>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Tuesday, February 10, 2015

Terbaik Untuk Ku

Rasaku kamu ada
Di setiap sedih juga senangku
Rasanya kamu sudahMencari bintang terang hidupku
Masihku retas aku
Masihku rentak akuMenyayangi hatimuMahu aku mengganti setiap sukarmuDengan tenangRasaku kamu adaDi saat senyum juga tangismuRasanya kamu sudahJadi yang terbaik bagi akuMasihku retas akuMencintai hati mu Ingin aku jadi terbaik bagimuMasihkur rentak akuMenyayangi hatimuMahu aku mengganti setiap sukarmuMahu aku mengganti setiap sukarmuMasihku retas akuMencintai hati muIngin aku jadi terbaik bagimuMasihku rentak akuMenyayangi hatimuMahu aku mengganti setiap sukarmuMasihku retas akuMencintai hati muIngin aku jadi terbaik bagimuLagu : Terbaik BagimuArtis : Siti Nurhaliza 

Khayalnya aku bila dapat mendengar lagu dari Dato Siti Nurhaliza ni. Dalam kereta atau di mana-mana aku pergi, mesti lagu ni mesti aku dengar. Lirik-lirik lagu tu terus aku hayati satu persatu, sampaikan aku berhenti di bahu jalan untuk benar-benar mendengar lirik lagu ini. 

Hmmmm..... tiba-tiba aku rasa sungguh sebak sangat bila mengenangkan diri ini, sekali sekala wajah orang yang teramat aku cintai singgah bermain-main di anak mata ini. Sekaligusnya membuatkan aku makin sayang dan cinta padanya. Terasa benar diri ini masih lagi kekurangan untuk aku dambarkan cinta dan ucapan cinta padanya rasanya masih tidak terluah habis. 

Wahai cinta hati ku yang teramat aku cintai, sejujurnya aku ingin kau tahu bertapa hati ini dan diri ini takut kehilanganmu. Biarkan hanya Allah s.w.t saja yang menentukan hubungan kita, tapi bukan orang lain yang cuba meletakkan dirinya padamu dan akhirnya kita terpisah. 

Wahai cinta hati ku, aku mahu kau tahu, dalam diri ini hanyalah kamu yang bertahta sebenar benarnya. Aku akan menjadi lemah, andai ada antara kita berbalah kata hanya mungkin aku tidak seindah mungkin wanita yang kau pandang. Tapi itu mungkin hanya firasat jahatku terhadapmu. Kerana kau tahu, setiap nafasmu yang engkau hembuskan itu adalah diriku yang sentiasa ada dalam dirimu. Aku mahu kau kau tahu, aku susah untuk mencintai seseorang. Aku pernah berjanji dengan diri suatu ketika dulu sewaktu aku pernah mengalami kekejangan cinta yang dusta. Dan janji itu aku simpan sehingga aku benar-benar menemui cinta. 

Yang hadir adalah kamu. Aku bahagia dengan anugerah yang Allah s.w.t berikan untuk. Aku menjadi gelisah, bila kadang-kadang kau samakan aku dengan perempuan lain, sehinggakan membuat hati kecilku berkata, adakah aku belum yang terbaik untuk mu? 

Dalam kamar hati, ku tahan airmata, aku cuba luahkan satu persatu apa kekurangan diri ini untuk aku terus mencintai mu dan merapatkan diri hanya untukmu seorang. Aku menjadi terasing, andai aku tidak dapat membuatkan kau terus rapat dalam hatiku. Kau tahu, saban hari aku menangis bila aku katakan, suatu waktu nanti adakah kita akan bertemu di firdausi?... semua itu ku luahkan pada NYA yang maha tahu. 

Kau adalah yang Terbaik Untuk ku, dan aku tidak memerlukan harta yang kau miliki. Cukuplah sekadar cinta yang iklas dari hatimu untukku. Aku bangga memiliki mu biar siapapun kamu. Cinta tidak boleh di paksa dengan perasaan hati yang serba tidak bererti. Bagiku, aku dapat mendalami perasaanmu, aku dapat menyentuh hatimu jauh di dalam lubuk jiwamu itu. 

Wahai Cinta hatiku, izinkan aku sentiasa ada dalam hatimu, saat kau sakit, saat kat sihat, saat kau berduka dan saat kau memerlukan aku untuk mendengar segala kepenatan di siang harimu. Mendengar ceritamu dengan penuh tenang itulah harapan pertama dan terakhirku hanya untukmu yang TERBAIK UNTUKKU. 

Semoga di antara kita masih diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk kita sama-sama menyemai dan membiarkan benih-benih cinta kita dengan izin Illahi. Kerana aku mahu kau tahu, kaulah insan pertama dan terakhir dalam hidupku. Dan aku ingin jadi yang TERBAIK UNTUKMU juga. 

Nukilan:RozieMustafa##suamikuyangteramatkusayang## 



Mencintai hati mu Ingin aku jadi terbaik bagimu