>



Blogger Widgets

It's Me - Mengenai Saya

My photo
Selangor Darul Ehsan, Malay and Islam.., Malaysia
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. My Fullname is Rozie Mustafa Alauddin, My Born is 13 Nov, 197?.. Alls can call me Rozie..anyway, Saya berasal dari Selangor Darul Ehsan (Anak jati selangor tau) .. so, di blog saya ini pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama alls my friends yang sudi VIEW and VISIT my blog only..sambil tu, dapatlah sekiranya WE kongsi pelbagai cerita tentang apa saja.. Blog D'Teratak Abadi ini, sebenarnya adalah Blog yang lebih menceritakan perkara-perkara CINTA dan PERKAHWINAN. Di kesempatan juga Saya ada mengambil Tempahan Hantaran Pertunangan dan Perkahwinan. Saya Juga ada mengarang Cerpen dan itulah Hobi saya Seadanya. Impian nak jadi bisness Women, tapi dalam masa yang sama saya suka mengarang dan mencuba bakat di mana-mana laman web novelis. Apapun Hope semua yang membaca dan memberi comment pada saya, TERHIBUR dan dapat menjadi my follower... Nice To meet you Alls... Thanks everyone...

Wednesday, February 19, 2014

Bisakah Aku Ke Syurga



Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesalahan, bukanlah malaikat yang begitu sempurna di mata segelintir manusia di atas muka bumi ini. Inilah kisahku, kisah seorang manusia yang entah sampai bila akan terlihat begitu sempurna. Niatku hanya ingin membahagiakan insan yang begitu aku sayang dan aku cintai selamanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
:– Cerita Adam
Perlahan-lahan kaki ini melangkah sayu sambil memandang ke hadapan melihat nun jauh di celah bukit bukau dan kedengaran bunyi burung bernyanyi keriangan. Sesekali mendengar bunyi ombak yang sedang berlari laju untuk sampai ke sisiran pantai. Kemudian, lelah ombak itu perlahan ke belakang kembali dengan paksaan.

Begitu jugalah Adam yang kini hilang hala tujuannya yang sebenar dalam mencari segengam kasih dan restu dari Allah dan ingin membahagia orang yang dia begitu sayang dan cintai. Sambil duduk di atas pasir mengadap air ombak yang deras laju datang dan pergi, Adam mengeluh resah sambil mengingatkan kembali episod cerita di sebalik cerita yang baginya begitu membuatkannya berasa seolah-olah tidak pernah sekalipun ingin mengsyukuri setiap nikmat yang telah Allah kurniakan padanya. “Ya Allah…….. aku menyesal kini Ya Tuhanku….. Kau ampunilah aku Ya Allah……. Sesungguhnya aku terlalu mencintai duniawi sehingga aku lupa… aku lupa, yang ENGKAU juga sedang memerhatikanku….” air yang jernih mengalir deras di pipi Adam yang merintih lesu menyebut nama Tuhan dan keinsafan diri mula menyapa di segenap kedaifannya sebagai seorang insan yang telah di pertanggungjawabkan oleh Allah tentang ketaatan dan kesyukuran sebagai seorang Hamba ciptaan Allah s.w.t.

Adam adalah seorang lelaki yang begitu baik terhadap orang tuanya, di samping kawan-kawan juga Adam adalah seorang kawan yang begitu prihatin dengan permasalahan kawan-kawan. Ke mana pergi, Adam di senangi oleh jiran-jiran di kampungnya. Sehinggakan bila umur Adam mencecah awal 20-an, Imam masjid meminta agar Adam sentiasa melaungkan Azan di setiap waktu solat tiba. Adam berasa begitu bersyukur dan berterima kasih pada Tok Imam masjid di kampung Adam dengan tanggungjawabnya untuk melaungkan Azan. Masa Adam kecil, Adam sering mengikut Ayahnya ke surau berdekatan untuk menunaikan solat. Kalau Adam ditinggalkan oleh ayahnya, dia sanggup berjalan kaki menuju ke surau yang sering Adam kunjungi. Setibanya di surau tersebut, selesai saja solat, pasti ayahnya akan terkejut sedikit dan perlahan-lahan kepala Adam di usapnya sambil tersenyum. Sebab ayah Adam tahu yang Adam pasti akan datang juga ke surau tersebut.


