>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Tuesday, February 21, 2012

Cerpen 'Perginya Aku'

Penulis:
Aku dipanggil untuk mengarang sebuah cerita yang penuh dengan pengorbanan seorang ibu dalam menjaga amanah Allah sehinggakan sanggup mengabaikan kesihatan sendiri hanya semata-mata ingin melihat anak-anaknya gembira dan mengecapi bahagia..
Kisah ini mengesahkan tiga beranak iaitu seorang ibu dan dua orang anak. Kisah ini membuatkan aku menangis dan tidak mampu berkata-kata bila aku memperlihatkan kehidupan mereka dengan mata hati ku sendiri walaupun aku tidak memperlihatkan nya sendiri, tapi runting harian mereka oleh cerita-cerita yang ku dengar ini telah membuatkan aku megah untuk berkongsi bersama kalian.

Paling membuatkan aku tersentuh hati bila si anak-anak menangis dipelukkan seorang ibu yang masih mampu bersuara, bercerita, ketawa dan menangis disisi anak-anaknya..
Sesungguhnya, walaupun perit macam mana hubungan mereka melalui hari-hari yang begitu sukar untuk ditelan oleh seorang ibu, ibarat “berat mata memandang, berat lagi perasaan menanggung bebanan perasaan..tapi hakikatnya, kekuatan menguasai atas segalanya serta doa dan harapan yang tidak putus-putus sang ibu mohon pada Allah, membuatkannya menjadi seorang insan yang tabah dan sabar menjalani ujian dan dugaan yang Allah huraikan dalam kehidupan mereka. Walaupun terkadang si ibu tidak mampu melalui semuanya itu, tapi baginya adalah satu tanggungjawab yang harus dia pikul untuk meneruskan kenyataan hidup walaupun hati sering menangis dan baginya juga ada lagi insan dimuka bumi ini yang lebih sukar melalui perjalanan hidup ini dan baginya juga ucapan ‘syukur’ adalah kata-kata yang sering diucapkan bila terkadang hatinya tersentuh dengan apa saja tomahan dan cacian dari segelintir insan-insan yang tidak mahu memahami apa yang terkandung di benak fikirannya hanya semata-mata untuk kedua anak-anaknya dalam kehidupan mahupun masa depan anak-anaknya.

Baginya masa untuk dia menguruskan runting harian adalah terlalu penting. Apatah lagi kepada anak-anaknya yang makin meningkat dewasa, kerna baginya hanya keyakinan dan kemampuan menguasai di atas segalanya. Pernah dia terfikir, andai di muka bumi ini dia dan anak-anaknya tidak memiliki kasih dan kebahagian, dia berharap agar memperolhinya di syurga nanti, walaupun dia tahu mustahil untuk memiliki itu semua..

KISAH 1
Selesai tugas di pejabat jam 5.00 petang, Aishah akan terus pulang kerumah dan terus mengambil anak-anaknya dirumah pengasuh untuk pulang kerumahnya sendiri. Dalam perjalanan, Aishah suka bertanyakan pada anak-anaknya macam mana hari ni, biasalah kan budak-budak akan bercerita tentang siapa menyakat dan mengusik mereka sehingga kadang-kadang berlaku pergaduhan antara si kecil-kecil..
“Hari ini adik dan makan ke?..tanya si ibu kepada anak nombor dua yang lebih senang dipanggil adik saja. “..dah mama..adik makan chicken je..” balas anaknya.
Si ibu hanya mampu tersenyum saja bila anaknya itu bersuara. “Abang?, ada homework tak hari ni?..terus soalan diajukan pada anak pertama si Ibu. “ tak ada mama…abang dah buat habis kat sekolah”..balas si anaknya. “tapi walaupun dah siap dekat sekolah, abang kena tolong mama ajar adik buat homework ok?... balas si ibu..
“hmmmm…ok la mama”… si ibu tersenyum lagi..

