterinya terjaga dari lena, bila melihat situasi suaminya yang begitu seperti kekanak-kanakkan.

Setelah dari itu, hari berganti hari, Adam membuat keputusan untuk pulang ke tanah air bersama isterinya dan keizinan dari keluarga isterinya mendapat sokongan. Adam dan isterinya akan menetap di Malaysia dan mungkin Adam akan membeli rumah dan memulakan perniagaan yang bersambung di Malaysia.

Perjalanan ke kampung Adam yang terletak jauh di hujung kampung, membuatkan Adam tidak berkelip-kelip memandang di kejauhan suasana kampungnya yang baginya tidak banyak perubahan. Setibanya di satu lorong untuk menghala ke rumahnya, Adam terpandang Pak Dollah yang duduk di warung. Adam menyuruh pemandu teksi untuk memberhentikan kenderaan sebentar. “Assalamualaikum Pak Dollah kan?”. Pak Dollah yang kelihatan semacam pelik melihat seorang lelaki yang agak tinggi lampai dan berkaca mata putih, menyebut namanya. “Haa…ya..saya Dollah, ada apa ye?” Adam yang mendengar kata-kata Pak Dollah itu terus terkedu seketika, kerana di benak fikirannya, tak mungkin Pak Dollah sudah melupakan raut wajah anak didiknya semasa di surau di hujung kampung masa kecil dan sehingga ke umur 13 tahun. Adam yang tiba-tiba membuka kaca matanya, kelihatan kelopak matanya yang berkaca-kaca, terus memeluk Pak Dollah yang masih terpinga-pinga. “Pak Dollah, ini saya…Adam, anak kepada Firman, teman baik Pak Dollah tu..”

Pak Dollah yang mendengar keterangan Adam itu, terus melepaskan pelukkan Adam dengan kasar. “Huh!... ingat lagi kau jalan pulang ye Dam!... dah hampir Sembilan tahun kau meninggalkan desa yang bagi kau ni tak ada apa-apa kan?, sekarang baru kau balik?”… Adam yang berasa terkejut dengan kata-kata Pak Dollah itu, terus merapatkan diri kembali dan bersalam sambil menangis mengenangkan sikapnya yang tidak ada rasa tanggungjawab. “Adam, sampai hati kan, kau tinggalkan ayah kau sendirian, dan tak pernah langsung kau nak menghubungi ayah kau sendiri kan?, Kau tak tahu Adam, bertapa hari-hari ayah kau memuji kau anak yang baik, mendengar kata, dan dia ada kata, rindunya dia dengan kau!, tapi kau??..” Adam yang mendengar luahan Pak Dollah itu, terus terduduk ke lantai tepi warung itu sambil tangannya memeluk kaki Pak Dollah. “Saya tahu Pak Dollah, saya betul-betul rasa kesal yang teramat sangat. Tapi saya terpaksa Pak Dollah… saya dah sedar sekarang. Saya betul-betul bersalah pada Ayah, arwah ibu, dan juga nek mah.”.. Pak Dollah yang mendengar luahan Adam itu, terus memegangkan bahu Adam untuk berdiri kembali. “Adam, sebenarnya ayah Adam sudah enam bulan meninggal dunia..” Adam yang mendengar kata-kata Pak Dollah itu, terus merintih lagi dan kali ini, seperti di rasuk hantu. Orang yang lalu lalang di warung itu, berhenti melihat Adam yang begitu.

“Adam, sabar nak!... Ayah Adam tak pernah menyimpan perasaan marah pada Adam, Cuma dia ada cakap dengan Pak Dollah, yang dia berasakan yang kamu, dah pandai membuat keputusan sendiri, tanpa memikirkan baik dan buruknya. Arwah ada cakap dengan Pak Dollah, yang dia begitu bangga dengan pencapaian Adam. Arwah sering kata, Adam akan balik nanti.” Adam tidak sampai hati lagi untuk mendengar luahan dari Pak Dollah itu. Adam mengajak Pak Dollah membawanya ke pusara ayahnya itu. Pak Dollah tidak menolak, lalu mengikut sekali menaiki teksi untuk menuju ke tanah perkuburan ayahnya.