:- Mengimbau Kembali Saat Itu (diceritakan sendiri oleh Ayahnya)

“Yah, kenapa ayah tinggalkan Adam tadi?.. hmm… tak dapatlah Adam nak mengazankan sebelum waktu solat tadi…” sambil mengeluh sayu dan tunduk Adam spontan berbicara hati ke hati dengan ayahnya, sambil menuju ke arah motor yang diletakkan di tempat paker, depan surau. “Adam, sebelum nak ke surau tadi, ayah tunggu Adam awal sepuluh minit sebelum waktu solat tiba. Adam pergi mana?” soal ayahnya. “Eerrrr… Adam pergi rumah Atan, tengok dia ada membela ikan emas yah…Adam tersedar bila terdengar suara Azan. Lepas tu Adam terus berlari balik. Bila Adam tanya Nek Mah, Ayah dah pergi dulu. Nek Mah suruh Adam solat di rumah saja dengan Nek Mah. Adam kata dengan Nek Mah, Adam nak juga ke surau”.. sambil terlihat oleh ayahnya bila mendengar penjelasan Adam yang panjang lebar. “Bukankah ayah dan pesan dengan Adam, balik dari sekolah, ayah nak Adam mandi, makan lepas tu ikut ayah pergi surau. Tapi apa yang Adam buat?” Adam mengerutkan dahinya menandakan dia lupa nasihat ayahnya itu. “Adam minta maaf yah..lain kali Adam pegang kata-kata nasihat Ayah”. Sambil berlalu meninggalkan surau dengan motosikal tersebut, si ayah menepuk peha Adam, tanda mengalah. Setibanya mereka di hadapan rumah, terlihat Nek Mah duduk di muka pintu menunggu Ayah Adam dan anak tunggal kesayangan mereka itu. “Man, Mak Mah nak balik dah, Mak Mah dah masakan lauk buat korang makan nanti.” Terima kasih Mak Temah. Sambil Mak Temah berlalu, terlihat matanya berkaca-kaca bila melihat Adam. Hanya Ayah Adam dan Mak Temah saja yang boleh merasakan situasi yang bagi Ayah Adam terima takdir dari Allah buat mereka.

:- Mengimbau Kisah Ayah

Selama perkahwinan Encik Firman dan Puan Aishah yang menjangkau hampir sepuluh tahun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Kemudian, mereka mengambil keputusan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah selama satu bulan mereka di sana. Bila tiba di tanah air, selang beberapa bulan setelah pulang dari Mekah, pasangan itu mendapat perkhabaran gembira, bila Puan Aishah telah disahkan mengandung oleh doktor yang merawat isteri Encik Firman. Tidak dapat digambarkan di wajah Encik Firman dan isterinya Puan Aishah, dengan rezeki yang Allah berikan pada mereka, biarpun begitu lama mereka menantikan saat itu. Pernah juga di pertengahan tahun ke lima perkahwinan mereka, Puan Aishah pernah membicarakan secara rela, agar suaminya berkahwin satu lagi, hanya semata-mata ingin melihat suaminya lebih bahagia dengan kedatangan seorang lagi ahli keluarga iaitu cahaya mata. Tapi Encik Firman berkeras tidak mahu menduakan isterinya. Baginya, Puan Aishah adalah isterinya yang pertama dan terakhir. Encik Firman lebih percaya dengan janji Allah dan takdir dari Allah. Baginya ketentuan dari yang Maha Esa dan doa yang tidak putus-putus yang membuatkan Encik Firman kuat dengan ketentuan sekaligus memutuskan, dia tidak akan berkahwin lagi, walaupun terus di desak oleh isterinya.

Pernah di suatu malam yang begitu sunyi, Puan Aishah terbangun dari tidur bila terdengar sayup-sayup suara orang tengah berzikir dan mengaji. Perlahan-lahan Puan Aishah bangun berjalan menuju ke bilik solat, melihat suaminya hampir siap berzikir, di lihatnya jam di dinding tepat pukul 3.00 pagi. Bila kaki Puan Aishah ingin melangkah semula ke kamarnya, tiba-tiba Puan Aishah sekali lagi mengjenguk suaminya bila satu suara sayu bermohon pada Allah. “Ya Allah, Ya Tuhan ku yang Maha Agung, Maha Mendengar…….. sesungguhnya andai ini yang telah KAU titipkan buat ku dan isteri aku terima dengan redhanya, maka Engkau pertahankanlah imanku agar tidak untuk aku mencintai gadis lain selain isteriku Ya Allah.. Aku sebagai hambaMU yang kerdil, hanya mampu menadah tangan, bermohon padaMU yang Maha memberi segala nikmat yang telah aku miliki. Ya Tuhanku, andai kau izinkan aku untuk mendamaikan hati isteriku, KAU kurniakanlah kami cahaya mata dengan izinMU Ya Tuhanku.” Sambil mengesat airmata yang mengalir tanpa di sedar, Puan Aishah berlalu meninggalkan suaminya bersendirian memperhambakan dirimya. Di Kamar bilik, Puan Aishah menangis sayu sambil tangannya menadah dan mengharapkan juga pada Allah, agar memakbulkan permintaan suaminya.