Dalam perjalanan menuju kerumah, tiba-tiba Aishah terpandang di ceruk-ceruk kedai runcit yang terletak di tengah-tengah pekan. Dengan hati yang berdetik melihat gelagat dua pasangan yang mungkin ibu dan anak duduk sambil memegang satu tin kosong untuk meraih simpati dengan kealpaan mereka..perlahan-lahan Aishah memandu dipersimpangan, melihat telatah mereka, dan tanpa Aishah sedar matanya berkaca bila seorang lelaki yang lalu dihadapan mereka menunjuk-nunjuk arah entah apakah perbualan mereka, sehinggakan terlihat pasangan itu bingkas bangun dan terus pergi meninggalkan kawasan tersebut..Luluh hati Aishah melihat keadaan mereka..
“piinnnnn……” terdengar bunyi hon kereta lain di belakang kereta Aishah.. bagaikan bermimpi seketika Aishah sebentar tadi. Dalam hatinya berdoa agar pasangan tersebut mendapat perlindungan dari Allah s.w.t.

“Mama, kenapa Mama berhenti kat tengah2 jalan ni?”.. tanya si abang tadi anak Aishah yang pertama tadi. “Ehh..mama….hmmm…tak ada apa-apa sayang…”..Aishah meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Sambil memandu kereta, Aishah sempat berpesan pada anak-anaknya, “ Nanti kalau abang dan adik nampak seseorang dalam kelaparan, susah,..apa abang dan adik nak buat?...”..tiba-tiba soalan tu keluar di fikiran Aishah..walalupun dia tahu, mungkin anak-anaknya kurang lagi memahami rencah kehidupan pasti jawapan yang Aishah terima dari anaknya adalah “Tak tahu”… Aishah mendiamkan diri sebentar dan terus memandu kereka. Banyak yang bermain difiran Aishah, salah satunya adalah dirinya yang kini mengidap penyakit barah otak. Tapi Aishah tidak pernah membuang masanya untuk sentiasa berada di sisi anak-anaknya, pernah banyak kali Aishah sibuk di pejabat, pulang sebentar melihat anak-anaknya. Bagi Aishah, cukuplah sekadar melihat anak-anaknya bermain dan ketawa telah membuatkan hati dan perasaannya tenang. Dan senang sangat airmatanya jatuh membasahi pipinya tiap kali melihat anak-anaknya bermain sesame sendiri sedangkan kanak-kanak yang lain tengah sibuk bermain dengan kedua ibubapa masing-masing..Apapun ungkapan hati Aishah, masa adalah segalanya untuk anak-anaknya.

Sesekali bila Aishah terlalu asyik bermain dengan anak-anaknya, Aishah akan berasakan cepat letih dan lelah..mungkin disebabkan penderitaan yang dihadapi itu (barah otak). Tidak sesekali Aishah menceritakan pada sesiapa tentang penyakitnya itu, kecuali doctor yang merawat Aishah. Pernah sekali Doctor menyuruh agar Aishah menceritakan kepada ahli keluarga, tapi Aishah berdegil, hanya semata-mata tidak mahu menyusahkan sesiapa. Baginya, redha dengan apa yang di titipkan dari Allah.

KISAH 2

Di rumah Aishah menjalankan kerja-kerja harian seperti biasa. Selesai Solat magrib Aishah akan kedapur untuk memasak dan berikutnya selesai semua itu, jam tepat pukul 8.30malam Aishah akan mengulangkaji pelajaran bersama dengan anak-anaknya. Aishah tidak mahu anak-anaknya tidak mendapat perhatian secukupnya sepertimana ada segelintir suara mengatakan yang Aishah seorang ibu yang tidak pernah tahu tanggungjawab. Dan ada yang pernah mengatakan Aishah ini tidak sedar diri dalam mencari rezeki sehinggakan anak-anak terabai. Bila semua tomahan dilemparkan terus kepada Aishah, bagi Aishah hanya mampu diam tanpa berjumpa dengan insan-insan yang tidak puas-puas mengatakan hal yang bagi Aishah tidak tahu apa yang ingin Aishah mahukan. Hanya berpegang pada DOA dan KEKUATAN agar Allah s.w.t akan tetap berikanya KESABARAN.