Di tanah perkuburan dan di temani Pak Dollah dan juga isteri dan anaknya, Adam terus terkedu dan menangis di tepi kuburan ayahnya itu yang agak usang. “Ayah….Adam datang yah…kenapa ayah tak nak tunggu Adam?...kenapa ayah suka tinggalkan Adam. Ayah..Adam berdosa pada ayah. Adam tak mendengar nasihat-nasihatn ayah dulu. Adam dehaka pada ayah, ibu dan nek mah!... ayah… ampunkan Adam yah….” Pak Dollah terus menghampiri Adam setelah melihat Adam bersituasi begitu di pusara ayahnya. “Adam, tak baik kamu bersikap begini di pusara ayah kamu ni.. tak ada apa yang ingin di luahakn lagi Adam..ayah kamu telah lama maafkan kamu selama kamu melangkah pergi meninggalkan ayah kamu sendirian pada malam kamu pergi tu. Ayah kamu tahu, dia akan di tinggalkan oleh kamu. Memang mula-mula ayah kamu kesal dengan sikap kamu, setelah ayah kamu dah boleh terima yang kamu telah dewasa, ayah kamu redha semuanya. Kalau arwah ayah kamu ni masih ada, mungkin diapun bangga yang dia miliki anak yang berjaya macam kamu ni. Adam, tak baik menyesal sesuatu yang telah di tentukan oleh Allah s.w.t.”

Kelihatan, mereka meninggalkan tanah perkuburan pusara ayah dan ibunya. “Ayah… semoga ayah tenang di sana.” Setibanya sampai di halaman rumah Adam, yang dulunya di beranakkan di teratak buruk itu, kini sudah besar. Airmata satu persatu jatuh mengalir di pipinya bila memerhatikan di mana tempat-tempat yang pernah menjadi tempat bermainnya sewaktu kecil dulu. Kelihatan motor ayahnya elok terletak di bawah pangkin rumahnya dengan di selimuti kain. Motor itu juga turut mengingatkan Adam pada ayahnya yang kerap membawanya berjalan-jalan di kampung dan ke surau bersama. Lalu, Adam mengajak isterinya untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Bila berada di dalam rumah itu, susun atur masih tidak berubah. Banyak dinding yang telah rosak dek anai-anai. Di hujung pintu menghala ke dapur, terlihat sejadah yang elok terlipat mengadap kiblat. Adam terpaku seketika, kerana merasakan seolah-olah ayahnya berada di situ sambil mengagi dan di hadapannya dia sendiri.

Tidak tertahan rasanya hati melihat suasana dalam rumah itu. Adam sekali lagi menangis sepuas hatinya kemungkinan kesalan yang tak mampu dia tanggung sendirian. Kesalahan yang di lakukannya itu begitu membuatkan jiwanya berasa tidak tenang. Isterinya dari tadi memerhatikan situasi suaminya itu, terus menghampiri dan turut mengalirkan airmata. Walaupun masih belum fasih berbahasa melayu, tapi isterinya faham mendengar tutur kata orang-orang islam.

Malam yang begini hening, Adam duduk termenung jauh di luar rumah ayahnya itu dengan masih bertemankan airmata. Tiba-tiba, seakan akan Adam mendengar suara ayahnya berkata-kata sewaktu usianya kecil. “Kalau kita susah hati, jangan buat sesuatu yang Allah benci, tapi kita mesti bermohon pada Allah, supaya kita rasa lega sikit, sebab Allah itu maha mendengar. Cepat atau lambat, hanya Allah saja yang akan uruskan.” Tersentak seketika Adam, bila mendengar suara bisikan ayahnya sewaktu mereka pernah di timpa musibah. Dengan tanpa membuang masa, Adam mengajak isteri dan anaknya ke surau di mana tempat yang begitu lama tidak di kunjunginya.

Di hadapan pintu masuk surau, kelihatan Pak Dollah dan isterinya pun sama berkunjung ke rumah Allah untuk solat berjemaah. Mereka memasuki perkarangan surau bersama-sama. Di hujung pengakhiran solat, Adam ada meluahkan perasaannya pada Allah. Merintih, menangis hanya Allah saja yang mengetahui. Setelah selesai bermohon pada Allah, Adam seolah-olah di perhatikan oleh ayahnya yang hanya duduk dua bersebelah sab yang lain. Kelihatan seperti arwah ayahnya tersenyum padanya. “Syukur Alhamdulillah…Ya Allah…kau perkenankan permintaan hambamu ini…” dalam hati kecil Adam terus berbisik. Tapi, kadang-kadang, hatinya turut mengatakan bahawa “Bisakah Aku Ke Syurga”… semata-mata untuk berjumpa dengan ayah dan ibunya. Tapi semuanya itu tidak mampu di fikirkannya sebagai khalifah Allah.