:- Saat Yang dinantikan.

Genap sudah waktu matang kandungan Puan Aishah. Kelesuan di raut wajah Puan Aishah, jelas terlihat. Encik Firman tidak pernah tinggalkan isterinya walaupun dia balik dari kebun, pasti mendapatkan segera isterinya yang kini sarat mengandung dan menunggu saat kelahiran hanya beberapa hari saja. Kadang-kadang, saat menyajikan makanan buat isteri tercinta, Encik Firman juga merasakan sebak yang teramat sangat bila melihat isterinya di kejauhan. Perlahan-lahan di suapkan makanan di mulut isterinya dan mata Encik Firman tidak putus-putus melihat raut wajah isterinya yang begitu dia cintainya itu.

Sewaktu di tengah malam yang begitu hening sekali, terdengar oleh Encik Firman suara isterinya merintih sakit agaknya. “Abang…. Shah dah sakit sangat ni bang….” Terdengar suara isterinya memanggil perlahan nama suaminya, terus En.Firman bergegas bangun. Di lihatnya darah telah mengalir di bawah kaki dan kain isterinya. En.Firman tidak tahu bagaimana harus dilakukannya saat itu. “Shah….sabar ye.. abang pergi panggil Mak Temah sekejap..” tanpa membuang masa, En.Firman terus meninggalkan isterinya sendirian. Saat kaki ingin melangkah ke muka pintu, En.Firman berpatah balik kea rah isterinya. “Shah… jangan nangis ye..abang pergi panggil Mak Temah”.. saat itu, hanya Allah s.w.t saja yang tahu bagaimana perasaan En.Firman. Di kucupnya dahi dan tangan Puan Aishah, lantas di tarik kembali tangan Encik Firman. “Abang, Shah mohon ampunkan segala kesalahan Shah, dan halalkan makan dan minum Shah selama Shah bergelar isteri abang ye…”

En.Firman hanya mampu menganggukkan kepala saja tanda setuju, kerana sebak yang terlalu sangat hinggap di dadanya untuk berkata-kata. Sekali lagi dahi isterinya di kucupnya. “Abang pergi ye sayang…” terlihat isterinya hanya mengganggukkan kepala perlahan.
Setibanya di rumah En.Firman setelah hampir sepuluh minit di perjalanan dari rumah Mak Temah, tanpa berlengah-lengah lagi, Mak Temah dan En.Firman, terus masuk untuk mendapatkan isterinya yang dari luar sudah mengerang kesakitan. Hampir satu jam Mak Temah di dalam, tiba-tiba terdengar bunyi suara bayi menangis. Di anjung luar rumah En.Firman menadah tangan tanda kesyukuranya pada Allah s.w.t. Kelihatan Mak Temah keluar dan mendukung seorang bayi lelaki yang amat comel sangat.

Perlahan-lahan kaki En.Firman melangkah untuk mendapatkan dukungan dari Mak Temah. “Man, ni anak kau lelaki…tapi Aishah….Aishah dah tak ada Man…” terdengar bila Mak Temah jelaskan situasi isterinya, En.Firman terkedu sambil mendukung anak kecil itu yang juga tidak sempat melihat ibu kandungnya. Berderai laju airmata En.Firman dan agak berketar-ketar dan kelu lindah untuk berkata-kata. “Sabar man…….” Mak Temah juga turut mengalirkan airmata bila melihat situasi pasangan tersebut. Sambil menarik nafas yang panjang, En.Firman masuk ke dalam rumah, melihat sekujur tubuh yang di selimuti kain putih menutupi keseluruhan tubuh isterinya itu. “Aishah…..mengapa sayang….lihat, ini anak kita., comel..lelaki sayang…. Aishah, adakah ini yang Aishah pinta dari Allah?, kalau ini yang Allah telah tandirkan buat abang, abang redha sayang. Cuma abang tak sempat untuk berterima kasih pada Aishah, kerana Aishah telah melahirkan anak kita sayang..” Mak Temah yang berdiri di anjung pintu bilik, turut menangis. “Pergilah sayang….abang redha.. abang akan tunaikan janji Aishah, untuk mendidik anak kita menjadi anak yang baik, pandai dan soleh.”