Selesai kesemuanya..Aishah terlihat si kecil tadi “adik” ternguap-nguap mungkin mengantuk..sambil tangan Aishah memeriksa buku-buku sekolah anak-anaknya, perlahan-lahan Aishah menarik si adik tadi duduk disisinya untuk bertanya tentang kerja yang telah disiapkan tadi. “hmmmm….mama tanya soalan, tidur plak adik ni…”..sambil mengusap-usapkan rambut si adik tadi, Aishah pun menyuruh si abang kemas kesemuanya buku- yang bertaburan di bawah. Dan selesai kerja-kerja sekolah semua, Aishah memerhatikan jam di dinding, “hmmm..dah pukul 9.45mlm..” benak hati Aishah berkata-kata sendiri. “Adik..bangun sayang..jom masuk bilik..” terlihat anaknya berjalan terhuyung-hayang melayan mengatok yang teramat sangat. “Abang, jangan lupa niat tidur”..sambil Aishah mengaturkan baringan anak-anaknya, kemudian mereka bertiga bersama-sama melafazkan niat tidur. “Assalmualaikum mama”..terdengar suara si abang memberi salam kepada Aishah. “Waalaikumusalam….hmmm…tidur la..”..kemudian pintu di tutup rapat.

KISAH 3.

Sambil mengemaskan buku-buku anaknya tadi, terpandang Aishah pada satu kerstas yang begitu membuatkan Aishah ingin melihatnya. Perlahan-lahan tangan Aishah menggapai kertas tersebut, ternyata lakaran lukisan yang Aishah lihat. Senyum dalam berkaca Aishah melihat lukisan tersebut. Lakaran dari anak sulungnya iaitu bertajuk “Kami sayang mama”..kemudian ada terlihat gambar-gambar mama, papa dan adiknya serta dia sendiri. Aishah tidak mampu berkata-kata, ter’esak Aishah dalam memeluk lukisan tadi. Lemah gemelai langkah Aishah bila terpandangkan lukisan tadi. “Maafkan mama sayang…maafkan mama..”.. Airmata Aishah tidak henti-henti mengalir sehinggakan dikamar biliknya. Sambil membuka laci meja yang terletak bersebelahan katilnya, Aishah menggapai buku notanya dan Aishah terus menulis…dan berharap anak-anak Aishah akan membacanya kelak.

…jam 11.05 minit malam –
Buat anak-anak mama yang teramat mama sayang, maafkan mama dengan apa yang terjadi pada kalian.. mama tahu kalian juga mahu seperti kawan-kawan seumur kalian punyai kasih dan sayang yang mencukupi.. Maafkan mama sekali lagi, kerna mama mungkin tidak dapat membahagiakan kalian berdua, kerna mama tidak mampu melawan kehendak Allah s.w.t untuk mama menjadi yang terbaik buat kalian. Mama Cuma mahukan yang terbaik dari kalian. Walaupun nanti bila anak-anak mama Berjaya kelak, mama harap janganlah kalian melupakan mama. Kerna mama terlalu sayangkan kalian. Terlalu perit hati mama, bila adik kata, kenapa papa suka marah adik…untuk adik, mama akan berikan jawapan ini pada adik, sebenarnya papa sayangkan adik, Cuma terkadang adik tidak mahu mendengar kata bila papa kata “jangan”..tapi adik tetap buat. Tapi mama tahu, adik akan terima seiklas hati adik, walaupun diusia begitu muda untuk adik memahami semua ini..mama selalu doakan buat adik agar adik dan abang menjadi anak-anak yang baik budi pekerti dan menjadi seseorang yang punyai masa depan yang cerah.
Abang…andai nanti bila mama dah tiada, mama harap abang selalu bacakan pada mama surah yang selalu mama ajarkan pada abang dan adik (Al-Fatihah). Sebab mama tahu, anak-anak mama sudah pandai membacanya..Maafkan mama sebab mama tidak mampu mendegar lagi permintaan abang untuk membantu mama bila abang dah Berjaya nanti. Mama mahukan yang terbaik untuk abang dan jaga adik-adik dan hati papa baik-baik. Mama terlalu sayangkan kalian. Tapi seruan dari Allah bila-bila akan memanggil mama pulang kepadanya.