Pagi itu, setelah balik dari menziarahi pusara ayahnya, yang telahpun di letakkan batu nisan dan juga pusara ibunya turut diletakkan batu nisan dan tak lupa juga kepada pusara nek mah turut di letakkan batu nisan baru, supaya senang untuk mencari bila datang melawat. Di pertengahan jalan menghala ke rumah, Adam terserempak dengan Pak Dollah. Adam ingin menunaikan hajat, untuk membuat kenduri kecil-kecilan untuk arwah keluarganya. Pak Dollah yang mendengar niat baik Adam itu, terus mempersetujui agar kenduri di adakan sebelum Adam untuk berhijrah ke Kuala Lumpur meneruskan hajatnya yang lain. Adam ada meminta agar Pak Dollah menjaga baik rumah mereka itu, supaya Adam akan pulang setiap hujung minggu melawat pusara-pusara insane-insan yang di kasihinya itu dan akan menetap di rumahnya itu.

Setelah selesai kenduri yang di buat pada dua hari yang lalu, Adam dan isteri serta anaknya akan berangkat meninggalkan kampung halamannya itu. Di hadapan rumah Adam, Pak Dollah dan isterinya turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Adam dan isterinya. “Pak Dollah, saya dah tidak ada siapa lagi di kampung ni, saya harap pada Pak Dollah dan Mak Dah, anggap saya sebagai keluarga sendiri, boleh ke?” Pak Dollah yang saling memandang dengan isterinya hanya mampu tersenyum saja mendengar permintaan Adam itu. Pak Dollah pun ada memiliki anak lelaki yang juga kawan bermain Adam sewaktu kecil dulu. Kini anak Pak Dollah telah berkawin dan menetap di Johor Bahru dan bekerja di sana. Setiap bulan, anaknya akan balik melawat keluarganya di kampung.

“Terima kasih Pak Dollah, Mak Dah!...” Adam kelihatan sungguh gembira sangat bila permintaannya di tunaikan. Syukur Adam pada Allah s.w.t terlalu banyak. “Pak Dollah, ini no. talipon saya, dan ini ada sedikit wang belanja Pak Dollah dan Mak Dah, nanti kalau ada apa-apa hal, Pak Dollah mesti hubungi saya. Insya-allah nanti saya akan balik.” Pak Dollah terus menerima pemberian dari Adam itu dan mereka berlalu pergi dengan menaiki teksi untuk ke ibu kota. Di kejauhan terlihat Adam tak putus-putus melambaikan tangan di kejauhan dan berbalas lambaian dari Pak Dollah dan Mak Dah sehingga kereta yang membawa mereka telah jauh meningkalkan perkarangan halaman rumah Adam.

TAMAT…



Writer: RozieMustafa
Years: 2014/01my
Blog: www.mamaezzie.blogspot.com

Thursday, February 13, 2014

Puisi Terakhir Ku

Hidup yang terkadang baginya semenjak kecil sudah terbiasa di tinggalkan oleh ibunya yang sering ke ibu kota dengan pelbagai urusan. Situasi di dalam rumah pula, penuh dengan pentengkaran di antara kedua orang tuanya.

Rina.... itulah nama seorang anak gadis yang berasal dari sebuah keluarga yang sederhana tapi Rina tidak pernah merasakan hidup seperti remaja yang lain berbanding dengan keluarga yang lain. Rina anak ke dua dari lima adik beradik. Namun dalam kesibukan ibu dan ayah Rina, mereka tetap mahukan anak-anak mereka berjaya dan gembira selalu. Rintihan hati anak-anak yang meningkat dewasa membuatkan jiwa dan hati Rina memberontak kecil.