Hari berganti hari, kini usia Adam telah mencecah awal 20-an. Adam masih menetap di kampung dengan Ayahnya bila tamat pengajiannya di Sekolah Tahfiz Al-Azhar di kampungnya. “Ayah, Adam ingat Adam nak melajutkan pelajaran di Universiti di Kuala Lumpur, boleh tak yah?” En. Firman hanya diam dan memandang Adam saja. “Tapi kalau Ayah tak izinkan, Adam tak jadilah nak pergi”. Sebenarnya, kawan-kawan yang sebaya dengan Adam telah banyak yang berhijraj ke ibu kota untuk melanjutkan pelajaran. Hanya tinggal Adam dan beberapa rakan saja yang ada di kampung mereka itu. Sehinggakan sewaktu Adam mengambil upah hasil penjualan buah milik Ayahnya di pekan, Adam ada terbaca satu memo untuk mengikuti kursus di Universiti yang berada di Kuala Lumpur. Adam berminat, tapi di fikiranya memikirkan Ayahnya yang semakin uzur dek usianya. Tapi tetap gagah menjalankan tugas harian di kebun buah-buahan miliknya dengan beberapa pekerja. Kadang-kadang, Adam juga turut membantu Ayahnya menjalankan tugas harian, bila tidak ada ke sekolah Tahfiz.

“Adam, mari sini. Siapa kata ayah tak setuju Adam ingin melanjutkan pelajaran lagi?. Ayah izinkan Adam pergi.” terlihat Adam tersenyum lebar memandang ayahnya, sambil mengucapkan terima kasih. “Ayah, kalau arwah mak, arwah nek mah, ada sekarang ni, pasti seronok kan yah!...” Walaupun Adam tidak pernah merasakan belaian kasih seorang ibu, tapi semasa hayat Nek Mah, banyak meluangkan masa bersama dengan Adam. Kadang-kadang Nek Mah menemankan Adam menziarahi pusara ibunya. Nek Mah mesti menceritakan hal-hal yang berkaitan dengan diri ibu Adam. Nek Mah tidak mahu Adam terus melupakan arwah ibunya itu. Setiap pagi, sebelum pergi mengaji di Tahfiz, Adam mesti singgah di pusara ibunya untuk mengucapkan salam dan sedekah surah-surah buat ibunya itu. Kerana Ayahnya selalu kata, kalau Adam nak berjumpa dengan ibu, Adam kenalah jadi anak yang baik dan soleh serta rajin mendoakan kedua orang tua. Kata-kata itu, sehingga umur Adam mencecah awal 20-an, Adam tidak akan leka sama sekali untuk berdoa pada Allah, agar Adam dapat berjumpa dengan ibunya itu.


Hari berganti dengan begitu cepat. Tahun berganti tahun, sehinggalah Adam telah tamat pengajiannya di Universiti yang terletak di Ibu Kota London. Bila tamat pengajiannya di sana, Adam berhasrat ingin balik ke Malaysia, yang telah lama di tinggalkannya semenjak pergolakkan di antara Adam dan ayahnya beberapa tahun yang lalu. Adam meninggalkan rumah sewaktu ayahnya sedang nyenyak tidur di perbaringan, hanya semata-mata ayah Adam tidak membenarkan Adam belajar di Landon dan menetap di sana dan terus ingin meninggalkan ayahnya yang sudah di makan usia. Setelah berbincang dengan cara yang baik, di akhiri dengan pertengkaran antara Adam sehingga membuatkan ayahnya diam seribu bahasa, bila Adam mempelekehkan kehidupannya itu. Adam ada meluahkan, dia malu dengan teman-teman dan malu dengan kemiskinan. Ayah Adam hanya mampu duduk tanpa berkata-kata apa. Jauh di sudut hati seorang bapa, tidak pernah ingin menyangka yang anaknya jadi seorang yang tidak pernah untuk memikirkan perasaan orang lain, apatah lagi hati bapanya yang begitu remuk dengan kata-kata Adam. Apapun, semenjak pertelengkahan itu, ayah Adam banyak memurungkan diri, sehingga Adam sanggup mengambil keputusan meninggalkan ayahnya sendirian di kampung.