Buat anak-anak mama yang teramat mama sayang dan kasihi, mungkin hari ini mama akan mengarang tulisan yang terakhir buat kalian berdua. Mama terlalu rindukan kalian..setiap masa, setiap waktu..dan pada ini mama tidak mahu berpisah walaupun sesaat dengan kalian. Bagaimana haru mama terangkan pada kalian, bahawa mama ingin tetap bersama kalian….Ya Allah……..sesungguhnya hati dan bebanan perasaan ini amat sukar untuk ku terima..
Anak-anak mama yang mama cintai…sebenarnya mama tidak mampu bertahan lama..mama akan pergi meninggalkan kalian berdua buat selama-lamanya..tapi mama yakin, andai suatu waktu nanti bila abang dan adik sudah Berjaya, dan mohonlah pada Allah agar kita dapat dipertemukan di syurga nanti. Mama akan menanti kalian..ingat, mama pernah bercerita dengan kalian, anak-anak yang soleh akan dapat berjumpa dengan kedua ibubapa nya kelak..mama harap kalian tidak melupakan mama..

Pesanan mama pada kalian berdua, janganlah nakal-nakal lagi, sebab mama dah tak boleh menegur lagi sikap kalian, dan taatlah pada Allah dan pada papa..mama nak kalian menjadi anak-anak yang baik. Jangan kecewakan mama. Buat adik, yang paling nakal untuk mama, kalau makan jangan kerap lupa baca bismillah..kalau mandi jangan kerap lupa lap keseluruhan kepala..mama sayangkan adik….buat abang, mama nak abang berbaik-baik dengan adik, tak mahu gaduh sesame sendiri, kerna mama dah tak boleh menegur sikap abang lagi..jadilah seorang abang yang bertanggungjawab pada adik dan keluarga.
Buat anak-anak mama, yang terakhir mama harap, antara kalian, janganlah ada sesiapa yang pisahkan..kerna mama akan menati kalian disana. Maafkan mama, sebab mama tak boleh menantikan hari yang cukup bahagia bila ingin melihat kalian Berjaya..maafkan mama…

Akhir dari mama, mama sayangkan kalian…..maafkan mama…maafkan mama…
**********…..
Mama kalian;..
-----------------------------------------------------------…………..
Selesai menulis, Aishah pun menutup buku-buku notanya dan diletakan di atas meja saja. Kemudian Aishah bangun menuju kea rah dapur untuk memakan ubat. Sambil melangkah, Aishah terpesong ke bilik anak-anaknya sebentar, lalu Aishahpun merapatkan diri di celah kiri dan kanan anak-anaknya. Diciumnya pipi kedua-dua anaknya, terasa bagaikan malam itu Aishah begitu jauh dengan anak-anaknya walaupun mereka ada didepan mata. Kiri dan kanan Aishah memandang satu persatu wajah anak-anaknya. Senang airmatanya jatuh membasahi pipi..Aishah tidak mampu berkata-kata…….dan terlelap….bersama anak-anaknya…

KISAH 4.

“…Tukk…tukk…Assalamualaikum…Aishah…abang dah balik ni..”.. kedengaran suara suaminya yang awal balik dari 5 hari bekerja di luar kawasan. “…Assalamualaikum…Aishah…” tiada sesiappun yang masih manyahut salam suaminya tadi…terintai-intai si suami ni tadi melihat kalau-kalau ada kelibat anak-anaknya ataupun Aishah. “hmmm….mana pula Aishah ni…biasanya pagi2 begini dia dah sibuk nak menghantar anak-anak..”..benak fikiran si suami ni tadi..selang 5 minit menunggu diluar rumah, terdengar bunyi pintu rumahnya terbuka…tiba-tiba …“papa…papa….”..sambil berlari anak sulung Aishah menerpa tangan papanya masuk kedalam dan keadaan yang umpama cemas sekali..”kenapa??...kenapa??...dalam kebingungan si suami pun ikut berlari menuju ke bilik anak-anaknya. ..terlihat anaknya yang kedua disisi ibunya yang kaku bagaikan patung yang tidak bergerak-gerak lagi….