Kehidupan Rina jauh berbeza dengan kakak sulongnya iaitu Arni. Ibu dan ayah Rina hanya mahukan kakaknya itu saja yang mencapai hingga ke tahap universiti. Sedangkan Rina, hanya bersekolah hingga ke Sijil Penilaian Menengah sahaja. Sedih, pilu, bila hanya kakaknya saja di benarkan ibu dan ayahnya melanjutkan pelajaran di ibu kota.

Sewaktu di sekolah dulu, Rina berada di kelas yang ke-2 dan dia sering di puji oleh guru-guru dan juga rakan-rakannya dalam pencapaian yang begitu memuaskan. Bila di rumah, sewaktu ada ketika masa terluang, Rina duduk bersebelahan ibunya untuk berkongsi berita gembira, bila keputusan SPM yang di perolehinya begitu baik. Bila Rina bercerita tentang itu dan ini, dan pihak sekolah akan memberikan Rina biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat Universiti, lantas di herdik oleh Ayahnya. Rina hanya mampu tunduk dan diam bila ayahnya memerahinya. Di dalam kamarnya, Rina meraung sekuat hati bila kehendaknya untuk mencapaikan hajatnya untuk ke Universiti dan bercita-cita ingin menjadi seorang Penulis yang berjaya dan di hormati telah terkubur dek, kata-kata yang di lemparkan oleh ayah dan ibunya membuatkan Rina terkedu dan terdiam serta akur dengan keputusan ibunya agar belajar saja di sekolah biasa di tingkatan enam yang tidak jauh dengan tempat tinggal mereka.

Bila setiap kali Rina pulang dari pengajian, berbagai masalah keluarga sering timbul yang membuatkan kedua orang tuanya sering bertengkar mempermasalahkan tentang keuangan dan memikirkan belanjawan seharian mereka. Dalam pertengkaran antara ibu dan ayah Rina, terdengar oleh Rina tentang bayaran yuran sekolah Rina. Tidak pula ayah dan ibu menceritakan tentang kak Arni di Ibu Kota. Airmata yang mengalir deras laju membasahi pipi Rina waktu itu, membuatkan Rina tertekan.

Annas, nama itu yang selalu mendampingi Rina di sekolah sewaktu Rina bersendirian di pondok bacaan. Kadang-kadang Anas datang sewaktu Rina bebar-benar inginkan seseorang yang boleh mendengar luahan isi hatinya. Tapi Rina nekad, tidak akan menceritakan apa saja cerita mengenai keluarganya. Bagi Rina, pelajaran ini penting untuknya. Rina yakin, Allah itu maha mendengar. Tapi, di firasat Rina, Annas suka meneka perasaan Rina. Kadang-kadang ada betulnya sehinggakan hati kecil Rina berkata-kata sendiri. "Ya Allah....inikah petunjuk dariMU??..." Rina hanya mampu berkata sendiri dalam hati. Tapi untuk meluahkan pada Annas...tak mungkin baginya.

Annas tidak pernah putus asa dengan kehendaknya ingin berkawan dengan Rina. Kerana, bagi Annas, cara Rina, dan sikap Rina yang amat unik, membuatkan Annas ingin mendampinginya. Pernah di rumah, sewaktu Annas duduk untuk minum petang bersama sama dengan ayah dan ibunya, Annas ada menceritakan tentang diri Rina. Kedua Ibu bapa Annas, semacam ingin mengenali dengan Rina. Tapi sehingga kini, Annas masih belum mahu mempelawa Rina berjumpa dengan kedua orang tua Annas. Bagi Annas, biarkan Rina sendiri yang iklas dengan tutur katanya sendiri. Annas juga adalah seorang pelajar yang terbaik di sekolah mereka. Ramai gadis-gadis di sekolah mereka meminati Annas. Tapi Annas anggap itu semua hanyalah kawan waktu belajar. Macam mana yang Rina fikirkan, dan itu jugalah yang Annas fikirkan. Biarlah pelajaran yang paling utama untuk mereka.

Di kamar bilik tidur Rina, sedang mentelaah buku sekolah, tiba-tiba Rina mengenangkan tawarannya masuk ke Universiti. Kerana itulah impian terbesarnya. Rina akur dengan keputusan kedua orangnya. Rina memahami bahawa, untuk membiayai kemasukkan ke Universiti itu memerlukan duit yang banyak. "Ah!...tak mengapalah.... kakak, Rina doakan kakak mencapai apa yang kakak mahukan..." Rina terus mengulangkaji pelajaran.