“Ayah, maafkan Adam. Adam terpaksa pergi meninggalkan ayah, kerana Adam ingin meneruskan hidup Adam yang lebih terjamin yah..” hatinya berkata-kata sewaktu Adam menaiki pesawat untuk pergi ke kota London. Keesokkan harinya, ayah Adam sebenarnya tahu yang Adam telah meninggalkannya malam itu. Dengan titisan airmata yang bercucuran, ayah Adam menadah tangan, memohon kepada Allah agar mempelihara anak kesayangannya itu dan mengecapi bahagia dan menjadi seorang yang berjaya. Setelah dari itu, banyak kata-kata yang di luar kemampuan En.Firman untuk mendengarnya. Salah satu di antaranya adalah, orang-orang kampung yang mengenali keluarga EnFirman, sering mengatakan yang anak En.Firman seorang anak yang derhaka dan lupa asal usul. Sehinggakan bertahun juga En Firman menanggung kata-kata itu sendirian tanpa berbalah suara. Bagi En Firman, segalanya adalah takdir buatnya. Dia redha apa saja yang Allah titipkan buatnya.
Pagi itu, selesai saja solat subuh di teratak rumahnya, tiba-tiba En Firman rebah ke muka sejadah sambil memegang dadanya yang mungkin terlalu sakit. Dengan suara yang berketar-ketar, En Firman sempat mengucapkan Allahuakbar beberapa kali, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bila tengahari hampir tiba, kawan kepada En Firman iaitu Pak Dollah yang banyak menasihati En Firman dan selalu memberi kata-kata semangat pada EnFirman dengan ketentuan Allah. “ Eh!..mana man ni?... biasa pagi-pagi dah sampai!...” hati kecil Pak Dollah, terus bertanya sehingga menyebabkannya untuk pergi ke rumah En Firman. Setibanya di halaman rumah En Firman, suaranya berpekek memberi salam dan sambil memanggil nama En Firman. Tapi tidak ada balasan. Di lihatnya, moto masih ada di bawah rumah, tapi orangnya tiada. Perlahan-lahan kaki Pak Dollah melangkah tangga rumah En Firman. Di ketuknya berkali-kali, tapi masih sama tidak ada balasan. Hati Pak Dollah berasa sungguh tidak tenteram. Lalu dengan sekali tolakkan dengan badan, Pak Dollah dapat masuk ke dalam rumah En Firman. Alangkah terkejutnya bila melihat En Firman terbaring kaku dengan muka yang pucat lesi. Pak Dollah yang menyaksikannya bersendirian itu, kaku terduduk di sisi En Firman, sahabatnya dari muda lagi kini telah kembali kepada yang maha Pencipta. Tanpa berlengah lengah, Pak Dollah terus menguruskan hal pengkebumian dan ingin memaklumkan pada Pak Imam. Mereka tiba beberapa minit selepas itu.

Setelah di mandi dan di sembahyangkan di rumahnya sendiri, jenazah En Firman, di bawa ke perkuburan. Ramai juga yang datang melawat pengkebumian En Firman. Ada yang menangis kerana tidak sempat memohon maaf pada arwah. Tapi semuanya telah terlambat. Cuma Pak Dollah, sebagai kawannya yang setia, memohon agar, pada siapa-siapa yang merasakan yang arwah banyak menyakitakan hati semua, di minta maafkannya. Pada yang hadir, hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan permintaan Pak Dollah. Kini, selesai sudah pengkebumian En Firman, bersebelahan dengan kubur arwah isterinya Puan Aishah. “Semoga kau tenang di sana man…” Pak Dollah meluahkan dalam hati sambil memegang kayu yang terpacak di kuburan En.Firman. Kemudian Pak Dollah pun berlalu pergi meninggalkan perkuburan tersebut.
~~
:- Adam Di Malaysia.