“Aishah…Aishah..” perlahan-lahan suara suaminya memangil nama isterinya..tangan Aishah digapai dan di pegang seeratnya sambil si suami memejamkan mata sambil mendongak kelangit dengan nada yang tidak terungkap… “Ya Allah…..Aishah…..bangun sayang….abang dah balik ni…”..perlahan-lahan si suami merayu-rayu agar Aishah bangun. Si anak-anak, hanya mampu melihat dan sesekali umpama macam mahu menangis bila melihat situasi papa mereka..perlahan-lahan kaki anak-anaknya menerpa ke katil tempat dimana mamanya baring. Sambil papa mereka hanya katakana “mama dah tinggalkan kita…”…. Mama…….mama……mama…..” menjerit anak-anaknya bila kenyataan tadi di ceritakan pada anak-anaknya… “mama….jangan tinggalkan kami ma…mama…”.. si adik terus menangis teresak-esak disisi mama mereka.

“Aishah..kenapa Aishah..kenapa?...benak hati si suami berkata-kata. “Ya Allah….

~~~….tengah hari itu, ramai yang datang berkunjung untuk melihat arwah Aishah. Aishah telah dimandikan dan dikaffankan dengan adat istiadat yang sempurna. Terlihat anak-anaknya berada disisi makcik-makcik kandung mereka sambil dipeluk, di hujung pintu, terlihat si suami Aishah tersunggul meratap pemergian arwah isterinya yang baginya Aishahlah, teman, sahabat baginya kerna setiap masalah nya di tempat kerja Aishah terlalu ambil kira dan mendengar masalah suaminya walaupun Aishah sendiri kadang-kadang ada masalah di pejabat, tapi dia tidak mahu memikirkannya bila berada di rumah.

Baginya masa untuk Aishah dirumah terlalu berharga. Si suami mula merasakan kehilangan Aishah. Terkenang dengan kata-kata yang pernah Aishah katakana padanya dengan nada gurauan, “Kalau Aishah tak ada nanti, abang jangan lupakan Aishah tau. Aishah Sayangkan abang sorang je..dan Aishah cintakan abang dunia dan Akhirat..hmm…si suami pulak bersuara, kalau Aishah tak ada nanti abang kawin lain lah..”…mereka ketawa berdua…tanda hanya kata-kata gurauan saja.. “Abang, lagi satu, kalau terjadi apa-apa pada Aishah, tolong abang capaikan impian dan cita-cita Aishah, nak tengok anak-anak semuanya Berjaya ye..”…si suami terus diam, dan berkata “apalah Aishah ni merepek ni…”…Aishah tak akan kemana-mana…Aishah boleh tengok sendiri anak-anak Berjaya nanti”…lalu Aishahpun terus erat memeluk pinggang suaminya sambil berjalan-jalan di sekitar Tasik bersama dengan anak-anak mereka suatu ketika dulu..
….Zaff…zaff…”terdengar suami Aishah namanya di panggil berkali-kali…”hmmm..sambil menepis airmata yang berkaca di kelopak matanya, suami Aishah terus bingkas bangun dan pergi kearah suara yang memanggilnya tadi..ternyata ibunya Aishah memanggilnya. “kenapa mak?..tanya Zaff. “Ada seorang doctor nak bercakap dengan Zaff tu di talian (talipon)”..lalu Zaff terus ke ruang talipon sebentar.
“Hello…”..Zaff memulakan…terlihat berkerut-kerut mukanya sambil memejamkan mata dan mendongak keatas..ganggang talipon di letakan perlahan…terlihat Zaff terduduk, tersungkur dilantai. Bila melihat keadaan begitu, Ibu Aishah terus mendapatkan Zaff tadi, dan Zaff terus memulakan cerita.

“Kenapa Zaff…kenapa kau begini…istigfar Zaff…jangan macam ni..”..ibunya tidak terdaya melihat keadaan Zaff yang terus sungkul menangis.. “mak….Aishah

….Aishah….”..tersangkut-sangkut dengan nada yang sebak Zaff menerangkan pada ibu Aishah .. “Bawa bertenang Zaff, cuba ceritakan pada mak, kenapa?...” Zaff dilihat cuba tarik nafas panjang sambil mengusap Airmatanya kiri dan kanan..terlihat si anak bapa mereka begitu, mereka terus bangun dan duduk disisi bapa mereka.