Sabtu, hari cuti persekolah Rina. Terlihat Rina Ayahnya sedang duduk di anjung rumah mereka dengan memegang sesuatu mungkin ingin memotong rumput di belakang rumah yang sudah tumbuh panjang. Rina cuba mendekatkan diri di tepi ayahnya yang sedang sibuk memasang alat di mesin rumput tersebut. "hmm...ayah.. boleh Rina cakap sikit?" Ayahnya hanya diam tanpa memandang raut wajah Rina yang sedang berkata-kata."tak mengapalah yah... kalau ayah sibuk, Rina faham." dengan perlahan-lahan Rina bangun dan berlalu meninggalkan ayahnya. Terlihat oleh ibunya di tingkap kecil rumah mereka. Dengan rasa kecewa, tiba-tiba Rina di tegur oleh ibunya yang sedang sibuk melayan adik-adiknya yang lain.

"Tak payahlah Rina nak fikir hajat ke Universiti tu..kita tak mampu. Biarlah kakak Rina je yang ke sana. Itupun nasib baiklah Pak Mat yang bagi pinjam duit untuk kakak ke sana."..

"Tapi mak..Rina ingin menjadi seorang yang berjaya. Rina boleh sama-sama menaikkan darjat keluarga kita dari di cemuh oleh orang kampung kita mak. Lagipun, Rina ada menelepon kak Arni. Kak Arni menyokong Rina ke Universiti mak.." Kelihatan ibu Rina hanya diam seribu bahasa. Rina benar-benar kecewa.

"Rina, Ayah izinkan Rina ke Universiti tu, esok Rina terima biasiswa dari sekolah yang menawarkan Rina tu. Ayah tak mampu dan membiayai bayran lain. Ayah hanya mampu sokong dan mendoakan Rina saja." di raut wajah Rina yang sedih tadi, tiba-tiba bertukar tersenyum lebar. Walaupun sukar baginya untuk menhadapi kehidupan yang serba kekurangan ini, tapi Rina yakin, Allah tetap tunaikan.

Disekolah, Rina dan ayahnya berjumpa dengan Pengetua Sekolah dan guru kelas Rina. Sekolah amat berbesar hati ingin menyerahkan biasiswa kepada Rina kerna pencapaian Rina yang amat membanggakan sekolah. Sewaktu Rina ingin pulang, Rina di sapa oleh Annas. "Rina.... tahniah...saya doakan agar awak berjaya mencapai cita-cita awak sebagai seorang penulis ye.." Rina kebingungan sekejap. Di benak fikiranya tertanya, macam mana Annas boleh tahu apa yang Rina impikan. " Annas, selama saya besekolah di sini, awak banyak mengekori saya. Saya cukup pelik dengan awak ni Annas!.., boleh saya tahu, awak tahu mengenai saya dari siapa?" Annas hanya mampu tersenyum saja, bila Rina sudi bersembang dengannya. "hmmm....Rina, saya kagum dengan ketabahan awak..saya tahu awak punyai masalah keluarga dan masalah yang membabitkan masa depan awak dan keluarga awak. Sebenarnya, untuk pengetahuan awak Rina, saya tahu mengenai awak, melalui rakan awak yang rapat dalam kelas awak tu. Dia tak ada menceritakan apa-apa pada saya. Cuma dia kata, awak pandai.., sabar.. ada masalah awak simpan baik-baik. Cuma terkadang dalam diam awak, awak terlepas kata dan meluahkan sedikit dengan rakan awak tu. Saya benar-benar kagum pada awak. Dan satu lagi, saya nak bagi tahu yang Univerti yang awak pilih itupun bakal saya duduki tau." Rina terdiam... tanpa berkata-kata lagi, Rina terus meninggalkan Annas sendirian. Dari jauh, kelihatan Annas melambaikan tangan.