Setibanya Adam di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, Adam menadah tangan tanda kesyukurannya kerana selamat sampai di Tanah air yang baginya telah bertahun dia meninggalkannya sehingga kini, Adam berkahwin dan memiliki seorang anak yang telah mencapai usia 10 tahun. “Sayang, abang ingat kita terus ke kampung abang je ye..” isterinya yang agak pendiam, hanya mengiakan saja kemahuan suaminya itu. Isteri Adam adalah seorang warga London yang telah sah berkawin dengan Adam, mengikut undang-undang islam. Setelah berkahwin dengan isterinya, Adam banyak mengajar isterinya tentang Islam, sehingganya di suatu hari, tiba-tiba isterinya menanyakan tentang keluarga Adam. Adam yang mendengar pertanyaan demi pertanyaan isterinya itu, tidak mampu menjawab. Hanya diam yang menjadi pilihannya, sehinggakan isterinya tidak mahu lagi menanyakan lagi soalan itu.

Bila malam tiba, Adam ada bermimpikan ayahnya, yang dalam mimpi itu hanya terlihat ayahnya hanya senyum dan terus hilang di bawa kabus tebal. Membuatkan Adam bangun dan terus menjerit memanggil nama Ayahnya. Tiba-tiba airmata yang jenih mengalir laju membasahi pipinya. “Ayah….maafkan Adam yah….Adam berdosa pada ayah….Adam rindukan ayah..” tiba-tiba isterinya terjaga dari lena, bila melihat situasi suaminya yang begitu seperti kekanak-kanakkan.

Setelah dari itu, hari berganti hari, Adam membuat keputusan untuk pulang ke tanah air bersama isterinya dan keizinan dari keluarga isterinya mendapat sokongan. Adam dan isterinya akan menetap di Malaysia dan mungkin Adam akan membeli rumah dan memulakan perniagaan yang bersambung di Malaysia.

Perjalanan ke kampung Adam yang terletak jauh di hujung kampung, membuatkan Adam tidak berkelip-kelip memandang di kejauhan suasana kampungnya yang baginya tidak banyak perubahan. Setibanya di satu lorong untuk menghala ke rumahnya, Adam terpandang Pak Dollah yang duduk di warung. Adam menyuruh pemandu teksi untuk memberhentikan kenderaan sebentar. “Assalamualaikum Pak Dollah kan?”. Pak Dollah yang kelihatan semacam pelik melihat seorang lelaki yang agak tinggi lampai dan berkaca mata putih, menyebut namanya. “Haa…ya..saya Dollah, ada apa ye?” Adam yang mendengar kata-kata Pak Dollah itu terus terkedu seketika, kerana di benak fikirannya, tak mungkin Pak Dollah sudah melupakan raut wajah anak didiknya semasa di surau di hujung kampung masa kecil dan sehingga ke umur 13 tahun. Adam yang tiba-tiba membuka kaca matanya, kelihatan kelopak matanya yang berkaca-kaca, terus memeluk Pak Dollah yang masih terpinga-pinga. “Pak Dollah, ini saya…Adam, anak kepada Firman, teman baik Pak Dollah tu..”

Pak Dollah yang mendengar keterangan Adam itu, terus melepaskan pelukkan Adam dengan kasar. “Huh!... ingat lagi kau jalan pulang ye Dam!... dah hampir Sembilan tahun kau meninggalkan desa yang bagi kau ni tak ada apa-apa kan?, sekarang baru kau balik?”… Adam yang berasa terkejut dengan kata-kata Pak Dollah itu, terus merapatkan diri kembali dan bersalam sambil menangis mengenangkan sikapnya yang tidak ada rasa tanggungjawab. “Adam, sampai hati kan, kau tinggalkan ayah kau sendirian, dan tak pernah langsung kau nak menghubungi ayah kau sendiri kan?, Kau tak tahu Adam, bertapa hari-hari ayah kau memuji kau anak yang baik, mendengar kata, dan dia ada kata, rindunya dia dengan kau!, tapi kau??..” Adam yang mendengar luahan Pak Dollah itu, terus terduduk ke lantai tepi warung itu sambil tangannya memeluk kaki Pak Dollah. “Saya tahu Pak Dollah, saya betul-betul rasa kesal yang teramat sangat. Tapi saya terpaksa Pak Dollah… saya dah sedar sekarang. Saya betul-betul bersalah pada Ayah, arwah ibu, dan juga nek mah.”.. Pak Dollah yang mendengar luahan Adam itu, terus memegangkan bahu Adam untuk berdiri kembali. “Adam, sebenarnya ayah Adam sudah enam bulan meninggal dunia..” Adam yang mendengar kata-kata Pak Dollah itu, terus merintih lagi dan kali ini, seperti di rasuk hantu. Orang yang lalu lalang di warung itu, berhenti melihat Adam yang begitu.

