>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Sunday, January 25, 2015

Jangan Rampas Perasaan Ini

....." jangan suka serahkan perasaan pada seseorang yang telah memiliki, kelak nanti diri akan merasakan bertapa sakitnya andai kasih orang lain kita curi tanpa memikirkan perasaan insan lain..."

...... jangan mudah jatuh cinta pada insan yang telah bergelar milik orang....kerna di situ terjadinya perpisahan yang tidak terucap dek kata-kata hanya disebabkan orang ke tiga..., kelak nanti diri sendiri yang akan merasakannya, bertapa sakitnya hati insan yang kita cintai, juga ada orang lain cintai...."

Ingat....dunia ini ibarat roda...akan berpusing sampai kena ke batang hidung sendiri...

..... Cuaca petang tadi hampir menutup tirai. Aku masih di sini lagi, tepi gigian pantai bertemankan buku coretan harianku dan sebatang pen sekadar ingin mecoretkan secebis perasaan yang penuh pilu dan tidak mampu nak di luahkan dengan kata-kata, hanya duduk sambil merenung ombak lalu dan bunyi kicauan burung yang terbang ke sana dan kemari. 

Buku ini ku coreretkan untuk menjadi tatapan di setiap waktu aku yang penuh soalan demi soalan untuk ku jawabkan sendiri. Mengapa perlu ada insan yang lain singgah pada sejujur perasaan yang hanya milik untuk seorang? Aku menyesali diri yang tanpa ku sedar ianya adalah satu penyeksaan yang penuh pengaruh dalam fikiranku sendiri. Di tepi gigian ombak itu tadi, telah aku luahkan segalanya agar aku berasa puas dan tidak rasa menyesal dengan keadaan sekeliling yang aku alami. 

Puas sudah aku alirkan airmata tanpa disedari sesiapa di sekelilingku. Mereka melihat aku seperti seorang wanita yang umpama tidak pernah miliki hati dan perasaan seperti sedih, pilu, gembira dan ketawa. Memang benar, aku tidak pernah menonjolkan diri ku ini dengan kesedihan kerana alku tidak mahu orang disekelilingku tahu yang aku sedang berduka. Di mana-mana aku pergi, berjumpa kawan-kawan, berdepan dengan keluarga, aku sendiri gambarkan diri ini seorang yang periang. Bagiku, cukup masa aku akan adukan segalanya pada DIA yang MAHA ESA. Selebihnya aku akan notakan di buku ini yang ku gelar Abadiku. 

Ini luahan ringkas yang aku gambarkan dengan sikap manusia yang tidak pernah merasakan puas dengan setiap anugerah yang Allah titipkan buat mereka. Telah Allah kurniakan kepada manusia hidup yang berpasangan antara lelaki dan wanita. Tetapi mengapa bila sesuatu perkara yang tidak pernah di bicarakan dan di fikirkan, ianya menjadi satu soalan yang begitu menyedihkan hati dan perasaan. Sekaligus menghancurkan derita perasaan sesama jantina. Mengapa senang benar merampas kasih sayang wanita yang lain sedangkan perasaan yang tumbuh dalam diri seorang wanita itu sama. Ingin di cintai, ingin di sayangi, ingin di berikan perhatian. Tetapi bukan meraih segalanya itu pada seorang yang telah memiliki. Mengapa perlu merampas hak itu, sedangkan ianya anugerah setiap pasangan. Aku menangis, kecewa bila itu terjadi dalam kehidupan ini. 

Dugaan hati dan perasaan yang begitu mencabar, masih lagi aku tahan dan aku tepiskan tangisan itu, kerana aku tidak mahu melawan kehendak DIA yang MAHA PEMBERI. Apa daya aku untuk berkata-kata nista, berkata cacian antara manusia. Aku redha dan aku tahu, ujian demi ujian akan hadir dalam segenap kehidupan ku ini. 

Ketahuilah sebenarnya aku amat sukar untuk melawan segalanya yang terjadi dalam kacah kehidupan antara naluri hati seorang wanita seperti ku dan seorang isteri serta seorang ibu pada anak-anakku. Aku pasrah, tapi aku sering bermohon pada Allah s.w.t, agar kasih dan cinta dari pasanganku dan anak-anakku adalah yang terbaik untukku dan biarlah ianya sehingga ke JANNAH FIRDAUSI. Dan JANGANLAH KAU RAMPAS ITU semua dariku teman.

Sekadar Nukilan Perasaan.
mamaezzie. 

Nota:Bukan hanya untuk seorang WANITA, tapi semua WANITA yang memendam segalanya perasaan. Kehadiran orang ke tiga tanpa kita duga, memang amat menyedihkan. 

No comments:

Post a Comment