Perjalanan yang begitu jauh, membuatkan Rina mula merasakan bosan seketika. Rina mencapai dairi kesayangannya yang ke-4 untuk mencoretkan lagi kisah hidupnya. Rina seorang yang berbakat. Sewaktu di tingakatan tiga, banyak rakan-rakan serta guru-guru meminta agar Rina mengarangkan satu cerita buat mereka. Mengenangkan saat hari sambutan guru, Rina perpuisi di hadapan rakan-rakan dan guru-guru. Puisi dari ilhamnya sendiri. Melontarkan kata-kata yang puitis sehingga membuatkan ramai yang mengalirkan airmata, termasuklah Rina sendiri.Hati yang begitu tersentuh dek kata-kata Rina, ada pihak atasan sekolah mengharapkan Rina dapat mengarang Puisi-Puisi yang baik untuk di paparkan di surat khabar, majalah remaja untuk tatapan umum. Rina lakukannya demi keluarga. Bakat yang Rina ada, tak munkin Rina persiakan.

Hari berganti hari...musim berganti musim, kini Rina telah tamat pengajian. Pihak Universiti amat berbesar hati menganugrahkan kepada Rina seorang graduan yang TERBAIK dan terpilih untuk mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke tahap antarabangsa. Tamat pengajian, dan Rina telah berjaya mencapai cita-citanya, karya Rina mendapat sambutan yang begitu menggalakkan oleh penerbit-penerbit terkemuka di Ibu Kota dan apatahlah lagi di luar negara. Kini, hidup keluarga Rina sudah jauh lebih baik dari sebelumnya. Kakak Arni juga telah lama tamat melanjutkan pelajaran, dan kini bekerja sebagai seorang guru, telahpun mendirikan rumatangga dan kini menetap di Johor kerana suaminya juga seorang Guru di sekolah sana.

Sehingga tamat kuliah, terfikir oleh Rina pada Annas. Cuma pernah ibu Rina tahu, Annas sekarang telah berkahwin. Annas dan Rina duduk satu kampung yang sama. Walaupun begitu, Rina bersyukur, kerana Annas tidak pernah membencinya. Kini Annas pun telah mencapai cita-citanya yang ingin menjadi seorang Arkitek yang berjaya. Kini, Annas telah mempunyai syarikat sendiri. Bagi Rina, Cinta tidak pernah singgah di fikirannya. Walaupun ramai yang ingin memilikinya, tapi Rina tolak dengan cara baik. Hanya sekarang, cintanya pada karya-karyanya dan ibunya sekaligus pendorong buatnya. Begitu juga ayah Rina. Kini hanya duduk di rumah sahaja, atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkannya membuat sebarang kerja yang kuat.

Pagi yang hening...ketika itu jam telah menunjukkan pukul 7.00pagi. Ibu Rina mengetuk pintu bilik anaknya itu, namun tiada jawapan. Lantas, dengan perlahan tangan ibu itu, memulas tombol pintu bilik Rina. Bilik di bukanya, terlihat Rina masih di atas katil dengan tidur yang nyenyak lagi dengan berselimutkan kain putih lembut, dan di atas perutnya terdapat buku coretan karyanya. "Ah...penat agaknya Rina tu..tak apalah, biarlah dia tidur dulu"..benak ucapan ibunya di dalam hatinya.

Pukul 9.00 pagi.
Di dapur, ibunya Rina masih menunggu kedatangan anaknya itu untuk berserapan bersama. Tapi masih tidak kelihatan. Sekali lagi ibunya pergi mengetuk pintu bilik Rina. Lagi sekali, ibunya melihat Rina masih tidur dalam posisi yang sama. Hati ibu mula berdetik kencang.

"Abang...bang!...mari sekejap. Rina masih tak bangun-bangun ni..

"Biarkanlah Rina tu tidur, mungkin dia kepenatan seharian menulis.".. hanya dari kejauhan ayah Rina bersuara.

Ibu Rina dengan perlahannya, menghampiri Rina yang sedang nyenyak tidur di perbaringan. Di usapnya rambut Rina sambil memanggil nama Rina berkali-kali. Tiba-tiba, tangan Rina terkulai di tepi. Ibu Rina berasa panik, dan terus bangun memanggil suaminya. Dengan bingkas, ayah Rina yang sedang menonton televisyen, bangun untuk melihat keadaan Rina.