“Adam, sabar nak!... Ayah Adam tak pernah menyimpan perasaan marah pada Adam, Cuma dia ada cakap dengan Pak Dollah, yang dia berasakan yang kamu, dah pandai membuat keputusan sendiri, tanpa memikirkan baik dan buruknya. Arwah ada cakap dengan Pak Dollah, yang dia begitu bangga dengan pencapaian Adam. Arwah sering kata, Adam akan balik nanti.” Adam tidak sampai hati lagi untuk mendengar luahan dari Pak Dollah itu. Adam mengajak Pak Dollah membawanya ke pusara ayahnya itu. Pak Dollah tidak menolak, lalu mengikut sekali menaiki teksi untuk menuju ke tanah perkuburan ayahnya.

Di tanah perkuburan dan di temani Pak Dollah dan juga isteri dan anaknya, Adam terus terkedu dan menangis di tepi kuburan ayahnya itu yang agak usang. “Ayah….Adam datang yah…kenapa ayah tak nak tunggu Adam?...kenapa ayah suka tinggalkan Adam. Ayah..Adam berdosa pada ayah. Adam tak mendengar nasihat-nasihatn ayah dulu. Adam dehaka pada ayah, ibu dan nek mah!... ayah… ampunkan Adam yah….” Pak Dollah terus menghampiri Adam setelah melihat Adam bersituasi begitu di pusara ayahnya. “Adam, tak baik kamu bersikap begini di pusara ayah kamu ni.. tak ada apa yang ingin di luahakn lagi Adam..ayah kamu telah lama maafkan kamu selama kamu melangkah pergi meninggalkan ayah kamu sendirian pada malam kamu pergi tu. Ayah kamu tahu, dia akan di tinggalkan oleh kamu. Memang mula-mula ayah kamu kesal dengan sikap kamu, setelah ayah kamu dah boleh terima yang kamu telah dewasa, ayah kamu redha semuanya. Kalau arwah ayah kamu ni masih ada, mungkin diapun bangga yang dia miliki anak yang berjaya macam kamu ni. Adam, tak baik menyesal sesuatu yang telah di tentukan oleh Allah s.w.t.”

Kelihatan, mereka meninggalkan tanah perkuburan pusara ayah dan ibunya. “Ayah… semoga ayah tenang di sana.” Setibanya sampai di halaman rumah Adam, yang dulunya di beranakkan di teratak buruk itu, kini sudah besar. Airmata satu persatu jatuh mengalir di pipinya bila memerhatikan di mana tempat-tempat yang pernah menjadi tempat bermainnya sewaktu kecil dulu. Kelihatan motor ayahnya elok terletak di bawah pangkin rumahnya dengan di selimuti kain. Motor itu juga turut mengingatkan Adam pada ayahnya yang kerap membawanya berjalan-jalan di kampung dan ke surau bersama. Lalu, Adam mengajak isterinya untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Bila berada di dalam rumah itu, susun atur masih tidak berubah. Banyak dinding yang telah rosak dek anai-anai. Di hujung pintu menghala ke dapur, terlihat sejadah yang elok terlipat mengadap kiblat. Adam terpaku seketika, kerana merasakan seolah-olah ayahnya berada di situ sambil mengagi dan di hadapannya dia sendiri.

Tidak tertahan rasanya hati melihat suasana dalam rumah itu. Adam sekali lagi menangis sepuas hatinya kemungkinan kesalan yang tak mampu dia tanggung sendirian. Kesalahan yang di lakukannya itu begitu membuatkan jiwanya berasa tidak tenang. Isterinya dari tadi memerhatikan situasi suaminya itu, terus menghampiri dan turut mengalirkan airmata. Walaupun masih belum fasih berbahasa melayu, tapi isterinya faham mendengar tutur kata orang-orang islam.