“Mak…sebenarnya Aishah mengidap Barah Otak”… terkejut bila Zaff menerangkan apa punca sebenarnya yang berlaku pada Aishah yang tiba-tiba rebah dan pergi menyahut seruan Illahi.. “Aishah tak pernahpun ceritakan pada saya hal sebenarnya, dia rahsiakan pada saya mak….”….terlihat mak Aishah pun menangis..dan sesekali memejamkan mata, tanda kecewa dengan sikap Aishah. Walaupun ibu Aishah tahu, Aishah memang seorang anak yang suka berahsia, dan mungkin sikapnya dari remaja hingga dia dah berumahtangga dah menjadi kebiasaanya.

“…Sabarlah Zaff…mungkin Aishah tak mahu kamu susah hati dengan sakit yang dihidapinya..”..perlahan-lahan ibu Aishah bersuara. “Kalau kamu menangis begini, roh Aishah tak mungkin akan tenang Zaff..relakan pemergian dia Zaff…” Zaff terus memeluk kedua anak-anaknya tadi..tak tahu bagaimana rasanya terlalu perit sangat untuk menelan semua ni.. “Aishah…abang relakan kau pergi sayang…damailah kau disana sayang…”..berkata-kata Zaff sambil melihat seraut wajah Aishah dan mengucupi dahinya buat kali yang terakhir.

Suasana di perkarangan kubur begitu sayu sangat…Zaff duduk sebentar di sisi Arwah isterinya..sebak hatinya bila mengenangkan kenangan bersama-sama isterinya..”terlalu besar pengorbananmu sayang…”..abang akan cuba jadi yang terbaik untuk anak-anak kita walaupun abang tidak tahu kerenah mereka, tapi abang akan cuba membahagiakan mereka macam mana yang pernah Aishah lakukan pada mereka, abang akan cuba luangkan masa bersama mereka, walaupun abang tak pernah nak ambil masa dengan mereka..Abang akan cuba buat yang terbaik Aishah…”

Dan bila kain kaffan dibuka di permulaan, terpandang Zaff yang turut serta mengangkat Arwah isterinya, Zaff terlihat umpama, Aishah tersenyum melihat suaminya. Lantas berkaca lagi mata Zaff. Pengkebumian di teruskan..tiba-tiba………………”mama….mama…….mama……”..terlihat anak-anak Aishah berlari menuju kearah arwah tadi…si abang terlihat memegang buku yang malam nya tadi Aishah mengarangmya.

Sambil terjerit-jerit, si abang tadi terus katakana pada papanya.. “papa……mama……mama….., abang sayang mama…..abang nak mama….papa tolonglah…”.. di perkarangan kuburan tadi, terdengar suara-suara orang-orang menangis sayu, bila melihat dua beradik ini tersungkul melihat mama mereka di timbus dengan tanah.. “mama…mama……jangan tinggalan abang….siapa nak ajar abang belajar nanti…mama…tolonglah…mama…”…melihat keadaan anak Aishah tu tadi, ibu saudara adik kepada Aishah tadi cuba mendapatkanya..dan dipeluknya erat-erat.. bagi si adik tadi, hanya mampu menangis saja..rasanya baru malam tadi mamanya ada disisi, banyak sangat yang mama pesan pada kami.. rupanya mama nak pergi..

Bila semuanya selamat dilaksanakan..suami Aishah terus duduk lagi di sisi kuburan isterinya bersama-sama dengan anak-anaknya. Terpegun sebentar Zaff, bila anaknya yang pertama tadi, sambil buku yang di pegangnya tadi, rebah ke tanah, dan mengangkat tangan, dan “Al-Fatihah” dibacakan pada ibunya.. selesai membaca, si abang tadi terus bertanya pada papa mereka.. “papa, nanti bila abang dan baca ni, abang dan adik boleh jumpa mama tak?, sebab mama kata kalau abang baca Al Fatihah setiap hari tuk mama, abang akan jumpa mama….? Ye ke papa… ?.. apalah daya Zaff untuk berkata-kata, hanya mampu menganggukkn kepala saja berkali-kali. Kemudian mereka bersurai…………..

“Semadilah kau sayang”…… itulah kata-kata terakhir Zaff buat isterinya….
TAMAT…………..

Penulis: ezzieFB.com (r'zie mustafa)
Nota: cerita ini belum habis lagi…mungkin ade episodnya lagi…nantikan episodnya ok….
Salam semua…jadikan ikhtibar di atas cerita di atas..