"Abang..Rina pengsan bang!.." Ayahnya yang melihat keadaan Rina begitu, terus menelepon doktor peribadi Rina, datang segera ke rumahnya. Dalam masa dua jam lebih, baru doktor yang merawat Rina datang kerumahnya. Terus Ayah Rina mengajak Doktor tersebut ke kamar anaknya itu. Setelah di periksa, dan mengesahkan bahawa Rina dah meninggal oleh doktor, kelihatan ayah Rina tersandar di tepi dinding bilik Rina. Di luar kamar bilik Rina, doktor anak menceritanya bahawa Rina mengidapi penyakit barah hati di tahap yang kritikal, tidak boleh di buat pembedahan, kerna risiko yang mat tinggi. Sewaktu Rina dalam rawatan, dia tidak membenarkan saya untuk menceritakan hal ini kepada kedua orang tuanya. Maafkan saya pakcik, Allah lebih menyayanginya. Kelihatan Ibu, serta adik-adik Rina yang sama bijak dengan kakak-kakaknya turut menangis dan memanggil-manggil nama Rina. Serta merta juga, dengan nada yang sebak, Ibu Rina cuba gagahkan diri menghubungi anaknya Arni yang kini berada di luar negara. Dalam perbualan mereka, Arni amat terkejut, dan akan balik dengan segera di temani suaminya.

Keluarga Rina langsung tidak tahu tentang penyakit yang di hidapi oleh Rina, kerana dia tidak pernah menunjukkan apa-apa perubahan dan tidak pernah berkongsi kisah sakitnya itu pada keluarga. Setelah selesai pengkebumian, sewaktu di rumah, Kak Arni masuk ke bilik Rina, dan memandang gambar-gambar Rina di zaman sekolah, di Universiti dan mendapat penghargaan dalam bidang penulisan. Segera airmata Kak Arni jatuh deras laju membasahi pipinya. Kak Arni membuka helaian buku-buku yang di tulis oleh Rina di akhir malam sebelumhya dia meninggal dunia.

Kak Arni cuba menahan sebak di dada, bila membaca sebuah puisi yang merupakan pesan terakhir dari adiknya di saat sebelum meninggal. Ternyata adiknya itu sudah tahu bahawa hidupnya tidak lama lagi, namun dia tidak pernah mengatakan akan penyakitnya itu. Satu -satu Kak Arni membuka helaian dan membaca puisi itu dengan rasa sebak yang teramat sangat.

" Di saat aku tersenyum..aku begitu bahagia..
Di saat aku berasa sungguh sedih, akupun masih mampu tersenyum..
Tidak pernah ku inginkan keadaan ini berlaku pada diriku..
Namun...aku harus pergi jauh..

" Harapanku sudah termakbul..
Telah menjadi seperti yang apa selama ini ku gambarkan..
Sedih, bahagia ku terus curah di coretanku ini..
Ku mohon pada kalian, jangan tangisi saat aku pergi..

" Maaf untuk semua yang ku tinggalkan..
Meskipun aku telah pergi, kenanglah aku..
Tetaplah menjadi orang yang menyayangiku..
Walaupun kini aku telah kembali pada penciptaku..

Dalam sedu dan sebak yang begitu terasa sangat bagi seorang kakak, Arni terus memeluk buku tersebut. "Rina, akak tahu kamu adik yang baik, tabah,..semoga kamu tenang di sana sayang....

TAMAT....



I Love You

I must be crazy now
Maybe I dream too much
But when I think of you
I long to feel your touch
To whisper in your ear
Words that are old as time
Words only you would hear
If only you were mine

I wish I could go back to the very first day I saw you
Should’ve made my move when you looked in my eyes
’cause by now I know that you’d feel the way that I do
And I’d whisper these words as you’d lie here by my side
I love you, please say
You love me too, these three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be together
Till the end of time

So today, I finally find the courage deep inside
Just to walk right up to your door
But my body can’t move when I finally get to it
Just like a thousand times before
Then without a word he handed me this letter
Read I hope this finds the way into your heart, it said
I love you, please say
You love me too, these three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be together
Till the end of time

Well maybe i, I need a little love yeah
And maybe i, I need a little care
And maybe I, maybe you, maybe you, maybe you
Oh you need somebody just to hold you
If you do, just reach out and I’ll be there

I love you, please say
You love me tooPlease say you love me too
Till the end of time
These three wordsThey could change our lives forever
And I promise you that we will always be together
Oh, I love you
Please say you love me too
Please please
Say you love me too
Till the end of time
My baby
Together, together, forever
Till the end of time
I love youI will be your light
Shining bright
Shining through your eyes
My baby