Malam yang begini hening, Adam duduk termenung jauh di luar rumah ayahnya itu dengan masih bertemankan airmata. Tiba-tiba, seakan akan Adam mendengar suara ayahnya berkata-kata sewaktu usianya kecil. “Kalau kita susah hati, jangan buat sesuatu yang Allah benci, tapi kita mesti bermohon pada Allah, supaya kita rasa lega sikit, sebab Allah itu maha mendengar. Cepat atau lambat, hanya Allah saja yang akan uruskan.” Tersentak seketika Adam, bila mendengar suara bisikan ayahnya sewaktu mereka pernah di timpa musibah. Dengan tanpa membuang masa, Adam mengajak isteri dan anaknya ke surau di mana tempat yang begitu lama tidak di kunjunginya.

Di hadapan pintu masuk surau, kelihatan Pak Dollah dan isterinya pun sama berkunjung ke rumah Allah untuk solat berjemaah. Mereka memasuki perkarangan surau bersama-sama. Di hujung pengakhiran solat, Adam ada meluahkan perasaannya pada Allah. Merintih, menangis hanya Allah saja yang mengetahui. Setelah selesai bermohon pada Allah, Adam seolah-olah di perhatikan oleh ayahnya yang hanya duduk dua bersebelah sab yang lain. Kelihatan seperti arwah ayahnya tersenyum padanya. “Syukur Alhamdulillah…Ya Allah…kau perkenankan permintaan hambamu ini…” dalam hati kecil Adam terus berbisik. Tapi, kadang-kadang, hatinya turut mengatakan bahawa “Bisakah Aku Ke Syurga”… semata-mata untuk berjumpa dengan ayah dan ibunya. Tapi semuanya itu tidak mampu di fikirkannya sebagai khalifah Allah.

Pagi itu, setelah balik dari menziarahi pusara ayahnya, yang telahpun di letakkan batu nisan dan juga pusara ibunya turut diletakkan batu nisan dan tak lupa juga kepada pusara nek mah turut di letakkan batu nisan baru, supaya senang untuk mencari bila datang melawat. Di pertengahan jalan menghala ke rumah, Adam terserempak dengan Pak Dollah. Adam ingin menunaikan hajat, untuk membuat kenduri kecil-kecilan untuk arwah keluarganya. Pak Dollah yang mendengar niat baik Adam itu, terus mempersetujui agar kenduri di adakan sebelum Adam untuk berhijrah ke Kuala Lumpur meneruskan hajatnya yang lain. Adam ada meminta agar Pak Dollah menjaga baik rumah mereka itu, supaya Adam akan pulang setiap hujung minggu melawat pusara-pusara insane-insan yang di kasihinya itu dan akan menetap di rumahnya itu.

Setelah selesai kenduri yang di buat pada dua hari yang lalu, Adam dan isteri serta anaknya akan berangkat meninggalkan kampung halamannya itu. Di hadapan rumah Adam, Pak Dollah dan isterinya turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Adam dan isterinya. “Pak Dollah, saya dah tidak ada siapa lagi di kampung ni, saya harap pada Pak Dollah dan Mak Dah, anggap saya sebagai keluarga sendiri, boleh ke?” Pak Dollah yang saling memandang dengan isterinya hanya mampu tersenyum saja mendengar permintaan Adam itu. Pak Dollah pun ada memiliki anak lelaki yang juga kawan bermain Adam sewaktu kecil dulu. Kini anak Pak Dollah telah berkawin dan menetap di Johor Bahru dan bekerja di sana. Setiap bulan, anaknya akan balik melawat keluarganya di kampung.

“Terima kasih Pak Dollah, Mak Dah!...” Adam kelihatan sungguh gembira sangat bila permintaannya di tunaikan. Syukur Adam pada Allah s.w.t terlalu banyak. “Pak Dollah, ini no. talipon saya, dan ini ada sedikit wang belanja Pak Dollah dan Mak Dah, nanti kalau ada apa-apa hal, Pak Dollah mesti hubungi saya. Insya-allah nanti saya akan balik.” Pak Dollah terus menerima pemberian dari Adam itu dan mereka berlalu pergi dengan menaiki teksi untuk ke ibu kota. Di kejauhan terlihat Adam tak putus-putus melambaikan tangan di kejauhan dan berbalas lambaian dari Pak Dollah dan Mak Dah sehingga kereta yang membawa mereka telah jauh meningkalkan perkarangan halaman rumah Adam.

TAMAT…



Writer: RozieMustafa
Years: 2014/01my
Blog: www.mamaezzie.blogspot.com

No comments:

Post a Comment